Harga Proton X90 Baru 2023 Price Malaysia Bayaran Bulanan Kereta
Proton X90 merupakan sebuah model kenderaan keluaran syarikat automobile kebangsaan Malaysia iaitu Proton Holdings Berhad.
Model kereta utiliti sukan (SUV) Proton X90 ii merupakan model keluaran bagi tahun 2023. Banyak kelebihan yang ditawarkan pada model Proton X90 ini. Spesifikasi yang terdapat pada model ini memenuhi kehendak masyarakat hari ini.
Proton SUV X90 ini merupakan SUV yang menggunakan enjin hybrid ringan yang terdiri daripada tiga (3) baris tempat duduk, di mana ianya sesuai untuk perjalanan jauh bagi keluarga.
Penggunaan enjin hybrid ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau serta mengurangkan pelepasan karbon untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
Berapa Harga Proton X90 Baru Price Malaysia
Proton X90 mula dipasarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2023. Berikut merupakan senarai harga Proton X90 price malaysia yang ditawarkan kepada pelanggan;
- BACA SINI >> Harga Proton Persona Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta
- BACA SINI >> Harga Proton X70 Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta
- BACA SINI >> harga aruz
JENIS/ VARIAN MODEL PROTON X90 | HARGA |
Standard | RM123,800 |
Executive | RM130,800 |
Premium | RM144,800 |
Flagship | RM152,800 |
- BACA SINI >> Mycrs 2023: Semakan Kelayakan Permohonan Bantuan Subsidi Car Seat
- BACA SINI >> tesla malaysia price
Pilihan Varian Proton X90 Malaysia
Model Proton X90 ini juga menawarkan empat (4) jenis varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Ruang kargo yang disediakan berkeluasan sehingga 2,050 liter di mana ianya sangat praktikal untuk penumpang.
Model ini juga lebih menfokuskan pada reka bentuk yang diinspirasikan daripada corak songket, busur Ethereal dan silhoutte berotot pada bahagian sisi SUV.
Kelebihan Fungsi Dengan Kemudahan Proton X90 Price Malaysia
BACA SINI >> Berapa markah lulus jpj
- Dari segi ciri-ciri keselamatan, Proton X90 didatangkan dengan ciri keselamatan terkini seperti Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Informasi Papan Tanda (TSI), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW) dan Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA) bertujuan untuk mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.
- Ciri buka dan kunci automatik juga terdapat pada SUV X90 ini dengan adanya sistem pengaktifan tanpa sentuh merupakan antara teknologi keselamatan yang diterapkan untuk kemudahan pengguna.
- Tuntasnya, banyak kelebihan dan teknologi baru yang hadir pada model Proton X90 untuk kepuasan dan keperluan pelanggan.
Harga Bayaran Bulanan Harga Proton X90 Untuk Loan 5, 7, 9 Tahun
Bayaran bulanan sesebuah kenderaan penting untuk dititikberatkan kerana ianya merupakan semua komitmen yang wajib dibayar pada setiap bulan.
Ini kerana ianya melibatkan pinjaman daripada pihak bank.
Harga bayaran bulanan harga Proton X90 adalah berbeza-beza mengikut bayaran deposit pengguna dan tempoh pinjaman yang dipilih oleh pengguna sama ada 5 tahun, 7 tahun atau 9 tahun.
Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin rendah bayaran bulanan pengguna.
Pengguna boleh melayari laman sesawang https://www.proton.com seperti pada Rajahdi bawah ini untuk membuat pengiraan bayaran bulanan secara kasar.
Sebagai contoh, deposit yang dibayar adalah RM10,000 dengan tempoh pinjaman 9 tahun, pengguna perlu membayar RM1,300 pada setiap bulan untuk harga proton x90 baru di malaysia.
Berapa Penggunaan Proton X90 Fuel Consumption Jimat Minyak Tak
- Model ini menggunakan teknologi enjin hibrid ringan dengan penggunaan enjin 1.5L TGDI bersama-sama trenkuasa Sistem Motor Listrik Sinergi (EMS) 48V.
- Sistem tangka minyak yang digunakan adalah jenis Turbo dengan kapasiti tangki penuh 60 Liter.
- Penggunaan minyak ini adalah bergantung kepada kelajuan jarak dan kelajuan.
- Walaubagaimanapun, bagi pemanduan jarak jauh, Proton X90 merupakan antara SUV yang jimat minyak.
- Penggunaan minyak pada kenderaan ini adalah efektif.
Proton X90 vs Tiguan vs CX8 vs 5008 vs Santa Fe vs Kia Sorento
Berikut merupakan perbezaan antara kenderaan-kenderaan di bawah;
1. Proton X90 Bagus Tak
Ia merupakan sebuah model automobile keluaran syarikat Proton Holdings Berhad.
- Ianya dibahagikan kepada 4 varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
- Model ini mengetengahkan penggunaan teknologi masa kini dengan adanya sistem keselamatan yang rapi.
- Model ini didatangkan dengan 1477CC serta penggunaan enjin turbo dengan kapasiti tangki minyak penuh 60 liter.
- Harga yang ditawarkan adalah bermula dengan RM123,800.
- Info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.proton.com
2. Volkswagen Tiguan
Volkswagen Tiguan merupakan antara salah satu model automobile keluaran syarikat Volkswagen yang bertapak di German.
- Ia merupakan model SUV yang didatangkan dengan 6 tempat duduk.
- Terdapat 3 jenis varian yang membawa ciri-ciri yang berbeza iaitu Allspace Lite, Allspace Elegance dan Allspace R-Line 4MOTION.
- Dipenuhi dengan penggunaan lampu LED. Ianya diwujudkan untuk pemandu lasak tanpa mengira jenis perjalanan dengan adanya enjin berkuasa tinggi 2.0TSI.
- Model ini diterapkan dengan teknologi yang lebih canggih dan sistem keselamatan yang rapi.
- Harga bagi sebuah Volkswagen Tiguan bermula dengan RM159,990.
- Info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.volkswagen.com.my
3. Mazda CX8
Syarikat Mazda melancarkan model SUV terbaru yang dikenali dengan Mazda CX8.
- Model ini didatangkan dengan revolusi teknologi Skyactiv yang canggih dan kemewahan.
- Model ini menggunakan sistem “All Wheel Drive”.
- Ciri keselamatan, keselesaan dan teknologi terkini menjadikan SUV Mazda CX8 ini lebih unik.
- Model ini didatangkan dengan 2,488 CC dan 195 kuasa kuda. Harga sebuah SUV Mazda ini adalah bermula dengan harga RM188,360.
- Info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://mazda.com.my
4. Peugeot 5008
Syarikat Peugeot melancarkan sebuah SUV mewah iaitu model Peugeot 5008 yang dilengkapi dengan 1.6L kuasa Turbo Bertekanan Tinggi menjadikan perjalanan lebih lancar.
- Reka bentuk yang menawan dan moden menjadikan ia lebih elegan.
- Model ini dipenuhi dengan penggunaan teknologi yang canggih pada bahagian pemanduan.
- Sistem Hill Assist Descent Control (HADC) membantu memberikan kawalan terhadap pemanduan di kawasan berbukit.
- Harganya bermula dengan RM133,388 dan info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://peugeot.com.my
5. Hyundai Santa FE
Santa FE keluaran syarikat Hyundai merupakan SUV yang didatangkan dengan 4 jenis varian.
- Kadar harga adalah bermula dengan harga RM166,974.
- Santa FE ini didatangkan dengan ruangan dalam premium yang mewah dan berteknologi tinggi.
- Ianya sesuai untuk pemanduan keluarga yang selesa dan santai.
- Sistem keselamatan seperti Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA), Bantuan Perlanggaran Bintik Buta (BCA) dan Bantuan Keluar Selamat (SEA) diketengahkan.
- Info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.hyundai.com
6. Kia Sorento
Syarikat Kia melancarkan model kenderaan SUV Kia Sorento yang menggabungkan keselesaan, teknologi dan persembahan pemanduan.
- Harga model ini bermula dengan harga RM235,498. Model ini kelihatan lebih menawan kerana ianya didatangkan dengan lampu projector LED.
- CC enjin adalah 2,497CC yang didatangkan dengan 7 atau 6 tempat duduk.
- Sistem keselamatan dan teknologi yang canggih diterapkan pada model ini.
- Info lanjut berkenaan model ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.kia.com
Keenam-enam model SUV ini menawarkan kelebihan dan ciri-ciri yang unik.
Walaubagaimanapun, model Proton X90 merupakan antara model yang paling terbaik kerana teknologi dan keselematan adalah mengikut perspektif pada tahun 2023.
Ianya juga antara model yang lebih murah berbanding yang lain.