Senarai Barang Boleh Beli Guna MyKasih 2025

Cari list label terkini & jenama, jenis dan contoh senarai Barang Mykasih 2025 sara rahmah untuk barangan terbaru yang dibenarkan dan yang boleh dibeli di mydin, econsave, lotus.

senarai barang mykasih 2025

Adakah anda sedang cari senarai barangan mykasih 2025 dan produk yang dibenarkan beli guna bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

BACA SINI >> daftar sara sumbangan asas rahmah

Kami berkongsikan list dan senarai jenis bantuan barangan keperluan asas yang diluluskan, jenama yang diterima, serta barangan yang tidak dibenarkan untuk anda claim & tebus.

Kami turut kongsikan tips penting agar penerima bantuan dapat memaksimumkan pembelian di Mydin, Lotus dan Econsave.

Semua maklumat terkini merujuk sumber rasmi MyKasih yang terkini bagi memudahkan semakan anda dan jenis barang yang dibenarkan.

Jenama Barang MyKasih Rahmah

Sebenarnya, banyak list barang yang boleh dibeli dengan mykasih.

Yang bagusnya, setiap pasar raya atau kedai yang terlibat dalam program ini mempunyai senarai produk dan jenama tertentu yang diluluskan untuk anda claim dan beli.

Bersama-sama ini dikongsikan contoh senarai barang makanan dan jenama barangan terbaru yang boleh anda tebus dan claim termasuk beras, minyak masak, gula, tepung, susu bayi (baby), susu tin pekat, makanan frozen, melalui bantuan MyKasih sara 2025:

BACA SINI : Senarai kedai mykasih

KategoriContoh BaranganJenama Tersenarai
BerasBeras Super Tempatan 5%Faiza, Cap Rambutan, Jasmine
Minyak MasakMinyak Sawit 1kg / 5kgAlif, Saji, Vesawit
Tepung GandumTepung Cap Ros, Cap SauhCap Ros, Blue Key
GulaGula Halus & KasarCSR, Gula Prai
Mi SegeraMi Goreng, Mi KariMaggi, Mamee, Cintan
Susu BayiFormula bayi 0-3 tahunDugro, S26, Anmum
Makanan Dalam TinSardin, Kacang, SupAyam Brand, Yeo’s, Adabi
Sayur & BuahTimun, sawi, epal, pisang(bergantung pada stok tempatan)

Nota: Senarai barang sumbangan asas rahmah 2025 dan jenama yang ada berbeza mengikut lokasi dan kedai. Pastikan rujuk label “Barang Diluluskan MyKasih” di kedai.

SUMBER: Mykasih

Jenis Barang Yang Boleh Dibeli Mykasih

Dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan melalui MyKasih, hanya senarai barangan asas rahmah 2025 seperti yang diluluskan boleh dibeli menggunakan MyKad penerima.

Ini bagi memastikan bantuan digunakan untuk keperluan harian asas seperti makanan dan barangan dapur.

Antara kategori dan jenis barang sara mykasih asas yang boleh beli dan diluluskan ialah seperti susu bayi, beras, :

barang yang boleh dibeli mykasih
  • Jenis Beras mykasih dan produk berasaskan beras (beras perang, pulut, dll.)
  • Mi segera, bihun, pasta dan produk mi kering
  • Minyak masak (sawit, jagung, bunga matahari)
  • Gula, garam, dan tepung gandum
  • Telur dan ayam segar (jika ditawarkan di kedai terlibat)
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar
  • Ikan segar dan ikan beku
  • Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, dll.)
  • Makanan bayi dan susu bayi
  • Produk tenusu (susu tepung, susu segar, susu pekat)

Senarai Barangan Tidak Dibenarkan Claim Mykasih

Program MyKasih sama sekali tidak membenarkan pembelian barangan mewah, bukan makanan, atau barangan tidak penting.

Antara barangan yang tidak dibenarkan ialah:

  • Rokok dan produk tembakau
  • Makanan ringan seperti kerepek, gula-gula, coklat
  • Minuman berkarbonat atau tenaga (energy drink)
  • Makanan sejuk beku tidak asas (nugget, pizza sejuk beku, dll.)
  • Barangan elektronik, gajet, dan peralatan dapur
  • Produk penjagaan diri (syampu, sabun, deodorant)
  • Barangan rumah seperti pinggan, mop, penyapu
  • Makanan haiwan
  • Bahan pencuci rumah tangga
  • Makanan segera yang dimasak (burger, nasi lemak, dll.)

Pembelian akan ditolak secara automatik jika anda cuba untuk claim dan tebus di kaunter melibatkan barangan yang tidak dibenarkan.

10 Tips Sebelum Boleh Guna MyKasih

Cara beli guna mykasih untuk anda claim dan tebus sangat mudah mengikut senarai barang yang boleh dibeli guna sara boleh ikut urutan seperti di bawah ini:

  1. Rancang pembelian awal – Buat senarai barang bantuan rahmah sebelum ke kedai yang anda ingin pergi.
  2. Semak baki bantuan – Pastikan jumlah kredit masih ada di MyKad untuk dibelanjakan.
  3. Fokus keperluan asas – Utamakan beras, minyak, gula, telur, sayur terlebih dahulu untuk anda claim dan tebus.
  4. Elakkan barangan tidak dibenarkan – Rujuk senarai larangan yang ada kami kongsikan di atas ini.
  5. Pilih kedai terlibat sahaja – Gunakan kedai yang sokong pembelian barang melalui skim program MyKasih.
  6. Cari label “MyKasih” di rak barang – Memudahkan anda memilih berdasar list & senarai barang di econsave, lotus ataupun di mydin.
  7. Periksa tarikh luput – Pastikan barang segar dan masih belum melepasi tarikh tamat tempoh.
  8. Banding harga dan jenama – Pilih yang terbaik mengikut bajet bantuan RM100 yang diberikan pada setiap bulan.
  9. Gunakan semua baki bulanan – Ini kerana baki sama sekali tidak dibawa ke bulan seterusnya. Jadi rugi dibiarkan ada baki yang tidak dibelanjakan pada bulan tersebut.
  10. Simpan resit pembelian – Untuk rujukan semakan dan bukti pembelian senarai barang sara 2025 pada masa akan datang.

Selamat Berbelanja!

Dengan mengikuti tips ini, penerima dapat guna bantuan SARA dengan lebih berkesan dan berhemah semasa memilih senarai barang yang boleh dibeli guna mykasih demi keperluan harian keluarga.