Cara Claim socso login untuk mc melalui borang tuntutan perkeso akibat kemalangan dan accident Cuti Sakit 2023
Alhamdulillah, satu demi satu program dilancarkan oleh Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial dengan harapan ia mampu menyediakan program kebajikan yang terbaik kepada ahli-ahlinya seperti anda di sini.
Selepas ini jikalau anda dapat Medical Certificate atau Sijil Sakit, anda sudah boleh mendapatkan duit daripada pihak perkeso malaysia.
Cuti sakit dapat, duit pun dapat daripada pihak PERKESO, memang terbaik! Program ini diletakkan di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau nama lainnya Employment Insurance Scheme EIS perkeso) dan juga Skim Keilatan (Invalidity Scheme).
Persoalannya bagaimana langkah demi langkah, syarat kelayakan dan cara kiraan untuk melakukan tuntutan duit bantuan Perkeso untuk anda yang dapat MC? Boleh semak panduan yang kami kongsikan kepada anda seperti di bawah ini:
Cara Claim Socso Melalui Borang Tuntutan Perkeso 2023
Boleh lihat langkah demi langkah seperti di bawah ini:
1) Anda dapat cuti sakit atau MC
- BACA SINI >> semak no socso
- BACA SINI >> Bajet 2024 Malaysia: Berita Intipati Ringkasan Madani
2) Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan MC yang anda terima adalah melibatkan beberapa kes dan kejadian yang berlaku terhadap andaa sehingga mendapat cuti sakit seperti:
- Anda mengalami kecederaan mahupun kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dalam perjalanan dalam urusan kerja, dalam perjalanan semasa rehat di waktu kerja
- Anda mendapat rawatan yang sah di klinik swasta, klinik kesihatan ataupun hospital kerajaan
BACA SINi: Borang 34 Perkeso Covid 19: Checklist & Cara Isi
3) Kemudian anda perlu download dan isi borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) dengan lengkap bagi emmboleh anda claim duit bantuan perkeso MC atau cuti sakit ini
4) Dah isi borang yang anda telah download tadi, boleh kepilkan bersama dokumen yang lain yang boleh anda RUJUK DI SINI untuk dihantar ke pejabat Perkeso yang berdekatan dengan anda.
5) Nantikan respon balas daripada kakitangan yang bertugas untuk tuntutan ini, dipersilakan. Berapa lama proses tuntutan perkeso. Berdasar pengalaman kami, tidak lama untuk pihak perkeso untuk proses.
Nilai Pampasan Kemalangan Perkeso 2023
Yang menarik lagi, dalam masa yang sama juga dalam tempoh anda dapat MC ini anda mengalami kecederaan atau kesakitan yang menyebabkan anda tak dapat bekerja selama 4 hari atau lebih, anda boleh claim duit bantuan perkeso sejumlah 80 peratus daripada jumlah gaji harian anda di bawah skim Faedah Hilang Upaya Sementara
Jika gaji harian anda sekitar RM100 sehari, anda akan dapat duit bayaran mc perkeso sebanyak RM80 sehari dan RM320 selama 4 hari dan begitulah seterusnya. Pastikan dalam tempoh 4 hari atau lebih ini sepanjang anda dapat MC atau cuti sakit, anda langsung tidak pergi ke tempat kerja anda. Jika tidak, anda sama sekali tak layak socso CLAIM bantuan ini.
Semoga Urusan Cara Claim Perkeso Dipermudah
Semoga perkongsian cara claim perkeso kemalangan memudahkan urusan tuntutan anda kelak.
Dalam pada masa yang sama, kami bantu untuk anda senaraikan senarai penyakit yang boleh claim socso. Nantikan kemaskini daripada kami. Jangan lupa GROUP TELGRAM di bawah ini
P/S: Jika anda mahu kongsikan beritaa baik ini kepada ahli keluarga anda yang tersayang atau kawan-kawan pejabat anda di Facebook dan Whatapps mereka, dipersilakan