Cara Buat dan Senarai Barang hantaran tunang yang simple dan checklist hantaran Kahwin Yang Wajib baik utuk lelaki dan perempuan
Tahniah diucapkan kepada anda baik untuk pasangan lelaki mahupun kepada pasangan perempuan, kerana anda sudah mengambil langkah untuk membina hubungan kekeluargaan antara kedua-dua belah pihak.
Ada yang memilih untuk kahwin terus. Ada yang bertunang lama baru berkahwin. Ini borang nikah online untuk anda perolehi untuk kahwin.
Ada yang tunang beberapa bulan sahaja kemudian terus kahwin mengikut adat melayu selama ini.
Untuk majlis pertunangan pastinya ada beberapa checklist yang perlu anda ikuti termasuklah juga senarai barang hantaran perempuan atau lelaki tidak satu pun terlebih pandang. Sekarang pun, ramai yang memilih dan mengikut bajet tunang yang simple.
Senarai Kandungan Penting:
Senarai Barang Hantaran Tunang Untuk Lelaki dan Perempuan
Sireh junjung adalah termasuk dalam senarai hantaran untuk diberikan tunang yang wajib ada untuk majlis pertunangan. Jikalau tiada, boleh gantikan sahaja dengan tepak sireh
- BACA SINI >> Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri 2024
- BACA SINI >> Berapa harga perak hari ini di Malaysia
- BACA SINI >> cara daftar kwsp i saraan
Untuk yang memilih hantaran yang wajib tetapi masih lagi bajet berpatutan anda boleh ikuti tips dan panduan yang dikongsikan di bawah ini :
- Pastikan anda sudah menentukan terlebih dahulu berapa banyak dulang untuk bagi lelaki dan berapa dulang untuk bagi perempuan. Biasanya kalau hantaran untuk perempuan semasa tunang, yang lelaki beri 7 dulang, belah perempuan balas dengan 9 dulang. Ataupun boleh juga idea hantaran tunang 3 balas 5 atau hantaran kahwin 5 balas 7.
- Elakkan buat suprise. Lebih baik maklumkan atau beli bersama-sama barangan hantaran yang diingini. Ini bagi mengelakkan barangan hantaran pertunangan tidak digunakan selepas itu
- Jangan beli barangan terlalu besar kerana ia menyebabkan gubahan hantaran menjadi lebih sukar
13 Senarai Barang Hantaran Kahwin Lelaki
Ini pula senarai idea dan list diberikan pihak lelaki melibatkan contoh barang hantaran untuk pasangan perempuan anda
BACA SINI: Bantuan kahwin B40 2024: Pasangan Baru Berkahwin
- Dulang untuk mas kahwin atau dulang duit hantaran
- Dulang untuk batal air sembahyang (dulang hantaran Cincin gelang atau rantai atau barang kemas yang lain)
- Dulang tepak sirih junjung
- Dulang bunga rampai
- Set wangian
- Barang tunang seperti Beg tangan
- Hantaran kasut
- Kek
- Buah buahan
- Jam tangan
- Telekung
- Set Al Quran
- Barangan alat solek
NOTA: Pasangan boleh sahaja pilih baju pertunangan yang simple baik perempuan mahupun lelaki dalam majlis tunang anda kelak
14 Senarai Barang Hantaran Kahwin Perempuan
Ini pula senarai barang dulang hantaran bajet untuk pihak perempuan melibatkan set barang hantaran lelaki.
- Kemeja ataupun baju melayu atau kedua-duanya sekali
- Kain Pelikat
- Dompet dan juga tali pinggang
- Kasut
- Set Minyak Wangi
- Satu Naskah Al Quran
- Buah buahan
- Gajet seperti smartphone ataupun tablet
- Jam Tangan
- Tuala
- Bunga Rampai
- Coklat
- Kek
- Set sejadah
FAQ
Ya, betul
Apa yang diberi untuk hantaran untuk pertunangan adalah untuk persiapan nikah, manakala hantaran semasa majlis kahwin dibawa dan diberi selepas berjaya bernikah dan wajib ada mas kahwin dan barang kemas batal air sembahyang
Yang penting kedua-dua pihak memberikan jumlah dulang dalam bilangan ganjil dan bilangan pemberikan oleh pihak perempuan lebih banyak bilangan dulangan berbanding pasangan lelaki
P/S : Hari ini, tutorial cara buat hadiah orang sebelah ada banyak.
PP/S: Nasihat kami berpadalah dalam menyediakan bajet hantaran perkahwinan. Ukur baju di badan sendiri
PPP/S : Semua orang boleh deko dan buat sendiri untuk idea gubahan hantaran pertunangan yang simple tapi masih meriah. Tepuk dada tanya selera dan bajet serta perancangan pertunangan dan majlis perkahwinan anda dengan pasangan