Ddr Sorting Center Facility Shopee Express

Di mana pusat logistik DDR Sorting Centre Shopee & Lazada facility

pusat logistik ddr sorting centre shopee lazada

Delivery Depot and Redistribution Sorting Centre merupakan pusat pengumpulan barangan pelanggan yang melakukan pembelian secara atas talian.

Ia merupakan satu bahagian yang signifikan apabila seseorang pelanggan membeli secara atas talian di mana pusat DDR menjadi titik tengah untuk membolehkan pihak kurier mengagihkan dan menghantar barangan tersebut sampai ke tangan penerima. 

Di pusat ini, segala barangan yang dihantar oleh perkhidmatan penghantaran seperti Pos Malaysia, Shopee, J&T Express, Ninja Van, City-Link Express, DHL, Courier Express dan banyak lagi akan disusun semula, dikumpulkan dan dihantar kepada penerima. Kebiasaannya, barangan ini akan diproses selama 1-2 hari di pusat ini sebelum ianya dihantar kepada alamat penerima.

Ianya penting untuk memastikan barangan penerima daripada sekecik-kecik barang sehingga sebesar-besar barang dapat dihantar dengan selamat dan baik. Oleh yang demikian, DDR menjadi tempat utama yang membolehkan penghantaran barang dihantar ke seluruh negara.

Berapa Lama Barang di DDR Sorting Centre

Pusat logistik Shopee / Lazada ini berperanan menjadi tempat pengumpulan barangan pembelian secara atas talian yang sementara sebelum membolehkan ianya dihantar ke destinasi terakhir.

Di DDR Sorting Centre ini juga, pemprosesan logistik yang melibatkan penyusunan semula, pengumpulan, pengagihan, dan pengeposan barangan tersebut ke seluruh negara.

Penerima akan menerima notifikasi “Your parcel has arrived at sorting facility: DDR sorting centre” jika barangan mereka berada di pusat ini.

Oleh itu, barangan tersebut akan melalui proses ini selama 1-2 hari sebelum ianya dihantar kepada penerima. 

Di mana Lokasi DDR Sorting Center Shopee Express

BACA SINI >> harga pos barang guna j&t express

Lokasi DDR Sorting Centre ini biasanya terletak di kawasan yang strategik.

Bagi syarikat Shopee, ianya terletak di Pelabuhan Barat, 42920 Port Klang, Selangor.

Kesemua barangan yang dibeli oleh pelanggan menerusi aplikasi Shopee akan dihantar ke DDR Sorting Centre Shopee ini.

Gambar di bawah ini menunjukkan lokasi DDR Sorting Centre bagi syarikat Shopee.

ddr sorting centre spx express

Di Mana Lokasi DDR Sorting Centre Lazada Facility

Lazada merupakan salah satu syarikat pembelian barang atas talian yang menjadi pilihan masyarakat di Malaysia.

Setiap pembelian menerusi Lazada akan melalui proses di DDR Sorting Centre Lazada.

Ianya terletak di Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia seperti pada gambar di bawah ini

pusat pengisian ddr

Adakah Pusat Pengisian DDR Adalah di Seluruh Malaysia?

DDR Sorting Centre Shopee dan Lazada hanya terletak di satu kawasan atau gudang sahaja.

Ini bermakna setiap barang yang dihantar oleh pihak syarikat kurier akan dihantar ke satu tempat DDR Sorting Centre sahaja.

Setelah semua proses logistik dijalankan, semua barangan akan dihantar ke hub penghantaran di seluruh negeri di Malaysia.

Oleh yang demikian, DDR Sorting Centre ini tidak ada di negeri-negeri di Malaysia.

Mengapa Barang Saya di Shopee Express DDR Sorting Center

Untuk terkejut apabila anda buat semakan tracking number shopee express malaysia, mendapat barangan di ddr sorting centre shopee.

Setiap barang yang dipesan melalui aplikasi Shopee dan memilih untuk dihantar melalui Shopee Express malaysia, pastinya barang tersebut akan melalui Shopee Express DDR Sorting Center.

Shopee Express DDR Sorting Center ini terletak di Perlabuhan Klang Barat yang berdekatan dengan pusat pemunggahan barang U10 yang merupakan sebuah gudang barangan. 

Barang yang dipesan akan melalui DDR Sorting Centre shopee express ini bertujuan untuk diklasifikasikan barangan yang dipesan mengikut negeri-negeri yang perlu dihantar.

Pekerja yang bertugas di sini akan mengasingkan barangan mengikut negeri dan alamat daerah masing-masing serta seterusnya mengagihkan barang kepada kurier pos Shopee untuk dihantar ke rumah pembeli.

Walaubagaimanapun, ada waktu dimana barang-barang pelanggan berada di sini ini terlalu lama disebabkan oleh tenaga kerja dan masalah teknikal yang dihadapi oleh pihak Shopee, terutamanya pada musim perayaan.

Kenapa Barang Saya ‘Stuck’ Lama di Pusat Logistik Lazada / Shopee

Jawapannya ada kami terangkan seperti di bawah ini. Teruskan membaca….

Pemprosesan logistik di DDR Sorting Centre memakan masa 1-2 hari sebelum ianya dihantar ke destinasi terakhir. Ianya merupakan pusat pengagihan barangan pembelian atas talian yang sementara.

Segala barangan yang sampai dan dikumpulkan di sini akan diuruskan dengan cepat untuk memudahkan urusan pihak kurier dan memastikan barangan yang dibeli oleh pelanggan sampai mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Namun begitu, ada sesetengah pelanggan yang mendapati barang mereka tersekat di sini.

Hal ini kerana barangan mereka ini masih dalam proses penyusunan dan pengagihan.

Pelanggan perlu menghubungi pihak pusat pengumpulan logistik samada Lazada atau Shopee untuk mengetahui status barangan mereka.

Selain itu, barang pelanggan yang masih di sini berkemungkinan mengalami kehilangan atau kerosakan.

Pelanggan boleh membuat tuntutan kehilangan atau kerosakan barang yang berlaku di sini yang membolehkan pelanggan mendapat pulangan wang atau diganti dengan barang yang baharu.

Tambahan pula, barang pelanggan yang sampai di sini tersekat di pusat tersebut terlalu lama adalah berkemungkinan disebabkan oleh penerimaan jumlah barangan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Hal ini akan menyebabkan proses penyusunan, pengumpulan dan penghantaran barang akan menjadi lambat, terutamanya apabila tiba musim perayaan. 

Akhir sekali, barang pelanggan juga akan tersekat di sini apabila berlakunya kecuaian dalam kalangan pekerja di pusat tersebut.

Boleh jadi pekerja mereka ini terlepas pandang terhadap barangan pelanggan.

Justeru itu, barang tersebut akan memakan masa yang lama untuk sampai ke tangan penerima. 

Adakah Saya Boleh Ambil Terus Barang di DDR Sorting Centre

Barangan di pusat logistik DDR Sorting Centre ini akan melalui proses penyusunan semula, pengumpulan dan penghantaran ke hub penghantaran negeri di Malaysia samada di Melaka Kelantan Terengganu Johor Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Kedah Perak Kuala Lumpur KL Putrajaya Negeri Sembilan Selangor Perlis dan Pahang .

Penerima yang mendapati barang mereka di pusat logistik DDR ini tidak boleh mengambil barangan mereka di pusat tersebut.

Hal ini kerana semua barangan ini akan dihantar ke destinasi terakhir.

Ianya bertujuan untuk memastikan setiap barangan pelanggan dihantar dengan selamat tanpa berlaku kecurian, kerosakan dan kehilangan.

Oleh yang demikian, pelanggan tidak boleh mendapatkan barang mereka di DDR Sorting Centre dengan sendiri. 

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia