e Touch N Go Refund: eRefund TNG card Status Expired
Jangka hayat bagi kad Touch N Go (TNG) adalah selama 10 tahun. Kad TNG yang melebihi penggunaan selama 10 tahun perlu diperbaharui.
Oleh itu, jika masih terdapatnya baki di dalam kad TNG setelah kad tersebut luput, pemegang kad TNG boleh menuntut bayaran balik baki yang terdapat di dalam kad TNG. Penuntutan bayaran balik atau refund ini boleh dilakukan apabila pemegang kad TNG ini dicaj secara berlebihan di plaza tol atau kad TNG tersebut telah luput atau hilang.
Permohonan refund ini boleh dilakukan secara atas talian. Ianya bertujuan untuk memudahkan urusan semua pihak dengan memaksimakan penggunaan teknologi semasa.
Cara permohonan bayaran balik ini juga mudah dan tidak rumit serta wang bayaran balik tersebut dapat dikreditkan dalam tempoh masa yang singkat kepada pengguna.
Cara Tuntutan Touch n Go Refund Secara Online
Permohonan bayaran balik (refund) ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja.
- BACA SINI >> Beli kad touch n go
- BACA SINI >> Cara dapatkan duit bantuan e wallet
Berikut merupakan langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan refund ini;
- BACA SINI >> Go Pinjam: Apply Touch n Go Pinjaman Tng Interest Rate
- BACA SINI >> tablet peranti siswa
- Pengguna hendaklah melayari laman sesawang https://customerservice.touchngo.com.my seperti pada Rajah di atas ini
- Isi butiran maklumat yang diperlukan dengan lengkap seperti nombor siri kad TNG, jenis ID dan nombor ID seperti pada Rajah bahagian bawah ini
- Klik pada butang “Next”.
- Seterusnya, lengkapkan maklumat berkenaan permohonan bayaran balik kad TNG seperti Refund Request, Reason Code, Card with Deposit dan Refund Payment Method dengan betul.
- Selepasa itu, klik pada butang “Submit”.
- Akhir sekali, pengguna akan menerima emel berkenaan permohonan bayaran balik TNG diproses.
Berapa Lama Tempoh Touch n Go Card Expired
Jangka hayat bagi kad Touch N Go untuk luput adalah selama 10 tahun penggunaan setelah ianya diaktifkan. Hanya dalam tempoh 10 tahun sahaja kad TNG boleh digunakan oleh pengguna.
Selepas 10 tahun, pengguna perlu memperbaharui kad TNG mereka supaya pengguna boleh terus menggunakan perkhidmatan TNG.
Walaubagaimanapun, bagi kad TNG yang telah dinaiktaraf dengan ciri-ciri yang baharu, jangka hayatnya hanyalah 7 tahun sahaja.
Cek Touch N Go Card Expired atau Tidak
Pengguna boleh memeriksa sama ada kad TNG mereka telah pun luput ataupun tidak. Ianya dapat memudahkan pengguna untuk memperbaharui kad TNG mereka apabila menghampiri tarikh luput.
Berikut merupakan cara-cara untuk memeriksa tarikh luput kad TNG;
- Tarikh luput kad TNG telah dicetak pada bahagian belakang kad.
- Tarikh luput kad TNG boleh disemak di resit tambah nilai kad TNG.
- Tarikh luput kad TNG boleh disemak menerusi aplikasi Touch N Go e-Wallet.
- Semakan touch ‘n go card expired juga boleh dibuat menerusi portal MYTouchNGo.
Cara Check TNG Refund Status
Pengguna yang telah berjaya membuat permohonan bayaran balik baki TNG e refund boleh membuat semakan status bayaran balik ini dari semasa ke semasa.
- Semakan tng e refund ini boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang https://www.touchngo.com.my seperti pada Rajah di atas ini
- Semakan boleh dibuat dengan klik pada butang “Track my eRefund status”.
- Seterusnya, pengguna perlu memasukkan nombor rujukan yang telah diterima oleh pengguna menerusi emel apabila membuat permohonan.
- Akhir sekali, touch n go refund status permohonan akan dipaparkan kepada pengguna.
Berapa Lama Tempoh Duit TNG Refund Masuk Dalam Akaun Bank
Setiap permohonan bayaran balik (refund) baki TNG akan dikreditkan ke dalam bank akaun pengguna. Pengguna akan menerima emel pengesahan permohonan touch n go card refund ini setelah permohonan yang lengkap telah dibuat.
Oleh itu, pengguna akan menerima bayaran balik (touch n go card refund) yang akan dikreditkan ke akaun pengguna dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan pengesahan permohonan refund melalui emel.
Pengguna yamg tidak menerima baki bayaran balik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan dibuat, pengguna boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan TNG bahagian bayaran balik kad TNG untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan refund yang telah dipohon.
Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan kadar segera apabila berurusan dengan pegawai TNG.
Pengguna juga boleh menggunakan khidmat chat pada laman portal rasmi eRefund untuk mengetahui status bayaran balik tersebut.
Untuk memudahkan lagi urusan pelanggan, pelanggan boleh hadir pada mana-mana cawangan syarikat TNG di NU Sentral atau Bangsar South secara terus.
Contact Number Touch n Go Customer Service
Pengguna boleh menghubungi touch ‘n go customer service berkenaan urusan bayaran balik di talian atau menerusi emel seperti pada Rajahdi bawah ini
Segala permasalahan berkenaan e refund touch n go status akan diuruskan oleh pihak TNG dengan kadar segera.