Cara mohon Pinjaman Ptptn Loan: daftar Myptptn Online & cawangan Pejabat ptptn Near Me
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ia menawarkan sesiapa yang ingin memohon pinjaman pendidikan ptptn kepada pelajar-pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Ia merangkumi lanjutan pelajaran ke institusi awam atau swasta.
Bukan itu sahaja, PTPTN online ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi mendapatkan education loans.
Dengan adanya kemudahan untuk apply PTPTN loan ini, pelajar dapat menggunakan dana sumbangan itu untuk menyelesaikan kos pengajian seperti yuran pengajian, pembelian buku, belanja harian dan banyak lagi.
Cara Mohon Bayaran Pinjaman Ptptn Loan Online
Pelajar yang telah menerima surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta boleh mula membuat permohonan study loans.
- BACA SINI >> diskaun ptptn
- BACA SINI >> Bayaran balik ptptn loan
- BACA SINI >> sspn dividend dan interest rate
Pelajar wajib mempunyai salah satu nombor akaun SSPN sebelum membuat permohonan ptptn loan..
Bukan itu sahaja, pelajar juga hendaklah membuka akaun bank panel bagi IPT yang dipilih untuk memudahkan urusan pengkreditan bantuan education loans ke akaun bank pelajar.
Individu pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan permohonan boleh mula untuk membuat permohonan PTPTN online.
Berikut merupakan proses untuk cara mohon PTPTN loan di laman sesawang;
- Layari laman sesawang https://www.ptptn.gov.my
- Klik pada bahagian “e-Perkhidmatan Pinjaman Pendidikan ptptn”.
- Klik pada bahagian “Permohonan Kali Pertama”.
- Kemudian, masukkan maklumat diri peminjam dengan lengkap dan betul seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Hantar”.
- Seterusnya, pembelian no. pin hendaklah dibuat untuk melengkapkan pendaftaran pinjaman pendidikan ptptn.
- Akhir sekali, permohonan peminjam akan menerima notifikasi pendaftaran berjaya didaftarkan dan pengesahan berjaya atau tidak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN loan akan dimaklumkan kepada pemohon menerusi mesej atau emel.
Cara Daftar Myptptn App Untuk Urusan Ptptn Loan
ia merupakan aplikasi yang menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan pinjaman peminjam.
Ianya termasuklah semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, permohonan pemotongan gaji untuk pembayaran pinjaman pendidikan ptptn loan, semakan penyata pinjaman dan banyak lagi.
Individu yang membuat apply PTPTN educations loan mestilah daftar aplikasi ini untuk memudahkan cara urusan melibatkan loan ptptn mereka.
Berikut merupakan cara untuk daftar aplikasi ptptn loan ini;
- Layari ptptn website https://myptptn.ptptn.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan peminjam dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Kemudian, padankan imej atau gambar mengikut arahan yang telah dinyatakan untuk tujuan frasa pengesahan.
- Selepas itu, isi maklumat dan butiran peribadi diri peminjam dengan lengkap dan klik pada butang “Seterusnya”.
- Pilih frasa dan ikon keselamatan serta tanda pada bahagian pengesahan maklumat.
- Klik pada butang “Selesai”.
- Setelah itu, klik pada butang “Mohon TAC” untuk mendapatkan nombor TAC menerusi telefon bimbit peminjam.
- Masukkan nombor TAC yang telah diberikan.
- Akhir sekali, peminjam ptptn loan akan menerima notifikasi pendaftaran aplikasi MyPTPTN berjaya didaftarkan dan pengesahan akaun mestilah dibuat menerusi emel peminjam
Login Ptptpn Online Melalui Myptptn App
Setelah pengesahan akaun MyPTPTN telah dibuat oleh peminjam yang berjaya mendaftar, peminjam boleh mula log masuk ke akaun MyPTPTN.
Berikut merupakan cara untuk log masuk ke akaun MyPTPTN bagi tujuan memohon pinjaman pendidikan ptptn loan;
- Layari laman sesawang ptptn loan https://myptptn.ptptn.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan peminjam yang sah.
- Klik pada butang “anak panah”.
- Gunakan kata laluan yang betul.
- Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk”.
Office dan Pejabat Ptptn Near Me
Berikut merupakan senarai lokasi cawangan office, kaunter dan ibu pejabat utama ptptn office di seluruh negeri di Malaysia;
Ptptn Office | ALAMAT | NO TELEFON PTPTN |
---|---|---|
Ibu Pejabat KL PTPTN office near me (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) | Tingkat Bawah, Menara PTPTNN Blok D, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur. | 03 – 2193 1180 |
Ptptn branch Shah Alam Selangor | F-G-42 Vista Alam, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. | 03 – 5523 2170 |
Seremban Negeri Sembilan | No. 1-L2, Seremban Gateway, Off Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. | 06 – 760 6884 |
Ayer Keroh Melaka | No.37 & 39, Jalan KF 1, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka. | 06 – 233 6212 |
Johor Bahru | No. 17, Jalan Padi Emas 1/5, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru Johor. | 07 – 237 1094 |
Ipoh Perak | No. 11 & 13, Tingkat Bawah, Persiaran Green Town 4, 31300 Green Town, Ipoh, Perak. | 05 – 249 8411 |
Permatang Pauh Pulau Pinang | B2-G-20, B2-G-21, B2-G-22, Lorong Pauh Jaya 1/3, Taman Pauh Jaya, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang. | 04 – 383 1410 |
Alor Setar Kedah | No. 1302, Jalan Tunku Ibrahim, 05000 Alor Setar, Kedah. | 04 – 720 8403 |
Kangar Perlis | No. 3, Aras 1, Blok B, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Perlis Sena, 01000 Kangar, Perlis. | 04 – 970 8181 |
Kuantan Pahang | No.48, Malay Town, Jalan Putra Square 1, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang. | 09 – 517 3442 |
Kota Bharu Kelantan | Lot 396, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 15100 Kota Bharu, Kelantan. | 09 – 741 6537 |
Terengganu (UTC Terengganu) | L3-UTC-01, UTC Terengganu Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin 20100, Kuala Terengganu, Terengganu. | 09 – 623 3353 |
Kuching Sarawak | Lot 519, No. 15-I, Section 6, Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Kulas 93400 Kuching, Sarawak. | 082 – 234 608 |
Kota kinabalu Sabah | Lot M4-1 & Lot M4-3, Tingkat 4, Menara UTC Sabah, Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. | 088 – 487 245/ 467 |
Gunakan peluang ini untuk anda tanya lebih lanjut berkenaan ptptn loan dengan kakitangan yang bertugas.