Yayasan Bank Rakyat PPBU: Bantuan RM1000 YBR

Yayasan Bank Rakyat PPBU: Bantuan RM1000 YBR

yayasan bank rakyat ppbu

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat merupakan satu bentuk biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Matlamat PPBU ini diperkenalkan adalah untuk mambantu pelajar Malaysia dari segi sosial dan ekonomi dengan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada menerima pendidikan di universiti kerajaan atau swasta. 

Pelajar yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Yayasan Bank Rakyat digalakkan untuk membuat permohonan PPBU ini. Fokus utama PPBU adalah kepada pelajar yang layak yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Bantuan PPBU ini berkonsepkan “Qardhul Hassan” iaitu bantuan pendidikan yang tidak dikenakan sebarang caj tambahan atau faedah sepanjang tempoh pembayaran balik. Oleh itu, PPBU ini memberi banyak kelebihan dan kebaikan kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan Yayasan Bank Rakyat PPBU

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti beberapa langkah seperti dibawah;

Pemohon boleh mula membuat permohon dengan melayari laman sesawang https://www.yayasanbankrakyat.com.my seperti pada Rajah di bawah 

bantuan bank rakyat

Pemohon mestilah memastikan mereka mempunyai surat tawaran sebelum membuat permohonan. Klik pada butang “Mohon Sekarang” di bahagian Pemohonan PPBU seperti pada Rajah di bawah ini.

BACA SINI >> iRakyat: login bank rakyat online banking & semak baki akaun

bank rakyat ybr
  • Kemudian, pemohon perlu klik pada butang “Daftar” seperti pada Rajah di bawah untuk mendaftar akaun di portal Yayasan Bank Rakyat untuk membolehkan pemohon mengisi borang permohonan PPBU
ppbu ybr
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat-maklumat yang diperlukan seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Daftar” setelah selesai mengisinya dengan betul dan tepat.
bantuan rm1000
  • Setelah selesai mendaftar permohonan PPBU, pemohon perlu menunggu sehingga keputusan PPBU keluar atau pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui laman sesawang rasmi Yayasan Bank Rakyat, emel dan mesej.
  • Surat tawaran akan diemelkan kepada alamat emel yang berdaftar kepada pemohon jika permohonan PPBU mereka berjaya.
  • Seterusnya, pemohon dikehendaki menjawab kuiz secara atas talian jika berjaya memperolehi surat tawaran daripada Yayasan Bank Rakyat. 
  • Akhir sekali, pemohon wajib menyimpan satu salinan borang permohonan PPBU yang telah berjaya sebagai simpanan dan kegunaan di kemudian hari.

NOTA: Permohonan PPBU ini boleh dibuat apabila pelajar menerima surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut yang berdaftar  atau berada dalm tempoh pengajian tahun pertama di institut seperti Institut Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dan Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Syarat Bantuan Bank Rakyat RM1000

Sebelum permohonan PPBU dibuat ileh pelajar, mereka mestilah memastikan bahawa mereka merupakan individu yang layak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Bank Rakyat.

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut tahap pendidikan tinggi yang dipohon adalah seperti berikut;

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dibuat dan surat tawaran diterima serta tidak lebih daripada umur 30 tahun selepas tamat pengajian bagi pemohon peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Professional, manakala bagi pemohon pelajaran peringkat Sarjana dan Falsafah Kedoktoran (PhD) adalah tidak lebih daripada umur 45 tahun. 
  2. Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa.
  3. Pemohon mestilah pelajar dalam bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Pelajaran Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC), Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan dan diiktiraf di bawah Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat. 
  4. Bagi pemohon pada peringkat Sijil, pemohon mestilah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan dua (2) kredit dalam mana-mana mata pelajaran lain.
  5. Bagi pemohon pada peringkat Diploma, pemohon mestilah lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya memperolehi 5A atau 4B serta tidak mendapat gred C dan keatas dalam keputusan tersebut.
  6. Bagi pemohon pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, pemohon mestilah sekurang-kurangnya mendapat kelulusan CGPA 3.0 dan keatas pada peringkat Diploma, Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta mendapat kelulusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan setaraf dengannya.
  7. Bagi pemohon pada peringkat Ijazah Sarjana, pemohon mestilah lulus dengan kelulusan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dan keatas dalam Ijazah Sarjana Muda.
  8. Bagi pemohon pada peringkat PHD, pemohon mestilah lulus dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 dan keatas dalam Ijazah Sarjana.

Individu atau pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti diatas layak untuk memohon tidak kira daripada mana-mana bangsa, agama dan kaum.

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan boleh dibuat pada laman sesawang https://application.yayasanbankrakyat.com.my. Pihak Yayasan Bank Rakyat juga akan menghantar emel dan SMS jika pemohonan pelajar berjaya.

Surat tawaran akan dihantar melalui emel kepada pemohon. 

Namun, jika permohonan pelajar gagal, pelajar boleh cuba untuk membuat permohonan rayuan supaya dipertimbangkan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat.

Jumlah Bantuan PPBU Bank Rakyat

Fokus utama para pelajar sebelum mereka membuat permohonan adalah dengan melihat kepada jumlah bantuan baru malaysia yang ditawarkan oleh sesebuah institusi tersebut.

Hal ini penting untuk memastikan jumlah bantuan tersebut bersesuaian dengan nilai yang perlu ditanggung oleh seseorang pelajar tersebut.

Tambahan pula, tujuan biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk meringankan beban kewangan pelajar apabila menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jumlah bantuan yang ditawarkan dalam PPBU ini adalah sepenuhnya bergantung kepada peringkat pelajaran pemohon pada masa permohonan.

Berikut merupakan jumlah bantuan atau biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian mengikut peringkat pelajaran mereka;

  1. Pelajar pada peringkat Sijil, mereka akan ditawarkan sebanyak maksimum RM30,000 selama 2 tahun pengajian dengan pembayaran RM400 sebulan untuk yuran pengajian.
  2. Pelajar pada peringkat Diploma, mereka akan ditawarkan sebanyak maksimum RM7,500 selama setahun pengajian dan pembayaran RM5,000 untuk yuran pengajian dan elaun bagi UiTM dan Politeknik sahaja selama tempoh pengajian.
  3. Pelajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka akan ditawarkan sebanyak maksimum RM9,500 selama setahun pengajian dan pembayaran RM6,500 untuk yuran pengajian dan elaun bagi UiTM dan Politeknik sahaja selama tempoh pengajian.
  4. Pelajar pada peringkat Ijazah Sarjana, mereka akan ditawarkan sebanyak maksimum RM12,000 selama setahun pengajian beserta yuran dan elaun sepanjang tempoh pengajian.
  5. Pelajar pada peringkat Falsafah Kedoktoran (PhD), mereka akan ditawarkan sebanyak RM55,800 selama 3 tahun pengajian dan pembayaran RM800 bagi yuran secara bulanan.

Kelebihan Pembiayaan Pendidikan Bank Rakyat

Banyak kelebihan yang akan diperolehi oleh pelajar apabila membuat permohonan PPBU ini.

Ia membantu dalam mengurangkan beban kewangan pelajar yang datang dari keluarga yang susah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak belajar yang peringkat yang lebih tinggi.

Hal ini penting, bagi menggalakkan pelajar yang mempunyai masalah dan halangan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 

Bukan itu sahaja, bidang pendidikan ini sangat penting kepada setiap individu.

Oleh itu, sangat sayang bagi seseorang individu yang layak untuk tidak melanjutkan pelajaran apabila mendapat peluang ini.

PPBU ini secara tidak langsung membantu anak Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, sekali gus meningkatkan sosial dan ekonomi masyarakat secara negara sejajar dengan matlamat utama PPBU. 

Kelebihan PPBU ini juga adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk berusaha lebih sepanjang tempoh pengajiannya supaya bantuan ini tidak ditarik balik oleh pihak Yayasan Bank Rakyat.

Ini penting untuk memastikan prestasi pelajar sentiasa berada di tahap yang memuaskan dan meyakinkan.

Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan lebih ramai lagi graduan yang berjaya serta dapat mengharumkan nama negara, Malaysia.

Insentif Diskaun Bantuan Pendidikan

Bagi pelajar yang mendapat PPBU ini, mereka tidak perlu membayar balik pembiayaan ini apabila tamat pelajaran jika mereka berjaya mendapat CGPA 3.5 sehingga 4.0 pada akhir tempoh pembelajaran.

Berikut merupakan antara insentif diskaun yang ditawarkan kepada pelajar PPBU yang berjaya menamatkan tempoh pembelajaran dengan baik;

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Bayaran YBR Ditamat Jika Melanggar Syarat

Pembayaran PPBU ini akan ditamatkan dengan dua (2) cara iaitu dengan penarikan pengeluaran PPBU atau dengan penamatan kontrak PPBU.

Kedua-dua cara ini akan terjadi apabila pelajar yang memohon PPBU ini melanggar syarat-syarat yang telah termaktub dalam perjanjian bersama Yayasan Bank Rakyat.

Antara syarat-syarat yang menyebabkan seseorang pelajar yang mendapat PPBU ditamatkan pembayaran adalah seperti berikut;

  1. Pelajar menangguhkan pelajar tanpa memaklumkan kepada Yayasan Bank Rakyat terlebih dahulu.
  2. Pelajar gagal melengkapkan tempoh pengajian seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.
  3. Pelajar telah mengisi borang permohonan dengan maklumat-maklumat yang tidak sahih.
  4. Pelajar gagal kekal dalam bidang pengajian seperti mana yang tertakluk dalam permohonan PPBU.
  5. Pelajar gagal lulus dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut perjanjian dalam permohonan PPBU.
  6. Pelajar gagal untuk mengekalkan prestasi dengan mendapat CGPA 2.0 dan ke bawah.
  7. Pelajar gagal meneruskan pelajaran mereka.

Oleh itu, pihak Yayasan Bank Rakyat akan menarik balik permohonan PPBU yang telah dibuat secara automatik dan pelajar akan kehilangan hak untuk mendapat PPBU ini sepanjang tempoh pengajian yang ditetapkan. 

Bila Tarikh Bayaran Duit Masuk Bantuan Bank Rakyat

Bantuan PPBU ini akan diberikan kepada pelajar yang layak menerima PPBU.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula dari 1 sehingga 2 bulan selepas pendaftaran semesta.

Pelajar perlu menggunakan wang mereka terlebih dahulu sebelum bantuan PPBU ini masuk ke akaun pelajar.

Walaubagaimanapun, ianya juga bergantung kepada Yayasan Bank Rakyat itu sendiri dan bagi pembayaran PPBU ini kepada pelajar, mereka tidak mempunyai tarikh-tarikh yang tertentu.

Contoh Soalan PPBU Bank Rakyat YBR

  1. apakah slogan baru bank rakyat
  2. maksud rakyat dalam bank rakyat
  3. jumlah aset bank rakyat 2018B
  4. jumlah keuntungan bank rakyat 2018
  5. berapakah jumlah aset bank rakyat berakhir 31hb disember 2018?
JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia