Kadar Inflasi Malaysia: Punca Kesan Faktor 2024

Berita terkini Statistik Kadar Inflasi Malaysia 2024 terkini & Kesan Terhadap Negara

masalah statistik kadar inflasi di malaysia 2024

Nampaknya kesan dan impak inflasi yang berlaku terhadap negara USA contohnya sudah mula merebak ke seluruh dunia.

Apa yang berlaku sekarang di negara kita, ia adalah satu impak global yang sukar untuk dielakkan.

Ditambah pula krisis perang antara Rusia dan Ukraine memburukan lagi keadaan. Tidak cukup dengan itu sekatan pergerakan dan ekonomi di negara kedua ekonomi terbesar di dunia ini merencatkan lagi rantaian bekalan dunia pada ketika ini.

Dalam pada masa yang sama kerajaan Malaysia melihat isu semasa adalah satu yang cukup serius untuk ditangani jika tidak, kesannya amat buruk kepada negara dan juga rakyat.

Apa Itu Inflasi Malaysia

Definisi dan Maksud inflasi adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan.

Data kadar inflasi Malaysia setiap tahun akan dinilai berdasar cara pengiraan dan pengukuran Indeks Harga Pengguna (IHP).

Spesifikasi senarai barang dan perkhidmatan akan dikelaskan kepada setiap kategori dan kaleas perbelanjaan dan kemudiannya akan disusun mengikut subkumpulan barangan dan perkhidmatan.

Subkumpulan tersebut akan dikategorikan kepada kumpulan utama. Contohnya adalah seperti pada jadual di bawah ini

KUMPULAN UTAMASUB KUMPULANKELAS BELANJaITEM SPESIFIKASI
Makanan & Minimum Bukan AlkoholIkan & Makanan LautIkan SegarIkan Tengiri
SUMBER: Tradingeconomics

Ada 3 kumpulan Utama yang memberikan kesan besar dalam mempengaruhi trend dan kadar inflasi di Malaysia iaitu

  1. Makanan dan Minimum Bukan Beralkohol (29.5 peratus)
  2. Perumahan, Ai, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (23.8 peratus)
  3. Pengangkutan (14.6 peratus)

Statistik Kadar Inflasi Malaysia

BULANKADAR KESELURUHAN
JULAI 2022
JUN 2022
MEI 20222.8 peratus
APRIL 20222.3 peratus
MAC 20222.1 peratus

Indeks Harga Pengguna untuk Makanan & Minuman Bukan Beralkohol

BULANKADAR
JUN
MEI5.2 peratus
APRIL4.1 peratus
MAC4.0 peratus

Indeks Harga Pengguna untuk Perumahan, Air, Elekrtik, Gas dan Bahan Api Lain

BULANKADAR
JUN
MEI1.2 peratus
APRIL0.9 peratus
MAC0.8 peratus

Indeks Harga Pengguna untuk Hiasan, Perkakasan & Penyelengaraan Isi Rumah

BULANKADAR
JUN
MEI2.9 peratus
APRIL2.7 peratus
MAC3.0 peratus

Indeks Harga Pengguna untuk Pengangkutan

BULANKADAR
JUN
MEI3.9 peratus
APRIL3.0 peratus
MAC2.6 peratus

Data Indeks Harga Pengguna Malaysia untuk Restoran dan Hotel

BULANKADAR
JUN
MEI3.7 peratus
APRIL3.2 peratus
MAC2.9 peratus

Pecahan Indeks Harga Pengguna & Harga Barang di Malaysia

BULANAPRILMEIJUN
SELANGOR & KUALA LUMPUR3.13.7
PERAK2.42.5
JOHOR2.12.9

Apa Punca Inflasi di Malaysia

Antara punca masalah inflasi di Malaysia adalah :

punca inflasi di malaysia terkini
  1. Permintaan barangan dan perkhidmatan dalam pasaran meningkat secara mendadak yang tidak mampu ditampung oleh bekalan dan penawaran oleh pembekal, peniaga dan penjual pada ketika itu
  2. Akhirnya peniaga dan penjual tiada pilihan lain, terpaksa menaikkan harga barangan dan caj perkhidmatan bagi memenuhi permintaan tinggi dikalangan pelanggan mereka
  3. Nilai ringgit Malaysia terus jatuh. Kebanyakan barangan keperluan perlu diimport dikala nilai ringgit terus merosot nilainya
  4. Kos operasi, pengeluaran, pengedaran meningkat
  5. Kos tenaga kerja meningkat
  6. Kos bahan mentah turut meningkat
  7. Dasar polisi COVID sifar di China memburukkan lagi keadaan rantaian bekalan
  8. Peperangan antara Ukraine dan Rusia menyebabkan banyak bekalan makanan dunia mengambil proses yang panjang dan sukar untuk menampung permintaan seluruh dunia pada ketika ini

Cara cara Mengatasi Inflasi di Malaysia

Apakah antara usaha kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah dan keadaan inflasi di malaysia yang agak merisaukan pada ketika ini:

kesan kenaikan indeks harga barang pengguna malaysia
  • Meningkatkan kadar faedah OPR rate malaysia untuk mengelakkan lebih ramai menggunakan duit pinjaman untuk berbelanja bagi menampung gaya hidup
  • Mengurangkan ataupun menghentikan seketika aktiviti eksport melibatkan barangan dan makanan bagi menampung keperluan rakyat Malaysia pada ketika itu
  • Menetapkan harga siling baru untuk makanan keperluan negara bagi membolehkan pembekal dapat meningkatkan pengeluaran makanan pada masa akan datang
  • Meningkatkan subsidi kepada pembekal makanan

Kesan Inflasi Terhadap Negara Malaysia (Positif)

Antara kesan inflasi di Malaysia adalah:

  • Dapat mengalakkan lebih ramai untuk lebih menyimpan duit simpanan di bank berbanding belanja. Ini kerana biasanya pada ketika ini, kadar faedah simpanan yang ditawarkan bank komersial lebih tinggi dari kebiasannya.

Kesan Negatif Inflasi Terhadap Ekonomi Malaysia

  • Kuasa beli dikalangan pengguna menurun
  • Kos sara hidup dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dikalangan B40 akan terjejas teruk

Maksud Deflasi Malaysia

Apa itu deflasi di Malaysia? Ia membawa maksud di mana harga barang dan caj perkhidmatan berlaku kejatuhan disebabkan telah berlakunya pengurangan permintaan dikalangan pengguna di Malaysia. Perah berlaku di Malaysia?

Ya…semestinya iaitu pada waktu berlakunya perintah sekatan pergerakan PKP semasa serangan COVID 19 di Malaysia sebelum ini dan juga semasa kegawatan kemelesatan ekonomi tahun 1998 contohnya.

BACA SINI: Masalah ekonomi di malaysia

Cara Bank Indonesia Mengatasi Inflasi

Sebenarnya bukan negara kita sahaja yang terkna tempiasnya, negara jiran kita juga menerima kesan yang sama termasuk Indonesia.

Bagi mengatasi masalah inflasi ini, mereka telah merangka dan melaksanakan beberapa langkah untuk membendung masalah ini daripada menjadi bertambah teruk kepada rakyat mereka dan juga negara. Antaranya ialah :

  1. Bank Negara Indonesia bertindak segera untuk mengurangkan jumlah wang yang beredar dalam pasaran Indonesia pada ketika ini
  2. Kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pengeluaran dan penghasilan barang dan makanan keperluan asas rakyat Malaysia dengan harapan dapat menstabilkan harga barang dan makanan di Indonesia
  3. Memudahkan urusan dan meningkatan jumlah import barang dan makanan yang diperlukan segera untuk menstabilkan harga
  4. Menekankan peri pentingnya menstabilkan gaji dan pendapatan rakyat Indonesia pada ketika ini bagi mengurangkan lonjakan permintaan dan dalam pada masa yang sama rakyat Indonesia masih mampu menyerapkan kadar inflasi di Indonesia pada ketika ini
  5. Kerajaan Indonesia mula menetapkan harga maksimum untuk sesetengah barang keperluan dan makanan asas
  6. Meningkatkan pengedaran bsupaya sampai dan lebih ramai yang mendapat akses barang dan makanan asas di seluruh pelusuk kawasan dan tempat di Indonesia

Nasihat Kepada Rakyat Malaysia

Ramai menjangkakan inflasi kali ini akan berterusan untuk 2 tahun lamanya. Ini bermakna nilai duit yang diperolehi anda hari ini akan terus menyusut dan menyusut. Sekaligus menyebabkan nilai perbelanja anda akan terus merosot dengan teruk untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun mendatang.

Waktu ini bukan masanya untuk berbelanja sakan dan bermewah-mewah. Beli apa yang perlu sahaja. Sediakan payung sebelum hujan.

Hakikatnya keadaan kenaikan inflasi ini adalah afalah PALING BURUK sejak November 2011.

Kepada yang nak gunakan artikel ini untuk buat karangan kenaikan harga barang termasuk punca dan juga faktor kenaikan harga barang.

Semoga artikel tentang inflasi di Malaysia ini membawa manfaat kepada anda semua. Jika anda berminat untuk menggunakan artikel ini sebagai rujukan untuk anda dengan meletakkan LINK PAUTAN mypt3.com pada artikel dan rencana anda. Terima kasih dengan kerjasama anda.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia