Best travel credit card untuk air miles dan menggunakan lounge access di airport malaysia dan overseas secara free dan percuma.
Travel card boleh digunakan di dalam dan di overseas untuk memudahkan anda berbelanja ketika travel. Tidak kira anda berbelanja secara online atau kedai-kedai fizikal di airport untuk tujuan pengeluaran tunai dari credit card di ATM. Semuanya boleh tiada masalah.
Yang bagusnya sebarang pembelian yang dibuat menggunakan credit card ini, anda akan layak mendapat reward, air miles, cashback dan point.
Melalui travel reward card, air miles, point inilah anda boleh gunakan untuk redeem dan claim semasa booking tiket flight, hotel, airport lounge access secara free dan percuma.
Andadisarankan untuk memiliki card credit kerana membantu memperoleh reward sehingga boleh dapat free flight ticket.
Senarai Kandungan Penting:
Best Air Miles Credit Card Malaysia
Kami kongsikan top dan best credit card untuk setiap overseas spending malaysia. Ia memudahkan untuk anda tebus dengan air miles sehingga berjaya dapat flight free dan percuma.
- BACA SINI >> klia premium lounge credit card
- BACA SINI >> insurans perjalanan ke luar negara terbaik
- BACA SINI >> mdac registration
- BACA SINI >> tempoh pengeluaran kwsp akaun 2
1. The Platinum American Express dari Maybank
Credit card ini adalah bagi adalah paling premium di Malaysia.
Ia banyak digunakan oleh kalangan ahli perniagaan yang kerap kali bercuti ke luar negara atau mempunyai urusan di overseas.
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh card credit ini:
- Dapatkan 5x Membership Rewards™ Points. Setiap RM1 boleh dibelanjakan di pasar raya, telekomunikasi, pawagam terpilih, petrol, dan kedai buku.
- Akses Lounge Lapangan Terbang: Nikmati akses tanpa had ke lebih 1,400 lounge lapangan terbang di seluruh dunia melalui American Express Global Lounge Collection™. Ia termasuk The Centurion® Lounge. Ini memberikan keselesaan tambahan semasa anda menunggu masa penerbangan.
- Travel insurance coverage: Dapatkan perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM700,000 apabila anda membayar tiket flight guna credit card ini.
SUMBER: https://www.maybank2u.com.my
2. UOB Prvi Miles Card Credit Elite
UOB PRVI Miles Elite menawarkan mata ganjaran tinggi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Bagi kami, kad ini sangat menguntungkan untuk yang mengumpul airmiles, dengan kadar penebusan yang kompetitif.
Anda juga boleh menikmati mata ganjaran yang lebih tinggi untuk perbelanjaan dalam foreign currency.
Ini menjadikannya credit card ini menjadi pilihan terbaik untuk kalangan yang suka melancong ke luar negara.
Setiap perbelanjaan anda memberi peluang mengumpul mata ganjaran dengan lebih pantas.
- Mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus untuk tiket penerbangan, hotel dan dan pelbagai hadiah eksklusif.
- UOB PRIVI Miles Elite adalah pilihan utama untuk mereka yang bijak berbelanja dan ingin menikmati kelebihan gaya hidup mewah.
Kepada yang berminat untuk apply boleh terus buat di link ini, https://www.uob.com.my |
3. Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express
Dengan pendapatan minimum RM100,000 setahun boleh memohon travel card, Maybank 2 Cards Premier Reserve American Express.
Pengguna kad ini menikmati pelbagai keistimewaan seperti perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000 dan makan di restoran terpilih.
Dengan kelebihan ini, pengembara boleh memohon credit card ini secara online melalui https://www.maybank2u.com.my.
4. CIMB Travel World Elite
Anda boleh memohon travel card dengan CIMB Bank Berhad, dikenali sebagai “CIMB Bank World Mastercard Credit Card Travel Elite.”
CIMB travel World credit card ini menawarkan reward di mana RM1 bersamaan dengan 1 mata airmiles untuk setiap perbelanjaan.
Pengguna juga mendapat 12X akses ke Plaza Premium First setiap tahun dan akses WiFi dalam flight.
Selain itu, data roaming sepanjang perjalanan dan penginapan percuma di hotel 5 bintang turut disediakan.
Perlindungan perjalanan serta pelbagai tawaran eksklusif lain juga diberikan kepada pengguna kad ini.
Kad ini telah dianugerahkan “Best Credit Card for Affluent Clients” oleh Global Retail Banking Innovation Awards 2023.
Kalangan yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon kad ini secara online di https://www.cimb.com.my.
5. Singapore Airlines KrisFlyer American Express® Platinum
Credit card Singapore Airlines KrisFlyer from American Express® Platinum adalah kad perjalanan yang dikeluarkan oleh Maybank Berhad.
Kad ini direka khas untuk keahlian Singapore Airlines KrisFlyer.
Antara kelebihan kad ini ialah pengumpulan KrisFlyer Miles secara terus untuk setiap pembelian melalui Singapore Airlines, Scoot Airlines, dan KrisShop.
Pemegang kad juga boleh menikmati peningkatan keahlian serta akses percuma lima kali setahun ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia.
Selain itu, pelbagai keistimewaan gaya hidup turut diberikan mengikut terma dan syarat credit card ini.
Kad ini boleh dipohon melalui https://www.maybank2u.com.my bagi mereka yang layak.
Best Credit Card untuk Redeem Air Miles di Malaysia
Ciri utama yang dicari oleh pengembara kerap adalah penebusan air miles ketika memohon best credit card semasa anda travel.
Setiap mata ganjaran yang diperoleh semasa traveldan layak untuk ditebus sebagai air miles.
Air miles tersebut boleh digunakan untuk menebus tiket penerbangan percuma yang ditawarkan syarikat penerbangan.
Berikut adalah kad perjalanan terbaik di Malaysia untuk penebusan air miles:
1. The Platinum by Maybank
10000 TreatsPoints melayakkan pemegang kad menebus 1000 Enrich/KrisFlyer/Asia Miles.
2. Singapore Airlines KrisFlyer American Express
1 Membership Rewards® Point layak untuk menebus 1 KrisFlyer Mile.
3. Maybank 2 Premier
7000 TreatsPoints/Membership Rewards™ Points boleh menebus 1000 Enrich/KrisFlyer/Asia Miles.
4. CIMB World Travel Elite Credit Card
Pemegang kad boleh menebus air miles dari 11 rakan penerbangan, seperti Malaysia Airlines dan AirAsia Rewards.
5. UOB Visa Infinite
10000 UNIRinggit layak menebus 1000 Enrich Miles, KrisFlyer Miles, atau Asia Miles.
Credit Card Dengan Akses Percuma Airport Lounge
Pemegang travel card layak mendapat akses percuma ke lounge lapangan terbang.
Ini adalah kelebihan penting bagi yang suka melancong dan mengembara, terutama mereka yang menghadapi tempoh transit panjang.
Lounge lapangan terbang menyediakan keselesaan tambahan semasa menunggu masa penerbangan.
Berikut adalah best card credit yang offer airport loungesecara free dan percuma:
1. UOB Visa Infinite Card
Layak mendapat 12X akses percuma tahunan ke lounge lapangan terbang di Asia Pasifik.
2. HSBC TravelOne Credit Card
Layak mendapat 6X akses percuma ke lounge di KLIA, Changi Airport, dan Hong Kong International Airport.
3. Hong Leong Emirates HLB World Elite Card
Layak mendapat 1X akses percuma ke lounge lapangan terbang setiap tahun.
Dengan kad kredit ini, perjalanan anda menjadi lebih selesa dan mewah.
Best Travel Card Credit Untuk Shopping di Malaysia & Overseas
Bagi pengembara yang suka membeli-belah, credit card sangat penting untuk perbelanjaan di luar negara.
Perbelanjaan menggunakan credit card membolehkan pengguna mengumpul cashback, reward, dan airmiles.
Berikut adalah best travel credit card di Malaysia untuk faedah perbelanjaan luar negara:
CREDIT CARD | BUTIRANNYA |
---|---|
UOB Visa Infinite Card | Pemegang kad ini menikmati 8X UNIRinggit untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dalam mata wang asing. |
HSBC TravelOne Credit Card | Pemegang kad berhak mendapat 8X mata ganjaran untuk semua perbelanjaan dalam mata wang asing. |
RHB Visa Infinite | Dianugerahkan 5X mata kesetiaan untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara. |
Credit card ini memastikan setiap perbelanjaan di luar negara lebih berbaloi dengan pelbagai ganjaran menarik.
Best Credit Card Untuk Travel Insurance Coverage
Perlindungan insurans perjalanan adalah polisi penting yang perlu diambil oleh semua pengembara.
Insurans ini melindungi perjalanan domestik dan antarabangsa.
Ia membantu mengurangkan beban kewangan jika berlaku insiden tidak diingini sepanjang perjalanan.
Berikut adalah best credit card yang menawarkan perlindungan insurans yang unggul di Malaysia:
CREDIT CARD | BUTIRANNYA |
---|---|
UOB Visa Infinite Card | Pemegang kad ini mendapat perlindungan insurans sehingga RM500,000. |
Hong Leong Emirates HLB World Elite Card | Perlindungan perubatan sehingga USD500,000 dan insurans perjalanan hingga USD500,000. |
Maybank 2 Cards Premier | Menawarkan perlindungan kematian dan kecacatan akibat kemalangan sehingga RM1,000,000. |
CIMB World Mastercard credit card Travel Elite | Perlindungan perjalanan komprehensif sehingga USD500,000 termasuk insurans COVID-19 dan kelewatan penerbangan. |
Credit card ini memastikan pengembara dapat menikmati perjalanan dengan selamat dan bebas kebimbangan.
Kelebihan Guna Travel Card
Credit card ini menawarkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan kepada pemegangnya.
Semua manfaat ini boleh dinikmati sepanjang perjalanan. Antara kelebihan utama travel card ini:
(i) Bonus Air Miles Terbaik Guna Credit Card
Apakah kad kredit terbaik di Malaysia untuk airmiles?
Pengembara perlu menilai manfaat bonus air miles yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Bonus ini dapat memaksimumkan pulangan dan meningkatkan gaya hidup perjalanan.
Kebanyakan institusi kewangan menawarkan program “Frequent Flyers” memberi pelbagai bonus seperti bonus ulang tahun, dan bonus hari lahir.
Sebagai contoh, kad kredit Hong Leong AirAsia Gold Visa menawarkan 3,000 mata sebagai Welcome Bonus dan Quarterly Bonus.
Credit card untuk tujuan melancong membantu pengguna mengumpul pelbagai bonus yang boleh digunakan untuk menampung kos perkhidmatan perjalanan.
(ii) Airport Transfer Percuma
Salah satu keistimewaan credit card ini adalah airport transfer free dan percuma melalui Grab atau perkhidmatan limosin.
Kemudahan ini mengurangkan kesulitan mencari pengangkutan ke atau dari lapangan terbang ke destinasi pilihan.
Sebagai contoh, pemegang kad Hong Leong Emirates HLB World Elite berhak mendapat perkhidmatan limosin percuma untuk perjalanan ke dan dari lapangan terbang.
Dengan perkhidmatan ini, pengguna tidak perlu risau tentang pengangkutan.
(iii) Akses Lounge Lapangan Terbang Percuma
Keistimewaan paling menarik ialah akses percuma ke lounge airport di Malaysia atau luar negara.
Lounge ini menyediakan ruang rehat peribadi dengan layanan mewah untuk penumpang yang sedang transit.
Sebagai contoh, pemegang kad UOB Visa Infinite diberikan 12X akses percuma ke lounge lapangan terbang terpilih di Asia Pasifik.
(iv) Travel Insurance Percuma
Insurans perjalanan penting bagi memastikan keselamatan anda sepanjang percutian anda.
Ia melindungi pengembara daripada situasi tidak dijangka seperti penerbangan ditunda, bagasi hilang, atauluggage rosak.
(v) Tempahan Restoran, Tiket, dan Pengangkutan
Kad kredit perjalanan memudahkan pengguna membuat tempahan restoran, tiket, dan pengangkutan.
(vi) CashBack dan Reward Semasa Shopping di Luar Negara
Setiap perbelanjaan luar negara menggunakan kad kredit perjalanan akan diberi ganjaran seperti pulangan tunai dan mata ganjaran.
Sebagai contoh, perbelanjaan luar negara RM1 boleh menjana 8 mata ganjaran.
Mata ini boleh ditebus untuk perkhidmatan perjalanan seperti tiket penerbangan dan lounge lapangan terbang secara percuma.
Dengan pelbagai kelebihan yang ada, kad kredit menjadi pilihan penting bagi yang kerap melancong.