Bantuan Wanita: Semakan Mohon Modal Perniagaan

Bantuan Wanita: Semakan Permohonan Mykasih Kapital dan geran usahawan dananita mara bsn

semakan permohonan bantuan wanita

Golongan wanita memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sosioekonomi negara ke arah melahirkan negara Malaysia yang lebih maju. Walaubagaimanapun, ada segelintir kaum wanita yang perlu dibantu daripada segi ekonomi dan sosial mereka.

Antaranya faktor kos menghantar anda ke taska, kekangan masa selepas kelahiran anak, majikan kurang untuk mengambil golongan ibu yang acapkali bersalin. ataupun boleh juga ketidakupayaan untuk kembali bekerja selepas kelahiran anak. Macam-macam faktor dan asbabnya.

Oleh itu pada pembentangan belanjawan malaysia madani 2024, kerajaan Malaysia berbesar hati untuk membantu kalangan wanita untuk menjana pendapatan. Oleh itu, kerajaan Malaysia dalam perbentangan Belanjawan 2023 telah mengetengahkan satu inisiatif bantuan wanita kepada golongan wanita.

Ada insentif untuk menanti anda yang menyahut saranan kerajaan kali ini melalui bantuan untuk wanita kali adalah:

Semakan Permohonan Mykasih Kapital 2023 Bantuan Geran Usahawan Wanita

Banyak tawaran geran yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk usahawan usahawan wanita di Malaysia.

Walaubagaimanapun, ianya adalah berbentuk skim pembiayaan.

Namun, terdapat satu geran usahawan wanita yang diwujudkan secara percuma, tetapi dana geran bantuan yang ditawarkan hanyalah maksimum sehingga RM1000 sahaja.

Semakan geran ini dikenali sebagai geran usahawan wanita MyKasih Kapital. Geran ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan wanita dalam bidang perniagaan sekaligus mengekalkan penglibatan mereka dalam arus perniagaan yang semakin mencabar.

Bantuan Modal Perniagaan Khas Untuk Wanita Mula Bisnes

Modal merupakan elemen yang penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang besar pastinya memerlukan modal perniagaan yang banyak.

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu inisiatif berbentuk bantuan modal perniagaan khas untuk wanita yang ingin memulakan bisnes dan perniagaan.

Permohonan bantuan modal perniagaan ini diberikan menerusi program MyKasih Kapital online. 

MyKasih Kapital 2023 merupakan bantuan modal permulaan perniagaan berbentuk wang ringgit.

Semakan permohonan Bantuan sebanyak RM1000 akan diberikan kepada individu wanita yang layak menerima MyKasih Kapital ini.

Bantuan ini adalah lebih tertumpu kepada modal perniagaan berskala kecil seperti perniagaan e-Dagang, dropship dan banyak lagi.

semakan mykasih kapital 2023 geran usahawan wanita
  • Pemohon boleh membuat borang permohonan bantuan online ini dengan mengemukakan permohonan bantuan ini melalui Yayasan Kebajikan Masyarakat dan segala maklumat lanjut mengenainya boleh didapati menerusi portal rasmi MyKasih Kapital 2023 di portal https://yknm.org.my seperti pada Rajah di atas ini
  • Secara amnya, tujuan bantuan ini disalurkan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan serta meningkatkan taraf hidup kaum wanita dalam menghadapi cabaran ekonomi hari ini.

Bantuan Usahawan Wanita 2023 Program Latihan Dan Kursus Percuma

Banyak bantuan yang diperkenalkan kepada usahawan wanita untuk menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan sama ada secara atas talian atau fizikal.

Pelbagai program latihan khas dan kursus percuma yang diwujudkan untuk membantu memberi pendedahan kepada kaedah perniagaan yang berjaya kepada kaum wanita, antaranya termasuklah New Gen Entrepreneurship Online Bootcamp (N-GENE), Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, SME Bank – Skim Juara Lestari, SME Corp – Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), PERKESO – Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal & Kerjaya TVET (Penyedia Latihan) dan Dana Inovasi Digital (DIGID).

Kesemua program ini diperkenalkan secara percuma kepada semua golongan termasuklah kaum wanita.

Semakan Permohonan Dananita BSN – Micro/i Kasih Nita 2023

Inisiatif BSN Micro Kasih-Nita merupakan salah satu inisiatif Belanjawan 2023 Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

BSN Mikro Kasih Nita ini merupakan bantuan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro wanita 2023 yang ingin mengembangkan perniagaan mereka bertujuan untuk menjana lebih banyak keuntungan serta memasarkan perniagaan mereka supaya lebih dikenali oleh masyarakat. 

Semakan kemudahan pinjaman dananita ini kebiasaannya dipohon adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai modal perniagaan, pembelian aset perniagaan dan melakukan kerja pengubahsuaian.

Pembiayaan ini boleh dipohon minimum RM5,000 sehingga maksimum RM50,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun. 

Individu yang memenuhi syarat kelayakan BSN Micro Kasih Nita boleh membuat permohonan bantuan pembiayaan ini.

Permohonan dananita ini boleh dibuat secara terus menerusi mana-mana cawangan BSN dan juga secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan permohonan pembiayaan dananita bsn ini secara atas talian;

semakan permohonan dananita bsn 2023
  1. Layari laman sesawang https://budget.mof.gov.my
  2. Klik pada butang “Mohon Disini”.
  3. Kemudian, borang permohonan akan dipaparkan kepada pemohon seperti pada Rajah di atas ini
  4. Masukkan maklumat perniagaan pemohon dengan lengkap dan betul serta muatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan permohonan permbiayaan ini.
  5. Setelah selesai mengisi dan memuatnaik dokumen, klik pada butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
  6. Akhir sekali, permohonan ini akan diproses dan pemohon yang lulus akan menerima notifikasi kelayakan untuk menerima pembiayaan ini.

Semakan Permohonan Dananita Mara 2023

DanaNITA merupakan kemudahan skim pembiayaan perniagaan yang dikhususkan kepada golongan usahawan wanita.

Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menggalakkan dan memperkasakan aktiviti perniagaan dalam kalangan kaum wanita ke arah meningkatkan pendapatan isi rumah serta mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Skim pembiayaan ini adalah bertujuan sebagai modal pusingan perniagaan dan pembelian aset perniagaan.

Pembiayaan yang layak dipohon, boleh buat permohonan dananita mara adalah sehingga RM150,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Usahawan wanita yang memenuhi syarat kelayakkan boleh membuat permohonan skim ini secara atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan skim dananita mara ini;

semakan permohonan bantuan wanita dananita mara 2023
  1. Layari laman sesawang bantuan dananita mara ini, https://www.mara.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada butang “Permohonan Dalam Talian”.
  3. Kemudian, klik pada butang “Daftar Pengguna” untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
  4. Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan klik pada butang “Daftar”.
  5. Akaun pemohon berjaya didaftarkan.
  6. Seterusnya, log masuk ke akaun pemohon di https://aplikasi.mara.gov.my
  7. Akhir sekali, hantar permohonan pemohon menerusi portal ini untuk mendapat skim pembiayaan DanaNITA ini.

Permohonan Bank Rakyat BR Plus i Biz Lady

Skim bantuan perniagaan Bank Rakyat Plus i-Biz Lady merupakan skim pembiayaan yang dikhususkan kepada usahawan wanita yang terdiri dalam perniagaan mikro, perindustrian kecil sederhana (PKS) dan koperasi.

Pembiayaan tunai ini adalah pembiayaan jangka pendek bertujuan membantu memudahkan para usahawan wanita memperkasakan perniagaan mereka kea rah yang lebih stabil.

Bantuan pinjaman ini adalah sehingga RM300000 diberikan kepada pemohon. 

  • Permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan pada mana-mana cawangan Bank Rakyat dan boleh dipohon online menerusi portal rasmi Bank Rakyat di portal https://www.bankrakyat.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
permohonan bantuan bank rakyat br plus i biz lady

Bantuan wanita merupakan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan khusus untuk kaum wanita dalam bentuk sumbangan, harta benda dan penyertaan program-program kewanitaan.

Bantuan ini diwujudkan untuk memastikan kebajikan kaum wanita sentiasa dipelihara dan dijaga. Bukan itu sahaja, bantuan ini juga disalurkan untuk menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam program-program yang diperkenalkan oleh Kerajaan.

Mungkin selepas ini boleh berikan lebih banyak lagi pengecualian cukai pendapatan kepada golongan wanita di Malaysia pada masa akan datang

Warwar bantuan wanita seperti ini di Facebook dan Whatapps group ahli keluarga anda yang anda rasa layak untuk dibantu!

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia