Harga Tiket Aquaria Klcc 2023 ticket price promotion
Ia merupakan satu tempat tarikan pelancong iaitu satu taman dalam air yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Terdapat lebih daripada 20,000 hidupan daratan dan air dari pelbagai spesis yang berbeza.
Jika anda berminat untuk mendapatkan aquaria klcc ticket promotion 2023 teruskan membaca info yang kami kongsikan seperti di bawah ini nanti.
BACA SINI >> Hotel view klcc murah
Pengunjung bakal berpeluang untuk merasai pengalaman berjalan di terowong bawah tanah untuk melihat kehidupan di bawah laut.
Cara Beli Tiket Klook Aquaria KLCC Price (Tak Perlu Beratur)
Pembelian tiket aquaria boleh didapati melalui kaunter tiket di Aquaria KLCC atau dengan cara menempah di laman sesawang KLOOK. Pembelian di KLOOK boleh dibuat secara atas talian dengan mengikuti cara-cara seperti berikut;
BACA SINI >> Tiket wayang: panggung cinema showtime tgv gsc malaysia
- Log masuk ke aplikasi KLOOK seperti pada laman sesawang KLOOK seperti pada Rajah di bawah ini.
BACA SINI >> Tempat Menarik di Kuala Lumpur: Jalan jalan KL Free dan Percuma
- Masukkan “Aquaria KLCC Ticket in Kuala Lumpur” pada ruangan search destination dan klik pada butang “Search”.
- Pengguna akan dipaparkan dengan laman seperti pada Rajah dibawah untuk membuat tempahan tiket.
BACA SINI >> Senarai tempat menarik johor
- Klik pada butang “Select Option” untuk melihat pakej yang disediakan.
- Selepas itu, pilih pakej yang disediakan, kemudian klik pada butang “Book Now” untuk membuat bayaran kepada tempahan anda seperti pada Rajah di bawah
- Masukkan info pengguna dan seterusnya klik pada butang “Continue to Payment” untuk membuat pembayaran seperti pada Rajah di bawah
- Setelah selesai membuat bayaran, pengguna akan mendapat tiket elektronik dari pihak KLOOK yang mana perlu ditunjuk kepada penjaga tiket di sana
Tempahan melalui laman KLOOK sangat mudah dan efektif kerana prosesnya yang sangat senang dan lengkap dengan arahan yang jelas berkenan dengan cara untuk masuk dan cara membeli tiket Aquaria KLCC
Hal ini dapat menjimatkan masa pelancong daripada perlu beratur panjang di kaunter tiket terutamanya pada cuti umum dan cuti hari minggu.
Aquaria KLCC Ticket Promotion 2023
Tiket promosi tentunya menjadi rebutan dalam kalangan pengunjung.
Ini kerana harga sebenar untuk masuk ke sana adalah RM52 seorang bagi dewasa, manakala RM42 bagi kanak-kanak. Tiket Promosi boleh didapati di banyak platform-platform perlancongan yang berdaftar antaranya melalui aplikasi KLOOK, Trip.com, Lazada, Shopee dan Pelago.
Rata-rata platform ini menawarkan harga promosi sehingga 30% dari harga sebenar tiket masuk ke sana
Pengunjung boleh mendapatkan harga promosi serendah RM35 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak, di mana ianya lebih murah dan berpatutan untuk merasai pengalaman melihat habitat air.
Aktiviti Menarik Dengan Bayar Harga Tiket Aquaria KLCC 2023
Ia bukan hanya pameran hidupan laut semata-mata, di sana juga terdapat banyak aktiviti yang diadakan oleh pihak pengurusan untuk pengunjung yang datang.
Ianya berbaloi dengan harga yang dibayar oleh pengunjung. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah;
- Aktiviti Cage Rage, dimana pengunjung boleh merasai pengalaman menyelam bersama hidupan laut seperti ikan jerung, ikan pari dan hidupan marin yang lain. Aktiviti ini sesuai untuk pengunjung yang tidak mempunyai lessen menyelam tetapi ingin merasai pengalaman tersebut. Pengunjung akan dipandu oleh penyelam yang professional dan mempunyai lesen dalam bidang ini.
- Aktiviti Dive with Sharks merupakan aktiviti di mana pengunjung berpeluang menyelam bersama sekumpulan ikan jerung. Aktiviti ini hanya tertakluk kepada pengunjung yang mempunyai lesen menyelam sahaja kerana risikonya yang tinggi. Terdapat 5 spesis ikan jerung yang terdapat di sana.
- Aktiviti Feeding Session iaitu aktiviti yang membolehkan pengunjung memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan laut yang lain. Feeding Session ini dibuka untuk pengunjung untuk merasai pengalaman berharga ini mengikut waktu-waktu yang telah ditentukan sahaja.
Pengalaman Aquaria KLCC Review
Pengalaman berkunjung ke sana merupakan pengalaman yang begitu menakjubkan.
Pengunjung akan dijanjikan dengan pengalaman berjalan di Lorong Underwater yang paling panjang di Malaysia iaitu sepanjang 90 meter.
Di Lorong Underwater ini, pengunjung akan merasai suasana kehidupan bawah laut di mana terdapat lebih 2,000 spesis yang dapat dilihat sepanjang lorong tersebut.
Selain itu, sepanjang di sana, pengunjung akan dipandu oleh pemandu pelancong yang berpengalaman dan berpengetahuan luas berkaitan hidupan laut dan habitat darat. Mereka akan memberi penerangan yang jelas berkenan dengan spesis yang terdapat di sana.
Pengunjung bukan sahaja dapat merasai suasana yang menarik, tetapi juga dapat mengetahui maklumat dan fakta-fakta yang menarik mengenai hidupan di Aquaria KL ini.
Pengunjung juga akan dibekalkan dengan satu peta perjalanan seperti pada Rajah di bawah ini untuk memudahkan para pengunjung merasai semua aktiviti di Aquaria KL.
Selain itu, akuarium klcc merupakan satu-satunya Aquarium di Malaysia yang mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas.
Dengan adanya peta perjalanan, pengunjung boleh merancang masa dan perjalanan supaya dapat merasai setiap sudut dan aktiviti yang terdapat di sana.
Parking Kereta di Aquaria
Untuk ke sana, pengunjung boleh parking kereta mereka di parking KLCC dengan harga yang agak tinggi iaitu RM10 untuk setiap jam.
Bagi pengunjung yang berminat untuk menjimatkan kos parking, mereka boleh parking di mana-mana stesen kereta api yang terdekat seperti Stesen LRT Kampung Baru sebagai contoh dan turun di Stesen LRT KLCC.
Ia terletak 800meter dari Concourse KLCC yang mana pengunjung perlu berjalan kaki ke sana.
Terdapat papan tanda menunjukkan perjalanan ke klcc aquarium, dimana ia akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke pintu utama klcc aquarium.
Waktu KLCC Aquarium Feeding Time
Feeding Session merupakan antara salah satu aktiviti yang terdapat di Aquaria KLCC.
Pengunjung akan merasai pengalaman berharga ini jika mereka mengetahui masa-masa feeding yang telah ditetapkan. Berikut merupakan feeding time bagi hidupan laut di Aquaria;
MASA | AKTIVITI |
---|---|
10.45 pagi | Pool Touch bagi semua spesis yang terdapat di Aquaria KLCC seperti menyentuh tapak sulaiman. |
11.15 Pagi dan 4.30 Petang | Memberi makan kepada Otter. |
12.00 Tengah hari, 3.00 Petang dan 6.30 Petang | Feeding time di Aquatheatre bagi kehidupan marin. |
12.15 Tengah hari dan 3.15 Petang | Feeding time di Station Aquarius bagi Jellyfish dan Kuda Laut. |
12.30 Tengah hari dan 3.30 Petang | Feeding time di Living Ocean bagi spesis marin. |
4 petang | Feeding time Red Bellied Piranha di Evolution Zone. |
5.45 petang | Feeding time bagi The Coastal. |
NOTA PENTING: Bagi hari Isnin, Rabu dan Sabtu, feeding special pada jam 11 pagi untuk belut elektrik, jam 2.30 petang untuk Arapaima dan jam 3 petang bagi Jerung Sand Tiger.