Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar dan terlibat dengan accident samada dengan Etiqa Takaful insurans, AIG, Alliance, MSIG, Zurich, Takalful Ikhlas, Lonpac, Pacific and Orient, Kurnia, Tokio Marine ataupun AXA Car Insurance. Apa perlu buat selepas kemalangan?
Kepada anda yang terlibat dengan accident atau kemalangan jalan raya, jangan panik. Anda sebenarnya boleh claim insurance kereta anda.
Yang penting di sini ketahui hak anda sebagai pemegang polisi insurans kereta anda. Supaya anda tidak ditipu dan tertinggal langkah bagi mengelakkan anda mengalami kerugian berganda sewaktu ditimpa kemalangan dan accident
BACA SINI: Cara Claim Insurans Kemalangan Motorsikal
Terdapat langkah atau cara untuk claim insuran kereta yang perlu diambil untuk membuat laporan polis dan tuntutan insurans sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya yang membabitkan kerosakan kereta tanpa sebarang kecederaan fizikal kepada pemandu.
Prosedur Cara Claim Insuran Kereta
Laporan mestilah turut dibuat oleh kereta yang melanggar anda dalam kes kereta anda terlanggar supaya kos baik pulih kereta anda ditanggung oleh insuran kereta milik individu terbabit.
- BACA SINI >> Senarai insuran kereta terbaik di malaysia
- BACA SINI >> Check etiqa travel insurance malaysia insuran perjalanan ke luar negara
- BACA SINI >> Portal allianz vehicle insurance: Login Portal Alpha Car Insurans & Motor
- BACA SINI >> Kurnia Insurance car: Login Motor Insurans Kereta Online
Di bawah ini kami sertakan langkah-langkah dan cara claim insurans kereta kemalangan jika ia berlaku pada kereta anda.
- Letakkan kenderaan anda pada bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas selepas berlakunya kemalangan.
- Kerosakan kenderaan anda hendaklah diperiksa dari luar.
- Gambar excident kereta yang melanggar mestilah diambil dan butiran penting kenderaan terbabit termasuk nombor plat dan roadtax kenderaan juga perlulah diambil. Kalau dapat gambar orang excident lagi bagus.
- Kerosakan yang berlaku pada kenderaan hendaklah diambil gambarnya.
- Sila dapatkan maklumat pemandu yang terlanggar atau melanggar kenderaan anda. Anda juga perlu minta dengan baik kad pengenalan mereka dan mengambil gambar. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, nyatakan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana hak anda sebagai pihak yang telah dilanggar untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang pelanggar telah dihalang.
- Jika ianya kenderaan persendirian, dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan tersebut, manakala jika ianya kenderaan syarikat, dapatkan nombor telefon syarikat. Bagi mengelakkan sebarang penipuan oleh mereka, pastikan nombor telefon yang diberikan betul-betul dapat dihubungi.
- Anda boleh menghala bersama kenderaan anda ke balai polis trafik berhampiran dan buat laporan polis sekiranyanya kenderaan anda masih selamat untuk dipandu.
- Ataupun anda boleh menghubungi syarikat insuran anda bagi mendapatkan khidmat tow truck jika kenderaan anda sudah tidak boleh dipandu. Elakkan menggunakan sebarang jasa tow truck yang datang kepada anda untuk menawarkan bantuan tow truck dan khidmat bengkel mereka.
- Pegawai penyiasat, penolong pegawai penyiasat atau ketua balai polis akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan yang berlaku pada diri anda setelah menerima laporan.
- Keputusan kes kemalangan jalan raya oleh penyiasat adalah dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Anda akan diberikan salinan report dalam masa kurang dari 3 hari bekerja, gambar accident kereta dan contoh lakaran kemalangan akan diserahkan dalam masa kurang dari 15 hari.
BACA SINI: Harga Roadtax Motor dan Renew Motosikal & Kereta
Cara Claim Insurans Kemalangan Kereta
Untuk cara claim insurans kereta mudah sahaja. Selepas keputusan kes, gambar accident kereta dan lakaran rajah dikeluarkan, anda perlu datang semula ke balai polis. Tuntutan insurans bagi kos baik pulih kerosakan kereta anda memerlukan tiga benda tersebut.
Setelah itu, dengan kadar secepat mungkin anda hendaklah membuat tuntutan kepada pihak insurans. Sekiranya anda gagal bersegera untuk membuat tuntutan, anda boleh menulis surat kepada pihak insurans atas sebab-sebab kelewatan membuat tuntutan kerosakan kereta berserta tuntutan ganti rugi kemalangan.
Tempoh claim insuran kemalangan kereta dalam masa 7 hari, laporan mestilah dilakukan untuk membuat tuntutan, anda hendaklah memberikan bukti semasa membuat report dan sekiranya anda tercedera, mestilah dirawat di hospital dalam masa 30 hari setelah kemalangan berlaku.
Kereta anda perlulah dihantar ke bengkel panel insuran anda atau pusat baik pulih rasmi untuk dibaiki dengan kadar segera. Jikalau anda memiliki kereta Proton, maka hantarlah ke pusat baik pulih Proton, begitu juga dengan perodua, Honda atau kereta lain.
Semestinya anda akan hantar ke bengkel panel tidak kira panel takaful ikhlas, etiqa, zurich, allianz, takaful malaysia, zurich insurance, yang boleh memudahkan urusan claim dan tuntutan anda kelak. Ini bagi memastikan spare parts yang digunakan adalah asli dengan model kereta anda.
Selain itu, proses tuntutan insuran dapat dipercepatkan dan baik pulih kereta anda boleh dilakukan dengan baik apabila anda menghantar pembaikan ke service centre.
Dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, covernote insurans, salinan lesen memandu, laporan polis, salinan geran, gambar rajah kemalangan, rajah kasar kemalangan / lakaran accident kereta dari balai polis mestilah disiapkan semasa membuat tuntutan pampasan kemalangan jalan raya kepada syarikat insurans.
No. Claim Discount anda tidak akan terjejas langsung apabila kemalangan bukan disebabkan oleh kecuaian anda.
Prosedur Tuntutan & Cara Claim Loss of Use
Claim Loss of use daripada insurans juga layak anda tuntut di samping kos pembaikan kereta.
Insurance claim Loss of use adalah tuntutan kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda atau kos sewa kenderaan gantian.
Maklumkan kepada service centre yang anda mahu membuat tuntutan loss of use claim setelah kereta anda diperbaiki.
Service centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dokumen yang diperlukan untuk keperluan tuntutan anda.
Laporan claim loss of use akan dikeluarkan dalam masa 3 sehingga 5 hari bekerja setelah kereta sudah siap diperbaiki.
Dokumen dan laporan mestilah dihantar ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda. Bagi memastikan tuntutan anda dipenuhi, lakukan follow up dari semasa ke semasa.
Umumnya 2 minggu hari bekerja akan diambil untuk proses claim insurance loss of use ini dan pembayaran akan diberikan kepada anda.
NOTA: Tidak kira anda mahu buat tuntutan dan claim loss of use etiqa insurance zurich allianz takaful ikhlas malaysia samada untuk model perodua proton toyota honda mazda, semuanya pengalaman sama sahaja jika anda follow cara dan langkah seperti dikongsikan di atas ini.
Cara Claim Insurance Kereta Tuntutan Kemalangan Sendiri dan Pihak Ketiga
Apakah cara claim insuran kemalangan sendiri dan tuntutan pihak ketiga?
Terdapat dua jenis claim insurans kereta kemalangan atau tuntutan iaitu tuntutan kerosakan sendiri dan tuntutan kerosakan pihak ketiga.
Anda akan dapat membuat tuntutan dan claim insuran kemalangan sendiri apabila menggunakan perlindungan komprehensif. Anda akan kehilangan diskaun tiada tuntutan (NCD), jika anda membuat tuntutan dan claim insurans kemalangan sendiri.
Maklumat hendaklah terus diberikan kepada syarikat insurans anda apabila berlaku kereta excident yang membabitkan kenderaan anda.
Kemudian hantar ke bengkel panel syarikat insurans berkenaan. Borang Laporan Kemalangan Motor mesti diisi dan dokumen lain yang dikehendaki disertakan sebelum menghantar kereta anda.
Baik pulih selalunya akan dilakukan setelah dokumen lengkap dari anda diterima oleh syarikat insurans. Apabila kereta telah disiapkan sepenuhnya, anda akan dihubungi.
Kes kedua adalah tuntutan kemalangan jalan raya melibatkan insurans third party kereta. Anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga jika anda tidak bersalah dalam kemalangan itu dan diskaun tiada tuntutan anda tidak akan terjejas langsung.
Insuran boleh dituntut ke syarikat anda atau terus kepada syarikat pihak yang bersalah kerana anda dan pemilik kenderaan lain mempunyai syarikat insurans masing-masing. Anda boleh mengemukakan kepada syarikat insurans anda supaya tuntutan dapat dipercepatkan.
Bagaimanapun, anda sama sekali tidak boleh claim insurance kereta kena langgar lari jika anda tidak sempat kesan sebarang info pelaku tersebut.
SUMBER: https://piam.org.my/guidelines-on-claims/
Cara Meminimumkan Kerugian Bagi Penuntut Pihak Ketiga
- Seorang penaksir berlesen hendaklah dilantik untuk menilai besarnya kerugian. Kebiasaannya bengkel panel dan syarikat insurans akan meminta anda berbuat demikian.
- Borang Laporan Kemalangan Motor, laporan penaksir, dan lain-lain dokumen yang diperlukan diserahkan syarikat insurans anda.
Selain melakukan cara claim insurans kereta kemalangan pihak ketiga tersebut, Ganti Rugi Masa Pembaikian (CART) juga berhak anda tuntut kepada syarikat insurans pihak ketiga atas kehilangan kegunaan kereta anda.
Selain daripada bayaran wang tunai. Pembayaran kos sewa kereta pengganti selama tempoh pembaikan dengan syarat sama kategori dan kapasiti juga boleh dituntut.
Anda mestilah mengemukakan resit daripada syarikat penyewaan kereta semasa membuat tuntutan melalui cara claim insuran kereta
Cara Check NCD Insuran Kereta
No Claim Discount (NCD) merupakan potongan harga berbentuk diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan disebabkan oleh tiada tuntutan insurans dilakukan pada tahun tersebut.
Diskaun ini akan semakin tinggi jika pemilik kenderaan tidak membuat tuntutan insurans pada tahun berikutnya. Diskaun ini adalah berbeza mengikut jenis model kenderaan.
Diskaun ini juga akan diberikan kepada pemilik kenderaan apabila mereka ingin memperbaharui polisi insurans dan cukai jalan (roadtax) kenderaan mereka.
Semakan NCD ini boleh dilakukan secara atas talian jika pemilik kenderaan ingin mengetahui nilai NCD mereka.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan NCD bagi kenderaan kereta;
- Cara check ncd kereta dengan Layari laman sesawang, https://www.mycarinfo.com.my
- Klik pada bahagian “NCD Enquiry”.
- Klik pada butang “Find out your NCD Online”.
- Kemudian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor ID pengguna dengan betul dan klik pada butang “Get my NCD Report”
- Akhir sekali, paparan laporan NCD akan dipaparkan bagi tujuan semakan.
Cara Claim NCD Kereta Lama
NCD merupakan elemen yang penting kepada pemilik kenderaan untuk membantu mengurangkan bayaran premium insurans kenderaan.
Oleh sebab itu, pihak syarikat insurans dibenarkan untuk memindahkan NCD dari kereta lama kepada kereta baharu.
Secara tidak langsung, pemilik kenderaan boleh menikmati harga insurans yang lebih rendah apabila menukar NCD kenderaan.
Namun begitu, pemilik bagi kedua-dua kenderaan dan jenis kenderaan mestilah sama antara satu sama lain. Bahkan, ianya amatlah digalakkan untuk berbuat demikian.
Berikut merupakan cara claim ncd kereta lama bagi tujuan pemindahan NCD insurance ke kereta baharu;
- Pemilik kenderaan mestilah mendapatkan sebutharga bagi kereta baharu.
- Seterusnya, pemilik kereta mestilah memaklumkan pihak insurans untuk tujuan pemindahan NCD daripada kereta lama.
- Pemilik kereta hendaklah menyatakan nombor plat kenderaan mereka.
- Kemudian, NCD kereta lama akan dipindahkan kepada kereta baharu.
- Akhir sekali, NCD kereta baharu akan dikemaskini.
Cara Check Kereta Total Loss
Bagaimana kalau kereta total loss?
Cara claim total loss perlu dimulakan dengan buat semakan dan check terlebih dahulu. Sesebuah kereta akan dianggap total loss / lost of used oleh pihak syarikat insurans sekiranya kereta tersebut tidak selamat digunakan, tidak dapat dibaiki, dan kos anggaran pembaikian kereta adalah melebihi nilai tunai kereta tersebut.
Individu yang ingin membeli kereta terpakai, mereka perlu membuat semakan sama ada kereta yang ingin dibeli tersebut merupakan kereta total loss atau tidak.
Semakan kereta total loss insurance ini boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut;
- Layari portal https://www.mycarinfo.com.my
- Klik pada mana-mana pelan yang ditawarkan dan klik pada butang “Go”.
- Masukkan nombor chassis kenderaan dan klik pada butang “Go”.
- Akhir sekali, paparan status total loss kereta kenderaan pemilik kereta akan dipaparkan.
Cara Dapatkan Cover Note Insurance Hilang
Cara dapatkan polisi insurans kereta? Dan juga cara check cover note insurance?
Cover note insurans merupakan dokumen berkenaan maklumat polisi insurans kenderaan yang terdiri daripada nama pemilik polisi, nombor enjin kereta, harga premium insurans, jenis perlindungan insurans, nama syarikat insurans, tempoh liputan insurans dan sebagainya. Ia merupakan dokumen yang penting sebagai salah satu rekod pemilik kenderaan.
Namun begitu, cover note insurans ini boleh jadi hilang jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Kepada yang kereta hilang insurance cover jangan risau. Cover note insurans yang hilang boleh dimohon kembali bagi tujuan simpanan pemilik kenderaan.
Berikut merupakan cara cara untuk mendapatkan semula kereta hilang insurance cover;
- Pemilik kenderaan boleh semak cover note insurans kereta anda dengan menghubungi syarikat insurans langganan mereka dan membuat permohonan cover note tersebut.
- Cover note ini juga boleh didapati secara atas talian menerusi laman sesawang I-Search di https://www.mycarinfo.com.my
- Permohonan cover note ini boleh dibuat di mana-mana cawangan pejabat pos.
Cara Buat Report Polis Kemalangan Jalan Raya
Bagaimana cara buat report kemalangan jalan raya?
Setiap kemalangan yang terjadi di Malaysia mestilah dilaporkan kepada pihak polis dengan membuat laporan kemalangan jalan raya di ibu pejabat polis daerah berlakunya kemalangan tersebut sepertimana yang tertakluk pada Seksyen 52, Akta Pengangutan Jalan Raya 1987.
Laporan polis ini mestilah dilaporkan oleh individu yang terlibat dengan kemalangan tersebut di ibu pejabat polis yang berdekatan dengan kawasan kemalangan.
Pengaduan perlu dibuat oleh kedua-dua belah pihak menerusi anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan.
Kedua-dua pihak mestilh memberikan maklumat kenderaan yang terlibat dan bagaimana kemalangan tersebut berlaku dengan terperinci dan betul bagi membolehkan pihak pegawai penyiasat membuat penyiasatan ke atas kemalangan tersebut.
Natijahnya, salinan report polis kemalangan ini penting bagi membolehkan individu yang terlibat dengan kemalangan mempunyai salinan laporan polis yang lengkap bagi tujuan membuat tuntutan insurans.
Tidak kira apa situasi samada saya langgar kereta orang, kereta dilanggar dari tepi / dari belakang, kes langgar belakang kereta, langgar kereta keluar parking, terlanggar kereta orang terus sahaja buat report polis kemalangan.
Apa Perlu Buat Jika Terlanggar Kereta Orang
Apa nak buat kalau accident?
Kebiasaanya, kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh perlanggaran antara dua buah kenderaan.
Hasil daripada perlanggaran ini, kerosakan akan memberi kesan kepada kenderaan pihak yang dilanggar dan melanggar.
Pastinya, kedua-dua belah pihak akan membuat tuntutan insurans terhadap perlanggaran yang berlaku.
Berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan jika anda terlanggar kereta orang lain;
- Anda sebagai pihak yang melanggar perlu memeriksa kenderaan mereka dan pihak yang dilanggar untuk mengetahui tahap kerosakan yang terjadi pada kenderaan pihak tersebut.
- Lakukan accident report polis dengan kadar segera setelah kemalangan terjadi.
- Selepas buat report kemalangan, anda boleh hubungi pihak syarikat insurans untuk memaklumkan kemalangan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.
- Seterusnya, pemilik kenderaan perlu membawa kereta mereka ke bengkel panel insurans untuk tujuan pembaikian.
- Akhir sekali, syarikat insurans akan menanggung semua kos pembaikian tersebut sehingga kereta siap dibaiki berdasar ncd kereta selepas kemalangan dan juga keputusan siasatan kemalangan.
- Nilai pampasan insurans kemalangan jalan raya bergantung kepada penilaian pihak syarikat insurance itu sendiri.
- Pesanan kami, jangan sesekali lambat buat report polis bagi memudahkan urusan insuran kemalangan diri.
- Jadi pengalaman langgar kereta orang satu iktibar supaya tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Semoga perkongsian prosedur report polis kemalangan memudahkan urusan anda oleh tuntutan dan claim insuran kereta kelak.
Apa Perlu Buat Jika Kemalangan Kereta Kena Langgar
Kalau accident nak buat apa apa kena langgar? Apa prosedur kereta kena langgar apa perlu buat?
Kemalangan yang berlaku di jalan raya juga boleh disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya yang lain termasuk accident langgar belakang.
Berikut merupakan langkah dan cara nak claim insurans kereta orang lain yang perlu dilakukan jika kemalangan berlaku disebabkan oleh dilanggar oleh pihak lain;
- Anda sebagai pihak yang dilanggar perlu memeriksa kenderaan dan mengetahui tahap kerosakan yang terjadi akibat perlanggaran tersebut.
- Buat report polis accident dengan kadar segera setelah kemalangan terjadi.
- Kemudian, hubungi pihak syarikat insurans untuk memaklumkan kemalangan tersebut bagi tujuan tuntutan insurans.
- Seterusnya, bawa kenderaan ke bengkel repair kereta accident panel insurans untuk tujuan repair kereta excident.
- Akhir sekali, syarikat insurans akan menanggung semua kos pembaikian tersebut sehingga kereta siap dibaiki.
Usah panik sehingga terus tertanya-tanya apa perlu buat jika kereta dilanggar.
Tidak kira anda ada kereta mazda, proton, honda toyota, perodua accident claim semuanya boleh anda jika anda follow langkah seperti di atas ini.
Bolehkah Tukar Insuran Kereta
Setiap pemilik kenderaan boleh memilih untuk membeli atau memperbaharui polisi insurans kenderaan mereka dengan mana-mana syarikat insurans.
Ianya bahkan, amatlah digalakkan pembaharuan insurans kereta ini dilakukan dan ditukar kepada syarikat insurans yang berbeza.
Hal ini kerana setiap syarikat insurans mengemaskini premium dan manfaat mereka dari semasa ke semasa, secara tidak langsung pemilik kenderaan boleh menikmati tawaran yang berbeza yang boleh menguntungkan pemilik kenderaan apa tukar insuran kereta dari masa ke semasa.
Adakah Lesen Mati Boleh Buat Tuntutan Claim Insurance
Kegagalan untuk memperbaharui kesen memandu yang telah tamat tempoh dan memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ianya tertakluk di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kompaun akan dikenakan ke atas pengguna jalan raya yang memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tamat tempoh.
Namun begitu, memandu kenderaan tanpa lesen yang sah atau tanpa memperbaharuinya tidak menghalang pemilik kenderaan untuk membuat tuntutan insurans sekiranya kemalangan berlaku ketika tempoh lesen tamat tempoh.
Syarikat insurans juga tidak boleh menolak claim insurance kereta yang dilakukan oleh pemilik kenderaan.
Akan tetapi, proses tuntutan ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana memandu dalam keadaan lesen memandu yang telah tamat tempoh.
Adakah Roadtax Mati Boleh Claim Insurans
Cukai jalan (roadtax) hanya boleh diperbaharui jika polisi insurans pemilik kenderaan diperbaharui terlebih dahulu.
Namun begitu, ada segelintir masyarakat, mereka memperbaharui polisi insurans mereka, akan tetapi roadtax mereka tidak dihidupkan.
Selagimana polisi insurans mereka diperbaharui mengikut tempoh yang ditetapkan, pemilik kenderaan tetap boleh membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan walaupun roadtax kereta mereka telah mati.
Walaubagaimanapun, kegagalan untuk memperbaharui roadtax boleh dikenakan saman ke atas pemilik kenderaan serta tindakan undang-undang yag lain.
FAQ
Polisi insurans kenderaan mestilah diperbaharui pada setiap tahun bertujuan untuk memastikan pemandu dan penumpang kenderaan tersebut dilindungi dan kenderaan tersebut sah digunakan di atas jalan raya.
Bagaimana cara claim 3rd party insurance? Polisi insurans Third-Party merupakan polisi perlindungan yang diberikan ke atas pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan, kecurian, kecuaian, kecederaan dan kerosakan akibat pemegang polisi ini.
Pemegang polisi bagi polisi ini tidak akan dilindungi dibawah polisi insurans ini.
Tuntutan insurance kemalangan tetap boleh dilakukan, namun ianya hanya melibatkan pihak ketiga sahaja.
Eksiden kereta, kecurian dan kebakaran kenderaan, kesemuanya dilindungi di bawah polisi syarikat insurans jika pemilik kenderaan melanggan polisi insurans kenderaan.
YA. Tuntutan insurans boleh dilakukan bagi kes kereta terbakar. Namun begitu, jenis polisi insurans yang dilanggan memainkan peranan yang penting melibatkan nilai pampasan insurans kemalangan jalan raya yang akan diterima.
Jika pemilik kereta melanggan polisi insurans First Party, kebakaran yang berlaku ke atas kenderaan pemilik atau pihak ketiga, kedua-dua pihak boleh membuat tuntutan insurans.
Manakala, bagi polisi insurans Third-Party, hanya kereta pihak ketiga yang terbakar sahaja boleh membuat tuntutan insurans.
Anjing dikategorikan sebagai haiwan liar. Polisi insurans komprehensif atau “First-Party” membenarkan pemilik kenderaan untuk membuat tuntutan insurans jika pemandu melanggar anjing sehingga menyebabkan kemalangan.
Pemilik kenderaan boleh membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan yang terjadi pada kenderaan mereka akibat perlanggaran tersebut.
Boleh tiada masalah
Macam-macam bergantung polisi anda contohnya cover kerosakan kereta eksiden, kerosakan sendiri, banjir, towing
Bergantung kepada NCD dan jumlah perlindungan yang dinilaikan ke atas kereta anda.
Boleh jika motor langgar belakang kereta atau langgar tepi mahupun langgar bahagian depan.
Kena bayar saman jika kereta langgar motor. Penunggang motosikal boleh claim dengan pemandu kereta.
Terbaik! Sekarang ini kami boleh katakan cara nak claim insurans kereta semakin bertambah mudah dan senang seiring perkembangan teknologi hari ini.