Semakan Bantuan Sara Hidup BSH 2025 – Cara Login & Check

Cara Semak permohonan Bantuan Sara Hidup BSH 2025 login

semakan bantuan sara hidup bsh 2025

Inisiatif kerajaan ini diumumkan bagi membantu veteran tentera yang memerlukan sokongan kewangan.

Bantuan ini memberi keutamaan kepada veteran tanpa pencen yang menghadapi kesukaran kos sara hidup hari ini.

Ia bertujuan memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin walaupun selepas bersara daripada perkhidmatan.

Artikel ini akan menerangkan semua aspek penting termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara permohonan termasuk semakan bsh 2025.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Sara Hidup untuk Veteran ATM

Permohonan untuk Veteran ATM boleh dibuat secara online atau manual.

  1. Layari laman rasmi Kementerian Pertahanan atau portal untuk mengisi borang permohonan.
  2. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Isi borang dan lampirkan dokumen seperti kad pengenalan serta dokumen perkhidmatan.
  3. Hantar permohonan lengkap melalui portal rasmi atau serah secara terus ke pejabat JHEV berhampiran.

BACA SINI >> STR 2025 Dalam Proses Rayuan

Cara Semakan Status untuk Veteran ATM

Semakan status permohonan boleh dilakukan secara online atau melalui pejabat JHEV.

BACA SINI >> pengiraan gcr pencen

  1. Layari portal rasmi dan pilih “Semakan Status.” Masukkan nombor kad pengenalan untuk semak
  2. Kunjungi pejabat JHEV berhampiran untuk semakan manual. Bawa salinan dokumen pengenalan diri.
  3. Hubungi nombor talian yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk pertanyaan lanjut.

SUMBER: JHEV

Berapa Jumlah Bantuan?

Jumlah bantuan yang diberikan ialah RM500 sebulan. Berbanding sebelum hanya dapat RM300 sebulan kepada veteran tentera atm.

Jumlah bantuan ini dibayar secara tunai atau terus ke akaun bank pemohon.

Syarat Kelayakan untuk Veteran ATM

Veteran ATM perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan sebelum layak menerima bantuan ini:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang sah.
  2. Pemohon ialah veteran ATM tanpa pencen yang telah tamat perkhidmatan secara sah.
  3. Pemohon tidak bekerja di sektor awam atau swasta secara tetap.
  4. Permohonan perlu disertakan dokumen lengkap seperti kad pesara ATM atau dokumen perkhidmatan.

Tarikh Bayaran BSH

Pembayaran bantuan dijalankan secara berperingkat sepanjang tahun 2025.

Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh pembayaran dan pelaksanaan kenaikan ini, disarankan agar veteran ATM tidak berpencen menghubungi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM atau merujuk kepada pengumuman rasmi daripada pihak kerajaan.

Soalan Lazim

1. Siapa yang layak menerima BSH Veteran ATM?

Veteran ATM tanpa pencen yang memenuhi syarat kelayakan layak menerima bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Pemohon boleh melawat laman web rasmi Kementerian Pertahanan atau portal Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.

Ataupun anda boleh juga menghubungi hotline rasmi JHEV.

Pemohon disarankan semak status kelayakan dari masa ke semasa bagi memastikan dokumen sokongan lengkap.

Artikel ini diharap dapat membantu veteran ATM memahami dan memanfaatkan insentif ini sepenuhnya.