Jadual Bayaran Ptptn: Tarikh Bila Duit Masuk Setiap Semester

Cara Bayaran Balik PTPTN 2023 online payment, permohonan penangguhan, exemption bayar untk yang dapat kelas pertama serta bila tarikh duit masuk ptptn dari ptptn.gov.my

bayaran balik ptptn 2023 payment online

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan.

BACA SINI >> Ptptn semak baki secara online

Ia menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman kepada individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samaada di institusi kerajaan atau swasta. Pinjaman PTPTN ini penting bagi meringankan beban kewangan pelajar yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pinjaman ini perlu dibayar semula setelah peminjam PTPTN ini berjaya menamatkan pelajaran bermula pada bulan yang ke-13 setelah tamat tempoh pinjaman yang telah ditetapkan.

Jadual Bayaran Balik Ptptn 2023

BACA SINI >> Semakan penyata pinjaman kpt malaysia & biasiswa

Peminjam wajib membuat PTPTN bayaran balik jika tidak terkecuali daripada pembayaran PTPTN payment online.

BACA SINI >> Semakan bantuan yapeim online

  • Bayaran PTPTN payment online terus di link pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login seperti pada Rajah di bawah ini.
  • Peminjam hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan serta klik pada butang “log masuk” yang berwarna biru.
  • Seterusnya, pada bahagian menu, peminjam perlulah klik pada butang “Penyata Baki” untuk membuat pembayaran balik.
  • Bayar balik ptptn boleh dibuat melalui “Direct Debit” atau melalui transaksi bank secara atas talian.

BACA SINI >> Cara register pinjaman ptptn dan login myptptn app

ptptn bayaran balik

Cara Bayar Ptptn Melalui Kwsp

Cara bayar PTPTN payment online bukan sahaja boleh dilakukan melalui pembayaran terus melalui akaun bank, akan tetapi boleh juga buat ptptn pembayaran balik guna akaun 2 KWSP.

Ya benar, Pembayaran balik pinjaman PTPTN juga boleh dilakukan melalui caruman KWSP yang dibuat oleh peminjam.

Secara tidak langsung, apabila dibolehkan bayar ptptn guna kwsp dapat memudahkan peminjam membayar balik pinjaman mereka.

Peminjam yang ingin bayar balik hutang PTPTN guna akaun KWSP mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan, boleh ikut cara bayar ptptn melalui kwsp seperti di bawah ini;

  1. Daftar masuk ke portal rasmi i-Akaun KWSP, https://secure.kwsp.gov.my
  2. Kemudian, klik pada tab “Pengeluaran” dan pilih bahagian “e-Pengeluaran”, serta klik pada “Permohonan Baru”.
  3. Semak status permohonan pengeluaran KWSP bagi tujuan bayaran ptptnnn yang akan dihantar melalui peti mesej pada telefon bimbit anda.
  4. Akhir sekali, hadir ke pejabat KWSP bersama borang KWSP dan membuat pengesahan cap jari untuk tujuan bayar ptptn guna kwsp.

Semakan Bila Tarikh Ptptn Duit Masuk Setiap Semester 2024

Pihak PTPTN malaysia akan menentukan semakan tarikh kemasukan duit PTPTN masuk bila pada setiap tahun kepada peminjam.

Kebiasaannya, wang PTPTN akan masuk secara terus ke akaun peribadi peminjam.

Peminjam boleh membuat semakan tarikh duit PTPTN masuk 2023 pada portal rasmi PTPTN secara atas talian pada laman sesawang http://www.ptptn.gov.my/msk/ seperti pada Rajah di bawah.

tarikh duit ptptn masuk bila 2023

Mengikut jadual pengkreditan ptptn yang menjadi kelaziman, pelajar akan mendapat wang PTPTN dua (2) minggu selepas bermulanya semester baru pada setiap tahun.

Sebagai contoh tarikh kredit ptptn 2023, semesta baru bermula pada 15 Mac, maka pelajar akan mendapat pinjaman PTPTN pada 1 April.

Begitulah ptptn kredit ke akaun 2023 dan seterusnya.

Ini ringkasan info bagi tarikh duit ptptn masuk bila 2023

  • Pinjaman PTPTN yang dipohon oleh pelajar akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar pada setiap sem.
  • Ianya bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar.
  • Bukan itu sahaja, ianya dapat menampung kos sara hidup seharian pelajar di universiti.
  • Oleh itu, pihak PTPTN akan mengkreditkan pinjaman dana PTPTN ini pada minggu ke-2 sehingga minggu ke-4 pada setiap semesta yang diduduki oleh pelajar.
  • Tidak ada tarikh tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN bagi kemasukan pinjaman PTPTN ini.

