Cara Buat & Renew Border Pass Malaysia Online

Cara Buat border pass dan Renew Border Pass Malaysia Online

cara buat renew border pass malaysia online

Border Pas atau lebih dikenali dengan pas sempadan Malaysia-Thailand yang digunakan oleh warganegara Malaysia untuk merentas sempadan Thailand.

Pas sempadan ini merupakan dokumen perjalanan untuk memasuki Thailand yang hanya sah terpakai bagi negeri-negeri selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

BACA SINI >> Jabatan imigresen malaysia putrajaya: contact immigration

Pas sempadan ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia hanya kepada individu warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin secara tetap di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Daerah Hulu Perak seperti Grik, Pengkalan Hulu dan Lenggong. Individu yang bermastautin secara tetap mestilah melebihi satu (1) tahun. 

Cara Permohonan Border Pass Malaysia Online

Pas sempadan ini hanya boleh dipohon secara fizikal dengan menghadiri mana-mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia atau mana-mana UTC yang terdapat perkhidmatan JIM.

Permohonan secara atas talian tidak dibuka bagi permohonan pas sempadan ini. 

Cara Buat Border Pass di Kaunter Imigresen

Permohonan pas sempadan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan pas sempadan di kaunter JIM;

  1. Pemohon hendaklah hadir ke mana-mana cawangan JIM.
  2. Pemohon perlu mengisi borang pas sempadan seperti pada Rajah di bawah ini yang boleh diambil di kaunter JIM melalui pegawai yang bertugas.
  3. Isi borang tersebut dengan betul dan lengkap.
  4. Kemudian, pemohon hendaklah menangkap gambar berukuran passport dan tampal gambar yang telah ditangkap pada borang tersebut.
  5. Setelah itu, pemohon perlu tunggu sehingga pegawai JIM memanggil nombor giliran pemohon dan pemohon hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bertugas.
  6. Pengesahan cap jari perlu dibuat oleh pemohon.
  7. Setelah itu, bayaran sebanyak RM10 hendaklah dibuat secara debit.
  8. Akhir sekali, pemohon akan menerima pas sempadan berwarna biru tersebut.
border thailand

Syarat Buat Border Pass

Permohonan pas sempadan yang berwarna biru ini akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia jika pemohon memenuhi syarat kelayakan permohonan pas ini.

Oleh itu, individu yang berhasrat untuk membuat permohonan pas ini, mereka perlulah memeriksa terlebih dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan oleh JIM. 

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon border pas Malaysia;

  1. Pemohon mestilah merupakan individu berstatus warganegara Malaysia.
  2. Pemohon hendaklah merupakan individu yang lahir dan tinggal secara kekal melebihi satu (1) tahun di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Daerah Hulu Perak.

Berapa Lama Siap Permohonan

Permohonan bagi pas sempadan ini boleh disiapkan dalam masa 24 jam atau kurang oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

Proses mendapatkan pas sempadan ini adalah cepat dan mudah.

Untuk memastikan permohonan pemohon tiada halangan untuk ke luar negara, pemohon boleh membuat semakan ke luar negara terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di JIM.

Permohonan boleh dibuat di laman sesawang https://sspi.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

border malaysia

Pas Sempadan Malaysia Boleh Pergi Mana

Pemegang pas sempadan ini hanya boleh merentasi sempadan negara Thailand sahaja. Ini kerana Malaysia mempunyai perjanjian antarabangsa bersama Thailand.

Pas sempadan ini tidak terpakai pada mana-mana negara lain kecuali Thailand sahaja.

Walaubagaimanapun, pas sempadan ini hanya tertakluk untuk beberapa negeri di bahagian selatan Thailand sahaja. Negeri-negeri tersebut ialah Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

Rakyat Malaysia wajib menggunakan passport jika ingin merentasi kawasan selain daripada yang telah dinyatakan.

Oleh itu, setiap individu yang memohon pas sempadan ini wajib merancang perjalanan mereka dengan baik agar tidak melebihi negeri yang dibenarkan.

pas sempadan malaysia

Berapa Caj Kos Yuran Buat Border Pass

Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi tujuan membuat permohonan pas sempadan ini.

Bayaran hendaklah dibuat secara perbankan internet bagi permohonan atas talian dan secara debit bagi permohonan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.

Harga Renew Border Pass Malaysia

Tempoh sah laku bagi pas ini hanya sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja daripada tarikh pas sempadan ini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pas yang melebihi satu (1) tahun expired akan terbatal dan perlu diperbaharui jika ingin menggunanya.

Individu yang ingin membuat pembaharuan pas sempadan ini boleh dibuat dengan dikenakan caj bayaran sebanyak RM10 sahaja. 

Penggunaan pas ini adalah sama seperti pengguna passport.

  • Ianya perlu dicop sebanyak empat (4) kali oleh pegawai Jabatan Imigresen iaitu bagi tujuan keluar Malaysia, masuk Thailand, keluar Thailand dan masuk Malaysia.
  • Pengesan jap cari dan wajah akan dilakukan ketika pemeriksaan imigresen tersebut.
  • Bukan itu sahaja, pemegang pas sempadan ni perlu mengisi borang putih bagi tujuan merentasi sempadan Malaysia-Thailand dan dikepilkan bersama-sama dengan pas sempadan ini.
  • Borang mestilah sentiasa ada simpanan bersama pas kerana borang ini perlu dikembalikan apabila pemegang pas ini keluar daripada sempadan Thailand.

Berikut merupakan contoh borang putih seperti yang dinyatakan.

malaysia-thailand border pass

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia