Kepaad yang mahu rumah mampu milik Sabah 2023 bawah RM47,000 boleh dapatkan maklumat lebih lengkap tahun ini
Dahulu dikenali dengan Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah SPNS yang mana sekarang dipanggil dengan Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar LPPB Sabah.
Yang pastinya, tujuan dan objektifnya hanya satu adalah mahu membantu seberapa ramai rakyat Sabah untuk memilki rumah kos rendah sehingga ke rumah mampu milik Sabah.
Di bawah kerajaan negeri Sabah, mereka sedang giat sekarang membina banyak projek perumahan mampu milik di seluruh negeri Sabah dan memperbanyakkan tempat menarik di sabah.
Dengan harapan, setiap keluarga di Sabah, masing-masing ada rumah sendiri selepas ini.
Senarai Kandungan Penting:
Permohonan Rumah Mampu Milik Sabah 2023
Kepada anda yang berminat untuk permohonan projek perumahan sabah ini, boleh klik pada pautan permohonan ini
- BACA SINI >> bayaran str fasa 3 diawalkan
- BACA SINI >> Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2024 SPNB Online
Senarai Bantuan Rumah Sabah 2023
1) Skim Sewa Rumah Kos Rendah Sabah
- BACA SINI >> Adakah Faizul Ridzuan Far capital scammer?
PERKARA | KADAR SEWA |
---|---|
SEWA rumah ppr Sabah | RM120 SEBULAN |
SEWA RUMAH KOS RENDAH SABAH | RM150 SEBULAN |
2) Skim Beli Rumah Kos Rendah
Permohonan bantuan perumahan sabah hanya akan diterima melalui sistem online sahaja. Anda boleh mohon sekarang, kerana ia terbuka sepanjang tahun.
Walaubagaimanapun, setiap permohonan rumah kos rendah sabah yang anda hantar mestilah mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan
- Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap isi rumah
- Umur anda mestilah 18 tahun dan ke atas
- Warga asing sama sekali tidak dibenarkan memohon
- Tidak kisah apa status anda, samada anda masih bujang lagi, balu, janda ataupun duda, anda layak memohon
- Pastikan pendapatan anda tak lebih RM3,000 sebulan
Ada Pinjaman Perumahan Mudah Untuk Gaji Rendah?
Berita baik untuk anda, YA memang ada ditawarkan pinjaman perumahan yang MUDAH LULUS untuk kalangan yang memiliki gaji rendah selepas permohonan anda diterima.
Yang menariknya pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan sangat-sangat BERPATUTAN untuk anda. Terbaik untuk orang Sabah.
Anda boleh dapat pinjaman perumahan sehingga RM50,000 pada kadar faedah yang rendah iaitu 2 peratus setahun untuk tempoh 30 tahun.
- Kepada orang Sabah termasuk yang sudah tinggal dan bekerja di Sabah, anda layak memohon
- Umur mestilah berumur antara 21 hingga 60 tahun
- Gaji dan pendapatan anda berada dalam lingkungan antara RM750 sebulan hingga RM2500 sebulan sahaja
- Anda masih belum ada lagi rumah sendiri
- Anda letakkan juga nama pewaris yang akan meneruskan pembayaran pinjaman anda jika anda tak dapat meneruskan bayaran loan
NOTA: Untuk makluman, setiap permohonan pinjaman yang anda lakukan TIADA SEBARANG CAJ yang dikenakan.
Hotline Rumah Mampu Milik Sabah
Jika anda sebarang persoalan dan masalah, boleh keutarakan terus persoalan anda melalui kakitangan yang bertugas seperti yang dikongsikan di bawah ini:
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar Sabah Wisma Perindustrian Sabah | Telefon: 6088-287 777 Faks: 6088-222 670 e-Mel: info@lppb.gov.my |
Cawangan Sandakan | Telefon: 088-218719 |
Cawangan Tawau | Telefon: 089-714169 |
Cawangan Kuala Menggatal | Telefon: 088-493403/492433 |
Cawangan Tanjung Aru | Telefon: 088-287831 |
Cawangan Kalansanan | Telefon: 088-438016 |
FAQ Rumah Mampu Milik Sabah
1. Boleh orang luar Sabah mohon skim rumah ini?
2. Ada bantuan baik pulih rumah sabah?
Untuk info contoh dan borang mohon rumah mesra rakyat di Sabah.
Kepada anda yang berminat bantuan rumah sabah ini 2023, dipersilakan mohon. Sharekan juga berita baik ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat anda di FACEBOOK dan WHATAPPS Group mereka.