Semakan Nombor kwsp login majikan dan cara tutup akaun epf
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah badan simpanan persaraan untuk pekerja sektor swasta dan tidak berpencen.
KWSP Majikan merujuk kepada peranan majikan dalam menyumbang kepada akaun KWSP pekerja mereka.
Majikan diwajibkan mendaftar dan membuat caruman bulanan untuk pekerja.
Caruman ini adalah gabungan potongan gaji pekerja dan sumbangan tambahan oleh majikan. Ia bertujuan memastikan kebajikan kewangan pekerja setelah bersara atau berhenti kerja.
Majikan juga bertanggungjawab memastikan sumbangan dibuat tepat pada masanya tanpa kelewatan. KWSP menyediakan platform khas untuk majikan menguruskan caruman dan semakan status pekerja.
Cara Log Masuk KWSP Login Majikan
- BACA SINI >> Jadual caruman kwsp 2024
- BACA SINI >> i Saraan Kwsp 2024: Daftar & Register Insentif Online
Sila Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.
- Pilih bahagian “Majikan” di menu utama.
- Klik pada “Log Masuk i-Akaun (Majikan)” di halaman tersebut.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Masukkan kod pengesahan TAC yang dihantar ke telefon anda yang telah berdaftar.
- Selepas log masuk, anda boleh mengurus caruman pekerja dan semakan status.
Pastikan ID pengguna dan kata laluan disimpan dengan selamat untuk mengelakkan akses tidak sah oleh penceroboh.
Cara Isi Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP
- Pergi ke cawangan KWSP terdekat untuk mendapatkan borang pendaftaran majikan.
- Isi maklumat lengkap syarikat seperti nama, alamat, dan nombor pendaftaran syarikat.
- Sertakan maklumat pemilik atau pengarah syarikat dalam borang tersebut.
- Lampirkan dokumen sokongan seperti salinan SSM, salinan MyKad, dan dokumen lain yang diperlukan.
- Serahkan borang yang lengkap kepada pegawai KWSP untuk proses pendaftaran.
- Anda akan menerima nombor majikan setelah pendaftaran berjaya.
- Simpan sijil pendaftaran sebagai rujukan dan bukti sah pendaftaran.
Pemberitahuan Berhenti Menjadi Majikan KWSP
- BACA SINI >> tarikh bayaran dividen kwsp
- BACA SINI >> Pengeluaran Kwsp 2024 Terkini Akaun 1, 2, 3 Untuk Peribadi
- BACA SINI >> kemaskini i akaun kwsp online
Proses untuk Berhenti Menjadi Majikan EPF:
- Majikan perlu memaklumkan jika perniagaan anda teah ditutup atau tidak lagi menggaji pekerja.
- Isi borang “Notis Berhenti Menjadi Majikan” yang boleh didapati di cawangan yang terdekat dengan anda.
- Lampirkan dokumen sokongan seperti bukti penutupan perniagaan daripada SSM.
- Serahkan borang dan dokumen kepada pegawai KWSP untuk diproses.
- EPF akan mengesahkan pemberhentian status majikan setelah dokumen lengkap diterima.
- Pastikan tiada caruman tertunggak sebelum pemberhentian status dilakukan.
Cara Download Sijil Pendaftaran Majikan KWSP
Langkah Memuat Turun Sijil Pendaftaran:
- Log masuk ke i-Akaun Majikan melalui laman web rasmi epf.
- Pilih menu “Pendaftaran” dan klik pada pilihan “Sijil Pendaftaran”.
- Pilih untuk memuat turun sijil dalam format PDF untuk simpanan.
- Cetak sijil pendaftaran jika diperlukan untuk tujuan rasmi.
- Pastikan sijil disimpan dengan baik untuk kegunaan masa depan.
Semakan Nombor Majikan KWSP
Pastikan maklumat ini disimpan dengan selamat untuk rujukan masa depan.
- Hubungi talian khidmat pelanggan KWSP di 03-89226000 untuk bantuan.
- Berikan maklumat syarikat seperti nama dan nombor pendaftaran untuk semakan.
- Pegawai KWSP akan memaklumkan nombor majikan setelah pengesahan identiti.
- Anda juga boleh pergi ke cawangan KWSP untuk membuat semakan no majikan.
- Pastikan maklumat ini disimpan dengan selamat untuk rujukan masa depan.
Cara Tutup Akaun KWSP
Bagi majikan yang ingin tutup akaun KWSP majikan atas alasan tidak lagi mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja, pihak majikann bolehlah menutup akaun mereka.
- Pergi ke cawangan KWSP terdekat untuk membuat permohonan penutupan akaun.
- Isi borang “Permohonan Penutupan Akaun Majikan” yang disediakan.
- Sertakan dokumen sokongan seperti bukti penutupan perniagaan daripada SSM.
- Serahkan borang kepada pegawai KWSP untuk diproses.
- Pastikan semua caruman pekerja telah diselesaikan sebelum akaun ditutup.
- Pegawai KWSP akan memproses permohonan dan memberikan pengesahan penutupan.
Soalan Lazim & FAQ
Majikan yang lambat membuat pembayaran boleh dikenakan penalti. Penalti ini termasuk denda dan faedah ke atas jumlah caruman tertunggak. Pekerja berhak melaporkan kelewatan kepada KWSP untuk tindakan lanjut.
Pekerja boleh membuat aduan rasmi kepada KWSP jika caruman tidak dibayar. Majikan yang ingkar boleh dikenakan denda, faedah, atau tindakan mahkamah. KWSP juga boleh menyita aset syarikat untuk mendapatkan caruman tertunggak.
Kata laluan salah adalah punca utama kegagalan log masuk.
Hubungi khidmat pelanggan KWSP untuk membuka semula akses akaun terkunci. Pastikan nombor telefon berdaftar masih aktif untuk menerima TAC.
Selain itu, segala transaksi di dalam sistem atas talian KWSP ini juga selamat dan cepat.
Transaksi pembayaran melibatkan bank juga tidak rumit untuk dilakukan di dalam sistem ini.
Maklumat dan data pekerja boleh dipinda dengan mudah dengan cara yang betul.
Secara konklusinya, sistem yang diwujudkan oleh pihak KWSP ini sangat efisen dan mesra pengguna.