Cara JPN Daftar Kelahiran Anak Online & Surat Beranak Hilang

Cara JPN daftar kelahiran anak & buat surat Beranak Online termasuk pendaftaran sijil kelahiran Yang Sudah Hilang semasa dan selepas waktu pkp bagi tahun 2023

cara daftar kelahiran surat beranak online

Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara JPn telah pun melancarkan sistem portal perkhidmatan online / atas talian termasuk semakan mykad. Portal tersebut adalah sistem permohonan pendaftaran kelahiran Dalam Talian dan juga sistem online permohonan cabutan / salinan sijil kelahiran yang diperakui dalam talian.

BACA SINI >> Free sample pampers Malaysia: Jenama pampers dewasa & lampin orang tua

Ia bagi memudahkan anda semua membuat pelbagai urusan dengan pihak JPN secara online tanpa perlu besesak-sesak di pejabat cawangan terlalu lama.

Anda daftar dan buat permohonan, selepas itu boleh terus pejabat cawangan untuk datang ambil sijil lahir yang dikehendaki sahaja.

Cara JPN Daftar Kelahiran Online 2023

Cara jpn daftar kelahiran anak untuk buat surat beranak 2023 boleh dibuat secara online atau walk in.

PERKARALINK PAUTAN
Sila daftar kelahiran anak online di jpn menggunakan link pautan iniPORTAL JABATAN PENDAFTARAN NEGARA daftar lahir jpn

Setiap kelahiran anak yang berlaku di Malaysia mestilah didaftarkan di JPN dalam tempoh daftar kelahiran 2023 iaitu 60 hari daripada tarikh kelahiran seseorang bayi.

Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran ini.

Antara urusan dan perkhidmatan yang ditawarkan yang melibatkan kelahiran ialah permohonan cara daftar anak baru lahir 2023, pendaftaran lewat kelahiran, pendaftaran selepas kelahiran bayi semasa menunaikan haji, cabutan sijil kelahiran, cabutan daftar kelahiran, carian sijil kelahiran luar negara, permohonan daftar semula kelahiran (hilang atau musnah), permohonan pembetulan maklumat dan permohonan daftar semula orang yang disahtaraf.

Rajah di bawah pula merupakan contoh salinan sijil kelahiran yang wajib ada pada setiap warganegara Malaysia

urusan selepas kelahiran bayi
urusan pendaftaran surat sijil kelahiran

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar Kelahiran Anak

Senarai dokumen yang diperlukan untuk daftar kelahiran

  1. Sila isi dengan lengkap dengan butiran terkini borang asli daftar kelahiran JPN.LM01
  2. Borang Asal Pengesahan Kelahiran dari hospital yang menguruskan anak anda dilahirkan
  3. Sediakan salinan asal laporan polis yang dibuat melibatkan kelahiran anak anda
  4. Siapkan satu salinan dan bawa juga yang asal buku rawatan mengandung / kad pranatal / kad rawatan semasa ibu mengandung
  5. Jika tiada kad atau buku tersebut, siapkan surat perakuan AM80

Cara Ganti Surat Beranak Hilang

1) WALK IN

Jika anda dalam keadaan emergency, perlukan segera ada cara boleh dapatkan dengan lebih mudah dan cepat.

Macam situasi kami, perlukan segera untuk tujuan proses housing loan / pinjaman perumahan contohnya kami hubungi pejabat JPN yang terdekat untuk ganti surat beranak yang telah hilang,

Unit korporat khidmat pelanggan JPN cawangan terdekat anda akan proses dan akan minta anda datang dalam tempoh 24 – 48 jam untuk ambil gantian yang baru. Selesai proses gantian untuk anda.

2) Semakan No Surat Beranak Online di oslhr.jpn.gov.my

Untuk semakan sijil daftar kelahiran bagi mendapatkan nombor surat beranak secara online boleh dilakukan di portal jpn.

portal jpn daftar kelahiran anak online

Jika anda belum daftar lagi sistem online jpn untuk cabutan / download salinan sijil kelahiran atas talian ini, boleh berbuat demikian dengan klik butang ‘DAFTAR PENGGUNA BARU’

portal oslhr jpn online

Masukkan butiran penting seperti gambar di atas ini termasuk:

  1. Status kewarganegaraan
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nama Penuh
  4. Nombor telefon anda

Jika sudah isi maklumat selengkapnya, akan hantar email notfikasi terus ke kotak email anda untuk tujuan verifikasi. Sila klik dalam emel tersebut.

portal mygovernment

Jika sudah berjaya verifikasi, anda sudah boleh log masuk menggunakan password & no kad pengenalan anda pada sistem semakan online https://oslhr.jpn.gov.my melalui mydigital ID

semakan sijil kelahiran online

Masukkan no kad pengenalan / nombor mykad anda, nama, tujuan urusan rasmi, ganti surat beranak rosak, gantian yang sudah hilang atau lain-lain lagi dan juga letakkan nombor telefon anda.

surat beranak hilang

Jika permohonan anda telah berjaya secara atas talian anda akan mendapat mesej seperti ini.

Anda boleh ambil surat beranak hilang tersebut di mana-mana JPN samada di Sabah Kuala Lumpur KL Selangor Putrajaya Sarawak Labuan Perlis Terengganu Kelantan Pahang Johor Melaka Negeri Sembilan Kedah Pulau Pinang Perak dalam msa 3 bulan dari tarikh anda buat permohonan online.

semakan no sijil beranak online

Di Mana No Sijil Lahir Pada Surat Beranak

Yang tertanya-tanya di mana no sijil lahir pada surat beranak malaysia, anda boleh semak contoh di bawah ini:

no sijil lahir pada surat beranak

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah surat beranak hilang kena report polis

Tidak perlu

2. Adakah utc boleh buat surat beranak

Boleh tiada masalah

3. Berapa caj harga bayaran surat beranak hilang

Tiada caj harga dikenakan

Semoga perkongsian panduan cara daftar kelahiran anak dan buat surat beranak yang baru termasuk hilang memudahkan anda membuat urusan seterusnya selepas ini.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia