Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja, alasan lambat atau Lewat Ke Tempat Kerja, Tidak pergi Kursus kpm & Lain-Lain kerana sakit kepala pun boleh gunakan contoh surat di bawah ini
Pernahkah anda mengalami situasi ini?
- Lewat hadir ke tempat kerja
- Tidak dapat hadir kerja
- Tidak dapat hadir mesyuarat
- Melakukan kesalahan tata tertib
- Tidak dapat hadir kursus
Sebagai seorang pekerja, situasi seperti di atas pasti pernah berlaku pada diri anda. Bagi memaklumkan penjelasan anda, pasti anda akan buat surat kepada majikan dalam situasi sebegini.
Amat penting surat rasmi penjelasan tunjuk sebab dan alasan tidak hadir kerja ini bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tata tertib ataupun dibuang kerja jika lebih teruk lagi.
Berikut kami kongsikan tentang contoh contoh format surat yang boleh digunakan di atas sebab lewat hadir kerja tidak hadir kerja tidak hadir kursus tidak hadir mesyuarat ataupun kesalahan tata tertib.
Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja
Berikut di bawah adalah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja.
- BACA SINI >> Contoh Letterhead Syarikat Cara Buat & Design Kepala Surat
- BACA SINI >> how to check socso number
- BACA SINI >> socso contribution rate
- BACA SINI >> Cara cek no perkeso
Supaya majikan boleh terima, pastikan alasan anda kukuh dan munasabah dalam mengemukakan surat tersebut.
Lebih baik lagi jika bukti dapat disertakan bersama bagi mengukuhkan lagi alasan anda. Di bawah ini, anda boleh gunakan contoh surat alasan tidak hadir kerja berikut.
Contoh Surat Tunjuk Sebab Lewat Datang Kerja
Kelewatan ke tempat kerja mungkin akan anda alami atas sebab-sebab tertentu, dan sebelum ini, anda tidak pernah lewat ke tempat kerja.
Berikut anda boleh gunakan contoh surat alasan dan tunjuk sebab lewat hadir dan datang kerja pada waktu ditetapkan.
Pastikan alasan yang diberikan adalah masuk akal dan boleh diterima majikan.
Format Kesalahan TataTertib
Mungkin anda bukanlah seorang pekerja yang jenis datang lewat ataupun suka bagi alasan tidak hadir dan tak pergi kerja langsung.
Tetapi mungkin anda melakukan secara tidak sengaja atau anda sahaja yang tahu kesalahan tata tertib tersebut.
Berikut anda boleh gunakan format contoh surat tunjuk sebab kesalahan tata tertib.
Contoh Surat Tunjuk Sebab Tidak Dapat Hadir Kursus
Berikut adalah contoh surat kerana tidak hadir kursus. Biasanya kursus berlangsung bukannya sehari tetapi beberapa hari.
Alasan yang diberikan itu hendaklah masuk akal untuk menyatakan sebab anda tidak dapat hadir dan pergi kursus tersebut.
Format Surat Tidak Hadir Mesyuarat
Majikan anda pasti tidak berasa senang jika anda tidak hadir ke satu mesyuarat.
Berikut di bawah adalah contoh surat alasan tidak dapat hadir ke mesyuarat.
Pastikan anda menulis alasan yang logik dan masuk akal, walaupun anda cuma tidak datang ke mesyuarat,
Sebagai panduan untuk membuat surat penjelasan kepada majikan anda, kami berbesar hati berkongsi format-format tunjuk sebab seperti di atas.
Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir atas alasan lewat hantar dokumen dan penjelasan kesalahan bagi salah laku kerja atau melanggar peraturan untuk diberikan kepada majikan anda akan dikemaskinikan untuk anda.
Alasan Munasabah Tidak Hadir Kerja
Tidak hadir kerja tanpa alasan yang jelas boleh menjejaskan reputasi kerja anda. Berikut adalah alasan munasabah yang boleh diterima majikan anda:
- Sakit Mendadak atau Masalah Kesihatan: Jika anda jatuh sakit atau mengalami kecemasan perubatan, sertakan surat doktor sebagai bukti.
- Kecemasan Keluarga: Situasi seperti kemalangan, kematian, atau kesihatan ahli keluarga memerlukan perhatian segera.
- Kerosakan Pengangkutan: Masalah kereta rosak atau ketiadaan pengangkutan awam boleh diterima sebagai alasan sah.
- Kecemasan: Situasi seperti kebakaran rumah atau banjir tidak dapat dielakkan.
Gunakan alasan yang betul untuk disertakan dalam surat tunjuk sebab tidak hadir kerja samada kerana sakit atau kes kecemasan
Alasan Munasabah Lambat Datang Kerja
Berikut adalah alasan munasabah untuk jika anda lewat dan lambat datang ke tempat kerja:
- Trafik Teruk atau Kemalangan Jalan Raya: Berikan maklumat tepat kepada majikan jika terperangkap dalam trafik.
- Masalah Pengangkutan: Contohnya, bas rosak atau kereta mengalami kerosakan semasa perjalanan ke tempat kerja anda.
- Masalah Cuaca: Hujan lebat, banjir, atau ribut boleh menjejaskan perjalanan.
- Keperluan Kecemasan Peribadi: Contohnya, membantu ahli keluarga yang memerlukan bantuan segera.
Sentiasa maklumkan kelewatan atau ketidakhadiran kepada majikan seawal mungkin. Jujur dan jelas dalam memberikan alasan untuk mengekalkan hubungan profesional.
Semoga Dipertimbangkan Majikan Anda
Untuk mengelakkan tindakan dikenakan kepada anda, pastikan surat yang beserta dengan penjelasan yang boleh diterima kepada majikan diberikan jika anda dalam situasi yang sebegini.
- SUMBER: http://www.nhrc.com.my
Bagi mengelakkan timbulnya perasaan tidak senang terhadap anda, anda haruslah bersifat profesional dalam bekerja dan sentiasa jujur dengan majikan.
Jika penjelasan kepada majikan diberikan, ia secara tidak langsung akan membuatkan majikan menganggap anda bukanlah sengaja untuk melakukan kesalahan tersebut.
Elakkan bagi surat tunjuk sebab dengan alasan tidak munasabah tak datang lebih 3 hari lamanya, lambat datang tempat kerja, lewat masuk pejabat
Jadilah pekerja yang memberi manfaat kepada majikan dan syarikat tempat anda bekerja.
P/S: Jika anda merasakan perkongsian contoh bagi surat tunjuk sebab ketidakhadiran, atau sebab kelewatan yang mudah dan ringkas ini, boleh kongsikannya.