GoBear – Portal Kewangan, Insurans & Pinjaman B40

GoBear Malaysia – Portal Kewangan, Insurans & Pinjaman B40

GoBear ialah platform kewangan digital yang pernah popular di Asia, termasuk Malaysia, dalam membantu pengguna buat perbandingan insurans, pinjaman, dan kad kredit terbaik.

Walaupun laman asal telah ditamatkan, kami di Bantuansara.com membangunkan semula halaman ini untuk menyampaikan maklumat kewangan dan perlindungan yang relevan kepada rakyat Malaysia.

gobear malaysia

Insurans & Perlindungan Untuk Golongan B40

Ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa terdapat insurans berharga rendah atau percuma untuk B40:

  • Perlindungan MySalam – insurans kesihatan percuma untuk penyakit kritikal.
  • Perlindungan Tenang – insurans hayat mampu milik dengan sokongan kerajaan.
  • Skim peduli sihat negeri – bantuan kesihatan peringkat negeri seperti Selangor dan Melaka.

BACA SINI : Senarai pengeluaran kwsp akaun 2

Panduan Memilih Insurans Murah & Sesuai

Berikut adalah tips memilih pelan insurans asas:

  1. Pastikan ia diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
  2. Semak sama ada pelan tersebut termasuk perlindungan hospital, kematian, atau hilang upaya.
  3. Bandingkan harga dan had perlindungan tahunan.
  4. Jika anda penerima STR atau SARA, semak kelayakan insurans percuma terlebih dahulu.

BACA SINI: Apec – Impak Malaysia & Insiatif Bantuan

Pilihan Pinjaman Kewangan Untuk Rakyat Malaysia

Selain bantuan tunai dan insurans, rakyat Malaysia juga boleh mempertimbangkan pinjaman kecil atau mikro kredit yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan institusi kewangan yang sah. Antaranya:

  • Pinjaman TEKUN – khas untuk usahawan mikro dan peniaga kecil.
  • Skim Mikro BSN dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) – pinjaman tanpa cagaran untuk golongan B40 dan wanita.
  • Pinjaman MARA – pembiayaan pendidikan dan perniagaan.
  • Skim Pembiayaan PATRIOT oleh Bank Rakyat – untuk belia dan graduan baharu.

Pemohon dinasihatkan semak kadar faedah, syarat kelayakan dan rekod CCRIS sebelum memohon.

BACA SINI : live tiktok dapat duit

Jenis Pinjaman Peribadi Yang Patut Dielakkan

Walaupun pemberian pinjaman boleh membantu mengurangkan beban kewangan anda, terdapat jenis pinjaman yang perlu dielakkan oleh golongan B40 dan berpendapatan rendah:

  • Pinjaman Along / Ceti haram – biasanya tanpa lesen dan mengenakan faedah melampau.
  • Pinjaman dalam talian tanpa lesen – banyak iklan di media sosial tetapi tidak sah.
  • Pinjaman segera tanpa semakan CCRIS – berisiko tinggi dan yang selalunya menjerat peminjam dengan kadar faedah tersembunyi.

Sentiasa pastikan pinjaman yang anda terima adalah dari institusi kewangan yang berdaftar dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Perlindungan Tambahan untuk Rakyat Malaysia

Selain bantuan tunai dan insurans, berikut perlindungan tambahan yang boleh diakses:

  • Kad perubatan takaful mampu milik
  • Bantuan pembiayaan mikro untuk usahawan kecil
  • Program subsidi sewa rumah (mengikut negeri)
  • Bantuan perubatan melalui hospital kerajaan

Kenapa Gobear Malaysia Telah Ditutup?

GoBear menamatkan operasinya secara rasmi pada tahun 2021 disebabkan oleh kekangan pelaburan dan ketidaktentuan pasaran akibat pandemik COVID-19.

Walaupun mempunyai lebih 55 juta pengguna sejak ditubuhkan, syarikat ini tidak dapat meneruskan operasi kerana model perniagaannya bergantung kepada kerjasama dengan institusi kewangan yang turut sama terjejas pada ketika itu.

Penutupan ini menunjukkan keperluan kepada platform maklumat kewangan yang lebih mampan dan dikendalikan oleh pengurusan yang lebih mantap.

Kesimpulan

Halaman ini dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan yang lebih baik, terutamanya dalam perlindungan kesihatan dan bantuan tunai.

Jika anda tergolong dalam B40, bujang atau isi rumah berpendapatan rendah, pastikan anda semua semua kelayakan dan perlindungan yang ditawarkan kerajaan Malaysia.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia