Cara Dapat Semakan Report Kredit Dengan Semak dan check Ccris online dengan sistem login eccris BNM
Central Credit Reference Information System memberikan anda laporan penyata untuk rekod kewangan anda dengan pihak bank samada baik atau tidak.
Ramai yang mengeluh hari ini apabila permohonan demi permohonan pinjaman yang dihantar ke pihak bank, acapkali ditolak mentah-mentah. Kadang-kadang berminat nak beli rumah contohnya, tetapi apabila lihat status, permohonan pinjaman ditolak
Kalau dahulu tahap kredit dinilai berdasarkan jumlah pendapat kasar diperolehi tetapi hari ini tidak lagi. Hanya gaji dan pendapatan bersih dinilai dan akan ditafsirkan samada anda layak atau tidak. Jikalau layak, berapa jumlah pinjaman yang anda benar-benar layak.
Untuk memastikan pinjaman anda lulus dan berjaya, salah satu perkara yang anda perlu lakukan anda memantau tahap kredit kewangan anda menjaga pembayaran pinjaman sebelum-sebelum ini. Ia anda boleh semak melalui kemudahan semak online oleh Bank Negara Malaysia termasuk sistem tukaran ringgit ke rupiah hari ini
CCRIS Online Guna eCCRIS BNM
Sistem ini dibangunkan oleh Bank Negara ini. Persoalannya bagaimana cara untuk lakukan semakan ccris Bank Negara Malaysia menggunakan sistem online ini?
- BACA SINI >> Money changer near me
- BACA SINI >> Tukaran Mata wang asing dolar ke rm
Mari sama-sama semak panduan dan cara yang menggunapakai sistem ini yang kami kongsikan seperti di atas ini.
1. Perkara pertama yang perlu anda lakukan anda lakukan, anda mesti pergi ke mana-mana cawangan AKPK atau bangunan Bank Negara Malaysia untuk daftar maklumat diri anda untuk anda mula menggunakan sistem online anda
2. Anda sudah boleh mula akses untuk register dan login
PERKARA | BUTIRANNYA |
Login secara online | https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml |
BACA SINI : Ctos Login Untuk Promo Code bagi semakan Report kewangan
- Bank Negara Malaysia ada menyediakan kemudahan sistem semakan online untuk anda mengetahui rekod pembayaran pinjaman untuk tempoh 12 bulan terakhir.
- Jikalau dahulu anda boleh pergi ke mana-mana cawangan akpk yang berdekatan atau terus pergi ke bangunan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan laporan kewangan ini.
- Sekarang jadi lebih mudah, kemudahan semakan online ini dipanggil report bnm eCCRIS bank negara malaysia seperti yang kami kongsikan di jadual di atas.
3. Selepas anda berjaya register eccris report dan login and perlu cari perkataan ‘CARIAN’ di navigasi dan anda KLIK untuk mula dapatkan download report online melibatkan laporan kewangan anda yang terkini
Berapa Kerap Kemaskini Status Ccris BNM
Laporan rekod kewangan ini akan dikemaskini oleh Bank Negara Malaysia pada setiap bulan.
Ia bertujuan untuk memastikan semua maklumat dalam laporan kredit ccris adalah tepat dan yang terkini dengan pinjaman dan pembiayaan yang dilakukan oleh peminjam.
Untuk makluman anda, semua maklumat dalam laporan ini akan sentiasa dikemaskini pada hari ke-10 pada setiap bulan.
Adakah PTPTN Termasuk dalam BNM Ccris Bank Negara
PTPTN merupakan satu bentuk pinjaman pendidikan yang perlu dibayar balik kepada agensi ini selepas pelajar tamat pengajian.
Untuk pengetahuan anda semua, PTPTN juga dimasukkan dalam laporan kewangan dari Bank Negara BNM ini. Jadi, jika anda tidak bayar semula pinjaman ptptn pastinya paparan laporan kewangan anda ini kelihatan tidak beraap baik di mata pihak bank untuk memebrikan pinjaman pada masa akan datang.
Senarai Kiosk Bank Negara Malaysia
Selain daripada menggunakan sistem online, Jikalau anda mahu terus dapatkan salinan di Kiosk mereka yang terdekat, boleh juga.
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia ataupun cawangan akpk untuk lakukan melalui self check ccris bnm report online. Mudah sahaja.
- Bank Negara Kuala Lumpur
- Bank Negara Pulau Pinang
- Bank Negara Johor Bahru
- Bank Negara Kota Kinabalu
- Bank Negara Sarawak
- Bank negara Kuala Terengganu
- Cawangan AKPK di seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak, Penang, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL.
Adakah Laporan Kewangan BNM Free dan Percuma
Ya betul. Ianya sangat mudah digunakan dan yang menariknya laporan kewangan boleh diperolehi secara free dan percuma.
P/S : Jikalau anda mahu lakukan semak nama blacklist bank negara online, kemudahan ini tidak disediakan pada sistem online ini sekarang.
PP/S : Diharapkan perkongsian membantu anda mengunakan sistem baru terus di telefon pintar dan laptop anda di aman sahaja.