Cara Daftar Shopee Seller Malaysia di hp, tips boleh buat duit & jual barang secara online dengan cepat dan mudah, https://seller.shopee.com.my
Shopee merupakan platform perniagaan atas talian yang giat berkembang.
Ia pertama kali dilancarkan pada 2015 di Singapura sebagai pasaran mesra peranti mudah alih dan kini ia telah meluaskan pengaruhnya di banyak negara di serata dunia, sekaligus menjadikan ia syarikat multinasional.
BACA SINI: Daftar Lazada Seller: Cara Jual & Buat Duit
Ia merupakan alternatif untuk memudahkan transaksi jualan. Bagaimana cara nak jadi seller shopee. Mudah sahaja. Semak perkongsian seperti di bawah ini. Teruskan membaca….
Cara Daftar Shopee Online Malaysia & Login
Cara untuk daftar akaun Shopee sangat mudah dan cepat di mana pengguna boleh daftar melalui dua cara iaitu melalui aplikasi Shopee di hp anda, ataupun melalui laman sesawang akaun Shopee, shopee.com.my register, sign up shopee dan login masuk
- BACA SINI >> Harga jam omega di malaysia: paling murah berapa?
- BACA SINI >> lazada malaysia promotion
- BACA SINI >> eMadani: Cara Claim Tebus Kredit Daftar Mae Touch n Go TNG
Pendaftaran melalui kedua-dua cara memerlukan nombor telefon pengguna. Kita akan lihat pendaftaran melalui aplikasi terlebih dahulu.
- Pertama sekali, pengguna hanya perlu menekan butang ‘Saya’ di ruangan utama aplikasi.
- Kemudian, menekan butang ‘Daftar’, dan anda akan dibawa ke ruangan berikutnya di mana anda perlu masukkan nombor telefon yang akan digunakan bersama akaun Shopee tersebut.
- Tekan butang ‘Seterusnya’ dan anda perlu menyelesaikan teka-teki yang berfungsi sebagai langkah keselamatan aplikasi.
- Seterusnya, kod pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan di aplikasi shoppe seller untuk anda masukkan di aplikasi tersebut. Pastikan kod pengesahan ini tidak dikongsi dengan mana-mana individu demi menjaga keselamatan akaun anda.
- Tekan butang ‘Seterusnya’ dan anda perlu cipta kata laluan khas untuk akaun anda. Kata laluan ini perlu mempunyai 8-16 aksara dengan sekurang-kurangnya 1 huruf besar dan 1 huruf kecil.
- Kata laluan ini juga tidak boleh dikongsi untuk keselamatan akaun anda.
- Akhir sekali, tekan butang ‘Daftar’ dan anda kini boleh menggunakan perkhidmatan seller Shopee login ini.
Dan anda sudah boleh login shopee selepas ini.
Bagi pendaftaran melalui laman sesawang pula, kaedahnya sama dengan pendaftaran melalui aplikasi dengan penambahan pendaftaran melalui akaun Facebook atau akaun Google yang membolehkan anda akses masuk shoppe login dengan mudah.
Cara Register Account Shopee Seller Malaysia
Untuk cara semasa daftar Shopee Malaysia sebagai penjual, anda boleh mula register Shopee seller login, https://seller.shopee.com.my
- Langkahnya bermula dengan menekan butang ‘Mula Menjual’, dan akan dibawa ke paparan berikutnya yang memerlukan anda untuk mulakan pendaftaran.
- Isi maklumat perniagaan anda sama ada sebagai seorang individu atau sebuah syarikat, nama penuh anda atau nama syarikat anda, nama kad pengenalan/nombor pasport ataupun nombor pendaftaran perniagaan.
- Tekan butang ‘Seterusnya’.
- Kemudian, anda perlu tetapkan nama kedai anda di Shopee. Ini dapat membantu pembeli lebih mengenali dan mengingati penjual yang berurusan dengan mereka.
- Masukkan alamat pungutan iaitu alamat perniagaan anda, alamat e-mel dan juga nombor telefon anda.
- Tekan butang ‘Seterusnya’ apabila selesai.
- Setelah itu, anda perlu tetapkan saluran penghantaran. Anda boleh tekan butang ‘Lihat Butiran’ untuk menentukan jenis penghantaran yang anda tawarkan kepada pelanggan.
- Anda boleh pilih “Standard Delivery” iaitu perkhidmatan yang disediakan oleh shopee atau jadikan ia salah satu pilihan, aktifkan COD yang menawarkan kaedah pembayaran secara fizikal kepada penghantar, dan “Economy Delivery” untuk penghantaran jarak jauh yang memerlukan penghantaran merentas lautan.
- Setelah memilih tetapan yang anda inginkan, tekan butang ‘Hantar’ dan anda kini boleh berniaga.
Kelebihan Jual & Buat Duit di Shopee
Jualan di Shopee mempunyai pelbagai kelebihan.
- Antaranya termasuklah ia merupakan saluran trafik yang tinggi. Platform seperti ini merekodkan jutaan jualan setiap bulan, maka terdapat kemungkinan yang tinggi anda boleh menjual dengan cepat.
- Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan pelanggan yang baru.
- Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di Shopee, bermakna terdapat pelbagai jenis pelanggan di Shopee yang mempunyai minat tertentu.
- Maka, anda sebagai penjual boleh menarik perhatian pembeli yang minat dengan produk yang anda tawarkan.
- Seterusnya, Shopee menawarkan khidmat penghantaran yang pantas kepada pembeli. Ini mengurangkan tempoh menunggu yang perlu dilalui oleh pembeli sekali gus meningkatkan tahap kepuasan mereka.
Tips & Cara Jual di Shopee Malaysia
Ada banyak tips, cara menjual di Shopee Malaysia tahun 2022 kali ini, seperti:
- Cara berniaga di shopee yang betul adalah melayan sebarang pertanyaan dan persoalan dengan baik.
- Bagaimana cara jual di shopee sebagai dropship (tanpa ada stok barang & tanpa modal), di mana anda pilih barangan yang popular dan laku dengan supplier anda.
Persoalannya sekarang, apa nak jual di shopee
Senarai Barang & Produk Yang Boleh Jual di Shopee
Ada banyak sebenarnya idea senarai barang & apa produk yang boleh laku dan senang jual di shopee serta paling laris, seperti barangan bayi dan kanak kanak, baju & pakaian, ebook, perkakas dapur, peralatan elektrik dan banyak lagi.
Yang bagus, selain pasaran Shopee Malaysia, anda jual boleh cuba jual di Shopee Indonesia mahupun Singapore.Berdasar pengalaman berniaga di shopee sangat sangat baik.
Untung Besar Jadi Shopee Seller Malaysia
Ramai yang untung, menjadi Shopee online seller. Hakikatnya ramai yang berjaya untung besar apabila jual di Shopee.
Ada untung yang ribuan ringgit, puluhan ribu malahan ada juga yang profit sehingga ratusan ribu sebulan.
Hakikatnya hari ini, ramai dropship jual di shopee. Ambil produk orang lain iklan di Shopee dan jual. Jarang sekali kami dengar yang jualan di shopee rugi.
Soalan Lazim & FAQ
1) Jual di shopee dipotong berapa persen
Kesimpulannya, terdapat pelbagai manfaat daftar di portal shopee seller malaysia dan menjual secara online shopping sekarang ini.