Semakan keputusan pksk 2024 Tingkatan 4 & tingkatan 1 untuk Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Permohonan Sekolah Khusus bagi keputusan tawaran kemasukan SBP SMKA SMT Kolej Vokasional KV MTD
Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus telah dijadualkan semula yang sebelum ini tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) yang melibatkan seluruh negara ini.
Sila ambil perhatian dengan serius berkenaan dengan tarikh-tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan yang dijadualkan bagi para ibu bapa dan calon di luar sana yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 pada tahun 2024.
RUJUK SINi: Contoh Soalan PKSK
Sila semak info lanjut tarikh penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2024 melibatkan Sekolah Berasrama Penuh SBP, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA, Sekolah Teknik SMT, Kolej Vokasional KV, Maktab tentera Diraja MTD.
Semakan PKSK 2024 Tingkatan 4 Tingkatan 1
Semakan pksk 2024 samada untuk makab tentera diraja, smt, kv, sbp dan smka boleh dibuat untuk kemasukan tingkatan 1 (pksk1) di sini, MOE (https //spskt1.moe.gov.my) manakala untuk sekolah khusus tingkatan 4 (pksk4) di sini, MOE (https //spskt4.moe.gov.my
- BACA SINI >> kursus jangka pendek percuma
- BACA SINI >> contoh surat tidak hadir ke sekolah
Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 & 4
Berikut adalah jadual tarikh penting yang baru pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 dan tingkatan 4:
Oleh yang demikian, permohonan untuk membuat semakan semula pusat PKSK bermula 1 Disember boleh dilakukan pada pautan berikut bagi semua calon Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang BELUM menduduki pentaksiran ini:
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1: moe gov my
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4: moe gov my
Cetakan slip menduduki hendaklah dilakukan calon serta mematuhi ketetapan tarikh masa, tempat dan sesi pentaksiran yang ditetapkan.
TARIKH Penting
Berikut kami kongsikan kepada anda garis masa (timeline) dan tarikh tarikh penting kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah khusus tahun 2024.
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Permohonan PKSK Tingkatan 1 | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Permohonan PKSK Tingkatan 4 | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Semakan senarai pusat pentaksiran sekolah khusus kemasukan tingkatan 1 & form 4 | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Semakan Result Pksk Penawaran Tingkatan 1 | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Semakan Tawaran Sekolah Khusus Keputusan Tingkatan 4 | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Daftar Tingkatan 1 secara online (SBP & SMKA) | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Daftar Tingkatan 4 secara online (SBP & SMKA) | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Pendaftaran Tingkatan 1 secara fizikal | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Pendaftaran Tingkatan 4 secara fizikal (SBP & SMKA) | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Daftar Tingkatan 4 secara fizikal di KV dan SMT | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Register di Maktab Tentera Darat MTD | AKAN DIKEMASKINIKAN |
Format Ujian PKSK
Beberapa bahagian berikut yang merangkumi pelaksanaan Ujian Kelayakan Khas Tingkatan dan Tingkatan 4 untuk Pentaksiran kali ini:
- Kecerdasan Insaniah (20 peratus) : Bahagian A
- Kecerdasan Intelek (70 peratus) : Bahagian B
- Artikulasi Penulisan (10 peratus) : Bahagian C
Anda boleh mengubungi nombor-nombor berkaitan untuk info lanjut sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan dengan tarikh baharu pelaksanaan dan semakan keputusan ukk:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03-8321 7400
- Maktab Tentera Diraja – 03-8946 5562
- Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional – 03 8884 5154
- Bahagian Pendidikan Islam – 03 8321 7200
Permohonan Tingkatan 1 2024 Kemasukan Sekolah Khusus
Pada 15 April 2020, YB Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Oleh itu, satu kaedah pentaksiran berpusat yang dikenali sebagai Pentaksiran Kemasukan PKSK diwujudkan bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ke sekolah khusus.
PKSK ini wajib ke atas setiap pelajar dan pentaksiran ini dilakukan secara atas talian menggunakan kaedah sistem platform berpusat menggunakan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Permohonan form 1 untuk kemasukan bagi murid Darjah 6 ke Tingkatan 1 boleh diakses secara atas talian melalui laman sesawang https://spskt1.moe.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini:
- Penjaga kepada pelajar boleh membuat permohonan dengan klik pada bahagian “Permohonan”.
- Paparan seperti pada Rajah di bawah ini akan dipaparkan untuk membolehkan pelajar membuat permohonan.
- Pelajar perlu memasukkan nombor kad pengenalan pelajar beserta nombor kad pengenalan penjaga, kemudian klik pada butang “Klik untuk Login”.
- Seterusnya, semua data pelajar akan dipaparkan. Pelajar mestilah memeriksa data yang dipaparkan tersebut adalah lengkap dan betul.
- Kemudian, pelajar akan diberi pilihan untuk memilih sekolah khusus mengikut negeri yang dikehendaki.
- Akhir sekali, pelajar perlu klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan tersebut.
Syarat Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1
Sebelum membuat permohoan untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 1, pelajar perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut;
- Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
- Pelajar merupakan individu yang tersenarai dan berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Pelajar merupakan murid Tahun 6 yang berumur 12 tahun.
Permohonan Tingkatan 4 kemasukan Sekolah Khusus
PKSK ini juga diwujudkan bagi kemasukan pelajar Tingkatan 3 ke Tingkatan 4 ke sekolah khusus.
Kaedah sistem platform berpusat atau single entry point digunakan menerusi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengakses data pelajar.
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 4;
- Untuk permohonan form 4 pelajar perlu melayari laman sesawang https://spskt4.moe.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Klik pada bahagian “Permohonan” untuk membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus.
- Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan penjaga, kemudian klik pada butang “Klik untuk Login”.
- Data pelajar akan dipaparkan dan pelajar akan diberi pilihan untuk membuat pilihan untuk memilih mana-mana sekolah.
- Akhir sekali, klik pada butang “Hantar” untuk menghantar permohonan.
Syarat Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 4
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar Tingkatan 3 yang ingin memasuki Tingkatan 4 boleh dipohon jika mereka memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut;
- Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
- Pelajar merupakan individu yang tersenarai dan berdaftar dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
- Pelajar merupakan murid Tingkatan 3 yang berumur 15 tahun.
Senarai Sekolah Khusus
Butiran lebih lanjut melibatkan permohonan kemasukan tingkatan 1 2024 dan juga permohonan kemasukan tingkatan 4 2024 boleh anda semak di link pautan ini,
- https// spskt1.moe.gov.my
- https// spskt4.moe.gov.my
1. Sekolah SMKA
SMKA ialah sekolah yang menerapkan sistem pendidikan Islam dalam silibus pembelajaran sekolah yang bersesuaian dengan perkembangan semasa.
Terdapat lebih kurang 59 sekolah ditubuhkan di seluruh Malaysia. Matlamat penubuhan SMKA adalah untuk mendidik pelajar selaras dengan keperibadian Islam dan memenuhi kehendak duniawi dan ukhrawi.
Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran merupakan antara matapelajaran wajib diambil oleh pelajar.
Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pendakwah yang berhikmah untuk memimpin negara.
2. Sekolah Teknik
Sekolah Teknik ialah sekolah yang memberi keutamaan kepada pelajaran Pendidikan Sains dan Teknologi kepada pelajar dari segi teori.
Matlamat penubuhan Sekolah Teknik adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang professional dan mahir dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Antara khusus yang ditawarkan di Sekolah Teknik ialah kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, agro teknologi dan perdagangan.
3. Kolej Vokasional
Kolej Vokasional ialah sekolah yang menawarkan latihan kemahiran berbentuk amali atau praktikal kepada pelajar.
Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dalam bidang teknikal.
Program dibawah Kolej Vokasional ini merangkumi 2 tahun pengajian dalam bidang kemahiran.
Antara khusus yang ditawarkan adalah teknologi kejuruteraan elektronik, teknologi kejuruteraan mekanikal, teknologi kejuruteraan awam, hospitaliti dan perlancongan perniagaan, pengajian dan perkhidmatan masyarakat, teknologi maklumat dan komunikasi dan banyak lagi yang memfokuskan kepada kemahiran.
4. Maktab Tentera Diraja
Maktab Tentera Diraja ialah sekolah ketenteraan yang ditubuhkan untuk melatih pelajar di peringkat menengah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Ianya juga dikenali sebagai “Sandhurst Tanah Melayu”. Sekolah ini hanya dikhaskan kepada pelajar atau remaja lelaki sahaja.
Matlamat sekolah ini adalah untuk melatih dan melahirkan anak muda yang cukup berdisiplin dalam bidang ketenteraan untuk berkhidmat untuk negara.
FAQ
Semua tarikh – tarikh penting yang anda perlu anda tahu berkaitan penilaian kemasukan sekolah khusus dikongsikan seperti di atas
Ada disenaraikan untuk anda di atas ini
Di laman web permohonan
Jika anda ada family terdekat atau kenalan rapat yang berminat untuk mohon sekolah khusus SBP, SMKA, SMT, KV, MTD, kongsikan info terkini ini di Facebook & Group Whatapps mereka. Dipersilakan!
Semakan pksk ini penting supaya anda tidak terlepas info & maklumat berkaitan keputusan kemasukan sekolah khusus termasuk tarikh penting!