Cara Apply Personal Loan Bank Rakyat 2025 mengikut syarat Pinjaman Peribadi Bank Kerjasama Rakyat untuk sektor awam kerajaan & pekerja swasta
Bank Rakyat menawarkan tiga pelan pinjaman peribadi iaitu Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam untuk penjawat awam dan juga personal loan 2025 untuk pekerja Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Pembiayaan Peribadi-i Pesara khusus untuk pesara kerajaan dan Anggota Tentera Malaysia (ATM) serta Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
Pinjaman personal loan untuk swasta seperti ini memberi peluang pinjaman kepada pekerja sektor swasta serta mereka yang bekerja sendiri samada berpendapatan tetap atau pun tidak.
BACA SINI >> Kepada penjawat awam & kakitangan kerajaan boleh cuba mohon jika terdesak perlukan duit segera
Ketiga-tiga pinjaman peribadi ini merupakan pinjaman islamik yang patuh syariah sepenuhnya yang bermaksud tiada cagaran dan penjamin diperlukan untuk memohon.
Bank Rakyat Personal Loan 2025
Berikut merupakan huraian bank rakyat pinjaman peribadi dan personal loan kerajaan atau untuk swasta tersebut:
- BACA SINI >> Yayasan bank rakyat ppbu: bantuan rm1000 ybr
- BACA SINI >> OPR Malaysia: Apa Itu Maksud & Kesan Rate Naik Lagi
- BACA SINI >> akpk payment
PELAN | PERIBADI-i (AWAM) | PERIBADI-i (SWASTA) | FINANCING-i (PESARA) |
---|---|---|---|
SASARAN | Direka khas untuk penjawat awam, pekerja GLC dan anggota ATM | Mensasarkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri samada secara kontrak ataupun tetap | Ditawarkan kepada pesara kerajaan dan ATM |
JUMLAH DAN TEMPOH PEMBIAYAAN | RM5000 – RM200000 1 hingga 10 tahun | RM5000 – RM150000 1 hingga 10 tahun | RM5000 – RM100000 1 hingga 10 tahun |
Syarat Kelayakan Pinjaman
- BACA SINI >> Skjp loan pinjaman tanpa slip gaji
- BACA SINI >> syarat pinjaman peribadi gx bank
Di bawah ini dikongsikakan syarat untuk peribadi-i (Awam), (pinjaman peribadi swasta) dan juga loan peribadi bank rakyat Financing-i (Pesara).
SYARAT i (AWAM) |
---|
– Warganegara Malaysia. – Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran – Penjawat awam, pekerja GLC terpilih dan anggota ATM – Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan – Gaji bulanan tetap Rm1000 atau tahunan sebanyak RM12000. – Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). – Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) |
PERIBADI-i (SWASTA) |
---|
Syarat Umum Personal loan Bank Rakyat Untuk Swasta Warganegara Malaysia. Bersih dari senarai hitam bank lain Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Berpendapatan Tetap – Berumur 18 hingga 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran – Gaji bulanan RM2,000 atau tahunan sebanyak RM24,000. untuk jawatan tetap – Gaji bulanan RM8,000 atau tahunan sebanyak RM96,000 untuk Jawatan Kontrak Berpendapatan Tidak Tetap – Berumur 18 hingga 55 tahun pada tarikh akhir pembayaran – Gaji bulan minimum RM5,000 atau tahunan sebanyak RM60,000 berpeluang apply pinjaman peribadi untuk pekerja swasta |
FINANCING-i (PESARA) |
---|
– Warganegara Malaysia – Berumur 45 tahun ke atas dan 60 tahun pada tarikh akhir pembayaran – Minimum pencen RM800 sebulan atau RM9600 setahun – Bersih dari senarai hitam bank lain – Bebas dari Akaun Pemerhatian Khas (SAA). – Tidak di bawah pemantauan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) |
Jumlah Syarat Kelayakan Personal Loan Bank Rakyat 2025
KATEGORI | PERIBADI-i (AWAM) |
---|---|
Bayaran secara pindahan gaji atau Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Potongan Gaji Majikan (PGM) | Maximum RM200000 |
Bayaran Elektronik | Berdasarkan mana yang lebih rendah antara gandaan gaji sehingga 10 bulan gaji kasar atau RM200,000. |
KATEGORI | PERIBADI-i (SWASTA) |
---|---|
Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM | daripada 15 hingga 25 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan. |
Bayaran Elektronik | daripada 5 hingga 10 kali ganda gaji mengikut jumlah pendapatan bulanan |
Jadual pembayaran bank rakyat pembiayaan peribadi i adalah seperti di bawah ini
PERIBADI-i (AWAM) |
---|
Kadar Pinjaman Bank Rakyat (TETAP) – Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM (dari 4.64% hingga 6.25%) – Bayaran Elektronik (dari 5.75% hingga 6.31%) Kadar Terapung – Bayaran secara BPA atau PGM (dari 4.42% hingga 4.77% termasuk KA) – Bayaran secara pindahan gaji (dari 5.78% hingga 6.42%) termasuk KA – Bayaran Elektronik (6.42% hingga 6.77% termasuk KA KA – 2.85%) |
PERIBADI-i (SWASTA) |
---|
Kadar Terapung – Bayaran secara pindahan gaji atau BPA atau PGM (Daripada 8.22 peratus hingga 8.62 termasuk Kadar Asas KA) – Bayaran Elektronik (Daripada 10.22 peratus hingga 10.62 termasuk Kadar Asas KA 2.85 peratus) |
JADUAL PINJAMAN BANK RAKYAT 2025 i (PESARA) |
---|
Bayaran secara pindahan pencen ke bank 5.3 peratus hingga 5.65 peratus termasuk KA KA 2.85 peratus |
Cara Apply Loan Bank Rakyat
Selain daripada berkunjung ke institusi kewangan seperti Bank Rakyat anda boleh membuat permohonon pembiayaan peribadi bank rakyat di laman web mereka.
- Layari Bank rakyat dan pilih produk peribadi.
- Pada menu tarik turun, pilih pembiayaan-i, seterusnya pembiayaan peribadi-i dan pilih jenis pembiayaan yang anda seperti gambar rajah di bawah:
Pada halaman berikutnya sila tekan butang menu “Mohon Sekarang” dan anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah:
Pada paparan ini anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda dan memilih produk yang anda inginkan.
Pastikan anda skrol hingga ke bawah dan tandakan petak dasar privasi, seterusnya tekan “saya bukan robot” dan butang “hantar”. Tunggu sehingga anda dihubungi oleh pihak bank.
Kelebihan Pinjaman Peribadi Dengan Bank Rakyat
Tawaran kepada pekerja kontrak dan juga mereka yang tidak berpendapatan tetap.
Selain menawarkan pinjaman peribadi dan personal loan kerajaan kepada sektor awam, pesara kerajaan dan pekerja tetap di sektor swasta, Bank Rakyat juga memberi peluang kepada mereka yang berstatus kontrak ataupun yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memohon.
(i) Pinjaman 100% patuh syariah
Pinjaman peribadi mereka mengamalkan konsep Tawarruq yang bermakna pinjaman yang ditawarkan patuh syariah sepenuhnya dan tidak memerlukan penjamin ataupun cagaran.
(ii) Jumlah pembiayaan yang felksibel dan tinggi
Bank rakyat menawarkan jumlah pembiayaan dari RM5000 sehingga ke RM200000 kepada peminjam.
Jumlah ini adalah jumlah yang besar bagi pelan pinjaman yang tidak memerlukan penjamin atau cagaran
(iii) Tempoh bayaran yang panjang dan fleksibel
Tempoh bayaran balik adalah dari 1 hingga 10 tahun
(iv) Kelayakan umur yang fleksibel
Dari 18 hingga 60 tahun untuk pelan pembiayaan sektor swasta dan kerajaan
(v) Tiada caj penamatan awal
Anda tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya anda ingin melunaskan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang telah dipersetujui. Malah anda akan menerima rebat dari pihak Bank.
(vi) Kaedah pembayaran yang flesksibel
Anda boleh memilih untuk membayar dengan cara pemindahan gaji ke Bank Rakyat, melalui BPA, PGM ataupun melalui pembayaran elektronik.
(vii) Caj kadar keuntungan yang rendah
Kadar keuntungan serendah 4.54%
(viii) Ada cara overlap loan bank rakyat
Peminjam boleh menyatukan hutang-hutang lain di dalam satu pinjaman bagi memudahkan proses pembayaran hutang.
(ix) Kelulusan yang pantas dengan jumlah yang tinggi
Anda boleh mengetahui keputusan permohonan anda dalam masa 3 hari dan kelulusan yang anda akan dapat boleh mencecah sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda.
Keburukan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Personal Loan
- Kelayakan gaji untuk pekerja yang berjawatan kontrak agak tinggi
- Penyediaan dokumen bank rakyat pinjaman peribadi untuk pekerja swasta agak rumit terutama yang tidak berpendapatan tetap
- Bagi penjawat awam, sekiranya tiada borang EA, anda perlu mendapatkan pengesahan majikan untuk memohon dengan bank kerjasama rakyat
- Bagi pelan pinjaman pesara, sesetengah kes memerlukan penjamin.
Soalan lazim
Berdasar review dan pengalaman kami sendiri, pinjaman peribadi & personal loan yang anda baut degan bank rakyat, akan lulus sekitar 3-5 hari bekerja sahaja.