Cara daftar UOB Online Banking dan cara buka akaun infinity Bank Login Malaysia
Bank ini berkembang dari tahun ke tahun ke 19 buah negara dengan adanya 500 cawangan keseluruhannya termasuklah Malaysia.
Cawangan UOB ini terdapat di negara-negara seperti Australia, Brunei, Myanmar, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Tanzania.
Mengikut kepada jumlah aset yang dimiliki oleh institusi UOB ini, OUB tersenarai sebagai bank ketiga terbesar di Asia Tenggara.
Informasi dan maklumat lanjut berkaitan dengan United Overseas Bank (OUB) ini boleh dilihat di portal rasmi https://www.uob.com.my
Cara Buka Akaun UOB Bank & Open Account
Dunia hari ini semuanya melibatkan transaksi bank. Setiap bank menawarkan kelebihan dan faedah yang berbeza.
- BACA SINI >> Alliance bank online: register dan login bizsmart
- BACA SINI >> Standard chartered malaysia: online banking & credit card
- BACA SINI >> i muamalat: daftar & login online banking
Bagi individu yang berminat untuk membuka akaun bank UOB, berikut merupakan cara-caranya;
- Individu yang ingin membuka akaun baru bersama UOB mestilah menghadirkan diri di mana-mana cawangan bank UOB yang berdekatan.
- Kad pengenalan dan wang deposit mestilah dibawa bagi tujuan pembukaan akaun baru.
- Kemudian, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil oleh pegawai bank.
- Pegawai bank akan memberikan borang pembukaan akaun baru UOB untuk diisi.
- Anda mestilah mengisi borang tersebut dengan lengkap dan seterusnya menyerahkan borang tersebut kepada pegawai bank semula setelah selesai mengisinya untuk diproses.
- Selepas itu, pegawai bank akan memberikan anda sehelai kertas persetujuan membuka bank akaun UOB dengan nombor akaun tertera padanya dan anda diminta untuk membayar deposit. Pembayaran akaun tersebut mestilah dibuat di mesin Cash Deposit Machine (CDM) di cawangan tersebut.
- Setelah selesai memasukkan deposit, pegawai bank akan memberikan kad debit untuk tujuan pengeluaran duit dan urusan-urusan lain.
- Akhir sekali, pegawai bank akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon di mesin ATM untuk keperluan OTP apabila menggunakan transaksi bank secara atas talian.
Cara Daftar UOB Personal Internet Banking Untuk Login
Individu yang ikut cara daftar bank uob online untuk memudahkan urusan yang melibatkan perbankan atas talian.
Bukan itu sahaja, pengguna boleh menghantar wang, membuat pembayaran bil, memeriksa penyata bank secara bulanan dan banyak lagi fungsi lain menerusi perbankan atas talian. Ianya boleh diakses oleh pengguna pada bila-bila masa sahaja.
Berikut merupakan cara untuk mendaftar akaun online banking UOB;
- Layari laman sesawang https://pib.uob.com.my seperti pada Rajah di bawah ini.
- Klik pada butang “Register Now”.
- Masukkan butiran peribadi pengguna dengan betul dan lengkap seperti pada Rajah di bawah ini dan tekan pada butang “Next”.
- Masukkan kod OTP yang telah dihantar kepada pengguna menerusi SMS.
- Seterusnya, pengguna perlu memasukkan nombor kad dan nombor pin serta klik pada butang “Next”.
- Setelah itu, pengguna perlu mencipta “username” dan “password” bagi akaun perbankan internet UOB pengguna.
- Akhir sekali, klik pada butang “Register” untuk mendaftar.
Cara Log Masuk UOB Login Malaysia Online
Individu yang telah berjaya mendaftar UOB personal internet banking, mereka boleh mula login ke akaun tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Hal ini dapat memudahkan urusan harian pengguna.
Berikut merupakan cara untuk login ke akaun perbankan internet UOB malaysia;
- Layari laman sesawang https://uob.com.my
- Masukkan username pengguna yang telah didaftarkan.
- Klik pada butang “Submit”.
- Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log In”.
- Akhir sekali, menu utama UOB akan dipaparkan.
Bank UOB Citibank Malaysia Bergabung
Institusi perbankan UOB telah berkembang pesat seiring perkembangan ekonomi dan teknologi Malaysia.
Dengan potensi kemajuan UOB yang semakin meningkat menyebabkan entiti ini mengambil alih institusi perbankan Citibank.
Hal ini telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Oleh itu, Mahkamah Tinggi Malaya memerintahkan Citibank untuk memindahkan segala aset dan liabiliti di bawah pengurusan bank UOB.
Soalan Lazim
United Overseas Bank Limited merupakan sebuah institusi perbankan multinasional milik Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1935.
Pada awalnya, ia dikenali sebagai United Chinese Bank (UCB) dan menukar nama kepada United Overseas Bank (UOB) pada tahun 1965.
Pada tahun 1970, OUB tersenarai di dalam pasaran Bursa Malaysia dan menyediakan perkhidmatan dalam industri kewangan di Malaysia pada tahun 1993
Kini, pelanggan dan pengguna Citibank beralih kepada UOB bagi segala aktiviti perbankan termasuklah perbankan internet, pembelian saham, deposit, ekuiti dan banyak kali.
Tuntasnya, segala aset dan liabiliti milik Citibank kini dibawah penyelian dan pemilikan penuh UOB bermula pada 1 November 2022.