Tarikh Duit MyKasih Masuk 2025 – Jadual Bayaran Rasmi

Sebenarnya jadual bila tarikh bayaran mykasih 2025 sara masuk setiap bulan untuk sumbangan asas rahmah

tarikh jadual bayaran sara mykasih 2025

Bermula 1 April 2025, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima yang layak.

BACA SINI >> jenama barang mykasih

Bayaran diberikan mengikut jadual tarikh bayaran sumbangan asas rahmah 2025 bulanan, dan jumlah bantuan mengikut kategori penerima.

Jadual Bayaran & Bila Tarikh Mykasih Masuk

Bagi tahun 2025, bayaran tambahan sebanyak RM50 hingga RM200 sebulan akan dikreditkan bermula April kepada penerima sedia ada dan penerima baharu STR yang layak.

Kategori PenerimaAmaun Bulanan (Jan–Mac)Amaun Bulanan (Apr–Dis)Jumlah Tahunan
Isi Rumah (STR & eKasih)RM100RM200RM2100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)RM100RM150RM1650
Bujang (STR & eKasih)RM50RM50RM600
Isi Rumah (STR sahaja)RM100RM900
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM50RM450

Jadual & tarikh bayaran sara 2025 ini tertakluk kepada perubahan rasmi oleh kerajaan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

tarikh bayaran sumbangan asas rahmah mykasih 2025

Jumlah Pembayaran Bantuan MyKasih 2025

Pada tahun 2025, seramai 5.4 juta penerima telah berjaya masuk dalam senarai yang layak untuk menerima bantuan.

Ini termasuk penerima bagi kategori seperti isi rumah miskin tegar, warga emas tiada pasangan dan bujang yang tersenarai dalam sistem STR dan eKasih.

Daripada jumlah ini, senarai 700 ribu merupakan penerima kategori eKasih dan selebihnya melibatkan penerima STR sahaja.

Jumlah kadar bantuan SARA 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima dan tempoh bayaran.

  1. Isi rumah yang tersenarai dalam STR dan eKasih akan menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Mac 2025, dan RM200 sebulan dari April hingga Disember 2025, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,100.
  2. Begitu juga, untuk warga emas tanpa pasangan dalam kategori sama menerima RM100 sebulan dari Januari hingga Mac, dan RM150 sebulan dari April hingga Disember, dengan jumlah keseluruhan RM1650.
  3. Manakala Bujang pula menerima RM50 setiap bulan sepanjang tahun, berjumlah RM600.
  4. Penerima STR sahaja akan menerima kadar lebih rendah iaitu RM100 (isi rumah) dan RM50 (warga emas) bermula April 2025.

Jika Duit Bayaran Bantuan Asas Rahmah Tak Masuk Lagi

BACA SINI >> cara daftar mykasih 2025 permohonan

Sekiranya bayaran asas rahmah 2025 tidak dikreditkan dalam tempoh yang dijadualkan, penerima boleh membuat semakan di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan.

Penerima juga boleh hadir ke Pejabat Daerah atau pusat khidmat masyarakat untuk semakan lanjut.

Sediakan MyKad dan salinan dokumen sokongan semasa semakan dibuat.

Tempoh Sah Guna Bayaran Bantuan Asas Rahmah Setiap Bulan

Setiap jumlah bantuan dikreditkan melalui program SARA mempunyai tempoh sah penggunaan bulanan.

Jika tidak digunakan pada bulan tersebut, baki tersebut sama sekali tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

Oleh itu, anda disarankan untuk habiskan jumlah bantuan setiap bulan sebelum tamat tempoh (hujung bulan) bagi mengelakkan pembaziran baki sedia ada.