10 Senarai aktiviti bercuti, jalan jalan dan tempat menarik di kuala lumpur KL 2024 Yang Best untuk dilawati pada kadar harga murah malah ada yang free dan percuma untuk kanak kanak pada waktu malam dan siang.
Terdapat pelbagai tarikan yang sesuai dan menarik untuk keluarga beriadah di kawasan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan. Pada entri kali ini kami akan berkongsikan senarai 10 tempat menarik di KL yang sesuai untuk membawa anak-anak dan keluarga beriadah.
Sebenarnya banyak tempat best di kl ini, boleh cuba singgah di tempat menarik di Genting Highland
Kebiasaannya hujung minggu sentiasa dinantikan untuk meluangkan masa bersama. Terdapat tempat yang mengenakan bayaran, namun masih juga terdapat beberapa tempat yang percuma. Pokok pangkalnya, kasih sayang antara anak dan keluarga tercinta dapat dieratkan dengan aktiviti sebegini. Tambahan pula, anak-anak selalunya sukakan aktiviti supaya dapat merasai nikmat cuti yang sebenarnya.
Terdapat beberapa tempat menarik di KL yang boleh anda bawa anak-anak anda termausk yang free dan percuma. Terdapat beberapa tempat yang telah kami jejak bersama dan ada juga yang masih belum berkesempatan.
Senarai Kandungan Penting:
10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 2024 Sesuai Untuk Keluarga
Banyak pilihan tempat menarik untuk kanak kanak percuma dan free untuk family dan keluarga tersayang anda samada waktu malam dan siang. Antaranya ialah:
1. Jalan jalan Kuala Lumpur di District 21
- BACA SINI >> Check in airasia online booking
- BACA SINI >> Aquaria klcc ticket price
- BACA SINI >> Harga tiket Sunway Lagoon murah
Ia terletak di dalam kawasan IOI Putrajaya Mall. Ia penuh dengan aktiviti yang penuh mencabar dan berskala agak besar di Kuala Lumpur.
Rasanya kawasan aktiviti sebegini lahir dari rancangan seperti Ninja Warriors yang ditayangkan di televisyen.
Sememangnya hero kecil akan selalu berangan untuk melakukan aktiviti sebegitu.
Terdapat beberapa tarikan menarik di sini seperti Power Station, The Maze, Sky Trail untuk mencuba wall climbing, Roller Glider.
Yang menariknya di sini, pengalaman boleh turut dirasai oleh anak-anak kecil juga kerana juga dibina untuk saiz mereka. Pendek kata kawasan ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.
Anak-anak amat digalakkan untuk dibawa ke sini kerana dengan fasiliti yang disediakan pasti adrenalin mereka akan meningkat. Orang kata itu adalah cara kanak-kanak melepaskan keaktifan tenaga mereka.
Harga Tiket District 21:
- Isnin – Jumaat: RM58/pax
- Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah RM75/pax
2. Icescape Ice Rink, IOI
Ice rink ini terletak dalam shopping mall yang sama di IOI Putrajaya Mall. Ice skating ini boleh dikatakan penuh hampir setiap minggu ataupun cuti sekolah.
Tetapi agak kurang pengunjungnya pada hari biasa. Icescape ini merupakan satu kawasan yang agak menarik berbanding shopping mall yang lain yang turut menyediakan lantai ice skating kerana terdapat cermin dan tingkap yang luas dan boleh menikmati pandangan luar.
Sebenarnya untuk mereka yang biasa berkunjung Ice Scape ini sememangnya boleh menjimatkan kos seperti memakai stokin dan sarung tangan yang sana. Jadi, jangan lupa bawa jika anda berkunjung kali kedua.
Kami pernah beberapa kali membawa anak-anak untuk beriadah di sini. Buat yang pertama kali mencuba ice skating ini pasti sangat teruja dan seronok. Tapi sayangnya tiada gambar diambil untuk dikongsi di sini. Yang pasti fenomena seperti jatuh terduduk dan terlentang adalah biasa di kawasan ini, jadi untuk bermain di sini hati mestilah kuat dan cekal.
Disebabkan kawasan ini terlampau sesak, hari minggu bukanlah pilihan yang terbaik bagi anak-anak yang biasa bermain ataupun sudah pandai dalam bermain aktiviti ini.
3. Tempat Menarik di Mini Zoo di Menara Kuala Lumpur
Mini Zoo Menara KL terletak di kawasan menara Kuala Lumpur. Ia mampu memberikan satu pengalaman yang berharga untuk anak-anak walaupun ia tidak sebesar kawasan zoo negara. Terutamanya mereka yang betul-betul sukakan haiwan.
Yang pasti anak-anak pasti seronok dan teruja melihat haiwan yang ada.
Apakah yang bakal diperolehi anak-anak di situ?
- Berpeluang memberi makanan kepada setiap haiwan. Seronok apabila melihat haiwan meragut sayur kita bagi.
- Mereka dapat mengenali setiap hidupan liar dengan lebih dekat.
- Sambil melawat sambil memperoleh ilmu tentang habitat haiwan
- Pupuk perasaan sayang pada haiwan
- Dapat lari daripada gadjet dan GO WILD.
Harga Tiket KL Tower Mini Zoo:
- Kanak-kanak : RM27.00
- Dewasa : RM32.00
- Warga Emas : RM27.00
Waktu Operasi KL Tower Mini Zoo:
- Isnin – Ahad : 10 pagi hingga 9 malam
4. Tempat Best di Aquaria KLCC KL
Aquaria KLCC adalah salah satu tempat menarik kuala lumpur yang mesti pergi.
Ia menempatkan lebih daripada 150 spesies hidupan laut. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di klcc dan terletak betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui lebih dekat hidupan air, Aquaria KLCC menawarkan satu pengalaman yang pasti menyeronokkan untuk anak-anak. Antara tarikan menariknya adalah kita seolah-olah berada dalam akuarium bersama-sama hidupan liar tersebut.
Aquaria KL boleh dikunjungi untuk memenuhi masa jika anak-anak tidak berminat jalan jalan untuk mengikut ibu membeli-belah di KLCC.
Program Diving with Sharks adalah salah satu tarikan disini di mana anda boleh mendekati jerung ini di dalam air sekiranya anda memiliki lesen menyelam dan anda haruslah mempunyai lesen diving terlebih dahulu.
Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur Petrosains.
Harga Tiket Aquaria KLCC :
- Kanak-kanak MyKID : RM39, Biasa : RM59
- Dewasa MyKAD : RM49, Biasa : RM69
- Warga Emas MyKAD : RM39, Biasa : RM49
Waktu Operasi Aquaria KLCC :
- Setiap Hari (10 am – 8 pm)
5. KL Car Free Ride Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur, aktiviti riadah bersama keluarga juga boleh dinikmati secara percuma. Bagi program ini, kami sudah beberapa kali berjaya terlibat sama.
KL car free ride ini diadakan setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan pada setiap pagi dari jam pagi hingga 9 pagi dan jalan tertutup ditawarkan untuk orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk rollerskate, skateboard, larian, rollerblade atau hanya berjalan kaki. Pendek kata, pelbagai ragam dan gaya boleh dilihat.
Bila lagi mahu merasa jalan jalan di Kuala Lumpur KL tanpa sesak dengan kenderaan kan.
Kebiasaannya kami sekeluarga lebih berminat untuk menaiki basikal dan ini adalah peluang anak anda untuk menyertai program sebegini. Memang seronok apabila melihat ramai orang ramai berduyun-duyun ke acara itu setiap kali diadakan.
Nampaknya kesedaran kesihatan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dan penghargaan bagi mereka yang seringkali terlibat di dalam program KL Car Free Ride ini.
Ia bermula dari Dataran DBKL (berhampiran Dataran Merdeka) dan para peserta dibawa melalui jalan-jalan utama sekitar 7km di Segi Tida Emas Kuala Lumpur.
Salah satu penaja OCBC Bank akan menawarkan 140 basikal setiap kali program ini berlangsung untuk digunakan oleh orang ramai secara percuma.
6. Aktiviti Menarik di Bukit Gasing KL
Bukit Gasing ini, tempat sangat sesuai dan free untuk beginner seperti kami ini di bandar kl. Ianya betul-betul terletak di kawasan segitiga Kuala Lumpur, dan dari beberapa kawasan seperti Petaling Jaya dan Pantai Hillpark boleh diakses.
Terdapat beberapa laluan mendaki di dalam taman untuk memenuhi semua peringkat kecergasan dan tenaga.
Hutan Simpan Bukit Gasing membahagikan bandar Petaling Jaya (negeri Selangor) dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ianya terletak di sebidang hijau 100 hektar. “Bukit Atas” merupakan titik tertinggi di Bukit Gasing yang terletak kira-kira 160 meter.
Terdapat berberapa cerun curam di sini yang dipanggil Abu Bakar Slope dan ia adalah tempat yang sesuai dan baik untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar.
Rata-rata pendaki di Bukit Gasing ini dari pelbagai peringkat umur iaitu dari kanak-kanak sehinggalah orang tua.
Kawasan ini memang menjadi tempat favourite atau kegemaran untuk mereka yang mahu melepaskan penat lelah atau ingin menikmati alam sekitar sambil beriadah dalam masa yang singkat.
7. Bercuti di Kuala Lumpur, Singgah FRIM
FRIM terletak di kawasan Kepong. Ianya ada kawasan terbuka kepada orang ramai tetapi untuk menikmati pelbagai aktiviti seperti berbasikal, hiking, jogging atau hanya berkelah akan dikenakan bayaran yang kecil.
Terdapat beberapa laluan dalam FRIM dengan salah satu daripada yang lebih popular iaitu Rover Track yang menuju ke arah Kanopi Walk. Sebelum anda memulakan perjalanan, tiket boleh dibeli di Pusat Setempat kerana yuran tambahan akan dikenakan untuk Kanopi Walk.
Disebabkan kawasan ini merupakan lokasi bercuti dan merupakan tempat menarik kuala lumpur untuk penduduk setempat sebaiknya datang pada awal di pagi kerana lebih mudah untuk mencari kawasan parking kereta.
Di sini juga terdapat kawasan curam untuk aktiviti yang lebih mencabar, jadi ramai peminat basikal extreme memilih kawasan FRIM ini. Selain dari itu, IPTA dan sekolah juga memilih kawasan ini untuk aktiviti seperti berkhemah.
Pihak FRIM menyelia baik pokok-pokok besar merimbun di kawasan ini. Beberapa ilmu mengenai pokok-pokok di sini boleh dipelajari sambil beriadah dengan membayar tour guide yang disediakan oleh pihak FRIM.
- GPS Coordinates: 3.236079, 101.634778
- Ketinggian : 215m
- Tahap Kesusahan : Senang – Sederhana
Harga Tiket FRIM:
- Kereta – RM5.03/Canopy Walk – RM5/ Malaysian & RM20/Non-Malaysian
- Masuk – RM1.05/Malaysia & RM5.30/bukan warganegara Malaysia
8. Tempat Menarik di Putrajaya
Di Putrajaya, terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh memberikan anda pengalaman menarik dan berbeza, selain ia dikenali dengan nama pusat pentadbiran negara.
Disebabkan berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kami, boleh dikatakan Putrajaya adalah pilihan terbaik kami sekeluarga sekiranya mahu beriadah dan berbasikal.
Antara tempat bercuti dan aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar Putrajaya :
- Bersantai di Taman Botani dan Wetland
- Cruise di Tasik Putrajaya
- Berenang di beberapa pusat komuniti dan di Putrajaya
- Bermain Flyboard
- Berbasikal di sekeliling Putrajaya atau di kawasan ekstrem park
- Menunggang kuda di Taman Equestrian Putrajaya
- Sukan ekstrem di Putrajaya Challenge Park
- Taman Warisan Pertanian
- Menaiki belon udara panas di Skyride Festival Park
Terdapat beberapa tempat menarik Putrajaya lain yang masih boleh dinikmati secara percuma dan free, namun ada juga yang disenaraikan di atas yang dikenakan bayaran
9. Tempat Menarik di Petrosains KL
Jika anda bercuti di kota metropolitan Kuala Lumpur, Petrosains adalah tempat yang wajib dilawati. Yang pastinya ianya sesuai untuk semua peringkat umur.
Tempat ini seringkali menjadi tumpuan anak-anak sekolah dari seluruh Malaysia walaupun berada di dalam menara berkembar petronas KLCC.
Petrosains, The Disocovery Centre adalah tempat hands-on interaktif, pameran interaktif pendidikan dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menarik. Sains berjaya dipaparkan untuk semua.
Apa yang menarik di sini terdapat pameran perjalanan dan pelbagai tema istimewa semasa lawatan di dalamnya, dan turut berpeluang untuk meneroka dan mencuba setiap barang pameran secara mental dan fizikal.
Proses bagaimana cari gali minyak dilakukan juga dapat dilihat atau disaksikan oleh anak-anak dan juga orang dewasa. Malah beberapa tempat pameran juga diadakan secara simulasi.
Jadi pastikan anda mengunjungi tempat ini yang merupakan salah satu dari 10 tempat menarik dan sesuai untuk keluarga di Kuala Lumpur.
Ahli keluarga pasti dapat berkongsi aktiviti menarik dan pengalaman di sini.
Harga Tiket Petrosains KL :
HARGA | CAJ DENGAN MYKAD | CAJ TANPA MYKAD |
---|---|---|
Child (2 tahun & ke bawah) | Percuma | |
Kanak-kanak (3-12 tahun) | RM8.00 | RM18.00 |
Dewasa (13-60 tahun) | RM20.00 | RM30.00 |
Warga Emas (61 tahun & ke atas) | RM10.00 | RM15.00 |
Waktu Operasi Petronsains KL
Selasa – Khamis
- 9.30 am – 5.30 pm
- Last Admission : 4pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- 9.30 am – 6.30 om
- Last admission : 5.00 pm
Isnin
Tutup (kecuali jika jatuh pada cuti sekolah dan Cuti Umum)
SUMBER: kuala lumpur
10. Jalan Jalan KL di Muzium Negara Kuala Lumpur
Muzium Negara dibina dalam gaya istana Melayu dan ia adalah penjaga sebuah negara dan terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur.
Galeri yang baru dinaik taraf ini memberikan pendekatan yang inovatif dan menarik untuk menerokai sejarah Malaysia dari zaman prasejarah sehingga sekarang. Pada 31 Ogos 1963, Yang Mulia, Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamamlullail telah merasmikan pembukaan Muzium Negara.
Untuk mengenali sejarah Negara kita, ianya merupakan satu tempat yang menarik untuk aktiviti sekeluarga yang mengenali dan berkongsi pengalaman.
Impak yang sangat positif boleh diperolehi dalam mengenali sejarah negara kita jika kita sesekali buat lawatan ke tempat seperti ini.
Malah pasti dapat membuka pemikiran anak-anak kita dalam pembelajaran mereka. Sambil melawat kita dapat berkongsi ilmu bermanfaat ini bersama anak-anak.
KATEGORI | CAJ |
---|---|
Kanak-kanak (3-12 tahun) (Malaysian Citizen) | Free |
Warga Emas dan Orang Kurang Upaya | RM1.00 |
Warganegara Malaysia | RM2.00 |
Pelajar dengan berbaju uniform (Malaysian Citizen) | Free |
Pelajar tidak beruniform (Malaysian Citizen) | RM2.00 |
International Council of Museums Members (ICOM) | Free |
Bukan warganegara Malaysia | RM5.00 |
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah (Non Malaysian Citizen) | Free |
Kanak-kanak 3-12 tahun (Non Malaysian Citizen) | Free |
Senarai Lain Tempat Menarik di KL 2024
- Taman Tema Indoor Berjaya times square bukit bintang
- Lake Gardens @ Taman Tasik Perdana
- Taman burung kuala lumpur
- Upside down house
Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Kanak kanak Yang Percuma
Kepada yang sedang cari senarai tempat menarik di kl pada kadar harga murah malah ada juga yang jalan jalan percuma dan free, kami mudahkan dengan list seperti di bawah ini.
- Hutan simpan bukit nenas KL (FREE)
- Bangunan Sultan Abdul Samad (PERCUMA)
- Muzium Bank Negara Malaysia (PERCUMA)
- Balai Seni Visual Negara KL (FREE)
- Galeri Petronas (FREE)
- Kompleks Budaya Kraft Kuala Lumpur (PERCUMA)
- Memorial Tunku Abdul Rahman (PERCUMA)
- Pustaka Peringatan P Ramlee (FREE)
- Muzium Negara KL (RM2 untuk warganegara & RM1 untuk warga emas & OKU dan untuk kanak-kanak adalah PERCUMA)
- Muzium Tekstil Negara (PERCUMA)
- Muzium Kesenian Asia (FREE)
- Muzium PDRM Kuala Lumpur (PERCUMA)
- Taman Tasik Titiwangsa (FREE)
- Tugu Negara (FREE)
- Taman Botani Perdana Kuala Lumpur (FREE)
- KLCC Park (FREE)
- Taman Metropolitan Kepong (FREE)
- Taman Tasik Pemaisuri (FREE)
- Central Market Kuala Lumpur (FREE)
- Dataran Merdeka Kuala Lumpur (FREE)
- Taman Rimba Bukit Kerinchi (PERCUMA)
- Rumah Penghulu Abu Seman (FREE)
Sekarang ini pun semakin banyak tempat free di kl yang boleh anda pergi dan enjoy.
Itinerary KL 3 hari 2 malam
Boleh follow contoh itinerary kuala lumpur untuk percutian selama 3 hari 2 malam seperti di bawah ini termasuk aktiviti pada waktu malam
JUMAAT
- Tengok Bintang di Farm in the City
- Makan tengahari di Restoran Sajian Sedap Seri Kembangan
- Check in di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur
- Pergi ke Aquaria KLCC
- Jalan jalan di KLCC Park Kuala Lumpur pada waktu malam
- Makan malam (Order Grabfood) kena kepenatan
SABTU
- Mandi Swimming Pool Hotel
- Makan Tengahari di Restoran Sambal Hijau
- Bawa anak ke Pusat Sains Negara
- Pergi ke Kidzania
- Satu lagi tempat menarik boleh Singgah ke Pavilion di Kl pada sebelah waktu malam, percuma sahaja.
- Makan malam di Suraya Seafood
AHAD
- Mandi Swimming Pool Hotel
- Check out Hotel Intercontinental Kuala Lumpur
- Makan Tengahari di PittboyBBQ
Tempat Wajib Pergi Ketika Bercuti di KL
Bagi tempat wajib pergi di KL jika anda bercuti di kuala lumpur bersama keluarga dan kanak kanak kecil adalah Kidzania, Aquaria KLCC, Farm In The City
Tempat Aktiviti Malam Menarik di KL Waktu Malam dan Siang
Antara tempat menarik untuk aktiviti malam sepanjang bercuti yang best dan boleh dilakukan di KL Kuala Lumpur adalah seperti jalan jalan di sekitar Bukit Bintang, window shopping Suria KLCC atau Pavillion, pergi sekitar Kampung Baru yang anda boleh bawa kanak kanak secara free dan percuma.
Walaupun KL merupakan kota raya metropolitan besar, banyak tempat percutian dan tempat best di kuala lumpur yang murah & percuma ramai orang tidak tahu dari tempat hiking, tempat berkelah di kl, tempat mandi di kl dan jalan-jalan yang menarik untuk anda pergi.
Warwarkan dan kongsikan 10 senarai tempat menarik di kuala lumpur kl untuk keluarga dan kanak kanak samada aktiviti waktu malam atau siang secara free dan percuma di Whatapps dan Facebook ahli keluarga anda yang terdekat atau kawan-kawan jika mereka yang ada plan sama ke KL. JOM!