Takaful Ikhlas Login Agent Insurance Kereta dan insurans Motor
Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad merupakan syarikat takaful yang menawarkan perkhidmatan perlindungan patuh syariah kepada pelanggan. Segala perkhidmatan dan transaksi di bawah syarikat insurance Takaful Ikhlas adalah berlandaskan prinsip dan hukum Syariah.
Tambahan pula, Syarikat Takaful Ikhlas General Berhad beroperasi menawarkan perlindungan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan kenderaan, perjalanan, harta benda, kemalangan persendirian, simpanan dan kesihatan. Sehingga kini, Takaful Ikhlas ini telah memanfaatkan lebih 2 juta rakyat Malaysia.
BACA SINI >> Medical card terbaik: cara tips pilih insuran kesihatan
Ia menjamin masa depan yang cerah dan memberi perlindungan kepada pelanggan daripada beban keadaan yang dihadapi. Tuntasnya, setiap individu di Malaysia wajar mempunyai insurans perlindungan untuk menjamin kesejahteraan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Daftar Ejen Takaful Ikhlas
Syarikat Takaful ikhlas juga menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk menggalakkan dan memberi kesedaran kepada masyarakan akan kepentingan takaful.
- BACA SINI >> Etiqa insurans perjalanan ke luar negara
- BACA SINI >> Zurich Takaful Payment, Register & Login Insurance Towing
Ia bertujuan untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang bebanan kewangan apabila berlakunya kecemasan.
Berikut merupakan cara cara untuk register dan daftar untuk menjadi ejen Takaful Ikhlas;
BACA SINI >> mycarinfo i-search car insurance
- Layari laman sesawang rasmi takkafulikhlas
- Klik pada butang “Daftar Sekarang”.
- Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik pada butang “Daftar” seperti pada Rajah di atas ini
- Pihak insurans akan menghubungi anda dan akan menerangkan serba sedikit berkenaan Takaful Ikhlas.
- Seterusnya, pemohon perlu mendaftar dan menduduki peperiksaan PCE (Pre Contract Exam) secara atas talian di laman portal rasmi Malaysian Insurance Institute (MII) dengan bayaran RM80. Pemohon perlu klik pada laman sesawang portal mii4u login masuk untuk mendaftar dan menduduki ujian tersebut seperti pada Rajah di bawah ini
- Ujian ini diduduki adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada individu terhadap tugas-tugas agen insurans dan produk-produk insurans takaful am
- Kemudian, bagi agen Syarikat Takaful Ikhlas, pemohon perlu menduduki satu lagi ujian yang dikenali sebagai Takaful Basic Examination (TBE) secara atas talian dengan melayari portal takafuleexam seperti pada Rajah di bawah ini dan perlu log masuk untuk berdaftar sebagai akaun persendirian di enroll ibfimonline portal.
Promotion Takaful Ikhlas Promo Code 2024
Syarikat Takaful Ikhlas general berhad menawarkan promosi sehingga potongan 10 peratus dan 25 peratus kepada pelanggan bagi langganan pelan insurans takaful secara atas talian.
Segala takaful ikhlas promo code seperti berikut boleh didapati di laman sesawang takafulikhlas portal pada bahagian promosi.
Senarai Takaful Ikhlas Insurance 2024
Berikut merupakan antara produk-produk yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful Ikhlas kepada pelanggan;
1. Takaful Ikhlas Car Insurance (Private Comprehensive Plus)
- Pelan takaful ikhlas comprehensive plus ini menawarkan pelan perlindungan terhadap kenderaan pelanggan.
- Tujuannya adalah untuk memastikan penumpang dan kenderaan dilindungi daripada bebanan kos kerosakan dan kemalangan sepanjang perjalanan.
- Ianya merupakan pelan takaful persendirian yang memanfaatkan pelanggan secara menyeluruh serta bantuan jalan raya secara 24 jam yang dikenali dengan Bantuan Ikhlas.
2. Takaful Ikhlas Insuran Kereta (Comprehensive Private)
- Pelan takaful ikhlas insuran kereta ini menawarkan perlindungan terhadap kenderaan persendirian pelanggan daripada kerosakan, kemalangan dan kerugian sepanjang tempoh langganan pelan takaful ini.
- Ini akan memudahkan pelanggan untuk membuat tuntutan kepada takaful ikhlas melibatkan insuran kereta melibatkan segala bebanan yang dihadapi.
- Bukan itu sahaja, pelanggan hanya perlu membuat caruman yang rendah dibawah pelan ini.
- Tambahan pula, pelanggan juga boleh memanfaatkan bantuan IKHLAS yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan urusan pelanggan.
3. Takaful Ikhlas Motor Takaful
- Pelan Ikhlas Motorcycle Takaful ialah pelan perlindungan yang ditawarkan kepada penunggang atau pemilik motorsikal.
- Antara manfaat perlindungan yang disediakan dibawah pelan ini ialah perlindungan terhadap kerugian dan kerosakan motorsikal akibat daripada kemalangan, kematian atau kecederaan terhadap anggota badan pihak ketiga dan kerosakan harta benda pihak ketiga.
4. Takaful Ikhlas Personal Accident Permata Takaful
- Pelan Permata Takaful ini ditawarkan kepada pelanggan untuk melindungi diri dan keluarga daripada bebanan kewangan yang disebabkan oleh kecederaan dan kemalangan.
- Perlindungan 24 jam diberikan bagi keadaan yang berpunca daripada kemalangan, cacat kekal dan lain-lain.
- Pelanggan akan mendapat manfaat pampasan kematian akibat kemalangan sehingga RM300000, pampasan kematian disebabkan oleh kemalangan kenderaan awam sehinggan RM600000, pampasan disebabkan cacat kekal sehingga RM100000 dan elaun hospital sehingga RM300 sehari.
5. Ikhlas Personal Accident Perdana
- Pelan Perdana Takaful ditawarkan kepada pelanggan dengan kadar caruman yang rendah pada setiap bulan.
- Perlindungan ini memanfaatkan pelanggan yang berpunca daripada kemalangan yang menyebabkan kematian, cacat kekal, perbelanjaan kematian dan elaun hospital.
- Pampasan akan diberikan kepada pelanggan sehinggan RM30,000 jika terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kematian, pampasan hilang upaya secara kekal sehingga RM30,000, perbelanjaan urusan pengebumian sehingga RM500 dan elaun hospital sebanyak RM300 sehari.
6. Ikhlas Personal Accident
- Pelan Kemalangan Persendirian Takaful Ikhlas merupakan pelan yang melindungi individu daripada kemalangan dan kecederaan. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan apabila berlakunya keadaan kecemasan ini.
- Pelanggan akan diberikan pampasan sehingga RM10,000 bagi setiap kematian dan hilang upaya kekal, perbelanjaan pengebumian sebanyak RM1,000 dan bayaran balik kos perubatan sebanyak RM3,000.
7. Ikhlas Kembara Plus Takaful Untuk Haji dan Umrah Insurance
- Pelan Ikhlas Kembara Plus Hajj & Umrah ini merupakan pelan yang menawarkan perlindungan kepada pelanggan yang ingin menunaikan haji dan umrah.
- Ini bertujuan untuk melindungi individu daripada segala musibah ketika menjalani ibadah haji dan umrah.
- Perlindungan ini meliputi kejadian seperti kematian akibat kemalangan dengan pampasan sehingga RM20000, perbelanjaan kos perubatan sehingga RM50000 dan pemindahan kecemasan dan penghantaran jenazah ke tanah air dengan pampasan sehingga RM3000.
8. Ikhlas Kembara Plus Inbound & Outbound
- Pelan ini merupakan pelan kembara bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.
- Individu akan dilindungi sepanjang perjalanan daripada kesulitan perjalanan dan faedah perubatan serta kecuaian pihak ketiga seperti pembatalan penerbangan oleh pihak penerbangan.
Tujuannya adalah untuk memastikan pelanggan mengembara dengan tenang.
9. Ikhlas Bersama Takaful Untuk Keluarga
- Pelan Ikhlas Bersama ialah pelan perlindungan individu dan keluarga secara menyeluruh daripada segala kecemasan pada masa depan.
- Ia menjamin kesejahteraan dengan nilai manfaat yang tinggi ditawarkan kepada pelanggan.
- Sesiapa sahaja boleh memohon pelan ini bagi had umur 30 hari sehingga 70 tahun.
10. Ikhlas Diriku
- Pelan Ikhlas Dariku merupakan pelan yang berbentuk hibah yang diberikan kepada penama selepas kematian.
- Jumlah caruman hibah ini akan dibayar kepada penama atau orang-orang tersayang mengikut kiraan pihak Takaful Ikhlas dalam bentuk wang tunai.
11. Ikhlas Basic Term Takaful
- Pelan asas ini ditawarkan kepada pelanggan yang ingin melindungi orang tersayang jika berlaku kejadian luar jangkaan pada masa hadapan.
- Ini bertujuan untuk memastikan orang bawah jagaan pelanggan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun dalam waktu sukar.
- Pelan ini memanfaatkan pelanggan sehingga RM100,000 jika kematian dan cacat kekal serta RM75,000 bagi kematian akibat denggi.
12. Ikhlas Basic Critical Illness Takaful
- Pelan perlindungan ini memberi manfaat kepada pelanggan dengan meringankan bebanan kewangan pelanggan yang didianoskan dengan penyakit-penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, penyakit paru-paru dan banyak lagi.
- Kos perubatan harian akan ditanggung oleh pihak takaful sehinggan RM50,000.
13. Ikhlas Basic Hospital Income Benefit Takaful
- Pelan ini ditawarkan kepada individu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan jika dimasukkan ke hospital.
- Individu akan mendapat manfaat dari segi kos kemasukan ke hospital secara harian sehingga RM200 dan kos kemasukan ke ICU secara harian sehingga RM400.
14. Ikhlas Saving Prime Takaful
- Pelan ini menawarkan simpanan dan perlindungan takaful pada satu masa yang sama.
- Pelanggan akan menerima manfaat dari segi perlindungan kematian, kemalangan, rider komprehensif dan pengeluaran tunai separa sebanyak 5 kali.
- Pelan ini bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menyimpan untuk masa hadapan dan dilindungi sepanjang simpanan bersama Takaful Ikhlas.
15. Ikhlas Ilhamku
- Ikhlas Ilhamku merupakan pelan pendidikan anak-anak sebagai sumber sokongan apabila melibatkan pendidikan anak-anak.
- Ini adalah untuk memastikan kesejahteraan anak-anak pada masa hadapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Pelan ini juga merupakan satu bentuk simpanan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan dalam apa jua keadaan sekalipun.
- Pelan ini merangkumi semua jenis pendidikan termasuklah akademik, pengajian al-quran, musik dan banyak lagi.
16. Ikhlas Home Protect Takaful
- Pelan ini merupakan pelan perlindungan rumah atau tempat kediaman serta seisi rumah secara menyeluruh daripada segala perkara yang tidak diingini.
- Permohonan kepada pelan ini boleh dibuat oleh pemilik rumah / kediaman, pemilik premis atau penyewa premis.
- Ini bertujuan untuk memastikan penghuni kediaman tersebut dilindungi jika berlaku kecurian, kebakaran, letupan dan bencana-bencana lain.
17. Ikhlas Fire Takaful (Kebakaran)
- Pelan Ikhlas Fire Takaful ialah pelan perlindungan tempat kediaman daripada kerosakan dan kerugian yang disebabkan olek kebakaran.
Langganan boleh dibuat di portal takafulikhlas
18. Ikhlas Mortgage (MRTT Insurance)
- Pelan ini merupakan pelan yang melindungi and ajika berlaku kematian atau cacat kekal, dimana pihak syarikat akan membayar semua hutang pinjaman pelanggan.
- Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga.
- Pelan ini hanya layak dipohon oleh individu yang membeli rumah yang dibiayai oleh Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Ejen Takaful Ikhlas Login Go Prime
GO Prime merupakan suatu aplikasi atau platform yang membolehkan ejen takaful ikhla mengakses insurans takaful dengan murah samada anda agent motor atau agent kereta / agent car insurance dengan syarikat ini.
Maklumat berkaitan dengan pelanggan akan dipaparkan menerusi platform ini.
- Ejen takaful ikhla perlu melayari laman sesawang go prime takaful ikhlas login ini, go prime portal seperti pada rajah di bawah ini.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan, seterusnya klik pada butang “Log In” untuk masuk ke laman Go Prime Takaful Ikhlas.
Akses Flas Takaful Ikhlas Login Financial Link
Flas Takaful Ikhlas Financial Link adalah merupakan platform yang dikhaskan kepada agen untuk membuat pendaftaran dan tuntutan pelan insurans yang ditawarkan.
Agen Takaful Ikhlas boleh login ke akaun takaful ikhlas flash tersebut dengan melayari laman sesawang financiallink portal.
Anda perlu memasukkan ID dan kata laluan, seterusnya klik pada butang “Submit” pada takaful ikhlas agent login itu.
Jika anda mengalami sebarang masalah untuk akses masuk takaful ikhlas login portal link flas, boleh terus contact customer service, mereka akan sedia membantu anda.
Senarai Cawangan Takaful Ikhlas
Setiap pelanggan daripada seluruh negeri di Malaysia boleh mengunjungi mana-mana cawangan Syarikat Takaful Ikhlas jika mempunyai masalah tuntutan atau apa sahaja pertanyaan berkenaan dengan insurans takaful ini.
Berikut merupakan senarai cawangan takaful ikhlas yang terdapat di Malaysia termasuk di Sabah Sarawak Melaka negeri Sembilan Johor KL Kuala Lumpur Putrajaya Selangor Perak Pahang Terengganu Kelantan Terengganu Perlis Kedah Pulau Pinang Penang;
NEGERI | CAWANGAN |
---|---|
Kuala Lumpur | Ikhlas Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. |
Selangor | Pejabat Wilayah Selangor, No.97, 97-1 & 97-2. Jalan Mahogani 5/KS7, 41200 Klang, Selangor. |
Melaka | Pejabat Wilayah Melaka, No. 10, Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. |
Negeri Sembilan | Pejabat Wilayah Negeri Sembilan, 538, Ground & 1st Floor, 539, 1st Floor, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. |
Pahang | Pejabat Wilayah Pahang, B284, Ground & 1st Floor, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang. |
Johor | Pejabat Wilayah Johor, No. 32,32-01 & 32-02 Jalan Setia Tropika 1/1, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor. |
Kedah | Pejabat Wilayah Kedah, No 57, Jalan Lagenda 3, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani Kedah. |
Terengganu | Pejabat Wilayah Terengganu, Lot PT 3593, Ground Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu. |
Kelantan | Pejabat Wilayah Kelantan, PT 483, Jalan Jambatan Sultan Yahya, KB Waterfront, Seksyen 17, 15000 Kota Bharu, Kelantan. |
Perak | Pejabat Wilayah Perak, No. 11A, 1st Floor, Persiaran Greentown 9, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak. |
Putrajaya | Pejabat Putrajaya, No 12, Jalan Diplomatik, P15 Presint 15, 62050 Putrajaya. |
Sarawak | Pejabat Wilayah Sarawak, 528 Section 6, KTLD No.11C, Kuching Town Land District (KTLD), No.11C, Jalan Kulas, 93400, Kuching, Sarawak. |
Sabah | Pejabat Wilayah Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), No D-G-8 (D-9-1), Level 1, Block D, Harbour City Sembulan, Jalan Pantai Baru, 88100, Kota Kinabalu, Sabah. |
Soalan Lazim & FAQ
1. Siapakah pemilik syarikat takaful ini
2. Bila syarikat ini memulakan operasi di Malaysia
Contact Takaful Ikhlas Customer Service
Jika pelanggan mempunyai sebarang masalah atau ingin membuat tuntutan kepada pelan insurans mereka, pelanggan boleh melayari portal takafulikhlas seperti pada rajah di bawah ini untuk menghubungi customer service Syarikat takaful ikhlas general berhad.
Pelanggan boleh menghubungi khidmat pelanggan takaful ikhlas general berhad pada 03-2723 9999 dan 03-2723 9696 atau emel pada ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my berkenaan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.