Best Laptop For Students Malaysia: Jenama laptop Hp Asus Lenovo Dell Toshiba Samsung Acer Malaysia
Bermula daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa, penggunaan teknologi malaysia seperti telefon bimbit, komputer riba, televisyen dan banyak lagi menjadi keperluan harian masyarakat untuk saling berhubung antara satu sama lain. Banyak pilihan best laptop mengikut bajet anda.
Bukan itu sahaja, ianya penting bagi kegunaan pekerjaan seharian kita. Sebagai contoh, komputer riba merupakan antara medium yang paling penting bagi setiap pelajar di Malaysia. Komputer riba ini memberi banyak manfaat dan kepentingan kepada pelajar dalam urusan pengajian dan pembelajaran mereka.
Boleh dikatakan, setiap pelajar wajib mempunyai komputer riba untuk melanjutkan pelajaran mereka. Bahkan, kerajaan Malaysia mewujudkan inisiatif peranti siswa di mana pelajar yang golongan B40 layak untuk menerima tablet atau komputer riba untuk urusan pengajian mereka.
Pelajar boleh memilih untuk membeli pelbagai jenis komputer riba bagi memudahkan urusan pelajar mengikut bidang yang mereka ceburi. Justeru, komputer riba ini sangat penting bagi setiap pelajar Malaysia untuk meningkatkan produktiviti pelajar.
5 Jenama Laptop For Students Malaysia / Untuk Pelajar Bawah RM2000
Komputer riba yang ditawarkan di pasaran mempunyai banyak jenis model dan spesifikasi dengan kadar harga yang berbeza mengikut bajet pembeli.
- BACA SINI : Best postpaid plan malaysia
- BACA SINI : cara buat duit dengan tiktok
Berikut merupakan kadar harga komputer riba yang berharga bawah RM2000 yang sesuai bagi kegunaan pelajar;
1. Laptop Chuwi GemiBook
Gemibook merupakan antara komputer riba yang murah dan sesuai untuk kegunaan pelajar. Ia merupakan komputer riba keluaran negara China.
- Skrin yang bersaiz 13” dengan resolusi 2160 x 1440 menjadikan ia sesuai untuk membuat kertas kerja dan dibawa ke mana-mana.
- Banyak fitur yang menarik yang ada pada komputer riba ini.
- Walaubagaimanapun, komputer riba ini menggunakan CPU Intel Celeron J4125, di mana ianya agak lemah berbanding komputer riba yang lain.
Kadar harga laptop Chuwi GemiBook di pasaran malaysia pada masa kini adalah RM1500
2. Laptop Infinix INBook X1 Intel i3
Infinix merupakan komputer riba keluaran Hong Kong.
- Dengan spesifikasi Intel i3 dan processor Intel® Core™ i3-1005G1 dengan RAM 8GB menjadikan ianya pilihan pelajar pada masa kini.
- Bukan itu sahaja baterinya tahan lama serta nipis mudah untuk pelajar bawa ke mana sahaja
- Fitur yang ada pada komputer riba ini tetap menepati teknologi pada hari ini walaupun harga yang ditawarkan ialah harga mampu milik.
- Namun, komputer riba ini mempunyai stok yang terhad di pasaran disebabkan oleh ianya kurang dijual di Malaysia.
Kadar harga laptop Infinix INBook X1 Intel i3 di pasaran malaysia pada masa kini adalah RM1900.
3. Laptop Dell Inspiron 15 3502
Komputer riba Dell ini dikuatkuasa oleh proses Intel Celeron Processor N4020 yang menyokong penggunaan wifi yang lebih pantas.
- Ianya sesuai bagi kegunaan asas bagi pelajar seperti kertas kerja harian, menonton filem dan kelasa atas talian.
- Bukan itu sahaja, Dell ini juga dilengkapi dengan RAM 4GB DDR, storan 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive.
- Fitur-fitur bersesuaian dengan harga yang ditawarkan kepada pelajar.
Kadar harga laptop Dell Inspiron 15 3502 di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM1950.
4. Laptop JOI Book 155 Pro
JOI merupakan jenama komputer riba yang kurang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
- Ianya direka khas untuk kegunaan asas dengan kadar harga mampu mlilik terutamanya pelajar.
- Reka bentuknya yang moden dengan spesifikasi kuasa cip Intel Celeron N4120 serta paparan skrin seluas 14” membolehkan pelajar menggunakannya untuk kegunaan pengajian dan pembelajaran.
- Walubagaimanapun, bagi urusan yang agak kompleks, JOI ini tidak sesuai digunakan kerana kadar storagenya yang agak terhad.
Kadar harga Laptop JOI Book 155 Pro di pasaran pada masa kini adalah RM1550.
5. Laptop Asus BR1100FK-ABP0423R
ASUS merupakan antara jenama komputer riba yang terkenal di Malaysia.
- Modelnya yang memenuhi citarasa pelajar pada masa kini yang boleh dilipat menjadikan ia lebih unik.
- Ianya juga senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
- Spesifikasi CPU Intel Celeron, kadar RAM 4GB dan paparan skrin besaiz 11.6” menjadikan ianya pilihan pelajar pada masa kini.
- Skrin yang ada pada komputer riba ini adalah skrin LCD yang mana gambaran yang dihasilkan lebih jelas untuk kegunaan harian pelajar.
Kadar harga Laptop Asus BR1100FK-ABP0423R di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM1300.
5 Best Laptop For Students Malaysia Bawah RM1000
Komputer riba kini menjadi keperluan setiap pelajar untuk melakukan kertas kerja pelajaran mereka.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pelajar yang kurang mampu untuk membeli komputer riba yang mahal bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
Antara best laptop dan komputer riba yang berharga bawah RM1000 for students malaysia bagi tahun 2023 adalah seperti berikut;
1. Laptop Dell Chromebook 11 For Students Malaysia
Dell Chromebook merupakan antara komputer riba yang murah dan sesuai untuk kegunaan pelajar.
- Ianya dikuasakan oleh operasi Chrome Operating System (OS) dan processor yang digunakan ialah Intel Celeron Dual Core. Skrin yang bersaiz 11” menjadikan ianya sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
- Banyak fitur yang menarik yang ada pada komputer riba ini.
- Walaubagaimanapun, komputer riba ini menggunakan bersaiz compact dan ianya agak tebal jika mengikut saiznya.
Kadar harga Laptop Dell Chromebook 11 di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM500.
2. Laptop Toshiba DynaBook R734
Infinix merupakan komputer riba keluaran Jepun.
- Dengan spesifikasi Intel Apollo Lake dengan RAM 4GB menjadikan ianya pilihan pelajar pada masa kini.
- Bukan itu sahaja baterinya tahan lama dengan adanya port yang pelbagai pada komputer riba ini.
- Fitur yang ada pada komputer riba ini tetap menepati teknologi pada hari ini walaupun harga yang ditawarkan ialah harga mampu milik kerana produk keluaran negara Jepun biasanya tahan lasak.
- Namun, komputer riba ini agak berat untuk dibawa kemana-mana bagi urusan pengajian pelajar.
Kadar harga Laptop Toshiba DynaBook R734 di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM850.
3. HP Laptop For Students Malaysia Model Stream 11 Pro G2
Komputer riba HP ini dikuatkuasa oleh proses Intel Celeron N3050 yang menyokong kelancaran pengguna komputer riba ini.
- Ianya sesuai bagi kegunaan asas bagi pelajar grafik.
- Bukan itu sahaja, HP ini juga dilengkapi dengan RAM 4GB DDR dan storan 64GB SSD.
- Fitur-fitur bersesuaian dengan harga yang ditawarkan kepada pelajar bidang grafik.
Kadar harga laptop HP Stream 11 Pro G2 di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM540.
4. Laptop Samsung Chromebook
Samsung Chromebook merupakan jenama komputer keluaran negara Korea.
- Ianya direka khas untuk kegunaan asas dengan kadar harga mampu mlilik terutamanya pelajar.
- Reka bentuknya yang biasa sahaja dengan spesifikasi kuasa cip Intel Celeron N2805 serta paparan skrin seluas 11” membolehkan pelajar menggunakannya untuk kegunaan pengajian dan pembelajaran.
Kadar harga Laptop Samsung Chromebook di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM380.
5. Lenovo Thinkpad Yoga 11E
Lenovo merupakan antara jenama komputer riba yang terkenal di Malaysia.
- Modelnya yang memenuhi citarasa pelajar pada masa kini dimana skrin yang boleh disentuh menjadikan ia lebih unik. Ianya juga senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
- Spesifikasi Intel Core i3-7th Gen, kadar RAM 8GB dan paparan skrin besaiz 11.6” menjadikan ianya pilihan pelajar pada masa kini.
Kadar harga Lenovo Thinkpad Yoga 11E di pasaran Malaysia pada masa kini adalah RM600.
Bagi kami tanpa kira bajet, best jenama laptop terbaik pastinya dari produk Apple samada Macbook Air ataupun macbook Pro
Untuk kami sendiri contohnya laptop yang bagus untuk kerja, kami memilih macbook air. Jika ada kerja kerja grafik kami memilih Macbook Pro. Sangat berbaloi-baloi
Mana best laptop untuk guru juga kami sarankan kami sarankan jenama Acer TravelMate P2.