Download semakan Borang Permohonan Bantuan Johor 2023 Antara RM250 hingga RM500 bantuan kasih johor dari kerajaan negeri untuk bujang b40 m40
Perhatian buat semua penduduk yang menetap di Johor.
Ramai rakyat yang terkesan dalam usaha melawan penularan pandemik COVID-19 iaitu daripada susulan perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh dunua. Dalam membantu rakyat negeri Johor, bantuan akan diberikan kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau permohonan sara oleh kerajaan negeri Johor.
Bantuan kerajaan negeri Johor berjumlah RM250 sehingga RM500 boleh dipohon sekiranya anda terkesan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Di bawah ini kami kongsikan butiran lanjut mengenai permohonan Bantuan COVID 19 johor dan borang permohonan kerajaan johor ini boleh didapatkan pada perkongsian di bawah.
Bantuan Ihsan Johor Covid 19 & PKP
Individu yang bukan warganegara Malaysia yang melepasi kriteria kelayakan yang ditetapkan dan golongan M40 adalah golongan yang termasuk dalam bantuan ini. Bantuan ihsan johor ini merupakan tanda prihatin kerajaan negeri terhadap individu yang hilang punca pendapatan atau pekerjaan
- BACA SINI >> Bantuan inisiatif pendapatan rakyat IPR
- BACA SINI >> Semakan Str 2025 Online Check Status Lulus atau Tidak
- BACA SINI >> semakan brim 2024
Kumpulan Sasar Bantuan
Bagi bantuan ini, terdapat empat kumpulan yang disasarkan iaitu :
- Individu atau isi rumah yang tidak menerima sebarang bantuan lain sama ada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan.
- Individu atau isi rumah yang wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan walaupun menerima bantuan sama ada daripada persekutuan atau kerajaan negeri.
- Individu dan isi rumah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor yang hilang sumber pendapatan akibat musim PKP ini.
- Individu dan isi rumah bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di negeri Johor dan hilang sumber pendapatan akibat PKP.
Syarat Kelayakan
- BACA SINI >> permohonan peranti siswa
- BACA SINI >> semak no siri lesen memandu
Syarat-syarat yang ditetapkan berikut hendaklah dipenuhi pemohon :
- Menetap di Johor
- Warganegara Malaysia ATAU bukan warganegara
- Berumur 18 tahun ke atas
- Borang diisi lengkap berserta passport atau salinan kad pengenalan.
Cara Memohon
Melalui perkongsian di bawah ini, anda boleh melalukan permohonan dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun pada pautan di bawah ini nanti.
Pengesahan oleh Ejen Pusat Saluran yang dilantik melalui empat pusat saluran utama di bawah perlu didapatkan untuk borang yang lengkap :
- Pejabat-pejabat Daerah (MPPG)
- Pejabat Menteri Besar
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Ejen Pusat Saluran
Bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan, Ejen Pusat Saluran telah dilantik oleh Ketua Pusat Saluran yang telah dilantuk oleh Kerajaan negeri Johor.
Pejabat Menteri Besar
- YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy
- YB Dato’ Zulkarnain Bin Haji Kamisan
- YBhg. Datuk Tee Siew Kiong
Pejabat Daerah
- Ketua Kampung
- Penghulu
Pihak Berkuasa Tempatan
- Ketua Jabatan PBT
- Ahli Majlis
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
- Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Prosedur Permohonan Bantuan Ihsan Johor
MAKLUMAT LANJUT berkaitan untuk borang bantuan ihsan covid 19 negeri johor, Sila hubungi Bilik Gerakan Pusat Maklumat Ihsan COVID-19 Johor untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
- Laman web : ihsan.johor
- Talian : 07 – 266 6766
- Emel : ihsancovid19@johor.gov.my
Bantuan Johor 2021 PKP 3.0
Bagi membantu rakyat negeri johor khas untu yang hilang punca pendapatan, b40 dan m40 serta bujang dan pendapatan terjejas semasa pkp dan covid 19 ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Bantuan Ihsan Johor 3.0 dilancarkan kepada semua.
Antara bantuan kerajaan negeri Johor yang ada adalah bakul makanan dan duit bantuan.
Cara Mohon Bantuan Beras Bangsa Johor
Hal ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban Bangsa Johor yang mempunyai masalah kewangan untuk kelangsungan hidup.
Salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Johor ialah Bantuan Beras Bangsa Johor.
- Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 3 juta penduduk negeri Johor dimana setiap keluarga akan dibekalkan dengan 10kg beras percuma dan free beras.
- Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan yang terjejas dengan pandemic Covid-19.
Antara cara-cara untuk memohon Bantuan Beras Free dan Percuma untuk Bangsa Johor adalah seperti berikut;
- Permohonan hendaklah dibuat melalui laman sesawang aduanberas.
- Pemohon hendaklah memasukkan atau mengisi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan banyak lagi.
- Setelah semua maklumat yang diperlukan diisi, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.
Cara Permohonan Bantuan kasih Bangsa Johor 2023
Disebabkan oleh sifat kenegerian dan perpaduan yang tinggi antara Rakyat Johor, mereka bersatu padu dalam membantu antara satu sama lain.
Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Johor memperkenalkan cara mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor yang merangkumi 30 inisiatif atau bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan termsuk buat bangsa johor, antara inisiatif tersebut adalah;
- Bantuan Beras Bangsa Johor dimana setiap isi rumah akan mendapat 10kg beras secara percuma.
- Bantuan RM300 kepada Pekerja Ekonomi Gig seperti pemandu teksi, e-hailing dan penghantar makanan di negeri Johor.
- Bantuan RM300 kepada Pemandu Bas Awam dan Bas Ekspres yang berdaftar di bawah Jabatan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).
- Bantuan RM300 kepada nelayan negeri johor yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.
- Bantuan RM500 kepada imarah masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
- Bantuan RM500 kepada ketua kampung negeri johoe.
- Bantuan Geran kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Johor.
- Bantuan Geran kepada Persatuan Pesara Polis Negeri Johor.
- Bantuan Khas Aidilfitri negeri johor kepada fakir miskin yang akan memanfaatkan sebanyak RM400 seorang.
- Bantuan Geran kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim negeri johor sebanyak RM10,00 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Anak Johor Prihatin iaitu bantuan berbentuk wang RM100 yang disalurkan kepada anak yatim negeri johor.
- Program i-Berkat yang menfokuskan bantuan kepada golongan B40, warga emas dan orang kurang upaya oku negeri johor.
- Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR).
- Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)
- Bantuan RM1000 kepada pasangan Raja Sehari johor yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah.
- Semakan Permohonan mykasih johor
- Bantuan segera baitulmal johor
- Bantuan Geran Sounthern Volunteers di bawah Johor Youth Development Centre.
- Bantuan Geran majlis Belia Negeri Johor disalurkan di bawah Pejabat Menteri Besar Johor.
- Bantuan Geran Dewan Muda Johor.
- Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendah negeri johor bagi keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM7000 kebawah.
- Bantuan Mahasiswa IPTA / IPTS Johor.
- Bantuan Biasiswa Bangsa Johor.
- Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT Johor).
- Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT Johor).
- Bantuan RM2000 kepada operator hotel bajet johor yang berdaftar di bawah MOTAC.
- Bantuan RM1000 kepada pemandu pelancong johor yang berdaftar di bawah MOTAC.
- Bantuan pengusaha homestay johor yang berdaftar di bawah MOTAC.
- Bantuan RM1000 kepada Pengusaha Bot Pelancongan negeri johor.
- Bantuan RM2000 kepada Agensi Perlancongan johor yang berdaftar di bawah MOTAC.
Cara bagi memohon semua bantuan-bantuan yang diperkenalkan ini adalah dengan melayari laman sesawang rasmi jabatan yang berdaftar bagi bantuan yang disalurkan seperti Jabatan Perlancongan (MOTAC), Jabatan Penganangkutan Awam Johor dan jabatan-jabatan lain.
(i) Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan adalah pemohon mestilah merupakan Rakyat Johor yang lahir di negeri Johor. Lain-lain kelayakan adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon oleh pemohon.
(ii) Status Semakan Bantuan Kasih Bangsa Johor
Semakan status Bantuan Kasih Bangsa Johor boleh dibuat melalui laman sesawang Portal Johor seperti pada Rajah di bawah ini atau dengan menghubungi jabatan-jabatan yang berkaitan untuk bertanya tentang status permohonan pemohon.
Tak cukup dengan itu, ada juga sumbangan bantuan sultan johor kepada yang layak dan memerlukan. Orang Johor memang beruntung.
Apa Itu Bangsa Johor
Malaysia merupakan sebuah negara yang didasarkan dengan persekutuan dan perlembagaannya yang tersendiri. Malaysia juga terdiri daripada 14 negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah termasuklah Johor.
Rakyat bagi kesemua negeri-negeri ini adalah Rakyat Malaysia yang merangkumi tiga (3) bangsa dominan yang berbeza seperti Bangsa Melayu, Bangsa Cina & Bangsa India.
Secara amnya, bangsa merupakan komuniti sesebuah rakyat yang dibentuk berdasarkan etnik, budaya, sejarah dan bahasa yang sama.
Walaubagaimanapun, Konsep Bangsa Johor ini telah wujud sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.
Bangsa Johor ini merujuk kepada kesepakatan dan kedaulatan rakyat Johor dalam mencapai perpaduan antara kaum di negeri Johor.
Nilai kesepakatan dan semangat perpaduan rakyat Johor ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemajuan Negeri Permata Selatan itu.
Namun begitu, ungkapan “Bangsa Johor” ini mendapat tentangan sesetengah pihak kerana mereka mendakwa bahawa pengguna perkataan “Bangsa Johor” itu merujuk kepada sikap kenegerian yang tinggi dan tidak mahu bersatu dengan rakyat negeri-negeri lain.
Ada yang berpendapat bahawa label ini boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut negeri mereka masing-masing dan ini akan mengganggu gugat perpaduan antara kaum yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh terdahulu.
Konsep Bangsa Johor ini dicetus daripada idea atau buah fikiran Istana Johor. Ini adalah bertujuan untuk menyatukan rakyat Johor menjadikan ia Bangsa Johor.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memupuk semangat permuafakatan dan mempertahankan jati diri sebagai anak kelahiran Johor.
Natijahnya, konsep Bangsa Johor ini dilihat seperti mementingkan bangsa sendiri tanpa mempedulikan bangsa di negeri lain, akan tetapi ianya sebenarnya bertujuan memupuk kesetiaan dalam membangunkan negeri Johor tanpa melibatkan isu perkauman lain.