Youtube Premium Price Malaysia: Pakej Utube Student Family Plan

Pakej harga Youtube Premium Price Malaysia Utube Student plan dan Family Plan package 2023

pakej harga youtube premium price malaysia

Youtube merupakan sebuah laman media sosial yang berasaskan hiburan berbentuk video. Ianya direka khas bagi tujuan perkongsian video berdurasi panjang dan pendek sebagai medium komunikasi, pendidikan, berita semasa, komersial dan banyak lagi.

Laman Youtube ini mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim. Laman ini telah dibeli oleh syarikat Google sebagai salah satu fitur yang terdapat di platform Google. 

Youtube Malaysia mula mendapat sambutan dengan berlakunya peningkatan pengikut dan pelanggan disebabkan ciri-ciri hiburan berbentuk video. Teknologi yang berkembang semakin pesat menjadikan youtube salah satu platform yang boleh menggantikan televisyen, filem dan rakamn audio.

Video-video yang dihasilkan dan dimuat naik di platform Youtube memaparkan pelbagai kandungan di mana secara tidak langsung dapat memanfaatkan penonton dari pelbagai sudut. Walaubagaimanapun, Youtube juga tidak kurangnya dalam memberi impak negatif kepada generasi muda jika ianya disalahgunakan.

Pakej Harga Bayaran Bulanan Youtube Premium Price Malaysia

Youtube Premium malaysia ini merupakan laman video Youtube berbayar yang perlu dilanggan jika ingin mengaksesnya secara meluas.

Banyak kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan seperti layanan video bebas sekatan iklan, boleh memuat turun tanpa had, main latar dan banyak lagi.

Bayaran yang dikenakan ini adalah berbeza mengikut jenis pakej yang dipilih oleh pelanggan.

Kadar harga bagi pakej-pakej Youtube Premium samada student plan atau family plan yang ditawarkan adalah seperti berikut;

PAKEJBAYARAN BULANAN (RM)BAYARAN TAHUNAN (RM)
PelajarRM 10.90RM 130.80
KeluargaRM 33.90RM 406.80

Beza Basic Youtube Malaysia vs Youtube Premium

Kini, Youtube menjadi sebuah laman penstriman video yang paling popular di seluruh negara. Ianya dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu laman Youtube asas dan Youtube Premium.

Kedua-duanya memberikan kelebihan yang berbeza kepada penonton dan pelanggan.

Elemen yang membezakan Youtube asas dan Youtube Premium adalah seperti berikut;

1. Youtube Malaysia TV

  • Youtube ini merupakan laman yang boleh diakses secara umum tanpa dikenakan apa-apa bayaran langganan.
  • Ianya diiringi dengan pelbagai iklan-iklan yang tidak berkaitan apabila menonton mana-mana video di Youtube.
  • Hanya sesetengah video sahaja yang boleh dimuat turun untuk tatapan penonton apabila ketiadaan jalur lebar internet.
  • Kelebihan yang ditawarkan bagi pelanggan Youtube asas adalah terhad.
  • Kandungan video juga terhad untuk ditonton oleh penonton.

2. Premium Youtube Malaysia

  • Youtube Premium merupakan laman video yang hanya boleh diakses oleh pelanggan yang melanggan laman ini dengan bayaran bulanan atau tahunan smaada melalui student plan atau family family plan.
  • Ia menyajikan paparan video tanpa iklan kepada penonton.
  • Bukan itu sahaja, video-video ini boleh ditonton tanpa perlu kepada sambungan internet setelah ianya dimuat turun.
  • Pelanggan Youtube Premium boleh memilih untuk bertukar aplikasi dalam satu masa apabila membuka aplikasi tersebut. 
  • Penonton juga boleh menonton semua video yang terdapat di laman Youtube tanpa sebarang had.
  • Segalanya boleh diakses tanpa mengira jenis kandungan video.

Boleh Buat Youtube Premium Payment Dengan Mobile

Pembayaran langganan Youtube Premium boleh dilakukan secara atas talian menerusi telefon bimbit sahaja.

Individu yang mempunyai akaun Youtube pastinya individu yang berdaftar dengan akaun aplikasi Google.

Oleh itu, pembayaran Youtube Premium boleh dilakukan menerusi Google Pay.

Tempoh percubaan akan diberikan kepada pelanggan selama satu (1) bulan dan tempoh pembayaran akan bermula pada bulan seterusnya yang mana ianya akan ditolak secara debit menerusi akaun bank pelanggan.

Rajah di bawah ini merupakan contoh pembayaran Youtube Premium menerusi telefon bimbit bagi memudahkan pelanggan untuk membuat bayaran.

youtube premium payment

Kenapa Bayaran Youtube Premium Payment Failed

Kaedah pembayaran Youtube Premium adalah secara atas talian sahaja.

Walaubagaimanapun, kegagalan membuat bayaran adalah berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kad debit yang digunakan bagi tujuan pembayaran telah tamat tempoh atau tidak aktif.

Ini akan menyebabkan bayaran tersebut tidak dapat diproses. 

Seterusnya, informasi kad debit pengguna adalah salah ketika ingin membuat bayaran.

Oleh itu, pembayaran tidak dapat dilakukan kerana maklumat yang digunakan tidak sama.

Tambahan pula, kegagalan pembayaran Youtube Premium ini boleh juga berlaku jika wang yang terdapat dalam akaun bank pengguna tidak mencukupi.

Kekurangan wang dalam akaun bank juga boleh menjejaskan langganan pelanggan.

Cara Buat Pembayaran Youtube Premium Payment

Langganan menerusi aplikasi Youtube boleh dilakukan jika ingin menikmati kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh Youtube Premium.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat bayaran untuk melanggan Youtube Premium;

youtube premium student
  1. Layari laman sesawang https://www.youtube.com  seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada ikon “Profile”.
  3. Kemudian, klik pada “Purchases and Subscription” untuk membuat bayaran.
  4. Akhir sekali, buat pembayaran pada akaun Youtube Premium pelanggan.

Cara Dapatkan Youtube Premium Free Trial

Youtube Premium menawarkan tempoh percubaan secara free dan percuma selama sebulan.

Pelanggan boleh mengakses dan menikmati ciri-ciri istimewa secara percuma pada tempoh langganan tersebut. Berikut adalah cara-caranya untuk subscribe dan langgan youtube premium free trial samada untuk student plan atau family plan;

free youtube percuma
  1. Layari laman sesawang https://www.youtube.com/premium seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada butang “Try It Free” untuk melanggan secara percuma bagi tempoh sebulan.
  3. Kemudian, masukkan maklumat perbankkan internet pelanggan.
  4. Akhir sekali, klik pada butang “Buy”.

Cara Langganan Youtube Premium Murah Pada Harga Discount

Pakej harga langganan Youtube Premium price malaysia adalah berbeza mengikut package yang dipilih.

Namun, ada sesetengah pakej yang menawarkan potongan harga.

Walaubagaimanapun, pelanggan masih boleh melanggan Youtube Premium dengan harga yang lebih murah daripada harga potongan diskaun.

Caranya adalah dengan melanggan pakej Youtube Premium ini di laman portal pihak ketiga seperti Lazada dan Shopee.

Harga yang ditawarkan bagi pakej Youtube Premium adalah jauh lebih murah.

Youtube Premium vs Netflix vs Disney Hotstar Malaysia

Youtube Premium, Netfix dan Disney Hotstar, kesemuanya merupakan platform pendigitalan video untuk hiburan serta medium penyampaian maklumat dan komunikasi masyarakat hari ini.

Ketiga-tiga platform ini memaparkan keistimewaannya yang tersendiri.

1. Utube Premium Malaysia

Youtube Premium merupakan platform penstriman video yang mempunyai pelbagai kandungan seperti dokumentari, hiburan, pendidikan, keagamaan dan banyak lagi.

  • Ianya perlu dilanggan dan dikenakan bayaran secara bulanan.
  • Video yang dipaparkan di platform ini bebas iklan dan boleh diakses tanpa had.
  • Selain itu, video-video yang tedapat di platform ini boleh dimuat turun dan ditonton tanpa perlu kepada sambungan internet.
  • Tambahan pula, aplikasi ini boleh diakses dengan aplikasi lain dalam satu masa yang sama.

2. Netflix Malaysia

Netflix merupakan platform rancangan televisyen dan filem yang boleh ditonton secara atas talian menerusi aplikasinya.

  • Penonton perlu melanggan terlebih dahulu untuk tujuan mengakses drama dan filem yang terdapat di dalam platform tersebut.
  • Terdapat pelbagai jenis kandungan drama dan filem yang dipaparkan di platform Netflix ini.
  • Hanya video, drama dan filem yang tertentu sahaja dipaparkan di platform ini.

3. Disney Hotstar Malaysia

Disney Hotstar juga merupakan platform penstriman video dan filem yang pelbagai. Ianya berfungsi sama seperti Netflix.

  • Walaubagaimanapun, filem dan drama yang dipaparkan adalah lebih tertumpu kepada filem dan drama tempatan.
  • Langganan secara bulanan juga perlu dilakukan untuk mengakses ciri-ciri yang ada pada platform ini.
  • Ianya boleh ditonton di mana-mana peranti elektronik seperti Ipad, telefon bimbit, computer riba dan banyak lagi. 

Secara amnya, Youtube Premium merupakan platform penstriman video yang paling best kerana ciri-ciri yang pelbagai membolehkan pelanggan memuat naik dan memuat turun video tanpa perlu pengesahan daripada mana-mana pihak.

Ciri-ciri yang terdapat pada Youtube Premium adalah berbeza dengan Netflix dan Disney Hotstar.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia