Cara Buat Kabinet Dapur Sendiri dan contoh pasang siap secara diy design cantik dan simple sehingga berjaya jimat kos harga lebih murah tahun 2022
Alhamdulillah siap jugak kabinet dapur murah. Semuanya buat sendiri dari design sampailah pada pemasangan kabinet dapur murah secara diy.
Dari sekecil-kecil barang seperti skru sehinggalah papan melamine board ini pun semua beli di shopee. Bagi sahaja ukuran & kuantiti papan yang kita nak pakai. Zaman online ini semua main order sahaja. Nak kata senang sangat buat kabinet dapur / kitchen cabinet ini pun tidak juga. Tapi yang penting kena rajin dan banyak bersabar.
Tambahan pula rumah yang ada anak kecil memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab semua kerja-kerja buat di ruang tamu rumah. Semua belajar dari youtube dan google sahaja.
Ini pun pertama kali main kayu, akhirnya buat projek kayu masa form 1 buat tempat sangkut kunci. Tetapi alhamdulillah ada jugak rupa kabinet dapur simple ini tetapi tetap cantik. (Deko dapur masak moden tapi pada bajet kos yang murah. Nampak simple tapi cantik)
Tips dan Cara Buat Kabinet Dapur Sendiri
Yang mana nak cuba design dan buat sendiri kabinet dapur secara diy, saya ada kongsikan i setiap gambar ada simple tutorial & link shopee utk beli brg.
- BACA SINI >> Cara buat diy almari baju murah
- BACA SINI >> deko ruang tamu kecil dan simple
- BACA SINI >> Pest Control Malaysia: Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan
Mula-mula kena ada design kabinet dapur. Buat design ikut panjang dan tinggi kabinet mengikut kesesuaian dapur sendiri.
Selepas itu kena kira ukuran papan dan barang-barang yang hendak digunakan. Kena ingat tebal papan melamine ini 15mm. Jadi kena ambil kira ukuran itu dalam design takut oversize pula.
Jikalau silap size boleh potong sendiri tetapi nanti jadi tidak cantik disebabkan apabila potong sudah tiada laminated putih balut papan itu. Tetapi jikalau selepas itu nak wrapping dengan wallpaper tiada masalah.
Contoh Metarial Melamine
Ini adalah contoh metarial papan melamine siap laminate putih di semua sudut yang digunakan pada kabinet dapur rumah kami.
Cara Pemasangan Pintu
Papan sudah pun smpai, dan boleh cuba susun-susun dahulu macam main lego. Tengok sesuai atau tidak dengan ukuran yang kita tempah itu.
Bagi yang nak pakai kabinet dapur warna putih plain tanpa ada frame di pintu, boleh terus skru badan dan pasang pemegang cabinet. Mudah dan jimat masa tidak perlu banyak kerja.
Semasa beli melamine board ini di laman web portal shopee harga postage ok lagi, dan masih lagi berbaloi sebab barang sampai depan rumah.
Bajet kos beli 26 unit papan melamine board untuk buat dan pasang kabinet dapur sendiri ini adalah sebanyak RM644. Tidak termasuk harga postage.
Papan yang panjang lebih daripada 1.8m kebanyakan courier dalam shopee tidak ambil. Kene cari courier luar.
Mdf Board
Untuk yang nak pintu kabinet dapur murah ada frame perlu buat kerja lebih sikit. Guna papan mdf batten wall untuk saiz 2 inci tebal 9mm.
- Potong mengikut ukuran pintu.
- Sapu gam kemudian paku.
- Ada gap antara batten wall itu tutup guna wood filler dan gosok dengan kertas pasir bagi rata.
- Harga batten wall ini RM2.50 seunit untuk panjang 4ft
Sudah siap skru semua boleh start wrapping. Macam-macam design dan warna wrapping ada jual di Shopee. Pilih sahaja yang mana berkenaan.
Nak tukar warna kabinet dapur setahun sekali pun boleh. Untuk wallpaper design kayu seperti ini RM16.50 untuk 60cm x 5m.
Inilah hasil pintu yang sudah siap buat frame dan wrapping. Untuk hasil yang kemas dekat setiap bucu sudut dalam frame itu guna dryer untuk panaskan wallpaper itu sambil tekan
Cara Buat Lubang Hinge Sendiri
Pakai ikut kesesuaian design kabinet kita. Full close pakai untuk pintu yang berada di tepi atau pada tiang kabinet yang tidak berkongsi.
Half overlay pula pakai pada tiang kabinet yang berkongsi untuk 2 pintu. Lazimnya di tengah. Jenis insert pula pakai untuk design kabinet yang frame pintu dia jenis ke dalam.
Tetapi kebanyakan design kabinet dapur, pintu dia luar frame. Dalam projek ini pakai hinge full close & half overlay sahaja. Rasa tonton di youtube lagi mudah faham sebab ada video. Harga hinge ini RM1 lebih untuk setiap satu. Dekat DIY pun ada jual RM2 lebih untuk 2unit.
Cara Pasang Playwoord Kabinet Dapur
Untuk tutup belakang kabinet dapur boleh hanya guna papan playwood sahaja. Yang ini playwood tebal 3mm size 4ft x 8ft dijual pada harga RMm28 sekeping.
Potong mengikut size kabinet dapur dan wrapping dengan wallpaper sebelum paku. Playwood nii beli di hardware dekat dengan rumah.
Contoh Jenis Handle Pintu Kabinet Dapur
Kemudian pasang handle pada pintu. Pelbagai jenis jenis & bentuk handle ada jual di shopee. Yang seperti ini RM6.43 seunit order dari China.
Kualiti ok berat. Ada yang lagi murah dari itu tetapi ringan sikit. Terpulang pada individu nak beli ikut bajet masing-masing.
Cara Pasang Lampu LED
Akhir sekali pasang lampu LED dalam kabinet dapur dan juga hydraulic support untuk pintu yang buka ke atas. Rak pinggan itu ada macam-macam saiz 600mm,800mm & 900mm.
Masa design kabinet dapur ini mula-mula dulu kena ambil kira saiz rak pinggan yang hendak dipakai. Untuk projek ini pakai saiz 600mm.
Ini link untuk lampu LED. Nak beli di kedai eletrik pun boleh cuma hari itu pkp banyak kedai eletrik tutup. Harga RM6.09 seunit untuk panjang 1ft.
Berapa Kos Bajet Murah Buat Kabinet Dapur Sendiri
Bajet murah kos untuk buat kabinet dapur sendiri yang cantik dan pasang secara diy ini berjumlah lebih kurang RM900.
Kos harga itu untuk buat 2 kabinet dapur. Kabinet dapur panjang size 210cm x 80cm & satu lagi 80cm x 40cm nak letak atas peti ais (fridge).
Jikalau panggil untuk upah orang buat kitchen cabinet / kabinet dapur tidak berapa pasti harga market sekarang tetapi bagi yang ada duit dan kewangan lebih dan tidak mahu pening kepala upah sahaja kontraktor.
Yang pastinya ia lebih murah berbanding harga kabinet dapur pasang siap yang ditawar oleh kedai kitchen cabinet yang ada sekarang.
Kami akan kongsikan kepada anda kitchen cabinet murah untuk anda cari.
FAQ
Semestinya aluminimum. Tidak makan dek anai-anai
Terima kasih kepada karya asal, Encik Dauz Zeze
SUMBER: IKEA
Semoga dengan perkongsian cara buat kabinet dapur sendiri dan kitchen cabinet secara diy ini membantu anda hias dapur dengan lebih cantik dan ceria disamping dapat jimatkan kos pada harga yang lebih murah.