Rayuan STR 2025 – Maksud Dalam Proses & Kod Tidak Berjaya

Aapa maksud keputusan rayuan str 2025 yang sudah diterima: Tidak lulus & Senarai kod Tak berjaya bantuan sumbangan tunai rahmah lhdn.

permohonan rayuan str fasa

Kepada yang tidak lulus keputusan rayuan sumbangan tunai rahmah jangan risau. Ada peluang kedua untuk anda sebenarnya.

Ini adalah kerana anda mungkin tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh lhdn.

Walaubagaimanapun, yang gagal dan tidak lulus boleh boleh sahaja hantar sekali lagi untuk permohonan kali kedua.

Anda boleh hantar permohonan sekali lagi terus di kaunter lhdn ataupun secara online.

Permohonan Rayuan Str 2025 Diterima

Cara permohonan secara online boleh terus dilakukan di link pautan rasmi ini, https://bantuantunai.hasil.gov.my

Cara Memohon Bantuan Str 2025 Online
Log Masuk MySTR STR Terkini
Syarat Kelayakan Str Bujang 2025

Pihak LHDN akan memaklumkan tarikh akhir dan tarikh tutup dari semasa ke semasa untuk anda hantar rayuan bantuan str 2025.

Senarai Maksud Kod Tidak Berjaya STR

Di bawah ini kami kongsikan senarai antara alasan tidak lulus dan maksud kod tidak berjaya str sumbangan tumai rahmah.

kod alasan tidak lulus

1. Kategori Warga Emas, OKU, Duda, Ibu / Ibu Tunggal

  1. ANDA berumur bawah 21 tahun atau 60 tahun dan ke atas (untuk anda yang masih ada pasangan dan mempunyai anak)
  2. ANDA merupakan seorang orang kurang upaya yang berumur bawah 19 tahun atau lebih 59 tahun
  3. ANDA merupakan seorang orang kurang upaya tetapi tidak daftar nama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
  4. ANDA merupakan seorang ibu tunggal atau janda tunggal berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri
  5. ANDA merupakan seorang bapa tunggal atau duda yang masih berumur bawah 60 tahun dan TIDAK ada anak sendiri
  6. ANDA merupakan seorang warga emas atau orang tua yang tidak hidup melarat atau sebatang kara
  7. ANDA merupakan seorang yang memegang status OKU di Malaysia tetapi masih lagi nama anda tidak tersenarai dalam bantuan e-bantuan JKM
  8. ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan dek kerana bekas suami juga mengunakan nama anda dan anak-anak anda ketika permohonannya

2. Buat Rayuan Bantuan Str 2025 Untuk Pelajar / Str di Malaysia

  • ANDA individu bujang berumur lebih 21 tahun walaupun gaji dan pendapatan anda bawah RM2500 sebulan
  • ANDA sekarang ini sedang berkelana dan tinggal di luar negara (oversea) samada sedang belajar atau bekerja di sana

3. Lhdn Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah Untuk Str Suami Isteri

  1. ANDA merupakan seorang warga asing yang tiada MYPR atau MYKAS atau pendatang tanpa izin PATI
  2. ANDA sudah berkahwin suami isteri TETAPI belum tukar status bujang ke berkahwin pun tak layak dapat str
  3. ANDA tidak update ‘Pendapatan Kasar Bulanan’ yang mana ramai berjaya kesan ia bertukar 0. Jadi sila hati-hati!
  4. ANDA sudah upload dokumen penting yang diperlukan secara online TETAPI anda tidak serahkan salinan dokumen di pejabat cawangan LHDN yang terdekat dengan anda
  5. ANDA tidak mengemaskinikan status perkahwinan str terkini selepas kematian suami anda
  6. ANDA memiliki pendapatan isi rumah secara kasar melebihi RM5,000 sebulan
  7. ANDA ada pasangan str suami / isteri warga asing tetapi tiada bukti dokumen penting seperti Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan
  8. ANDA berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang ada MYKID atau MYKAD
  9. ANDA telah dikesan hantar duplikasi permohonan str disebabkan suami anda telah hantar permohonan bersama madunya (KES POLIGAMI)
  10. ANDA tidak sertakan dokumen yang lengkap seperti:
  • sijil perkahwinan
  • bukti sahih anda telah tamatkan sijil ssm anda
  • bukti dokumen anda memang tinggal di Malaysia walaupun berulang-alik ke Thailand atau Singapura untuk bekerja
  • segala butiran yang anda perlu dibuktikan dengan dokumen yang sah dan SAHIH
  • bukti suami atau isteri telah meninggal dunia (SURAT KEMATIAN)
  • Bukti anda dapat kelayakan hak menjaga anak daripada mahkamah
  • BUKTI dokumen sijil penceraian dari Jabatan Agama
  • Islam Negeri / JPN / Mahkamah
  • dan lain-lain lagi

4. Untuk Ahli Perniagaan

  • ANDA ada ssm tidak layak str yang mana merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu syarikat Enterprise atau pemilikan tunggal (sole proprietor)
  • ANDA tidak layak str kerana mempunyai syarikat SDN BHD dengan ssm dan anda adalah salah seorang daripada pemilik syarikat Sendirian Berhad

5. Untuk Lain-lain Masalah

  1. ANDA bukan merupakan warganegara Malaysia
  2. ANDA mungkin telah kena tindakan senarai hitam dan blacklist untuk STR oleh LHDN kerana telah beri maklumat palsu untuk permohonan BKM, BSH, BKC, BPN, BPR sebelum ini
  3. ANDA berkahwin di luar negara dan masih lagi belum daftar perkahwinan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
  4. ANDA tidak boleh hantar permohonan kerana ada orang lain telah mengunapakai maklumat diri anda dalam permohonannya
  5. Masalah ini boleh selesai dengan syarat anda bawa bersama salinan pengenalan (Pasangan / Anak), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke cawangan LHDN untuk tujuan pengesahan

6. Untuk Syarat Yang Telah Dimansuhkan

  1. ANDA ada beli dan memiliki rumah, kedai yang bernilai lebih RM500 ribu
  2. ANDA merupakan pemilik motosikal berkuasa tinggi yang lebih daripada 500cc
  3. ANDA ada kereta import 1400cc atau lebih daripada itu
  4. ANDA memiliki kereta Malaysia 2000 cc atau lebih daripada itu

STR Tidak Lulus Untuk Tanggungan Anda 2025, Jika

Anda TIDAK LAYAK dapat tambahan duit melibatkan anak anak anda atau tanggungan anda, jika anda tidak mematuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah ini, bermakna anda tak dapat.

32) ANDA mempunyai anak angkat TETAPI tidak daftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara

33) ANDA mempunyai anak TETAPI tidak daftar dengan JPN

34) ANDA mempunyai anak yang berumur 19 tahun dan ke atas TETAPI tidak sambung belajar di mana-mana universiti awam di Malaysia / IPTS swasta di Malaysia

35) ANDA mempunyai anak TETAPI anak anda sudah pun mempunyai gaji dan pendapatan sendiri

36) ANDA mempunyai anak yang bukan memegang status OKU

Senarai Kod STR Tidak Lulus 2025

  • KOD 07: Anda atau pasangan anda gaji pendapatan dilihat lebih Rm4 ribu sebulan
  • KOD 09: Gaji anda lebih RM2,000 sebulan
  • KOD 12: Anda dikesan menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
  • KOD 13: Pasangan anda dikesan menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
  • KOD 34: Anda dikesan sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini
  • Str kod 06 (bukti habis belajar)
  • KOD 02: Ada masalah dengan sistem Jabatan pendaftaran Negara JPN
  • KOD 05: Anda menerima gaji yang melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan
  • KOD 21: Apabila log masuk str tertera yang mana Pasangan turut mohon juga
  • KOD 41: Anda mempunyai kediaman yang menyebabkan anda tidak layak
  • KOD 09: Mystr semakan menunjukkan anda merupakan salah seorang pemegang saham

Semakan Permohonan Rayuan Str 2025 Diterima

  • Seperti biasa, anda perlu akses ke portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk mengetahui semakan rayuan str 2025. Dapat ke tidak.
  • Masukkan info nombor ic anda dan klik butang “Semakan Status” untuk mengetahui status semakan.
  • Pemohon juga akan menerima notifikasi kelulusan melalui portal atau SMS samada rayuan bantuan rahmah lhdn berjaya atau tidak.

Tarikh Tutup Rayuan STR 2025

Anda perlu tahu bila tarikh tutup untuk rayuan STR 2025 supaya anda tidak terlewat hantar permohonan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Tempoh tarikh akhir rayuan str biasanya ditutup sebulan selepas buat pengumuman rasmi bantuan sumbangan tunai rahmah.

  • Duit rayuan akan disalurkan ke akaun penerima dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan.
  • Pastikan anda telah kemaskini maklumat akaun bank yang anda berikan betul dan tepat semasa proses rayuan str

Apa Maksud Str Dalam Proses Rayuan

Jika menerima Status “Dalam Proses Rayuan STR” bermaksud permohonan anda sedang dinilai oleh pegawai lhdn.

Mereka sedang meneliti segala aspek termasuk maklumat pendapatan, dokumen sokongan, dan kelayakan melibatkan diri anda.

Ini bagi memastikan bantuan disalurkan kepada individu yang layak sahaja.

Semoga Berjaya

Kami doakan anda terus berjaya ikut segala syarat permohonan rayuan sumbangan tunai rahmah dari tidak lulus kepada status berjaya menerima bantuan str 2025 sepertimana dijanjikan oleh Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.