Cara Batal Guna Borang Pembatalan Ptptn

Pelajar yang mempunyai masalah kekangan kewangan pastinya akan memohon pinjaman pelajaran seperti pinjaman PTPTN, MARA, JPA dan banyak lagi.

Namun, proses bagi kelulusan pinjaman-pinjaman ini bergantung kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan. PTPTN menawarkan syarat kelayakan yang paling longgar.

Boleh dikatakan hampir 80% permohonan diluluskan oleh pihak PTPTN. 

Ada segelintir yang telah berjaya lulus pinjaman PTPTN tetapi memilih untuk membuat pembatalan kerana mereka juga mendapat pinjaman daripada perbadanan lain atau sebab-sebab munasabah.

Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman PTPTN seperti pada Rajah di bawah ini yang boleh didapati melalui portal rasmi PTPTN atau melalui kaunter pejabat PTPTN.

Borang ini perlu dihantar bersama-sama surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman serta surat tawaran penerimaan penaja lain jika ada.

borang pembatalan ptptn melalui online

Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Ptptn 2023

PTPTN juga telah menyediakan jadual kemudahan kepada para peminjam dengan membenarkan penangguhan bayaran PTPTN.

Ianya tertakluk kepada sebab-sebab yang relevan untuk memohon melalui borang penangguhan ptptn, antaranya peminjam yang terjejas dan kehilangan pekerjaan, peminjam terlibat dengan bencana alam dan peminjam mendapat penajaan lain.

Permohonan dan pengesahan kendiri tujuan penangguhan bayaran boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN.

Borang permohonan penangguhan bayaran ptptn seperti pada Rajah di bawah, boleh didapati pada laman sesawang www.ptptn.gov.my.

permohonan penangguhan bayaran ptptn 2023

Salinan surat sebab penangguhan hendaklah dilampirkan bersama borang permohonan tersebut.

Kemudian, borang dan surat tersebut mestilah dihantar ke kaunter PTPTN atau melalui atas talian.

Cara Dapatkan Surat Penyelesaian Hutang Ptptn

Peminjam yang berjaya melangsaikan hutang pinjamannya dengan PTPTN akan dibekalkan dengan Surat Penyelesaian Hutang PTPTN.

Surat ini penting sebagai bukti anda telah melangsaikan segala hutang melibatkan hutang pembelajaran bagi mengelakkan anda untuk membuat pinjaman lain bersama pihak bank.

Surat penyelesaian hutang PTPTN ini boleh didapati di portal rasmi PTPTN dengan mendaftar masuk ke dalam akaun peminjam itu sendiri.

Namun, mengikut kebiasaannya, peminjam akan dibekalkan dengan surat tersebut apabila peminjam berjaya melunaskan hutang PTPTN dengan baik dalam masa dua (2) hari bekerja selepas pembayaran penuh dibuat. 

Bagi individu yang mendapat surat yang dikeluarkan oleh pihak PTPTN, mereka boleh mendapatkan surat tersebut secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN.

Mereka perlu mendaftar masuk dan memilih butang “Surat Penyelesaian Hutang” untuk mencetak surat tersebut.

Surat tersebut hendaklah disimpan sebagai rekod peribadi peminjam untuk kegunaan masa hadapan.

Contoh surat penyelesaian hutang adalah seperti pada Rajah di bawah.

cara bayar dengan surat penyelesaian hutang ptptn

Jadual Bayaran Ptptn

Semakan jadual permohonan ptptn boleh disemak di laman sesawang https://www.ptptn.gov.my oleh setiap peminjam.

Semakan jadual permohonan boleh dibuat dengan memasukkan nama kursus yang diambil atau berdasarkan nama IPT peminjam.

Jadual semakan akan dipaparkan seperti Rajah di bawah ini yang menunjukkan semua maklumat-maklumat peminjam.

jadual ptptn 2023

P/S: Jika anda sudah ada kemampuan untuk membayar semula, jangan tangguh-tangguh. Ada pelbagai cara, bayar tunggakan ptptn secara ansuran pun boleh tiada masalah, ptptn tetap terima.

PP/S: Semoga persoalan melibatkan ptptn bila masuk 2023 terjawab.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia