Borang Permohonan sbp Tingkatan 1 dan kemasukan Tingkatan 4 2024 serta ikut syarat kemasukan Sekolah Berasrama Penuh, buat pendaftaran ujian kemasukan uksbp
Pelajar yang telah semak keputusan upsr dan juga keputusan PT3 sudah tentu ramai antara anda yang bercita-cita ingin hantar permohonan asrama penuh.
Mesti ramai pelajar yang mengidamkan untuk sekolah di boarding school.
Ia bagi mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan tidak kurang juga bagi yang mahu belajar untuk berdikari bagi mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran yang mendatang.
Ini kerana Sekolah jenis ini banyak mendatangkan kebaikan dan faedah yang besar kepada para pelajar dari segi membentuk sahsiah diri dan akademik, keyakinan diri dan juga jati diri yang kental bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang.
Senarai Kandungan Penting:
Borang Permohonan SBP Tingkatan 1 2024
Di bawah kami telah menyediakan informasi berkenaan dengan membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh 2024.
- BACA SINI >> Mrsm 2024: Syarat Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Form 4
- BACA SINI >> KISAS 2024: Syarat Kemasukan Kolej Islam Sultan Alam Shah
Berserta dengan tarikh-tarikh penting permohonan untuk pengambilan sbp dan pendaftaran masuk sekitar akhir bulan Januari kelak. Nantikan bersama.
- Tarikh buka permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 : Oktober
- Tarikh tutup : November
- Untuk melayari borang permohonan ke Tingkatan 1 secara online : sst1 moe gov my
- Untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
- Untuk mendapatkan panduan am untuk mengisi borang permohonan secara online : moe gov my
- Senarai Sekolah mengikut ALIRAN bagi Tingkatan 1
- Senarai Subjek yang ditawarkan mengikut ALIRAN
BACA SINI: Senarai lengkap ranking sbp terbaik berdasarkan keputusan peperiksaan di Malaysia
Syarat Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1
- Pelajar haruslah berwarganegara Malaysia
- Pelajar adalah yang bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
- Keputusan akademik yang cemerlang hendaklah diperoleh oleh pemohon atau minimum 3A dan 3B berdasarkan keputusan upsr (termasuk mendapat A bagi subjek Matematik dan Sains)
- Pelajar mestilah aktif dalam kokurikulum
- Mesti mendapat markah yang baik dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani; Sukan dan Kokurikulum (PAJSK); Pentaksiran Sekolah (PS)
- Mendapat keputusan yang baik bagi Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
BACA SINI: PAJSK 2024: Ujian Segak Online KPM
Borang Permohonan SBP Tingkatan 4 2024
- Tarikh buka : November
- Tarikh tutup : Disember
- Untuk melayari borang permohonan ke Tingkatan 4 online : sst4 moe gov my
- Untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
- Untuk sebarang informasi atau maklumat berkenaan dengan Sekolah Berasrama Penuhh : Akan dikemaskinikan. Nantikan!
- Untuk mendapatkan panduan am untuk mengisi borang pendaftaran online 2024 : moe gov my
Syarat Kemasukan Tingkatan 4
- Pelajar haruslah berwarganegara Malaysia
- Pelajar adalah yang bersekolah di Sekolah Kerajaan ataupun Sekolah Bantuan Kerajaan
- Keputusan akademik yang cemerlang hendaklah diperoleh oleh pemohon atau minimum 6A dalam Peperiksaan Tingkatan 3 PT3 (termasuk mendapat A bagi subjek Matematik dan Sains)
- Pelajar mestilah aktif dalam kokurikulum untuk melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan
Kami doakan urusan permohonan online anda dipermudahkan kelak.
Ujian Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh
Bagi menyaring lambakan yang berminat untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan malaysia telah meletakkan syarat mana-mana daripada anda yang berminat mohon dan masuk ke boarding school ini, perlu ambil ujian ini.
Ia adalah satu ujian yang perlu anda duduki dan ambil bagi menilai samada anda layak mendapat tawaran dan diterima masuk melalui permohonan tingkatan 1. Maknanya yang akan terpilih nanti adalah kalangan yang terbaik dikalangan yang terbaik.
Harapan Kementerian pendidikan Malaysia Kpm mahukan pelajar yang terpilih kelak, bukan sahaja cemerlang pada akademik tetapi kokurikulum dan juga sahsiah diri.
Sudah semestinya antara yang ambil ujian dengan yang tidak ambil ujian ini, kerajaan pastinya akan memberikan kelebihan kepada calon yang ambil ujian ini. Jadi sangat penting untuk anda tidak terlepas ambil semakan ujian ini. Contoh soalan kemasukan ada dikongsikan seperti di bawah ini
Contoh Soalan UKSBP 2024
Sedang dikemaskinikan semakan contoh soalan uksbp ujian kemasukan sekolah asrama penuh 2024 daripada masa ke semasa untuk anda
Semoga perkongsian contoh soalan uksbp eq dan iq ini bagi ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh tahun 2024 ini memudahkan anda membuat persediaan.
Semoga anda layak dan lulus semakan ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
Semoga perkongsian contoh Soalan uksbp ini memudahkan anda untuk menjawab soalan ujian masuk sekolah asrama penuh.
FAQ Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2024
1. Berapa yuran sbp
P/S : Semoga permohonan sbp baik untuk kemasukan tingkatan 1 atau permohonan sekolah berasrama penuh tingkatan 4 tahun 2024 dipermudahkan!