Semakan keputusan eTesting JPJ: Pengalaman dengan sistem online baru Ujian Memandu Test Online Kereta auto & Motosikal (motor), tips untuk dapat markah lulus elak gagal di litar jalan raya
Selepas sekian lama menggunakan sistem lama, akhirnya Jabatan pengangkutan Jalan telah melakukan rombakan dan mengubah bagaimana sistem ujian memandu dilakukan samada melibatkan motor da kereta.
BACA SINI: Bayaran Harga Denda Lesen Hilang & Cara Ganti Baru Dengan JPJ
Berdasar pengumuman baru baru, Jabatan Pengakutan Jalan mahukan satu sistem baru e-testing JPj akan dimulakan bulan April dan akan melibatkan kalangan yang ambil lesen selepas ini.
BACA SINI: Renew Lesen Memandu Online & Perbaharui di Pejabat Pos
Semakan Keputusan Ujian Memandu eTesting JPJ
Sistem ini akan bermula bulan April ini. Nantikan butirannya yang lebih lanjut.
- BACA SINI >> check roadtax online
- BACA SINI >> jpj tukar nama online
Yang pastinya walaupun dengan sistem e-testing jpj system yang baru, anda tetap perlu melalui 6 fasa ujian termasuk perlu hadir dalam kelas memandu, latihan praktikal di litar dan di jalan raya yang sebenar
- BACA SINI >> Mypsv: Semakan Status Lesen PSV Percuma e Hailing
Borang Markah Test Jpj Kereta Auto
Terdapat dua (2) jenis borang ujian penilaian ujian memandu JPJ ini iaitu borang berwarna biru bagi borang penilaian ujian bahagian litar dan borang berwarna pink bagi borang penilaian ujian jalan raya.
Pelajar yang menduduki ujian memandu boleh mendapatkan borang ini pada hari menduduki ujian memandu tersebut menerusi pegawai JPJ yang bertugas.
Rajah di bawah merupakan contoh borang penilaian tersebut.
Borang Penilaian Ujian Memandu Jpj
Rajah di bawah ini merupakan contoh semakan borang markah test JPJ pelajar.
Borang ini akan menunjukkan markah pelajar setelah menduduki ujian JPJ.
Markah ini akan menentukan pelajar lulus atau gagal dalam ujian memandu JPJ ini.
Kelemahan Ujian Memandu & JPJ test Sebelum ini
Berdasar pengalaman kami jpj test sebelum ini, agak melucukan. Ini kerana ujian memandu tersebut yang dikendalikan oleh pegawai jpj di sebelah petang.
Yang mana di pertengahan perjalanan semasa ujian, pegawai tersebut boleh pula tertidur. Kepenatan agaknya.
Masakan tidak seharian memantau kemahiran pemandu dikalangan budak-budak yang baru nak berjinak-jinak memandu di atas jalan raya yang ‘sebenar’.
Test pula di jalan yang sama, berulang-ulang kali dengan calon yang berbeza. Sudah pasti produktiviti pegawai JPJ yang bertugas untuk melakukan pemantauan berkemungkinan menurun.
Ditambah pula apabila ujian memandu kereta samada manual atau auto dilakukan melalui sistem lama, akan menyebabkan kelewatan dalam menerima keputusan test jpj.
Jadi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan memilih untuk merombak ke sistem ujian jalan raya jpj yang baru, kami sangat alu-alukan.
SUMBER: JPJ PORTAL
Kelebihan E-Testing JPJ
- Untuk setiap ujian e-testing jpj system, tidak memerlukan jumlah kakitangan jabatan pengangkutan jalan yang ramai
- Sistem keputusan semakan ujian jpj undang test lebih dipercayai dan ada nilai integriti di situ baik untuk kereta ataupun motosikal di jalan raya
- Malah anda boleh dapat keputusan ujian memandu online baik kereta atau motor lebih cepat daripada biasa.
- Borang markah test jpj kereta akan diisi dengan lebih sistematik dan profesional
- Pengalaman test jpj kereta auto menjadi lebih mudah
- Lebih ramai yang dapat keputusan ujian lesen memandu dengan lebih cepat dan berkesan
Semakan JPJ Test Kereta Auto atau Manual, Mana Senang Lulus
Cara pemanduan kereta auto dan kereta manual adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.
Yang membezakan antara kedua-duanya adalah daripada segi harga pendaftaran kelas memandu di mana kelas memandu auto lebih mahal berbanding manual dan cara pemanduan manual adalah berdasarkan klac dan gear.
Secara amnya ujian memandu JPJ menggunakan kereta auto adalah lebih senang untuk lulus berbanding kenderaan manual. Ini kerana kenderaan manual penggunaan gear dan klac pada kenderaan manual adalah sedikit rumit berbanding kenderaan automatik yang hanya menggunakan pedal minyak dan brek.
Kegagalan untuk memahami fungsi gear pada kenderaan manual boleh menyebabkan kenderaan anda mati di tengah jalan.
Bukan itu sahaja, pelajar berkemungkinan tinggi untuk mengulangi ujian lesen kenderaan untuk beberapa kali jika gagal menepati cara pemanduan yang betul.
Pengalaman Test JPJ Kereta Auto
Setiap individu yang ingin memiliki lesen kenderaan, mereka wajib menduduki ujian memandu secara teori dan praktikal.
Hanya individu yang berjaya menduduki ujian ini layak untuk memandu kenderaan mereka di jalan raya mengikut jenis lesen yang dimiliki.
Bagi individu yang menduduki ujian memandu kenderaan, terdapat dua (2) jenis kenderaan iaitu kenderaan manual (D) dan auto (DA).
Ujian yang dijalankan adalah berbeza di antara kedua-duanya.
- Ujian JPJ bagi individu yang memohon perlesenan kenderaan automatik, dua (2) jenis pemeriksaan yang perlu dilakukan sebagai sebahagian daripada ujian memandu iaitu rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) dan rutin sebelum memandu (RSM).
- Individu yang menduduki ujian ini adalah pelajar yang telah melengkapi proses exam jpj berunsur teori dan memenuhi tempoh pembelajaran selama 16 jam.
- Kedua-dua dan exam jpj ini iaitu RPK dan rsm motosikal jpj adalah dilakukan secara verbal dengan menerangkan setiap penjuru kenderaan yang perlu dijadikan rutin kepada pengguna jalan raya sebelum memulakan pemanduan.
- Seterusnya, setelah selesai pada bahagian ujian RPK dan RSM, ujian praktikal mestilah dilakukan oleh pelajar dengan memandu kenderaan bersama pegawai JPJ.
- Ia dikenali sebagai ujian di dalam litar jalan raya. Pelajar perlu menunjukkan cara-cara pemanduan yang betul bagi kaedah parking, 3 penjuru, bukit, selekoh S/Z, RAMP dan tiga (3) jalan yang akan ditentukan oleh pegawai JPJ.
Kesemua kaedah pemanduan mestilah dilakukan mengikut kaedah yang betul.
Semua gear mestilah digunakan dengan betul. Individu yang berjaya melepasi semua ujian ini akan menerima lesen P, manakala individu yang gagal, mesti ulang semula.
Semakan Markah Lulus Jpj Kereta Auto & Motor
Individu yang dapat markah lulus jpj 2023 kenderaan sahaja yang dibenarkan untuk memandu kenderaan di atas jalan raya.
Tempoh percubaan selama 2 tahun akan diberikan kepada setiap pengguna jalanraya.
Ujian JPJ ini adalah berdasarkan sistem pemarkahan yang teliti dan sistematik.
Berikut merupakan nilai markah untuk lulus ujian JPJ bagi test kenderaan kereta auto dan motor;
JENIS KENDERAAN | JENIS UJIAN | MARKAH MINIMUM LULUS |
---|---|---|
Kereta Automatik | Ujian Litar | 60/75 |
Ujian Jalanraya | 64/80 | |
Motosikal | 36/45 |
Kenapa Gagal Ujian Jpj Test Kereta & Motor
Berdasar pengalaman kami ramai yang gagal ujian jpj bahagian 2 bahagian 3 banyak kali.
Setiap individu yang ingin memohon lesen memandu wajib menduduki ujian JPJ. Mesti lulus test jpj kereta / motor atau kedua-duanya.
Ianya penting untuk membolehkan pemohon mendapatkan lesen yang sah daripada pihak JPJ untuk memandu di atas jalanraya.
Walaubagaimanapun, tidak semua individu yang menduduki ujian ini akan lulus. Individu yang tidak memenuhi kriteria yang telah dinyatakan sepanjang tempoh ujian akan dikira sebagai gagal dan perlu mengulangi ujian tersebut.
Kegagalan keputusan test jpj ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya termasuklah melakukan kesalahan mandatori sepanjang tempoh ujian.
- Antara kesalahan mandatori sehingga gagal keputusan ujian lesen memandu adalah melanggar lampu isyarat semasa ujian jalan raya, tidak memakai tali pinggang keledar, membawa kenderaan melebihi had laju dan banyak lagi. Kesalahan-kelasahan ini dikategorikan sebagai kesalahan yang serius.
- Ianya wajib dititikberatkan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan semasa memandu di jalanraya.
- Selain itu, pelajar yang menduduki ujian litar JPJ ini membuat kesalahan kecil secara berulang kali atau terlalu banyak sehingga gagal.
- Kesalahan kecil seperti tidak menguji lampu isyarat kenderaan, tidak memeriksa tayar, tidak membetulkan cermin sisi sebelum memulakan pemanduan, tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan banyak lagi kesalahan yang kecil.
Hal ini boleh menjadi punca kehilangan markah yang boleh menyebabkan gagal jpj banyak kali untuk melepasi test ujian memandu.
Akhir sekali, gagal ujian litar JPJ ini juga boleh disebabkan oleh kegagalan untuk mengawal kenderaan dengan baik sepanjang tempoh ujian tersebut. Jikalau mahu repeat jpj test, buatlah semakan yang terbaik
Hal ini akan menjejaskan markah penilaian yang diberikan oleh pegawai JPJ kepada pelajar. Individu yang tidak yakin dan takut sepanjang ujian pemanduan ini akan menyebabkan penilai ragu-ragu untuk memberi markah lulus.
Oleh itu, setiap pelajar mestilah melakukan latihan dan focus semasa sesi pembelajaran untuk memastikan ujian ini berjalan dengan lancar. Jangan biarkan fobia gagal jpj membuatkan anda tidak dapat memberikan yang terbaik semasa test di litar dijalankan.
Yang pastinya, dengan sistem online ujian memandu kereta & motor melalui etesting JPJ matlamatnya adalah satu bagi melahirkan pengguna jalan raya yang lebih bertanggungjawab dan mengikut undang-undang yang telah pun ditetapkan.