Borang Perkeso: Senarai & Checklist Cara Isi Socso

Download Borang Perkeso 34 Covid 19: Checklist & Contoh Cara Isi borang claim socso, tuntutan kematian ilat dan juga penyakit 2023

socso borang perkeso 34 covid 19

Berita baik kepada mana-mana pekerja swasta yang ada buat caruman dengan pihak socso tetapi mendapat jangkitan covid19, anda dapat perlindungan istimewa dari sosco.

Ini kerana pihak socso baru-baru ini telah pun melancarkan satu skim Bencana kerja bagi membolehkan mana-mana pekerja di Malaysia positif covid 19 claim perkeso di bawah kategori Penyakit Khidmat.

BACA SINI: MyFutureJob: Cara Daftar & Login Portal Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso

Kepada anda yang sudah positif covid 19, anda boleh semak syarat kelayakan, bagaimana cara hantar borang permohonan, buat tuntutan dan claim covid perkeso malaysia, boleh teruskan membaca…

Download Borang Perkeso 34 Covid 19 Online

Kepada anda ingin claim dan mohon tuntutan, download online socso borang 34 perkeso di link pautan ini, https://www.perkeso.gov.my

Manakala yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk isi dan contoh panduan untuk mengisi borang 34 perkeso, semak dan baca terus melalui link pautan ini, https://www.perkeso.gov.my

Bagaimana Cara Mohon

  1. Seperti semua sedia maklum selain untuk semakan tuntutan perkeso covid kes jangkitan positif covid 19, borang 34 perkeso ini juga digunakan untuk tujuan tuntutan disebabkan kematian, ilat, kemalangan dan penyakit
  2. Jadi cara isi adalah sama, cuma pilihan tuntutan adalah berbeza
  3. Anda boleh buat permohonan samada secara online atau terus dapatkan borang di pejabat socso yang terdekat dengan anda
  4. Manakala dipihak majikan anda, boleh terus log masuk https://faedah.perkeso.gov.my/ untuk membuat permohonan secara online

Checklist Borang 34 Perkeso

Di bawah ini adalah senarai semak dokumen penting yang perlu anda sediakan sebelum boleh membuat tuntutan

BACA SINI >> check status vaksin

  • Pastikan anda borang permohonan teah diisi dengan lengkap
  • Buat satu salinan bahagian depan dan belakang kad pengenalan anda
  • Jika terlibat dengan kemalangan / accident, perlu sediakan perakuan perubatan dan juga laporan / report polis
  • Di bawah penyakit khidmat, Jika ada penyakit, anda perlu sediakan laporan perubatan
  • Untuk ilat, juga perlu sediakan laporan perubatan
  • Manakala melibatkan kematian, anda perlu sediakan salinan sijil mati, resit belanja pengurusan jenazah
  • Jika anda merupakan waris, perlu bawa dokumen yang membuktikan diri anda ada kaitan dengan si mati
  • Dokumen tambahan yang diperlukan adalah salinan penyata akaun bank

Dalam pada masa yang sama, kepada anda yang kerja sendiri pun boleh dapat kelebihan dan keistimewaan seperti ini dengan syarat anda daftar dan buat caruman bermula sekarang.

Satu skim baru untuk bisnes dan kerja sendiri baru sahaja dilancarkan khas untuk anda yang berkenaan

Senarai Borang Socso

Soalan Lazim & FAQ

1) Apakah senarai lain yang diletakkan di penyakit khidmat

Leptospirosis (penyakit kencing tikus), virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering)

2) Mengapa sekarang diletakkan di bawah kategori penyakit khidmat?

Keadaan covid 19 di Malaysia semakin bertambah baik

3) Bagaimana cara untuk saya hubungi hotline?

Boleh terus call di nombor 1-300-22-8000 atau hantar persoalan anda ke email perkeso@perkeso.gov.my

Diharapkan dengan perkongsian sedikit sebanyak membantu anda buat claim dan tuntutan melalui borang perkeso 34.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia