Semak Saman Polis PDRM Melalui IC & Guna No Plat

Cara check Saman Polis pdrm online Melalui No IC, semak ikut plat atau cek secara SMS atau semakan guna no plat.

semakan cara check saman polis online melalui no ic

Saman merupakan suatu bentuk notis yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan undang-undang trafik.

Saman ini dibahagikan kepada dua (2) jenis saman iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

Antara-antara kesalahan trafik yang boleh dikenakan saman oleh pihak polis adalah seperti pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, memandu tanpa mempunyai lesen memandu dan banyak lagi kesalahan-kesalahan jalanraya yang lain. 

Semakan saman polis trafik ini dikenakan bertujuan untuk memastikan pengguna jalanraya memandu kenderaan mereka dengan lebih berhemah dan selamat bagi mengelakkan dan mengurangkan berlakunya kemalangan jalanraya di Malaysia terutamanya pada musim-musim perayaan.

Senarai Cara Check Saman 2025 di Malaysia

Ada banyak beberapa cara semak saman yang anda terima dari polis pdrm samada melalui online portal, guna ic check di kaunter, secara sms

  1. Semak Portal MyBayar Saman: Log masuk ke laman online portal polis PDRM dan semak saman menggunakan nombor kad pengenalan.
  2. Aplikasi MyBayar Saman polis: Muat turun aplikasi, daftar akaun, dan semak saman guna ic secara online terus melalui telefon pintar.
  3. Check saman secara SMS Guna Ic: Hantar SMS “POLIS SAMAN [No Kad Pengenalan]” ke 15888.
  4. Kaunter Polis: Kunjungi balai polis berdekatan untuk semakan manual.

Pilih kaedah semak saman pdrm paling mudah untuk mengelakkan komplikasi!

Cara Semak Saman Polis Melalui IC

Bagaimana nak semak saman polis trafik online malaysia? Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan, kedua-duanya menjalankan skop tugas yang hampir sama.

Pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan jalanraya boleh disaman oleh dua (2) pihak iaitu pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi kesalahan jalanraya yang disaman oleh polis, pengguna jalanraya perlu membuat bayaran mereka menerusi aplikasi MyBayarrr yang boleh dilakukan secara atas talian.

Ianya lebih mudah berbanding saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ kerana pengguna perlu hadir ke mahkamah untuk membayar saman ini.

Berikut merupakan cara cek saman guna no ic atau menggunakan nombor kad pengenalan pemandu;

  1. Pengguna perlu melayari laman sesawang https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Pendaftaran akaun MyBayarrr mestilah dilakukan terlebih dahulu dengan klik pada butang “Daftar”.
  3. Setelah pendaftaran Berjaya dilakukan, pengguna perlu log masuk ke akaun mereka untuk membuat semakan saman mereka.
  4. Pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan kata laluan yang sah serta klik pada butang “Log Masuk”.
  5. Pada paparan menu utama, klik pada butang “Semakan”.
  6. Akhir sekali, butiran cara cek saman guna no plat pengguna akan dipaparkan untuk rujukan.

Mudah bukan untuk anda semak saman dan check polis saman yang anda telah terima dari masa ke semasa.

Semakan Saman Trafik Secara SMS

Check untuk yang kena saman juga boleh dilakukan menerusi SMS. Ianya juga mudah dan cepat.

Hal ini kerana pastinya setiap pengguna jalanraya mempunyai telefon bimbit untuk berbuat demikian.

Berikut merupakan cara semak untuk yang kena saman polis melalui ic dengan menggunakan sistem sms;

  1. Pengguna perlu taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan, sebagai contoh, POLIS SAMAN 920201115394.
  2. Kemudian, klik pada Hantar ke 15888 atau 32728.
  3. Akhir sekali, paparan butiran semakan saman dari pihak polis akan dipaparkan.

Cara Check Saman Polis Melalui No Plat Secara Online

Selain itu, cara cek untuk saman polis trafik guna no plat kenderaan pengguna jalanraya juga boleh dilakukan melalui online portal pdrm. Berikut merupakan cara semakan yang betul;

  1. Pengguna perlu melayari laman sesawang https://sso.rmp.gov.my
  2. Pengguna baharu perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan klik pada butang “Pendaftaran Baharu”.
  3. Setelah selesai mendaftar, pengguna boleh mula log masuk ke akaun mereka.
  4. Kemudian, klik pada butang “Semakan”.
  5. Masukkan no plat kenderaan pengguna .
  6. Akhir sekali, paparan butiran saman polis pdrm yang anda check melalui no plat melibatkan pengguna akan dipaparkan.

Semak Harga Saman Polis PDRM 2025

Sekarang ini, banyak saman menggunakan telefon bimbit dikeluarkan kepada pesalah trafik jalan raya. Sudah jadi trend sekarang. Jadi berhati-hati!

Check jenis jenis kesalahan saman trafik dan kadar harga yang ditetapkan kepada pesalah jalan raya samada kereta, motor, lori, van;

JENIS KESALAHAN1 -15 HARI16 – 30 HARI31 – 60 HARI
Saman Untuk Langgar Lampu IsyaratRM150RM200RM300
Harga saman roadtax mati 2025Akan dikemaskinikan
Harga saman parking polis 2025Akan dikemaskinikan
Saman Online Untuk Langgar Had LajuRM150RM200RM300
Saman Buat Pusingan U Di Kawasan Yang SalahRM150RM200RM300
Saman Lampu Tidak MenyalaRM100RM150RM250
Harga Saman Tidak Tampal Lesen PRM70RM120RM150
Harga Saman Tidak Tampal Lesen LRM70RM120RM150
Saman Tidak Memakai Tali Pinggang KeledarRM150RM200RM300
Saman Guna Lorong KecemasanRM100RM150RM250
Saman untuk kesalahan EkzosRM70RM120RM150
Saman Tiada Cermin Sisi Bagi MotorRM100RM150RM250
Saman Guna Telefon BimbitRM150RM200RM300
Saman Tiada Insuran MotorRM70RM120RM150
Saman Memotong Kenderaan Di Garisan Berkembar (Double Line)RM70RM120RM150
Saman Kepada Penjaja Makanan Dan Minuman Di Lampu IsyaratRM2000

Denda Penalti Jika Lambat / Tak Bayar

semak saman polis trafik online

Pengguna jalanraya yang dikenakan saman disebabkan oleh kesalahan jalanraya wajib membayar saman tersebut.

Pengguna boleh membuat bayaran saman ini di pejabat polis trafik, secara atas talian, dan banyak lagi.

Saman ini perlu dijelaskan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tempoh anda periksa tarikh saman ini dikeluarkan kepada pengguna jalanraya.

Kegagalan untuk membuat pembayaran saman ini boleh menyebabkan pengguna jalanraya dikenakan tindakan undang-undang atau disenaraihitamkan nama mereka.

Pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan juga tidak boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan disebabkan oleh masih ada saman yang belum dilangsaikan.

Oleh itu, pengguna jalanraya yang telah disaman wajib periksa dan bayar saman mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

How to Check Saman Tanpa Register

Semakan saman PDRM ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk check online saman.

Bagi individu yang ingin check saman pdrm tanpa register mana-mana akaun, boleh semakan saman secara sms.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan untuk semak saman check polis PDRM mereka.

Senarai saman traffic PDRM malaysia yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan (kereta dan motor) akan dipaparkan. Semoga perkongsian check summon pdrm without register.

cara cek saman guna no plat

Soalan Lazim

1. Apa itu saman tidak boleh dikompaun

Saman yang dikenakan kepada pengguna jalanraya aterbahagi kepada dua (2) iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

Terdapat tujuh (7) jenis kesalahan yang dikenakan saman yang tidak boleh dikompaun iaitu kesalahan menggunakan alat komunikasi ketika memandu, gagal mematuhi isyarat lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, memotong garisan berkembar, memotong barisan dan pemandu tidak memakai tali pinggang keledar.

2. Cara bayar saman tidak boleh dikompaun

Cara bayar saman tidak boleh dikompaun mestilah dibayar ketika hadir pada hari perbicaraan kes sepertimana yang tertakluk di dalam notis saman yang diterima oleh pemandu atau pemilik kenderaan.

3. Cara bayar saman di mahkamah

Ada dikongsikan semak saman seperti di atas ini

4. Ada penyelesaian jika gagal hadir ke mahkamah saman trafik

Ada kami kongsikan penyelesaian semak.saman seperti di atas ini

5) Yang terlepas saman trafik mahkamah adakah terus kena tangkap

Tidak. Penjelasannya melibatkan isu apabila anda cek untuk saman yang anda terima dari polis ada kami kongsikan di atas ini

Dengan pilihan untuk anda semak saman polis samada secara sms atau melalui online guna ic anda, tiada pilihan lagi untuk anda terlepas check. Jangan sampai ada tunggakan