Visa Umrah DiY Terkini: Tips Backpacker Dapat Visa Pelancong

Tips dan pengalaman Umrah diy yang terkini Secara Backpackers oleh Atirah Syamimi Yang Tinggal di Jeddah

pengalaman umrah diy

Semua tahu jikalau yang mahu buat umrah agak mahal melihatkan tawaran oleh kalangan agen dan syarikat pakej umrah. Itu sebabnya Atirah Syamimi terpanggil untuk buat umrah DIY sendiri bukannya mengikut pakej

Boleh semak sendiri apa yang mahu dikongsikannya sepanjang mengerjakan umrah di sana. Di sini, saya nak kongsikan untuk sesiapa yang bercadang untuk buat umrah backpacker.

SEMAK SINi: Senarai harga passport malaysia & Semakan imigresen Nama Blacklist Keluar Negara: Status Perjalanan Imigresen SSPI

Saya merupakan residen di Jeddah dan diharap tips ini dapat membantu anda merancang perjalanan umrah anda.

15 Pengalaman Umrah DIY Backpackers

1) Tiket penerbangan boleh cari dengan menggunakan website Skyscanner

BACA SINI >> Semak travel insurance malaysia insurans perjalanan ke luar negara

  • Tiket murah adalah bermula dari RM 1,800 dan  ke bawah untuk pergi dan balik.
  • Sekiranya tiket bermula dari RM 2,000 dan ke atas, ia adalah mahal.

2) Umrah paling terbaik buat waktu musim sejuk.

Ramai yang tidak tahu Saudi Arabia (padang pasir) ada musim sejuk. Di Tabuk ada turun salji kalau nak tau.

Tapi kepada yang niat buat umrah, jalan-jalan dekat Madinah atau Mekah sahaja dah memadai.

Kalau ada peluang boleh ke Taif (Cameron Highland Saudi Arabia). Tapi lebih menarik dari Cameron Highlands.

  • Musim sejuk adalah dari Disember hingga akhir Februari (Kebiasaannya)
  • Musim ini ada hujan juga sekali sekala, tapi hati-hati takut banjir.Di sini, hujan sekejap pun boleh banjir.

3) Sebulan sebelum ibadah haji, pihak kerajaan Arab Saudi dah tutup permohonan visa umrah. Jadi tak perlu beli tiket pada waktu ini.. Buang duit sahaja. Lainlah kalau ada orang dalam dekat Embassy Arab Saudi, lain ceritanya. Tapi nak dekat musim haji ni cuaca dia ya Allah. Panas sangat.

4) Anda perlu bersedia visa umrah. Dan anda tidak boleh pergi terus ke Saudi Embassy! No no. Kena melalui agensi pelancongan di Malaysia. Silalah bersedia. (Lebih baik tanya dengan agensi pelancongan, sebab diorang ini kadang-kadang pakai tukar sahaja). Persediaan visa seperti di bawah:

  • Sijil kahwin kalau pergi dengan suami.
  • Gambar passport Malaysia berlatarbelakangkan warna putih (Size visa Saudi. Kedai gambar tahu)
  • Dokumen Passport Malaysia
  • Kad Vaksin

5) Pastikan nak buat visa tu jangan awal sangat. Sebab mereka ada tempoh masa untuk melancong. Semak semula dengan travel agensi anda.

6) Anda boleh pilih nak turun di  Jeddah atau Madinah. Kalau turun Jeddah, perlu pakai ihram dalam kapal terbang. Kalau Madinah tak perlu pakai ihram.

7) Bab makan, tak perlu risau.. Sebabnya terlalu banyak kedai makan. Kalau jenis sensitif bab makan, bolehlah siap-siap bawa makanan  dari Malaysia.

8) Di sini ada Uber dan Careem. Boleh guna untuk dapatkan kereta.

9) Anda kena merancang terlebih awal perjalanan anda di sini kerana sewa kereta di sini agak susah.

10) Enjoy lah di Madinah, sebab Madinah ini tak dapat saya nak buat perbezaannya dengan Mekah. Saya sentiasa sayang Madinah dan membeli belah di Madinah lebih murah lagi dari Mekah.

11) Dari Madinah ke Mekah, boleh ambil teksi. Harga dalam lingkungan 500-700 riyal.

Tips Umrah Diy Terkini Bila Sampai Kota Mekah

12) Sampai di Mekah boleh buat umrah.

  • Makanan di Mekah ada mana-mana. Restoran D Saji milik Felda pun ada.
  • Nak jalan di kawasan Mekah ini kena rancang keluar 30 minit sebelum waktu solat sebabnya jalan akan ditutup dan akan sesak.
  • Nak pilih hotel perlu berhati-hati. Biarpun 300 meter jarak perjalanan  ke Masjidil Haram, ini boleh buat jalan 30 minit. (tips sesak) Hahahaha. Jadi berhati-hatilah.

13) Dari Mekah ke airport ambil teksi. Kalau berani naiklah bas ke Jeddah. Bas di sini memang ekstrem. Tak silap berapa cajnya, dan anda akan turun ke Bab Mekah. Kawasan ini tak tau saya nak terangkan macamana. Tapi cantiklah. Boleh membeli-belah. Kalau ikut agensi pelancongan, diorang tak bawa ke sini. Sebab sesak yang amat. Di sini macam bandar lama Jeddah.

14) Orang yang buat umrah sendiri dia akan ke Masjid Terapung di kawasan Corniche. Boleh turun ke sana waktu matahari tenggelam. Allah sahaja yg tahu cantiknya waktu tu.

15) Ambil teksi ke airport. Sekian.

Lagi Panduan Umrah Diy Yang Terkini

Tips tambahan:

  • Waktu nak turun di Jabatan imigresen Malaysia perlu beratur panjang. Oleh itu, kalau nak melepas, lepas lah di kapal terbang. Tandas dia kurang selesa sikit dekat airport dan simpan sikit chocolate dan sebagainya. Sebab hari itu ada yang tersekat sampai 5-8 jam. Lapar.  Kalau ada kurma dan air lebih baik.
  • Teksi ini kena main harga sikit. Jangan terus naik. Berdiri di tingkap dan tanya kam (berapa) terlebih dahulu. Nanti dia bagi harganya. Kalau anda rasa tak logik, cubalah berunding untuk dapat harga lebih murah.
  • Kalau nak betul-betul jimat dan niat nak umrah sahaja, ambil tiket ke Jeddah terus dan duduk di situ untuk beberapa hari.tak payah pergi jalan-jalan.
  • Untuk cari hotel, boleh cari di booking.com. Hotel di Madinah kebiasaannya RM 300 semalam. Hotel di Madinah  dekat sahaja untuk berjalan kaki. Jangan risau. kalau hotel di Mekah, sila hati-hati.
  • Tak perlu bawa pakaian banyak sangat. Dobi di Arab Saudi mahal. Dan bawak yang senang kering sahaja. Dan di sini trend pakai jubah di luar dan pakai t-shirt serta seluar di dalam. Jangan risau ,tak berbau pun kalau tak mandi dua hari. Hanya tukar yang belah ‘dalam’ sahaja.

Mengapa Buat Umrah Guna Agen Pelancongan Mahal

Maaf coretan panjang. Menunaikan umrah menggunakan agensi pelancongan mahal sebab:

  • Menyediakan makanan
  • Menyediakan transportasi
  • Hotel dekat dengan Masjidil Haram
  • Ada Mutawwif untuk membantu dalam perjalanan

Cara Dapatkan Visa Umrah Untuk Buat Umrah Sendiri

Kos umrah yang semakin meningkat menyebabkan ramai masyarakat hari ini melakukan ibadah umrah secara persendirian tanpa mengikuti mana-mana ajen umrah.

Ini kerana prosesnya tidaklah serumit yang disangka. Bukan itu sahaja, banyak kos yang dapat dijimatkan kerana ianya mengikut bajet kita. 

Dalam melakukan persediaan umrah, setiap jemaah wajib mempunyai visa umrah. Ini merupakan perkara paling penting untuk memasuki Tanah Suci.

Berikut merupakan cara cara untuk mendapatkan visa umrah secara atas talian;

beza visa umrah dan vs visa pelancong
  1. Layari laman sesawang https://visa.visitsaudi.com  seperti pada Rajah di atas ini
  2. Kemudian, klik pada butang “Apply Now”.
  3. Masukkan jenis passport dan kewarganegaraan jemaah umrah seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Next”.
  4. Masukkan butiran maklumat jemaah umrah dengan lengkap dan betul.
  5. Muatnaik gambar seperti mana yang dikehendaki dan tarikh ketibaan ke Tanah Haram.
  6. Pilih tujuan visa ini dibuat.
  7. Masukkan informasi penginapan dan maklumat insurans dengan lengkap.
  8. Seterusnya, klik pada butang “Register”.
  9. Akhir sekali, buat pembayaran dengan menggunakan kaedah pembayaran atas talian.
  10. Permohonan visa anda berjaya dan pemohon mestilah menunggu sehingga 4 minggu untuk mendapatkan e-visa tersebut.
syarat permohonan visa umrah terkini

Selamat menunaikan umrah dan diharap tips di atas memberi manfaat buat anda. Jikalau bermanfaat dan membantu anda dengan panduan ini boleh share di facebook dan Whatapps anda.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia