Aliran Tingkatan 4: Sains Tulen & Sastera

Aliran Tingkatan 4 Sains Stream dan Sastera Dihapuskan dan dimasuhkan sekaligus disatukan selepas ini

aliran tingkatan 4 2023

Pastinya apabila habis ambile exam pt3 dan cek keputusan pt3, ramai akan bertanya anda mahu ambil aliran yang mana satu? Adakah aliran sains tulen atau aliran sastera? Biasanya, ramai akan cop sesiapa yang ambil aliran sains adakah kalangan bijak pandai. Manakala yang ambi aliran sastera adalah ‘kelas kedua’ aka kurang bijak.

SEMAK SINi: Kalendar takwim sekolah 2025

Akhirnya, ada yang ‘tiada mampu’ untuk mengambil subjek yang luar kemampuan sendiri. Sedangkan yang sepatutnya setiap aliran atau subjek yang diambil dipilih berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing yang berbeza-beza.

Situasi inilah yang sedang diberi perhatian oleh pihak kerajaan malaysia hari ini melalui Kementerian Pendidikan Malaysia KPM yang mahukan aliran sains dan sastera dihapuskan bermula kalendar 2023. Jadi tiada aliran sains dan sastera di mana pemansuhan ini bermula tahun 2023 ini. Persoalannya, bagaimana mekanisme aliran tingkaran 4 selepas ini? Teruskan membaca di bawah ini :

5 Fakta Aliran Tingkatan 4 2023

Butiran lengkap pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia KPM mengenai jenis aliran Tingkatan 4 2023 adalah seperti di bawah ini :

1) Tiada lagi aliran sains dan sastera. Jadi Perbezaan aliran sains dan sastera tidak akan berlaku lagi selepas ini. Tiada unsur beza antara setiap aliran dikalangan pelajar dan ibu bapa serta guru

2) Pelajar Tingkatan 4 bebas pilih subjek apa yang mereka minat dan ada kebolehan

3) Jadi situasi yang mana anda minat kepada seni terpaksa belajar subjek sains tiada lagi bermula Januari kelak

4) Maksimum matapelajaran yang anda boleh ambil untuk SPm adalah 10 subjek sahaja

5) Pelajar Tingkatan 4 dan pelajar Tingkatan 5 hanya WAJIB ambil 6 subjek ini sahaja

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris (English)
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah
  6. Pendidikan islam atau Pendidikan Moral
  7. Pendidikan Jasmi dan Kesihatan

6) Selebih subjek boleh anda pilih daripada subjektif elektrik samada daripada :

  • Aliran Sains Tulen (Fizik, Kimia, Bilogi) & Matematik Tambahan
  • Bahasa
  • Pengajian Islam
  • Kemanusian & Sastera

Kenapa Aliran Sains dan Sastera Dimansuhkan

  1. Tidak mahu ada elemen dikriminasi antara 2 aliran yang berbeza-beza
  2. Memberikan peluang yang luas untuk pelajar Tingkatan 4 untuk menimba ilmu dengan apa yang diminati

Semakan Aliran Tingkatan 4

Jika di Form 1 atau Tingkatan 1, anda hanya ada pilihan sekolah agama, sbp, mrsm sahaja. Tetapi apabila untuk masuk ke tingkatan 4, ada lebih banyak pilihan untuk anda yang ditawar oleh kpm.

Pelajar diberikan kebebasan untuk masuk sekolah yang menawarkan samada bidang teknikal, vokasional, aliran agama, sbp ataupun mrsm.

Dengan syarat anda melepasi syarat kelayakan dan syarat kemasukan yang telah ditetapkan Untuk kemasukan tingkatan empat juga lebih banyak tempat diberikan untuk masuk ke mrsm dan sbp berbanding di Tingkatan. Samada anda layak atau tidak boleh check link pautan di bawah ini:

Tips Pilih Aliran Form 4 Sbp vs Mrsm vs Kolej Vokasional vs Smka

Kami kongsikan beberapa tips memilih tempat antara aliran sekolah menengah samada di SBP VS MRSM VS Kolej Vokasional VS SMKA

  1. Semestinya, buatlah yang terbaik untuk mendapatkan keputusan pt3 yang terbaik untuk diri anda
  2. Kami sarankan anda berjumpa dengan guru kaunseling untuk bertanyakan pendapat apakah tempat yang sesuai untuk anda berdasar minat, cita-cita anda, dan tidak lupa juga kelayakan akademik anda pada ketika ini
  3. Jangan berhenti setakat itu sahaja, tanyakan juga kepada abang dan kakak sepupu anda tentang pengalaman dan faedah yang mereka perolehi sepanjang belajar di sbp atau mrsm atau smka atau kolej vokasional
  4. Dan jangan ketepikan pandangan ibu bapa sendiri. Ini kerana restu dan pendapat ibu bapa itu sangat sangat penting dalam hidup anda kelak.
  5. Bagi pelajar Islam, buatlah solat Istikharah bagi mendapat petunjuk yang terbaik untuk anda membuat keputusan
  6. Jika anda mahu masuk aliran sains, adalah lebih baik berjumpa dengan Guru subjek Sains / Matematik anda. Mereka sedikit sebanyak tahu dengan kemampuan mahupun potensi dalam diri anda

SUMBER: https://www.moe.gov.my

PP/S : Harapan kami agar pelaksanaan aliran Tingkatan 4 dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Tidak timbul sebarang masalah di pertengahan jalan. Insyaallah

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia