Singapore Job Vacancy: Peluang Cari Kerja Kosong Singapura

Senarai peluang iklan jawatan kosong Singapore 2024, cari kerja kosong singapore untuk rakyat malaysia bagi tahun ini

kerja kosong singapore job vacancy 2024

Hari ini berlumba-lumba orang untuk cari kerja di Singapore. Semuanya gara-gara tukaran Singapore Dollar kepada Ringgit Malaysia 3 kali ganda lebih tinggi merujuk kepada Tukaran Ringgit ke Rupiah Hari Ini 2024.

Dengan harapan pendapatan lumayan setiap bulan itu dapat menampung kehidupan seharian dan keluarga di Malaysia. Berdasarkan statistik yang kami semak, jumlah kebanjiran yang datang bekerja dan berkelana di Singapore semakin meningkat setiap tahun.

Mereka sanggup meredah trafik dan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor seawal 5 ke 6 pagi dan pulang lewat setiap hari semata-mata untuk meraih pendapatan lumayan di kota Singa itu. Ada banyak kerja yang boleh didapati di sana.

Berdasarkan pengalaman kami sendiri, ada rakyat malaysia yang kerja cleaner Singapore, kerja di hotel Singapore, kerja di Airport Singapore, kerja kilang Singapore, kerja kedai makan Singapore, kerja dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines, kerja Zoo di Woodlands Singapore. Dan macam-macam lagi. Selagi mana yang ada peluang beramai-ramai yang rebut peluang dan kekosongan yang ada.

Trend Singapore Vacancy For Malaysian

Sekarang ini memang banyak peluang kerja kosong untuk orang Malaysia di singapore untuk rakyat malaysia sepanjang tahun 2024.

Melihatkan tawaran gaji yang bakal diberikan, terliur bukan.

Kali pulak dengan 3 kali, balik Malaysia sangat lumayan dan berbaloi dengan pengorbanan setiap hari, setiap bulan di sana.

Itu baru tawaran gaji tukang cuci sahaja. Belum lagi job job yang lain.

Punca Berebut Kerja Kosong Singapore Untuk Orang Malaysia

Antara sebab ramai yang cari tawaran di sana ialah :

  1. Bagi rakyat Malaysia, jurang gaji yang terus melebar, kos sara hidup, peluang pekerjaan dan potensi boleh buat simpanan setiap bulan adalah antara punca dan sebab utama mengapa sesetengah rakyat Malaysia lebih suka bekerja di Singapura.
  2. Purata gaji bulanan minimum yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia adalah antara SGD 3500 hingga SGD 6,000 setiap bulan. Jelas sekali, ia jauh lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan di Malaysia.
  3. Semakin meningkat nilai matawang Singapore Dollar, semakin lumayan gaji dan pendapatan bulanan anda. Berdasarkan rekod, jarang sekali apabila Singapore Dollar mengukuh ia akan turun mendadak selepas itu. Yang naik jarang sekali akan turun. Jadi ia berita baik buat yang kerja di Singapura.
  4. Begitu banyak industri di Singapura menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dan pelbagai berbanding kerja di Malaysia. Ia termasuk sektor kerja di sektor kewangan, pengurusan, teknologi, pelancongan, dan banyak lagi.
  5. Bukan jauh pun ulang alik. Hanya 1 Km sahaja dibandingan dengan tawaran gaji lumayan setiap bulan. Selepas tolak dengan sewa rumah di Johor Bahru (JB) kos ulang alik, masih banyak lagi baki setiap bulan.
  6. Di masa akan datang apabila siap RTS kelak, ia bakal memendek perjalanan travel Malaysia ke Singapore dengan hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
  7. Dan akhir sekali apabila anda bekerja di Singapura dan ada permit kerja, anda akan tertakluk dengan undang-undang Singapore. Jadi anda tidak perlu risau dengan sebarang penipuan, termasuk tidak menerima gaji.

Untuk yang mencari kerja kosong Singapore, ada yang guna agensi kerja Singapore dan ada juga yang cari sendiri.

Jadi untuk kali ini, berdasarkan pengalaman kami, anda tidak perlu guna agensi kerja kosong untuk rakyat Malaysia Singapura untuk cari kerja sebaliknya anda boleh ikut beberapa tips dari kami seperti di bawah ini :

6 Tips Dapat Kerja Kosong di Singapura 2024

  1. Anda mahu kerja di luar negara bulan? Apapun, kami sarankan anda buat dan harga renew passport Malaysia terlebih dahulu jiak sudah expired. Buat terus 5 tahun.
  2. Sila siapkan contoh resume terbaik yang mana dikongsikan cara buat resume kerja dalam bahasa melayu yang terbaik untuk anda hantar ke syarikat yang anda sasarkan. Kami cadangkan anda menggunakan Bahasa Inggeris dalam resume anda.
  3. Sudah siap resume, mula hantar ke seberapa banyak syarikat kecil di Singapore. Daripada syarikat kecil sehingga ke syarikat besar. Semasa kami dahulu, satu hari kami hantar sekurang-kurangnya 5 resume. 10 hari sudah 50 resume dapat kami hantar. Sabar, jangan lupa berdoa. Insyaallah ada lekat.
  4. Di mana website atau web portal online untuk cari kerja kosong untuk malaysia di Singapore. Kami sarankan portal FastJob. RECOMMENDED! Cubalah
  5. Berdasarkan pengalaman kami, beberapa kawasan seperti Bukit Batok, Choa Chu Kang, Mac Pherson, Kallang, Jurong, Woodlands, Ang Mo Kio, Orchard, Tuas, Tao Payoh, Sembawang, Changi, Tampines, Quunstown, Thompson antara lokasi popular untuk singapore kerja kosong.
  6. Apabila sudah dapat isi jawatan kosong, pastikan anda gerak awal antara 2 hingga 3 jam sebelum waktu kerja Singapore anda, bagi mengelakkan kesesakan teruk di kastam Singapore.

Bolehkah Orang Malaysia Cari Kerja di Singapore

Terdapat banyak pekerjaan di singapura dan di negara kita Malaysia sekarang.

Tetapi, bezanya di sini gaji yang ditawarkan oleh syarikat, kilang, restoran, kedai makan, hotel Singapore itu sangat menarik kerana kadar pertukaran mata wang Singapore dibandingkan Malaysia yang jauh lebih tinggi.

Berdasarkan statistik, ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan memperoleh gaji pendapatan di Singapura.

Singapura adalah sebuah negara kecil dan kaya, dan Malaysia adalah negara terdekat yang bersempadan dengan Singapura.

Ia dipisahkan oleh selat Johor; namun, ia dihubungkan dengan tambak besar Johor antara Malaysia dan Singapura sendiri.

Memandangkan Singapura sangat dekat dengan Malaysia, sesetengah rakyat Malaysia memilih untuk bekerja di Singapura.

Pendapatan yang diperolehi oleh rakyat Malaysia jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Ini disebabkan pertukaran mata wang itu sendiri jika ditukar daripada dolar di Singapura kepada ringgit di Malaysia agak lumayan.

Singapura menawarkan pelbagai jenis pekerjaan singapura untuk rakyat Malaysia merentasi pelbagai sektor dengan gaji yang bergaji tinggi dari kerja restoran, kedai makan, kerja kilang, klinik, hotel dan banyak lagi.

Oleh itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berminat dan berhasrat untuk cari peluang bekerja di tempat kerja Singapura dikehendaki memiliki permit kerja, pas pekerjaan dan pasport.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura akan membantu proses menggaji rakyat Malaysia sebelum mereka boleh mula bekerja di Singapura.

Secara amnya, rakyat Malaysia dibenarkan bekerja dan mendapatkan wang di Singapura selagi mereka terikat secara sah oleh undang-undang pekerjaan antara kedua-dua negara.

Pilihan Senarai Singapore Job Vacancy For Malaysian

Singapura menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dalam semua sektor.

singapore vacancy for malaysian

Ia terbuka kepada semua pekerja Singapura termasuk warga asing, contohnya rakyat Malaysia kita sendiri.

Selalunya, rakyat Malaysia akan cari peluang kerja Singapore seperti; pembantu gudang, juruwang (cashier), kerani untuk mengisi dan kemaskini data, barista, customer service, penyambut tetamu, jurutera (engineer), akauntan, perunding jualan (sales consultant, dan ramai lagi.

Justeru, peluang pekerjaan yang luas menarik minat rakyat Malaysia untuk bekerja di Singapura, pada masa yang sama menawarkan gaji yang tinggi berbanding Malaysia.

Syarat Cari Kerja Singapore Untuk Malaysian

Untuk warga Malaysia yang merancang ingin tinggal dan bekerja di Singapura, mereka perlu mempunyai visa kerja di Singapore.

Visa kebenaran bekerja di Singapore boleh diperoleh dan dipohon melalui Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura.

Rakyat Malaysia yang mahu yang tinggal di Singapura tanpa ada pekerjaan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan dari pihak berkuasa Singapore.

Berapa Senarai Gaji Kerja Singapore

Di bawah adalah beberapa contoh pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi untuk rakyat Malaysia;

JENIS KERJAGAJI DALAM SGD
Gaji Cleaner1700 – 1900 
Gaji Production operator1700 – 2300
Gaji Chef2700 – 4200
Gaji Waiter restaurant1290 – 3790 (11 untuk setiap jam)
Gaji Housekeeping hotel2250 – 3630
Gaji Sales assistant2338 – 7400
Gaji Security guard2000 – 2500

Peluang Kerja Kosong Singapore Ada Hostel

Kos sara hidup di Singapura sememangnya lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Untuk orang Malaysia yang cari rezeki di Singapura, mereka lebih gemar berulang alik semata-mata untuk mengurangkan kos penginapan semasa kerja di Singapore.

Walau bagaimanapun, beberapa pekerjaan yang ditawarkan di Singapura menyediakan tempat tinggal, penginapan hotel kepada pekerja mereka yang kerja di Singapore.

Berikut adalah beberapa peluang kerja singapura untuk orang Malaysia yang kerja singapore yang menawarkan penginapan hotel percuma:

  1. Kerja sebagai Pembantu rumah di Singapore
  2. Pekerja pembuatan
  3. Kerja sebagai Pegawai khdimat pelanggan (customer service)
  4. Barista dengan waktu bekerja syif di Singapore
  5. Pembantu peribadi

Beza Gaji Kerja Kosong di Singapore vs Malaysia

Terdapat kelemahan besar antara gaji yang ditawarkan di Singapura dan sektor kerja di Malaysia.

singapore job for malaysian

Seperti yang kita dapat lihat, Singapura adalah sebuah negara yang kaya; itulah sebabnya mereka menawarkan gaji yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada pekerja.

Tidak seperti Malaysia, Malaysia menghadapi banyak cabaran dalam menawarkan gaji yang tinggi berikutan prestasi ekonomi yang dihadapi negara.

Akibatnya, pekerja yang bekerja di Singapura akan mendapat gaji yang lebih lumayan berbanding di Malaysia.

Purata julat gaji yang ditawarkan di Singapura adalah sekitar SGD3500, manakala di Malaysia purata antara RM3000 dan RM5000 sebulan.

FAQ

1. Berapa Lama Rakyat Malaysia Dibenarkan Tinggal di Singapore

Mana-mana warganegara Malaysia yang ingin tinggal di Singapura, mereka hanya layak tinggal sehingga 30 hari tanpa memerlukan sebarang visa dari kerajaan Singapore

Jika tidak, mereka perlu memohon visa Singapura yang termasuk pas pekerjaan, pas masuk, permit kerja, pas pekerjaan peribadi (PEP) dan banyak lagi.

2. Berapa Gaji Minimum di Singapore untuk Rakyat Malaysia

Julat gaji minimum di Singapore berbeza mengikut sektor yang ada di Singapura.

Pada asasnya, gaji minimum bulanan yang boleh diperolehi oleh rakyat Malaysia jika mereka bekerja di Singapore adalah sekitar SGD3000 sebulan bergantung kepada industri yang mereka bekerja.

3. Adakah gaji 3500 Singapore ollar sebulan bagus dan berbaloi jika kerja di Singapura?

Gaji bagus atau tidak sangat subjektif bergantung kepada komitmen bulanan dan gaya hidup seseorang. Mungkin ada yang berkata baik, dan ada juga yang tidak.

Walau bagaimanapun, untuk bersikap adil, gaji bulanan sebanyak SGD3500 setiap bulan bagi kami bersesuaian untuk graduan baharu yang baru memulakan kerja di negara Singapore.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia