Cara Buka Akaun CDS Online di Malaysia, open account dengan Maybank CIMB Bursa Anywhere
Central Depository System (CDS account) atau dalam Bahasa Melayu, Sistem Depositori Pusat yang merupakan sistem elektronik yang diperkenalkan dan diuruskan oleh Bursa Malaysia melibatkan urusan jual beli saham.
Akaun CDS ini diwujudkan untuk menyimpan dan mengemaskini data urusan jual beli saham di platform Bursa Malaysia.
BACA SINI >> Harga saham terkini
Oleh yang demikian, setiap pelabur yang ingin terlibat di dalam dunia pelaburan saham, mereka mestilah memiliki akaun CDS ini.
Cara Buka Akaun CDS Online
Pembukaan akaun CDS online boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu menerusi Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA) dan secara atas talian.
- BACA SINI >> tarikh bayaran dividen bank rakyat 2024
- BACA SINI >> belajar forex a to z
Berikut merupakan cara buka akaun CDS online;
- Pelabur perlu memuat turun aplikasi “Bursa Anywhere” ke dalam telefon bimbit mereka.
- Pendaftaran akaun ini perlu dilakukan terlebih dahulu dengan klik pada butang “Register”.
- Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, pelabur perlu log masuk ke akaun mereka.
- Pada bahagian Menu, klik pada “Account Opening”.
- Kemudian, klik pada butang “Agree” pada terma dan syarat yang dinyatakan.
- Isi butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul.
- Klik pada butang “Next”.
- Seterusnya, pelabur perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan penyata bank mereka pada bahagian yang disediakan.
- Pilih broker pada bahagian senarai broker.
- Akhir sekali, hantar permohonan tersebut.
Syarat Kelayakan Buka CDS Account
- BACA SINI >> Senarai Broker Forex Terbaik di Malaysia 2025 Untuk Trading
- BACA SINI >> pengeluaran public mutual
Akaun CDS ini sangat penting untuk membolehkan para pelabur memulakan pelaburan mereka.
Aktiviti jual beli saham ini akan direkodkan di dalam akaun CDS pelabur.
Akaun CDS ini boleh dibuka di mana-mana Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA) yang berdaftar secara sah dengan syarikat Bursa Malaysia.
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh para pelabur untuk open cds account adalah seperti berikut;
- Pelabur mestilah terdiri daripada individu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas semasa permohonan pembukaan akaun dibuat.
- Pelabur juga boleh terdiri daripada sebuah syarikat atau perbadanan menurut konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
- Entiti merupakan badan korporat yang diperbadankan secara notis, diwartakan melalui Warta dan diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia.
- Pelabur merupakan sebuah persatuan seperti persatuan koperasi.
- Ianya merupakan sebuah perbadanan Amanah.
- Entiti tersebut terdiri daripda mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan badan berkanun yang diwujudkan di bawah Akta Parlimen.
Dokumen Yang Diperlukan Open CDS Account
Setelah syarat kelayakan yang dinyatakan oleh Bursa Malaysia telah dipenuhi dan membenarkan pelabur tersebut membuka akaun CDS, pelabur mestilah menyediakan dan melampirkan dokumen-dokumen penting seperti berikut untuk membolehkan pemprosesan pendaftaran dan pembukaan cds account dijalankan;
- Salinan kad pengenalan pelabur bagi individu dan sijil pendaftaran syarikat bagi badan korporat.
- Salinan penyata bank tiga (3) bulan terkini.
- Salinan slip gaji tiga (3) bulan terkini bagi individu dan laporan kewangan terkini bagi badan korporat.
- Borang pembukaan akaun CDS (yang boleh didapati secara online di https://www.bursamalaysia.com
Caj Yang Dikenakan Untuk Buka Akaun CDS Dengan Broker Popular
Setiap pembukaan CDS account samada dengan cimb maybank rhb affin dan lain2 ini memerlukan para pelabur untuk memilih broker bagi tujuan jual beli saham.
Oleh yang demikian, caj akan dikenakan oleh broker-broker ini untuk tujuan membuka akaun.
Berikut merupakan senarai caj yang dikenakan untuk buka akaun dengan syarikat broker broker terbaik, paling bagus dan sah di Malaysia termasuk kenangan TA securities mercury cimb rhb affin maybank cds account;
BROKER | CAJ PEMBUKAAN AKAUN (RM) |
---|---|
CGS-Cimb Securities Sdn Bhd | 28 |
Buka akaun cds Maybank Investment Bank Berhad | 8 |
CS account dengan RHB Investment Bank Berhad | 12 |
Hong Leong Investment Bank Berhad | 8 |
CDS Account dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad | 5 |
TA Securities | 10 |
Kenanga Investment Bank Berhad | 28 |
SJ Securities Sdn Bhd | 12 |
Public Investment Bank Berhad | 12 |
UOB KayHian | 8 |
CDS Account dengan MIDF Amanah Investment Bank Berhad | 10 |
BIMB Securities Sdn Bhd | 14 |
APEX Securities | 12 |
Mercury Securities Sdn Bhd | 12 |
PM Securities Sdn Bhd | 8 |
Rakuten Trade | 10 |
Cara Buka Akaun Online Dengan Bursa Malaysia (Bursa Anywhere)
Bursa Anywhere merupakan aplikasi atas talian yang diwujudkan khas untuk pelabur saham bagi membolehkan mereka membuka akaun CDS dan menjalankan urusan jual beli saham secara atas talian.
Berikut merupakan cara buka akaun CDS online menerusi aplikasi Bursa Anywhere;
- Pelabur perlu memuat turun aplikasi “Bursa Anywhere” ke dalam telefon bimbit mereka.
- Pendaftaran akaun ini perlu dilakukan terlebih dahulu dengan klik pada butang “Register”.
- Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, pelabur perlu log masuk ke akaun mereka.
- Pada bahagian Menu, klik pada “Account Opening”.
- Kemudian, klik pada butang “Agree” pada terma dan syarat yang dinyatakan.
- Isi butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul.
- Klik pada butang “Next”.
- Seterusnya, pelabur perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan penyata bank mereka pada bahagian yang disediakan.
- Pilih broker pada bahagian senarai broker.
- Akhir sekali, hantar permohonan tersebut.
Cara Buka Akaun CDS Maybank
Akaun CDS ini juga boleh dibuka menerusi institusi perbankkan yang ada di Malaysia.
Berikut merupakan cara untuk buka akaun CDS online menerusi Maybank;
- Pelabur perlu hadir ke cawangan Maybank yang berdekatan untuk open cds account maybank.
- Kemudian, pelabur perlu mengisi borang yang disediakan oleh pegawai bank seperti Individual Trading Account Application Form, CDS Account Form Bursa Malaysia dan Common Reporting Standard “CRS” Declaration dengan lengkap.
- Lampirkan salinan kad pengenalan dan penyata bank terkini untuk tempoh 3 bulan.
- Hantar dokumen-dokumen tersebut kepada cawangan bank berkenaan.
- Akhir sekali, pelabur perlu semak inbox emel mereka (tempoh 7 hari bekerja) untuk tujuan mengaktifkan Trading Platform.
- Selesai urusan anda untuk open cds account maybank
Cara Buka Akaun Dengan CIMB CDS
Pembukaan CDS account menerusi institusi perbankkan CIMB Berhad boleh dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang CGS-CIMB.
Berikut merupakan cara buka akaun cds online melalui CIMB Bank;
- Pelabur perlu melayari laman sesawang https://www.cgs-cimb.com.my
- Kemudian, kod S1M538 perlu diisi pada ruang “Remisier Reference”.
- Pelabur perlu muat naik kad pengenalan mereka pada bahagian ID.
- Pilih jenis broker iaitu “Equities-Share Trading” dan klik pada “iCash Trading”.
- Seterusnya, klik pada “Cross Border”.
- Isi maklumat peribadi pelabur dengan lengkap beserta informasi kewangan dan informasi-informasi berkaitan dengan pelabur.
- Muat naik dokumen tambahan yang diperlukan dan klik pada butang “Next”.
- Tanda pada terma dan syarat yang dinyatakan dan klik pada butang “Next”.
- Tandakan pada bahagian pengesahan/ akuan setelah membacanya sehingga akhir.
- Setelah itu, masukkan nombor telefon pelabur dan klik pada butang “Verify”.
- Kod akan dihantar melalui SMS dan masukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan serta klik pada butang “Confirm”.
- Pelabur perlu membuat tandatangan digital pada bahagian yang disediakan dan klik pada butang “Next”.
- Paparan maklumat yang lengkap akan dipaparkan untuk tujuan semakan.
- Akhir sekali, klik pada butang “Register”.
Cara Buka Akaun CDS Online Dengan MPLUS
Pembukaan CDS account online ini juga boleh dilakukan menerusi aplikasi MPlus.
Berikut merupakan cara cara buka akaun cds online dengan mplus untuk berbuat demikian;
- Pelabur perlu melayari laman sesawang https://global.mplusonline.com
- Masukkan nombor telefon bimbti pelabur dan klik pada butang “Log in or Sign Up”.
- Kemudian, masukkan nombor kod yang diterima menerusi SMS di telefon bimbit mereka dan klik pada butang “Next”.
- Cipta kata laluan yang sah dan klik pada butang “Sign Up”.
- Seterusnya, klik pada butang “Get Started”.
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik pada butang “Next”.
- Pilih jenis akaun yang ingin dibuka dan pasaran yang ingin dilakukan aktiviti pelaburan.
- Klik pada butang “Next”.
- Sahkan identiti pelabur dan klik pada “Identity Verification”
- Selepas itu, sahkan kad pengenalan yang telah dimuat naik dan dan memberi akses kepada kamera telefon serta klik pada butang “Yes, Continue”.
- Klik pada butang “Get Started”.
- Isi butiran maklumat pelabur dengan lengkap dan membuat deklarisasi terhadap persoalan yang dinyatakan serta klik pada butang “Next”.
- Pada bahagian persetujuan terma dan syarat, klik pada butang “Sign and Submit”.
- Cipta tandatangan pelabur dan klik pada butang “Confirm”.
- Pembayaran pembukaan akaun perlu dilakukan.
- Akhir sekali, permohonan pembukaan akaun CDS melalui CIMB berjaya dihantar dan didaftarkan.
Senang Pelaburan Buat Duit Dengan Saham?
Pelaburan saham merupakan pelaburan berisiko tinggi yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
Semakin banyak nilai pelaburan, semakin tinggi keuntungan yang boleh dijana.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, pelaburan saham boleh menyebabkan para pelabur untuk mengalami kerugian yang teruk.
Hal ini kerana, naik turun nilai saham ini bergantung sepenuhnya pada keadaan ekonomi semasa dan keuntungan sesebuah aktiviti perniagaan tersebut.
Seseorang individu yang berminat untuk menjana pendapatan mereka menerusi pelaburan saham perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan pelaburan saham.
Bukan itu sahaja, pelabur juga perlu bijak dalam mengatur strategi untuk menjual dan membeli saham di CDS account mereka.
Teknik-teknik perlu dipelajari dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap pelaburan yang dijalankan dapat menjana keuntungan atau paling teruk hanya mengalami kerugian yang kecil.
Oleh sebab itu, pelabur yang bijak mereka perlu memastikan ilmu pengetahuan berkaitan pelaburan saham dan teknik pelaburan saham ini dipelajari terlebih dahulu.