Cara Bayar Bil Air Online: Kenaikan Kadar Tarif Terkini

Semakan link cara bayar Bil Air Online: Check Kenaikan Kadar Tarif bill air Terkini

semakan link cara bayar bil air online

Bil air merupakan sebahagian daripada bil utiliti yang memaparkan kos penggunaan air oleh pengguna di kediaman mereka.

Ia direkodkan mengikut kadar penggunaan yang telah ditetapkan. Ia diedarkan kepada pengguna pada setiap bulan untuk tujuan pembayaran.

Pembayaran mestilah dibuat untuk mengelakkan berlakunya tunggakan yang boleh menyebabkan sumber air di kediaman pengguna dipotong.

Tuntasnya, dengan adanya kemudahan untuk check bil air online ini, pengguna boleh mengetahui kadar penggunaan air di kediaman mereka supaya tidak berlakunya pembaziran air yang boleh menyebabkan caj bil air ini meningkat dan dapat bayar bill online dengan lebih mudah. 

Bil air ini perlu dibayar seperti mana kadar yang telah ditetapkan pada bil air pengguna. Pembayaran ini mestilah dilakukan pada setiap bulan.

Berbeza dengan bil elektrik, bil air ini perlu dibayar mengikut negeri kediamana pengguna.

Oleh sebab itu, setiap negeri mempunyai aplikasi bil air mereka yang tersendiri.

Berikut merupakan aplikasi atau portal bil air bagi negeri-negeri di Malaysia yang merupakan salah satu cara bayar bil air online yang paling mudah dan menyenangkan dikalangan termasuk membuat semakan tarif bill yang terkini dan terbaru;

NEGERILINK SEMAKAN
Cara bayar bil air online Johorhttps://www.ranhillsaj.com.my/
Bayar bill air check online di Kedahhttps://www.sada.com.my
Kelantanhttps://airkelantan.com.my
Selangor / Wilayah Persekutuan Putrajaya / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurhttps://crisportal.airselangor.com/
Wilayah Persekutuan Labuanhttps://www.posonline.com.my
Melakahttps://samb.com.my
Negeri Sembilanhttps://www.sainswater.com
Pahanghttps://www.paip.com.my
Pulau Pinanghttps://pba.com.my
Air Bill Perakhttps://mylapapps.lap.com.my/
Perlishttps://airperlis.com.my
Sabahhttps://water.sabah.gov.my
Sarawakhttps://paybills.sarawak.gov.my 
Terengganuhttps://www.satuwater.com.my 

Semoga dengan senarai cara bil air online ini untuk negeri Terengganu Sabah Sarawak kelantan Pulau Pinang Penang Kedah perlis Perak melaka Pahang Selangor Johor Negeri sembilan Kuala Lumpur KL Putrajaya tanpa sebarang tunggakan.

Check Punca Kenaikan Bill Air

Industri air di Malaysia dikawal selia dengan baik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk memastikan setiap pengguna mendapat keperluan air yang cukup dan bersih.

Kadar tarif bil air juga dipantau oleh suruhjaya ini agar ianya tidak membebankan rakyat Malaysia.

Namun begitu, kebelakangan ini ada segelintir pengguna di Malaysia meluahkan rasa kurang baik apabila bil air mereka melonjak naik. Kadar yang perlu dibayar oleh mereka adalah tinggi. 

Secara umumnya, terdapat pelbagai punca dan faktor yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan dan kenaikan bil air pengguna.

Antara salah satunya adalah pengguna menggunakan air di kediaman mereka secara berlebihan.

Puncanya, pengguna berkemungkinan membiarkan air di bilik mandi terbuka tanpa menutupnya, menggunakan air secara berlebihan untuk membersihkan kereta, atau mungkin terdapat kebocoran pada meter air.

Tuntasnya, ia boleh menjejaskan jumlah penggunaan air yang dapat menyebabkan bil air bulanan mereka meningkat. 

Seterusnya, bil air pengguna juga boleh meningkat jika berlakunya kerosakan meter air atau berlakunya kebocoran pada sistem paip dalaman di kediaman pengguna.

Digit yang dipaparkan pada meter air akan bergerak dengan laju kerana berlakunya pengeluaran air yang banyak.

Hal ini pastinya boleh menjejaskan kadar bil air bulanan pengguna. 

Akhir sekali, kesalahan bacaan meter air oleh pembaca meter untuk menganggarkan penggunaan air pengguna di kediaman mereka boleh menyebabkan berlakunya kenaikan bil air.

Pembaca meter berkemungkinan menganggarkan pengguna air kerana meter air di kediaman pengguna berkunci, pintu pagar rumah pengguna berkunci, terdapatnya halangan di kawasan meter air dan berlakunya kerosakan pada meter air semasa bacaan diambiloleh pembaca meter.

Oleh yang demikian, pengguna perlu menghubungi syarikat air di negeri mereka untuk membuat pembetulan pada bil air mereka. 

Berapa Kadar Tarif Air Naik di Setiap Negeri di Malaysia

Pengguna perlu membayar bil air berdasarkan nilai tarif yang telah ditetapkan oleh jabatan air bagi negeri kediaman mereka.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), penyelarasan nilai tarif air di seluruh negeri di Malaysia akan diselaraskan disebabkan oleh susulan operator air di setiap negeri di Malaysia menghadapi beberapa kekangan dalam membekalkan sumber air yang berkualiti kepada Malaysia.

Penyelarasan kenaikan nilai tarif air ini mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2024.

Dengan itu, SPAN telah menyeragamkan kenaikan nilai tarif air bill payment dengan kenaikan sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu.

Cara Jimat Bayar Bil Air

Air merupakan sumber keperluan asas manusia. Ianya mestilah digunakan secara berhemah. Penggunaan secara berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya pembaziran air.

Apabila berlakunya pembaziran air, kadar bil air pengguna akan meningkat. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), secara puratanya, penggunaan air sebanyak 219 liter sehari oleh rakyat Malaysia menyebabkan punca utama berlakunya kenaikan kadar bil air yang mana kadarnya lebih tinggi daripada kadar yang telah ditetapkan oleh World Health Organisation (WHO) iaitu hanya 160 liter.

Oleh sebab itu, pengguna perlu mengamalkan langkah-langkah penjimatan air yang lebih berhemah.

Namun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat sebagai pengguna air untuk menjimatkan kadar bil air mereka pada setiap bulan.

Antara langkah-langkah penjimatan bill air pengguna adalah dengan memasang dan menggunakan shower di dalam bilik air kediaman pengguna.

Penggunaan shower ketika mandi ini boleh menjimatkan penggunaan air secara berlebihan sehingga 40%. Dengan kaedah ini, kadar bil air pengguna boleh dikurangkan.

Selain itu, penjimatan air boleh dilaksanakan dengan menyimpan air hujan untuk kegunaan harian seperti membasuh kereta, menyiram pokok bunga, dan banyak lagi. Air hujan merupakan sumber air yang bersih.

Ianya boleh digunakan untuk apa sahaja kegunaan yang tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada pengguna. Menerusi cara ini, kadar bil pengguna boleh dikawal dengan baik.

Tambahan pula, kebocoran pada mana-mana paip air boleh menjadi punca utama berlakunya kenaikan bil air. Kebocoran paip untuk tempoh yang panjang boleh memberi impak yang besar terhadap bil air pengguna.

Oleh yang demikian, pengguna perlu sentiasa memeriksa saluran paip air di kediaman mereka supaya tidak berlaku kebocoran bagi menjimat dan mengurangkan kadar bil air.

Akhir sekali, penggunaan barangan elektrik yang menggunakan kuantiti air yang banyak seperti mesin basuh perlu juga dikawal.

Langkah penjimatan air boleh dijalankan dengan membasuh pakaian harian pengguna dengan kuantiti yang banyak pada satu masa.

Apabila kadar kuantiti pakaian banyak, air yang disalurkan ke dalam mesin basuh adalah lebih sedikit.

Melalui cara ini, penggunaan air dapat dijimatkan sekali gus dapat mengurangkan kadar bil air pengguna.

Kesan Jika Tidak Bayar Bil Air Tertunggak

Bil air ini perlu dibuat bayaran oleh pengguna pada setiap bulan. Notis bil air ini juga diedar kepada pengguna pada setiap bulan untuk memastikan pengguna tidak terlepas dan tertunggak untuk membayar bil air.

Namun begitu, ada segelintir masyarakat Malaysia memandang mudah terhadap isu pembayaran bil air in.

Kesannya, jika bil air yang gagal dibayar oleh pengguna akan tertunggak menyebabkan kadar bil air akan meningkat dari semasa ke semasa.

Tunggakan bil air yang gagal dibayar sebelum atau pada tarikh selepas 14 hari notis pemotongan air dikeluarkan oleh jabatan air setiap negeri boleh menyebabkan pemotongan bekalan air dilakukan.

Sekiranya pengguna ingin menyambung semula bekalan air mereka setelah pemotongan dilakukan, pengguna perlu menyelesaikan segala tunggakan bil air mereka beserta caj sambungan bekalan air tersebut.

Oleh itu, setiap pengguna wajib membuat bayaran bil air untuk mengelakkan berlakunya tunggakan bil air.

Cara Untuk Rakyat Jimat Guna Air di Malaysia

Setiap pengguna memainkan peranan yang penting dalam mengawal penggunaan air untuk memupuk sifat jimat cermat apabila menggunakan air.

Dalam mengawal pembaziran air berlaku dalam kalangan masyarakat, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif menerusi Program Jimat Air 4.0.

Program ini diperkenalkan untuk menggalakkan pengguna menggunakan sumber air dengan lebih berhemah.

Menerusi program ini, pengguna akan diberikan rebat secara bersasar apabila menggunakan produk yang mempunyai label Cekap Air. 

Tuntasnya, kerajaan Malaysia dengan kerjasama SPAN dan platform e-Dagang, Shopee akan menjalankan inisiatif ini. Sejumlah dana sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk menjalankan dan menjayakan program ini.

Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (SHOPEE) bertanggungjawab dalam menjual peralatan atau produk yang mempunyai label Skim Pelabelan Produk Cekap Air (WEPLS) kepada pengguna domestik, industri dan premis kerajaan.

Menerusi kaedah ini, kerajaan telah mensasarkan penjimatan air sebanyak 50% boleh dicapai untuk jangka masa yang panjang bergantung pada penggunaan produk ini oleh rakyat Malaysia.

Justeru itu, Program Jimat Air 4.0 ini diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sumber air dalam komuniti setempat. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia