RHB Premier Banking Malaysia: Requirement & Membership Fee

Cara apply, daftar dan register RHB Premier Banking Malaysia Requirement untuk menjadi customer dan member serta membership fee

rhb premier banking requirement

Akaun Premier ini sebenarnya adalah perkhidmatan perbankan yang dilancarkan oleh RHB Berhad. Ia sebagai memenuhi keperluan kewangan pelanggan dengan menyediakan dan menyampaikan penyelesaian kewangan yang terbaik kepada pelanggan mereka.

RHB Berhad, sebuah institusi kewangan yang disenaraikan di antara bank terbaik di Malaysia, menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan mereka.

Melalui kemudahan RHB Premier, pelbagai perkhidmatan ditawarkan pelanggan bank mereka yang kaya dan T20 di malaysia seperti RHB Premier Current Account/-I, Junior Savings Account/RHB Children Account-I, RHB Multi Currency Account/-I, pelaburan, insurans/Takaful, RHB Trustee.

Bagi kami sendiri, RHB premier adalah salah satu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh RHB Berhad untuk memenuhi kehendak dan keperluan kewangan individu dan keluarga yang kaya di malaysia.

RHB Premier Requirement Malaysia Jadi Customer

Persoalannya, bagaimana untuk daftar dan register, requirement menjadi pelanggan RHB Premier?

Untuk menjadi sebahagian daripada pelanggan Perbankan Premier, seseorang individu perlu memenuhi semua syarat dan requirements yang ditetapkan di bawah institusi perbankan ini.

Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut;

  1. Memiliki sekurang-kurangnya RM200,000 dalam akaun deposit, pelaburan, atau Bancaassurance/Bancatakaful.
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya RM100,000 dalam akaun deposit, pelaburan, atau Bancassurance/Bancatakaful selama setahun selepas pendaftaran
  3. Bagi pelanggan RHB, mereka perlu menerima gaji dan pendapatan sekurang-kurangnya RM20,000 dan loan rumah, pinjaman kereta atau merupakan pelanggan Kad Kredit RHB.

Cara Apply & Buka Akaun RHB Premier Customer

BACA SINI >> buka akaun alliance bank online

Mana-mana individu yang berminat, boleh apply dan membuat permohonan secara online untuk menikmati produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh RHB premier.

Anda oleh terus daftar permohonan dan register rhb premier dengan buka akaun secara online terus di link pautan ini, https://www.rhbgroup.com

Kelebihan & Keistimewaan RHB Premier Member

BACA SINI >> pinjaman agrobank untuk pertanian

Pelanggan yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah Premier Banking ini berhak untuk menikmati keistimewaan dan kelebihan yang disediakan oleh pihak bank.

Di bawah adalah keistimewaan yang telah ditawarkan oleh bank RHB kepada pelanggan mereka;

(i) RHB Wealth Management

Salah satu kelebihan yang ditawarkan ialah membantu mengurus kekayaan dengan menjaga, melindungi dan meningkatkan kekayaan milik pelanggan.

Terdapat beberapa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, seperti Akaun Semasa/-I RHB Premier, Akaun Simpanan Junior/Akaun Kanak-kanak RHB-I, Akaun Berbilang Mata Wang RHB/-I, pelaburan, insurans/Takaful, dan Pemegang Amanah RHB.

Semua produk tersebut boleh digunakan oleh pelanggan untuk menguruskan kekayaan pada tahap tertinggi yang ditetapkan oleh pihak RHB Bank. Pulangan yang tinggi akan diperuntukkan kepada pelanggan bergantung kepada pengurusan kewangan mereka.

(ii) Keistimewaan Gaya Hidup & hadiah Hari Lahir

Pelanggan yang mempunyai akaun akan layak menikmati keistimewaan dan kelebihan untuk setiap lahir dan gaya hidup pelanggan.

Anda sebagai pelanggan akan diberikan pulangan yang lebih banyak daripada biasa bulan hari lahir.

Sebagai contoh, pelanggan akan dikenakan caj jualan yang lebih rendah hanya 1 peratus saaja untuk sebarang pelaburan unit amanah yang dibuat oleh melalui akaun ini.

Selain itu, pelanggan juga berhak mendapat diskaun istimewa apabila membuat sebarang transaksi perbankan dengan rakan kongsi saudagar RHB.

Justeru, ini adalah salah satu cara memberi ganjaran dan ucapan terima kasih kepada pelanggan setia.

(iii) Special Offer RHB Green Financing

Ia juga menawarkan aktiviti loan, pinjaman, financing untuk mana-mana pelanggan yang menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon dan mampan sambil menangani cabaran global dengan membina masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.

Salah satu produk yang ditawarkan di bawah aktiviti pembiayaan hijau RHB ialah RHB Vehicle Financing-I.

Program hijau ini menawarkan pelanggan ansuran bulanan yang lebih rendah dengan membuat pinjaman kereta elektrik seperti loan kereta tesla dengan RHB Premier.

(iv) RHB Multi Currency Account-i

RHB Multi Currency Account-i adalah salah satu produk yang ditawarkan di bawah premier ini.

Ia menawarkan sehingga 32 mata wang asing pada akaun di mana pelanggan boleh menggunakannya di seluruh dunia.

Faedah lain ialah tukaran duit mata wang asing dengan kadar yang segera, perlindungan nilai, menawarkan pulangan yang menarik.

Oleh itu, RHB Premier ini sangat sesuai untuk semua pelanggan kerana ia boleh digunakan di seluruh dunia.

(v) RHB Trustee

Produk ini adalah Eksklusif untuk pelanggan RHB Premier, yang menawarkan produk dan perkhidmatan Pemegang Amanah RHB.

Perkhidmatan yang ditawarkan di bawah Pemegang Amanah RHB ini seperti wasiat.

Ini bagi memastikan pengurusan kewangan untuk generasi akan datang dijaga dan diurus dengan baik melalui harta generasi terdahulu yang merupakan pemegang akaun.

Selain itu, harta kekayaan yang ada diuruskan oleh pemegang amanah secara profesional.

Secara ringkasnya, pelanggan boleh menikmati potongan dan diskaun sebanyak 15 peratus untuk sebarang penulisan wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah di bawah PRHB Trustee.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia