Contoh Karangan Ceramah PT3 Bahasa Melayu
Berikut di bawah kami lampirkan contoh karangan ceramah PT3 berserta dengan format karangannya sebagai penduan dan semakan buat adik-adik dalam menghasilkan karangan yang bermutu tinggi.
Ceramah telah disampaikan oleh anda selaku seorang guru kaunselor kepada para pelajar sempena program motivasi di sekolah.
RUJUK SINI: Contoh Karangan Ucapan Bahasa Melayu Terbaik
‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ merupakan tajuk ceramah anda. Anda diminta untuk menulis teks ceramah dengan selengkapnya.
Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3
Analisis soalan :
BACA SINI >> Karangan pencemaran alam sekitar
- Tema/Isu : Pelajar yang cemerlang
- Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada
- Format karangan : Ceramah
BACA SINI >> Borang Permohonan Ikbn 2023: Cara Memohon Rayuan
Rangka Isi | Butiran |
Pendahuluan | Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan – Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran kecemerlangan, peribahasa |
Isi Karangan | Cemerlang di dalam akademik – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. |
Cemerlang di dalam kokurikulum – Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta kepimpinan | |
Cemerlang disiplin – Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan | |
Cemerlang sahsiah – sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai | |
Pegangan agama yang teguh | |
Penutup | Konkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan |
Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi ‘Destinasi Permata’, yang saya hormati para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam program motivasi ‘Destinasi Permata’ yang sangat berfaedah terutama kepada para pelajar peperiksaan umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR dan juga SPM yang akan menyusul tidak lama sahaja lagi. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ adalah tajuk ceramah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh semua insan. Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu diinginkan oleh semua pelajar yang berada di dalam Dewan Indah yang permai dan harmoni ini. Pendek kata, semua pelajar mahu cemerlang dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya diimpikan oleh para pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama benih yang baik, campak ke laut mejadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini adalah kategori pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai para pelajar, tajuk ciri-ciri yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.
Para pelajar yang saya sayangi sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan dan ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan dipastikan oleh pelajar cemerlang ini. Contohnya, pelajar cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang dan teratur di dalam kelas, dan pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di luar pembelajaran luar kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan optimus, segala potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng. Matlamat pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan seterusnya berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk gangguan dan masalah akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan mereka sentiasa cemerlang dalam pencapaian akademik.
Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran terancang bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang semasa berada di dalam kelas. Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang optimum dan maksimum akan ditunjukkan oleh pelajar cemerlang dengan memberikan kerjasama dan sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi. Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi dalaman atau luaran diri sendiri mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi oleh golongan cemerlang ini. Syarat yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar cemerlang dalam pembelajaran hingga semuanya berkenan di hati. Mereka tidak mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan terlalu mengharapkan tentang guru yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas yang sempurna. Mereka mempunyai ketahanan dalam menerima iklim pembelajaran yang seadanya.
Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar cemerlang terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan dilaksanakan, mereka tidak hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu menonjol. Mereka mempunyai kesabaran untuk mendengar idea rakan sekumpulan walapun sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh pelajar cemerlang ini. Pelajar cemerlang akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu menguasai sesuatu perbincangan. Persediaan yang mencukupi akan disediakan oleh mereka dan bukan hanya dengan tanan kosong sahaja. Impak dan kesan positif akan sentiasa ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka dalam mana-mana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang kesan yang diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.
Para guru dan para pelajar sekalian,
Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan optimum hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras dengan sasaran yang dilakukan. Fokus yang berterusan akan dilakukan oleh mereka terhadap kefahaman yang mendalam terhadap perancangan jawapan yang bersesuaian dengan kehendak dan tugasan soalan dan tidak hanya melakukan pergantungan kepada soalan ramalan. Segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas item soalan peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh pelajar cemerlang dengan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian atau kursus yang diminati atau kursus yang boleh diklasifikasikan sebagai kritikal boleh diintai oleh pelajar cemerlang, di samping tempat di institusi pengajian tinggi terkemuka boleh dilamar berserta tajaan biasiswa yang menarik dan berprestij.
Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau tindak tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan gelaran ‘ulat buku’? Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan dicop sebagai ulat buku semata-mata. Pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum kebiasaannya akan ditunjukkan oleh mereka. Sebenarnya pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas ialah bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan medium dalam memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap bakat kepimpinan dan suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kebolehan dan potensi diri sama ada sebagai pemimpin, petugas atau peserta di mana-mana aktiviti persatuan, kelab, unit pakaian seragam, sukan dan permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan oleh mereka dan seberapa banyak pengalaman akan dicari oleh pelajar cemerlang ini.
Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,
Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu kejayaan. Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang. Gelaran pelajar skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah dan peduli oleh mereka. Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual dan bergaul mesra dengan rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang kurang beruntung, walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga penampilan. Mereka akan berusaha untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan yang mampu memberi aura positif dengan mempengaruhi para pelajar untuk lebih bersikap psitif dan optimis dalam menuntut pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran tunjuk ajar tidak perlu dijelaskan oleh mereka, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang disenangi oleh orang sekelilingnya. Sebagai contoh, ketepatan masa sangat dipentingkan oleh pelajar cemerlang dan sesuatu tugasan akan sentiasa dilaksanakan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak akan melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sambalewa semata-mata sperti hanya melepaskan batuk di tangga bagi setiap tugasan yang diberi. Jelaslah disiplin haruslah menjadi prinsip yang harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam memacu kecemerlangan yang lebih terjamin dalam hidup mereka.
Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata-kata yang baik budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir-butir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa dilindungi dan selamat berada di sisi pelajar cemerlang ini kerana mereka ini hanya mendengar perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja. Sudah tentu, pelajar cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap mempunyai kelemahan tertentu, tetapi mereka akan sedaya upaya untuk mengawal kelemahan yang dimiliki agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah antara ciri pelajar cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan pencipta sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala patuhan dan suruhannya dan larangannya haruslah dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh dan kukuh menjadi petunjuk jalan dan penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong dan jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, kecemerlangan di dunia dan akhirat sentiasa diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang cemerlang.
Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu para pelajar mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara persoalan yang mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang dinyatakan terdapat dalam diri sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri kecemerlangan tersebut dapat saya garap dengan baik. Jawapannya ialah, usah khuatir akan potensi dalaman dan luaran diri anda, jika anda mempunyai satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri para pelajar ketika ini, saya ucapakan tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan permulaan yang baik untuk meneruskan bagi mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Saya yakin bahawa semua pelajar berpotensi besar untuk mengembangkan bakat diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi. Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini di dalam diri iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
P/S : Ini pula contoh karangan fakta