Cara cek dan Semak Duit Dalam Ic, berapa baki ada: Cara topup, tuntut Keluarkan Wang dalam Mykad / kad pengenalan

Kad pengenalan warganegara Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilengkapi dengan ciri-ciri Touch N Go. Kad pengenalan juga berfungsi sebagai kad Touch N Go yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol.
Bukan itu sahaja, pengguna yang menggunakan kad pengenalan untuk membayar tol, mereka perlu menambah nilai ke dalam kad pengenalan tersebut.
BACA SINI >> Mykad: Semakan Kad Pengenalan
Oleh itu, kad pengenalan pengguna akan mempunyai duit di dalamnya apabila mykad tersebut ditambah nilai.
Cara Cek Duit Dalam IC Mykad, Semak Berapa Baki?
Pengguna mestilah sentiasa memastikan wang yang terdapat dalam kad pengenalan mereka mencukupi jika mereka menggunakan kad pengenalan sebagai salah satu medium pembayaran tol.
- BACA SINI >> bantuan guaman percuma
- BACA SINI >> Semakan mySalam b40 m40: cara daftar pendaftaran online
Cara semak baki wang dan duit di dalam MyKad pengguna boleh dilakukan menerusi aplikasi Touch N Go e-Wallet.
Berikut merupakan cara cara untuk semak duit dalam kad pengenalan pengguna;
BACA SINI >> Kemasukan duit jkm
- Muat turun dan buka aplikasi Touch N Go pengguna seperti pada Rajah di atas ini
- Klik pada ikon “TNG Card”.
- Kemudian, klik pada butang “Add New Card”.
- Masukkan nombor siri kad pengenalan (Nombor MFG) dan nama pengguna dengan betul.
- Klik pada butang “Submit”.
- Akhir sekali, semak baki duit tak dituntut dalam ic / dalam MyKad pengguna akan dipaparkan.
Mudah sahaja bukan, cara cek duit dalam mykad. Semoga ia bermanfaat untuk anda.
Cara Keluarkan Tuntutan Duit Dalam IC
BACA SINI : Pendapatan TikTok 1000 Followers Malaysia
Pengguna boleh membuat tuntutan pada duit yang terdapat di dalam MyKad pengguna jika ianya sudah lama tidak digunakan.
Pengguna akan menerima pulangan wang mereka di mana ianya akan dikreditkan ke dalam akaun bank pengguna.
Tuntutan atau pengeluaran refund duit dalam ic boleh dilakukan secara online.
Berikut merupakan cara untuk membuat tuntutan wang di dalam kad pengenalan;
- Layari laman sesawang https://egumis.anm.gov.my
- Klik pada bahagian “Pendaftaran”.
- Isi maklumat peribadi pengguna dengan betul dan lengkap.
- Kemudian, klik pada butang “Daftar”.
- Seterusnya, log masuk semula ke akaun pengguna.
- Halaman utama akan dipaparkan kepada pengguna dan pengguna hendaklah klik pada bahagian “Semakan”.
- Klik pada bahagian “KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT”.
- Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan pengguna.
- Senarai rekod carian akan dipaparkan kepada pengguna.
- Klik pada butang “Teruskan dengan Permohonan”.
- Pengguna dikehendaki mengisi maklumat peribadi diri pengguna dan info berkaitan bank akaun pengguna dengan lengkap dan klik pada butang “Simpan”.
- Klik pada butang “Seterusnya”.
- Pengguna hendaklah memuat naik dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonan tuntutan wang di dalam kad pengguna.
- Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan tuntutan dan permohonan tersebut akan diproses serta dikreditkan ke dalam akaun pengguna.
Cara Topup Duit Dalam IC
Tambah nilai ke dalam kad ini boleh dilakukan dengan dua (2) cara.
Tambah nilai ini boleh dilakukan di mana-mana kedai serbaneka yang menawarkan perkhidmatan tambah nilai seperti 7Eleven atau mana-mana stesen minyak.
Bukan itu sahaja, tambah nilai ini juga boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi Touch N Go e-Wallet.
Pengguna hanya perlu klik pada butang “Reload” untuk menambah nilai.
Adakah Ada Tarikh Expired Untuk Keluar Duit Dalam IC
Pengguna yang mempunyai wang di dalam kad mereka boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja.
Tiada tarikh luput bagi pengguna untuk mengeluarkan wang yang terdapat dalam kad pengguna. Jadi anda sama sekali tidak perlu risau dengan sebarang isu kad pengenalan touch n go tamat tempoh.
Jadi anda boleh check dan tuntut duit dalam ic jika masih ada balance / baki.
NOTA: Semoga perkongsian ‘how to check mykad touch n go balance’ memudahkan anda membuat semakan nanti.
Semak Bantuan Mykad Rm100
Bantuan bantuan kerajaan yang diumumkan kini banyak menggunakan kad ini sebagai medium untuk mendapatkan dan menerima bantuan tersebut.
Antara senarai semakan bantuan kerajaan termasuk yang Rm100 disalurkan menerusi mykad ini adalah;
1. Semakan Bantuan Dalam Mykad Rm100
Semak cara mohon dan semakan sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan salah satu bantuan dalam mykad sebanyak RM100 yang disalurkan menerusi kad pengenalan dan mykad rakyat malaysia.
Cara mohon cukup mudah di mana penerima yang memenuhi syarat kelayakan untuk menerima dan boleh semak duit dalam mykad Rm100 akan dikreditkan ke dalam kad mereka sebanyak 100 sebulan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Penerima perlu membawa kad mereka ketika ingin membuat pembelian barangan asas yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Bantuan ini diberikan kepada setiap penerima yang layak sebanyak RM50 atau RM100 bagi tempoh 9 bulan atau 12 bulan (berjumlah RM450, RM900, Rm1200).
Bermakna jumlah bantuan mykad rm1000 telah naik kepada RM1200 setahun.
Sistem semakan nama penerima bantuan mykad turut disediakan untuk anda semak secara online.
NOTA: Yang bagusnya, anda sama sekali tidak perlu daftar bantuan mykad rm100 login untuk mohon. Yang layak, terus dapat.
2. Check Berita Bantuan RM2000 Mykad Malaysia Adalah PALSU
Baru-baru ini tular berkenaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM2000 dikreditkan ke dalam kad penerima yang layak.
Namun begitu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menyatakan berita berkenaan bantuan tersebut adalah palsu.
Kerajaan juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan berita palsu yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.