Pengambilan Bomba 2024: Gaji & Syarat Jawatan Kosong

Permohonan e Pengambilan Bomba 2023: Gaji dan Pangkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

syarat jawatan kosong e pengambilan bomba 2023 malaysia

Bomba merupakan sebuah badan organisasi yang bertanggungjawab dalam mencegah bencana alam. Badan organisasi ini dijalankan dan diuruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Agensi ini mula berkhidmat di Malaysia pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat. 

Secara amnya, bidang kuasa pasukan ahli bomba ini adalah merangkumi perkhidmatan perlindungan masyarakat daripada bencana alam termasuklah kebakaran terutamanya. Perkhidmatan menyelamat ini berkuatkuasa mengikut tahap penguatkuasaan pada peringkat perbandaran, mukim, daerah, negeri dan kebangsaan.

Tuntasnya, operasi yang dijalankan oleh pasukan bomba sewajarnya diberi penghargaan yang tinggi kerana jasa dan pengorbanan mereka dalam menjamin keamanan negara Malaysia.

e Pengambilan Bomba 2024

Permohonan untuk menyertai Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini boleh dipohon secara atas talian.

e Pengambilan bomba 2023 ini boleh dilakukan menerusi portal rasmi spa

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan secara atas talian;

  1. Layari laman sesawang spa gov my seperti pada Rajah di bawah ini.
  2. Klik pada bahagian “Permohonan Pekerjaan”.
  3. Daftar masuk ke akaun SPA9.
  4. Isi maklumat peribadi pemohon dengan lengkap dan betul.
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Akhir sekali, hantar borang permohonan tersebut secara atas talian.

Cara Download www.bomba.gov.my Borang 2023

Segala borang yang berkaitan dengan perkhidmatan bomba boleh dimuat turun menerusi portal rasmi bomba Malaysia secara atas talian di www.bomba.gov.my borang 2023

Antara borang-borang yang terdapat di portal rasmi bomba ialah borang berkaitan perkhidmatan kebakaran, borang operasi keselamatan, borang penyelidikan dan perancangan dan borang JBPM Kuala Lumpur.

Berikut merupakan cara-cara untuk memuat turun borang-borang tersebut;

www.bomba.gov.my borang 2023 jabatan bomba dan penyelamat malaysia
  1. Layari laman sesawang bomba gov my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “Muat Turun Borang”.
  3. Segala borang-borang yang berkaitan perkhidmatan bomba akan dipaparkan. 
  4. Akhir sekali, klik pada mana-mana borang yang dikehendaki.

Apa Bidang Tugas Bomba Malaysia

Berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat 1988 (Akta 341), Seksyen 5(1) dan (2) termaktub bahawa bidang tugas pasukan ahli bomba adalah seperti berikut;

  1. Mengawal, memerangi, memadamkan dan menghalang kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta benda ketika berlakunya kebakaran.
  3. Melakukan siasatan punca berlakunya kebakaran.
  4. Menjalankan operasi yang sewajarnya ketika berlaku kebakaran mengikut prosedur dan peraturan kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan yang wajar ketika kebakaran berlaku.

Syarat Kelayakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Permohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pasukan Bomba dan Penyelamat sahaja yang layak untuk menyertai pasukan bomba Malaysia.

Berikut merupakan syarat syarat kelayakan permohonan bomba 2023 yang telah ditetapkan;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Tahap pendengaran pemohon mestilah dalam keadaan yang baik tanpa memerlukan alat bantuan pendengaran.
  4. Pemohon mestilah mempunyai tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  5. Taraf kesihatan pemohon mestilah dalam keadaan yang baik.
  6. Pemohon mestilah bukan daripada golongan buta warna.
  7. Tahap penglihatan pemohon mestilah baik yang diukur menerusi ujian penglihatan dengan ketetapan V/6/9 tanpa penggunaan bantuan kaca mata atau kanta sentuh. 
  8. Kelayakan akademik pemohon mestilah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  9. Lulus dalam ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti ujian mengangkat berat, menjulang dan menegakkan tangga, memanjat tali dan menaiki tangga penyelamat.
  10. Pemohon jawatan kosong bomba 2023 mestilah merupakan calon yang memenuhi syarat fizikal seperti berikut;
SYARAT FIZIKAL MINIMAJANTINA
LELAKIPEREMPUAN
TINGGI (M)1.57 m1.53 m
BERAT (KG)48 kg46 kg
UKURAN DADA (SM)79 sm dan 84 sm
INDEKS JISIM BADAN (BMI) Julat 19 hingga 26

Bila Tarikh Permohonan Bomba Setiap Tahun

Tiada tarikh tetap yang ditetapkan oleh Jabatan Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengambil ahli pasukan bomba yang baharu setiap tahun.

Permohonan jawatan kosong bomba 2023 baru akan dibuka jika berlaku kekosongan dalam jabatan tersebut.

Berapa Julat Gaji Bomba Mengikut Pangkat

Anggaran gaji yang telah ditetapakan bagi pegawia bomba yang berkhidmat mengikut pangkat adalah seperti berikut;

KOD PANGKATJENIS PANGKATKADAR ANGGARAN GAJI BERSIH (RM)
KB 54Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba4,526 – 5,318
KB 52Penolong Pesuruhjaya Bomba4,257 – 5,494
KB 48Penguasa Kanan Bomba I3,814 – 4,607
KB 44Penguasa Kanan Bomba II2,590 – 4,289
KB 41Penguasa Bomba1,480 – 3,417
KB 40Timbalan Penguasa Bomba I2,569 – 3,969
KB 38Timbalan Penguasa Bomba II2,401 – 3,551
KB 32Penolong Kanan Penguasa Bomba2,185 – 2,664
KB 29Penolong Penguasa Bomba1,189 – 2,433
KB 28Pegawai Bomba Tinggi I2,124 – 2,555
KB 26Pegawai Bomba Tinggi II1,925 – 2,612
KB 26 (KUP)Pegawai Bomba Tinggi II (KUP)1,757 – 2,386
KB 24Pegawai Bomba Kanan I2,058 – 2,494
KB 24 (KUP)Pegawai Bomba Kanan I (KUP)1,888 – 2,287
KB 22Pegawai Bomba Kanan II1,659 – 2,124
KB 22 (KUP)Pegawai Bomba Kanan II (KUP)1,545 – 1,971
KB 19Pegawai Bomba917 – 1,836

Apa Itu Hari Bomba di Malaysia

Hari Bomba merupakan hari sambutan sempena penubuhan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Sambutan ini diadakan pada setiap tahun bagi mengenang jasa-jasa ahli pasukan bomba yang berkorban nyawa, tenaga dan keringat dalam menyelamat negara daripada bencana alam.

Ianya disambut pada 4 Mei pada setiap tahun.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia