Baucar Buku IPT: Mysiswaplace Semakan Bantuan RM100

Daftar permohonan Baucar Buku IPT: Mysiswaplace Semakan Bantuan RM100

bantuan baucar buku mysiswaplace

Berita baik kepada semua pelajar di peringkaat pengajian tinggi. Baucar Buku MySISWAPLACE adalah inisiatif terbaru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui bantuan sara hidup kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Dengan jumlah bantuan sebanyak RM100, baucar ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar bagi tujuan membeli buku dan bahan pembelajaran lain melalui platform MySISWAPLACE.

Program ini membantu kalangan pelajar IPT yang aktif dan telah daftar dan register dengan KPT, bermula dari peringkat sijil hingga ijazah doktor falsafah. Semua layak calaim dan tebus bantuan ini.

Program bantuan seperti ini amat penting dalam membantu pelajar yang menghadapi cabaran kewangan sepanjang tempoh pengajian mereka. Di sini, kami akan menerangkan syarat kelayakan, cara semakan, langkah dan untuk menebus baucar, tempoh penebusan, serta maklumat lain yang relevan bagi mereka yang layak untuk menerima bantuan ini.

Cara Semakan Kelayakan Baucar Buku

Pelajar yang ingin menyemak kelayakan mereka boleh melakukannya dengan mudah di portal rasmi MySISWAPLACE.

Berikut adalah langkah untuk check dana semak kelayakan:

  • Layari Portal MySISWAPLACE di link pautan ini, https://mysiswaplace.my.
  • Masukkan Maklumat Diri: Pelajar perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Matrik, dan memilih jenis institusi pengajian masing-masing.
  • Klik Semak Kelayakan: Setelah memasukkan maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Semak Kelayakan” untuk mengetahui status kelayakan.
  • Proses semakan secara online ini mudah dan cepat, memastikan pelajar dapat mengetahui status kelayakan mereka tanpa perlu melalui proses yang rumit.

Syarat Kelayakan untuk Baucar Buku MySISWAPLACE

Untuk memastikan baucar ini sampai kepada pelajar yang benar-benar memerlukan, terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh KPT:

BACA SINI >> kalkulator mypakw

  • Warganegara malaysia: Bantuan ini hanya terbuka kepada pelajar yang berstatus warganegara Malaysia.
  • Berdaftar dengan ipt yang diiktiraf kpt: Pelajar yang layak mesti berdaftar di salah satu IPT yang diiktiraf oleh KPT, termasuk Universiti Awam, IPT Swasta, Politeknik, dan Kolej Komuniti.
  • Status pengajian aktif: Pelajar yang layak mestilah dalam status aktif dalam mana pusat pengajian yang berdaftar untuk sekurang-kurangnya tempoh sehingga 31 Mac 2024.
  • Peringkat pengajian yang Layak: Pelajar dari pelbagai peringkat pengajian, dari sijil hingga ijazah doktor falsafah (PhD), layak menerima baucar ini.
  • Mod pengajian sepenuh atau separuh masa: Bantuan ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa atau separuh masa.
  • Syarat ini ditetapkan bagi memastikan bantuan disalurkan kepada pelajar yang benar-benar aktif dalam sistem pendidikan tinggi.
  • Paling penting, pelajar tersebut benar-benar memerlukan bantuan ini untuk pembelian bahan pembelajaran termasuk buku.

Cara Claim Baucar Buku di MySISWAPLACE

Bagi pelajar yang layak, penebusan baucar buku boleh dilakukan dengan dengan mengikut langkah seperti di bawah ini:

bantuan buku
  1. Sahkan Kelayakan: Setelah anda disahkan layak melalui semakan di portal MySISWAPLACE, kod baucar akan dijana secara automatik di portal tersebut.
  2. Gunakan Kod Baucar: Kod baucar tersebut boleh digunakan untuk pembelian buku dan bahan pembelajaran lain di platform MySISWAPLACE sahaja. Baucar ini bernilai RM100 dan hanya sah digunakan dalam platform yang disediakan.
  3. Pilih Buku atau Bahan Pembelajaran: Pelajar boleh memilih pelbagai bahan pembelajaran yang diperlukan melalui MySISWAPLACE, memanfaatkan kod baucar yang disediakan untuk pembelian.
  4. Penebusan ini menawarkan fleksibiliti kepada pelajar dalam memilih buku atau bahan yang diperlukan, membolehkan mereka menggunakan baucar tersebut mengikut keperluan akademik mereka.

Tempoh Penebusan Baucar

Penting untuk anda mengetahui yang mana tempoh penebusan baucar buku ini adalah terhad.

Pelajar hanya boleh mula menebus baucar maisng-masing bermula dari 30 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024 sahaja.

Tempoh penebusan ini menyediakan masa yang mencukupi bagi pelajar untuk memilih bahan pembelajaran yang diperlukan serta memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menggunakan bantuan ini.

Rayuan Jika Tidak Layak

Sekiranya pelajar mendapati mereka tidak layak selepas semak di portal MySISWAPLACE, maklumat mengenai proses rayuan tidak dinyatakan secara terperinci.

Namun, pelajar yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi pihak KPT atau wakil dari institusi pengajian masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemungkinan proses rayuan atau sebab kelayakan ditolak.

Tarikh Tebus dan Tuntutan Baucar

Bagi mereka yang layak, baucar boleh ditebus dan digunakan untuk pembelian di platform MySISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024.

Pelajar disarankan untuk membuat tuntutan dan pembelian secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang isu teknikal atau kekurangan stok bahan pembelajaran di platform tersebut.

Tempoh tuntutan ini akan berakhir pada 31 Disember 2024, jadi penting untuk pelajar mengambil perhatian terhadap tarikh ini bagi memastikan baucar digunakan dalam tempoh yang sah.

Maklumat Lanjut

Baucar Buku MySISWAPLACE merupakan langkah positif daripada KPT dalam membantu pelajar IPT di Malaysia.

Dengan bantuan RM100 yang disalurkan melalui platform khusus, ia memudahkan pelajar dalam mendapatkan bahan pembelajaran yang diperlukan sepanjang tempoh pengajian.

Syarat kelayakan yang jelas dan proses semakan serta penebusan yang mudah menjadikan inisiatif ini lebih sangat menarik dikalangan pelajar IPT hari ini.

Bagi pelajar yang memerlukan bantuan dalam mendapatkan bahan pembelajaran, Baucar Buku MySISWAPLACE ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.

Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang layak dan mendorong kecemerlangan akademik di kalangan pelajar IPT di Malaysia.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia