Padu Login: Daftar Register Online Kemaskini Pangkalan Data

Cara Daftar Padu Login Pangkalan Data Utama di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia & Kemaskini Online registration dengan register di portal padu.gov.my bagi tahun 2024

cara daftar padu login online malaysia

Pangkalan Data Utama merupakan suatu sistem pangkalan simpanan data peribadi pengguna. Ia digabungkan menerusi 200 data agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Padu diperkenalkan dan ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bertujuan untuk menyimpan rekod data peribadi individu dan isi rumah yang terdiri daripada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Malaysia.

Semua data yang direkodkan adalah selamat dan komprehensif di dalam satu sistem berpusat bagi menghasilkan analitik yang tepat.

Pemberian subsidi, bantuan dan perlindungan sosial kepada rakyat Malaysia menjadi lebih mudah melalui pengakalan data ini.

Cara Pendaftaran Padu 2024 Online

Pendaftaran dan kemaskini sistem PADU register ini mestilah dilakukan oleh semua masyarakat yang tinggal di Malaysia yang berstatus warganegara dn pemastautin tetap.

Ianya penting untuk memastikan setiap daripada mereka tidak dikecualikan daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial dari kerajaan.

Pendaftaran akaun pengguna menerusi sistem ini boleh dilakukan secara atas talian atau menerusi kaunter di agensi kerajaan.

Berikut merupakan cara register padu 2024 dan daftar online:

  1. Layari portal untuk padu daftar online pangkalan data utama, www.padu.gov.my untuk padu registration online, cara sangat mudah.
  2. Klik pada butang “Daftar Sekarang” pada halaman utama portal tersebut. 
  3. Isi butiran maklumat pengguna dengan betul dan lengkap pada ruangan yang disediakan.
  4. Seterusnya, sahkan akaun padu yang didaftarkan dengan memasukkan kod One-Time Password (OTP) yang diterima oleh pengguna menerusi emel dan SMS.
  5. Kemudian, pengguna perlu mencipta dan menetapkan kata laluan yang sah bagi tujuan log masuk.
  6. Pengesahan identiti mestilah dilakukan dengan membuat imbasan kod QR dan menangkap gambar individu.
  7. Akhir sekali, notifikasi pendaftaran berjaya dilakukan akan diterima oleh pengguna setelah selesai mendaftar.
padu register online login

Cara Login Padu Online Registration

Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, pengguna boleh mula log masuk ke akaun mereka pada bila-bila masa sahaja untuk membuat pengemaskinian data maklumat peribadi padu.

Berikut merupakan cara login PADU selepas daftar bagi tahun 2024 secara online;

  1. Layari padu portal laman sesawang rasmi, www.padu.gov.my selepas melalui proses online registration.
  2. Klik pada butang “Log Masuk”
  3. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pengguna dan kata laluan yang sah
  4. Akhir sekali, padu register dan daftar online berjaya dan halaman utama akan dipaparkan.
www padu gov my login

Cara Kemaskini Padu Gov Daftar Online Malaysia

Individu yang mempunyai perubahan pada data maklumat peribadi mereka perlu membuat pengemaskinian data tersebut menerusi sistem ini. 

Pengemaskinian boleh dilakukan secara online menerusi portal PADU malaysia dan pengemaskinian juga boleh dilakukan menerusi kaunter di Pejabat Daerah / Penghulu/ PBT, Pusat Ekonomi Digital, Pusat Internet Desa, atau Premis Agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Pemohon perlu membawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan individu bagi tujuan pengemaskinian padu.

Berikut merupakan cara untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan akses semula sistem padu ini;

  1. Layari dan portal PADU register online login, www.padu.gov.my daftar.
  2. Klik pada bahagian “Kemaskini”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan pengguna yang sah.
  4. Kemudian, klik pada butang “Log Masuk”.
  5. Pada halaman utama, pengguna boleh klik pada mana-mana tab maklumat yang ingin dikemaskini.
  6. Sahkan maklumat yang dikemaskini pada bahagian perakuan dan klik pada butang “Hantar Perakuan”.
  7. Akhir sekali, data maklumat peribadi pengguna berjaya dikemaskini. 

Adakah Wajib Daftar Kemaskini Padu Untuk Semua Rakyat?

Pendaftaran dan pengemaskinian data maklumat peribadi rakyat Malaysia boleh dilakukan bermula 2 Januari 2024.

Setiap individu yang berumur 18 tahun dan ke atas digalakkan untuk berbuat demikian.

Bukanlah suatu kewajipan, namun begitu ianya lebih baik untuk daftar dan kemaksini maklumat mereka di pangkalan data utama padu ini.

Ianya untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam sistem pangkalan data utama yang lain yang boleh menjejaskan data maklumat yang dipaparkan di dalam sistem PADU.

Siapa Yang Perlu Login & Isi Padu Registration

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat peribadi mereka di dalam sistem padu.gov.my login ni.

Ianya amatlah digalakkan, memastikan masyarakat Malaysia menerima bantuan, subsidi atau perlindungan sosial daripada pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan yang berfokuskan rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Perubatan MADANI, e-Madani dan banyak lagi.

Individu yang layak akan diutamakan dan didahulukan untuk menerima inisiatif kerajaan ini.

Data maklumat peribadi mereka akan dirujuk pada sistem padu.gov.my kemaskini online ini untuk memudahkan penyaluran manfaat kerajaan kepada masyarakat Malaysia tanpa ada yang disisihkan atau dikecualikan untuk menerimanya.

Bila Tarikh Buka Pendaftaran Padu.gov.my Login

Seiring dengan kemajuan teknologi berasaskan digitalisasi, sistem padu.gov.my ini mula diperkenalkan pada 2 Januari 2024 kepada masyarakat di Malaysia.

Individu yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan untuk daftar dan membuat kemaskini sistem pangkalan data utama padu di dalam sistem ini.

Pengumpulan data padu secara berpusat menerusi sistem ini diselaraskan sesuai dengan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, sistem ini signifikan kepada negara dan kerajaan Malaysia untuk memastikan setiap manfaat kerajaan disalurkan kepada individu yang benar-benar layak serta mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan yang terhad dengan baik.

Manakala tarikh tutup pendaftaran padu adalah pada 31 mac 2024

Perbezaan Sistem Pangkalan Data Utama Dengan Ekasih

Sistem PADU dan eKasih, kedua-duanya merupakan sistem pangkalan data utama yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk merekod dan memastikan subsidi, bantuan dan perlindungan sosial rakyat Malaysia disalurkan kepada individu yang layak.

Bukan itu sahaja, dengan adanya sistem ini, ianya dapat mengelakkan berlakunya bertindihan data dan kehilangan rekod peribadi pengguna yang boleh menjejaskan bantuan kerajaan ini untuk sampai ke tangan individu yang layak. 

Secara umumnya, sistem padu daftar ini merupakan sistem pangkalan data utama yang diwujudkan di mana semua data yang lain akan dihubungkan dengan sistem data ini.

Ianya merekodkan semua data peribadi rakyat Malaysia selaras dengan data padu yang dimiliki oleh badan kerajaan atau agensi serta syarikat yang terdapat di Malaysia.

Ternyata, ianya dapat memudahkan urusan kerajaan dan pengguna untuk memastikan setiap individu menerima manfaat kerajaan dengan baik tanpa sebarang pengecualian.

Namun begitu, sistem eKasih merupakan sistem data padu secara bersepadu yang diwujudkan dan diperkenalkan pada peringkat nasional.

Sistem padu ini merekodkan dan mengandungi maklumat data yang dikhususkan berkaitan dengan data kemiskinan rakyat Malaysia.

Ianya ditubuhkan untuk membantu perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program yang berkaitan dengan kemiskinan.

Sistem eKasih ini dijadikan rujukan utama oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ianya penting untuk memastikan rakyat Malaysia yang berstatus miskin tegar tidak terkecuali daripada menerima bantuan atau subsidi kerajaan sekaligus dapat mengurangkan jurang kemiskinan yang terdapat di Malaysia.

Bagaimana Dengan Data Yang Tidak Daftar Padu Online

Kepada yang belum buat padu daftar, jangan risau data anda tetap ada dalam sistem padu yang mana akan diambil daripada setiap agensi kerajaan yang berkaitan.

Cumanya data yang diperolehi besar kemungkinan bukanlah yang terkini.

Kelebihan Sistem Pangkalan Data Di Bawah Kementerian Ekonomi Malaysia

Secara amnya, sistem ini sangat signifikan kepada semua pihak kerana ianya menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengguna.

Antara kelebihan padu sehingga wujudnya sistem ini adalah

  1. Untuk memastikan setiap data maklumat peribadi individu dan isi rumah masyarakat di Malaysia direkodkan dalam satu sistem pangkalan berpusat.
  2. Pihak kerajaan boleh merujuk kepada data sistem ini untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam menyalurkan bantuan atau subsidi kerajaan kepada individu yang layak.
  3. Kaedah pengintegrasian data pentadbiran menerusi pelbagai sumber data padu akan dikumpulkan di dalam satu sistem utama iaitu sistem ini yang membolehkan pihak kerajaan menjejaki status terkini sosial dan kewangan seseorang pengguna.
  4. Tambahan pula, sistem ini ini akan membantu pihak kerajaan dalam mengoptimumkan penggunaan sumber negara yang terhad bagi tujuan penyaluran subsidi dan bantuan kepada individu yang layak sahaja.
  5. Individu yang tidak layak akan dikecualikan daripada menerima sumber negara yang boleh menyebabkan kekurangan sekaligus menjejaskan penyaluran sumber yang terhad ini.
  6. Pemantauan dan penilaian yang lebih berkesan dan telus akan dijalankan menerusi sistem ini bagi memberi impak yang positif kepada perlaksaan dasar negara dalam jangka masa yang panjang.
  7. Oleh yang demikian, kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat akan lebih terpelihara dan terjaga menerusi perlaksanaan sistem ini.

Penjawat Awam Wajib Daftar dan Kemaskini Maklumat Padu Register

Kepada semua jumlah kakitangan kerajaan malaysia, anda wajib register padu gov my kemaskini dan login pangkalan data utama untuk kemaskini maklumat terkini melibatkan anda tidak kira anda kakitangan awam di melaka sabah Sarawak melaka Johor Negeri Sembilan Pahang Kuala Lumpur KL Selangor Putrajaya Perak Kelantan Terengganu Perlis Kedah dan Pulau Pinang Penang.

Maklumat seperti status perkahwinan, bilangan isi rumah, alamat, kad pengenalan, gaji dan pendapatan. Ada 39 item yang perlu anda isikan.

Akhir sekali, segala bantuan dan subsidi kerajaan ini dapat disalurkan dengan lebih adil kepada semua individu yang layak.

Tidak ada seorang pun akan dikecualikan daripada menerimanya atau menerimanya secara berlebihan.

Justeru itu, matlamat kewujudan sistem padu online ini dapat merapatkan jurang sosioekonomi negara dengan memenuhi dan mengimbangi keperluan rakyat mengikut keadaan semasa.

FAQ

1. Adakah Maklumat Dalam Sistem Pendaftaran Padu Online Selamat?

Segala butiran peribadi pengguna mestilah diisi dengan betul dan tepat ketika proses pendaftaran dan pengemaskinian akaun pengguna ini.

Semua data akan direkodkan dalam pangkalan data ini. Ianya disimpan dengan selamat, komprehensif dan “near real time” di dalam satu pangkalan data utama. Ia mustahil untuk dicerobohi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 

2. Dapat Touch n Go NFC Percuma Jika Register Padu Online Awal?

Kerajaan telah memperuntukkan kad Touch N Go NFC secara percuma kepada 3,000 individu yang mendaftar di dalam sistem padu registration online ini pada 2 Januari 2024.

Pemberian kad Touch N Go ini hanya diberikan kepada individu yang membuat pendaftaran menerusi kaunter di Majlis Perlancaran PADU.

Anda hanya perlu menunjukkan bukti pendaftaran tersebut kepada petugas yang bertugas di kaunter pendaftaran PICC pada hari perlancaran tersebut.

Oleh yang demikian, individu sejumlah 3,000 orang terawal sahaja layak untuk menerima kad TNG ini.

3. Bila Tarikh Tutup Pendaftaran Padu?

31 Mac 2024

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia