Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Senarai berita bantuan dan Intipati ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

maksud ringkasan belanjawan 2024 malaysia madani

Maksud Malaysia Madani merupakan kerangka dasar kepemimpinan negara dalam memartabatkan negara menjadi sebuah negara yang aman, makmur, maju dan dihormati oleh negara-negara lain. Usul dasar ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023.

Dasar ini juga diwujudkan adalah tertakluk pada enam (6) tonggak utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan yang membawa maksud kepada perkataan “MADANI” itu sendiri. 

Tambahan pula, Malaysia Madani ini adalah berkonsepkan dan bertemakan “Membangun Malaysia Madani” yang menjadi sebuah pegangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, sosial dan pentadbiran.

Oleh itu, Malaysia Madani ini digunakan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat bagi melahirkan sebuah negara Malaysia yang membangun.

Cara Baca Teks Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani akan diumumkan dan diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia.

Pembacaan teks belanjawan 2024 malaysia madani ini akan disuarakan oleh perdana menteri di Parlimen.

Ucapan teks belanjawan ini juga akan dibaca secara teratur, jelas dan terperinci agar ianya mudah difahami oleh semua rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, intipati teks belajawan ini mestilah mencapai matlamat negara sepertimana slogan “Malaysia Madani”. Tuntasnya, teks ucapan perdana menteri ini boleh dirujuk di laman sesawang Malaysiamadani

Bila Tarikh Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Pembentangan belajawan 2024 negara akan diumumkan oleh kerajaan kepada rakyat pada setiap tahun.

Bagi Belanjawan Malaysia Madani 2024, ianya telah diumumkan pada 13 Oktober 2023 (Jumaat) secara siaran langsung oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Segala butiran dan intipati pembentangan belanjawan ini dijelaskan secara terperinci oleh Menteri Kewangan Malaysia yang bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa pengecualian serta menggalakkan pemerakasaan negara ke arah yang lebih baik.

SUMBER: Bantuan Malaysia

Intipati Ringkasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Intipati Belanjawan 2024 Malaysia madani secara amnya menfokuskan nilai Malaysia Madani bagi mencapai matlamat utama sesebuah negara.

Ianya ditelusuri bersama pakar ekonomi, perancang dan penjawat awam agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa terkecuali.

Berikut merupakan antara intipati ringkasan Belanjawan 2024 malaysia madani;

1. Berapa Jumlah Bayaran STR Pada Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40.

Ianya diberikan secara berperingkat yang dibahagikan kepada empat (4) fasa mengikut kategori penerima.

Sejumlah dana sebayak RM10 bilion akan diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan ini kepada golongan yang berkelayakan yang bakal memanfaatkan 9 juta penerima.

Kadar maksimum bantuan ini dipertingkatkan kepada RM3700 setahun bagi golongan kategori isi rumah, RM350 kepada golongan bujang dan RM600 kepada golongan warga emas.

Jelaslah, peningkatan ini diumumkan dalam belanjawan 2024 malaysia madani adalah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat dalam menempuh kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

Ianya sekaligus dapat meringankan beban kewangan rakyat dalam menguruskan keperluan harian mereka.

2. Belanjawan 2024 Gaji Penjawat Awam Naik atau Tidak

Menurut Belanjawan 2024, kerajaan masih dalam pertimbangan untuk menaikkan gaji penjawat awam bagi tahun 2024.

Kenaikan gaji sehingga RM300 ini masih belum diumumkan dan akan dipertimbangkan oleh kerajaan menerusi usul-usul para penjawat awam.

3. Berapa Jumlah Bayaran Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2024 akan memanfaatkan golongan B40 sebagaimana jumlah berikut;

bantuan belanjawan 2024 str

Penerima STR ini juga akan menerima Sumbangan Asas Rahmah berjumlah RM100 pada setiap bulan yang akan mula dikreditkan pada Januari 2024 menerusi MyKad penerima.

Sumbangan ini diberikan untuk membantu meringankan beban kewangan penerima serta menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Senarai Bantuan Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Di bawah ini merupakan bantuan yang diperkenalkan oleh Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah dan golongan bersasar yang layak menerima bantuan ini.

Bantuan ini telah dibentangkan di dalam belanjawan 2024 dan sejumlah dana telah diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan ini.

Ianya adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi ketidakstabilan ekonomi dan taraf hidup yang semakin meningkat.

Oleh itu, beberapa skim bantuan diperkenalkan kepada rakyat Malaysia sebagai salah satu inisiatif untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa senarai bantuan Rahmah yang diwujudkan kepada golongan bersasar untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat.

Antara bantuan belanjawan 2024 yang diumum adalah seperti berikut;

1. Senarai Sumbangan Tunai Rahmah Belanjawan 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10 pada belanjawan 2024, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan sumbangan ini sebagai bantuan tunai B40 yang diperuntukkan dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Bantuan ini dahulunya dikenali dengan BRIM, BSH, BPN, BPR, BKM dan kini dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan ini berkonsepkan pendekatan rahmah bertujuan membela nasib rakyat Malaysia yang rentan dan mudah terjejas.

Konsep “Payung Rahmah” ini adalah merupakan inisiatif bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang kurang berkemampuan.

Peruntukkan dana sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan kepada 9 juta penerima untuk menerima bantuan STR ini.

Permohonan dan check STR ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal bantuantunai

2. Kad Diskaun Khas Menu Rahmah Belanjawan 2024

Terdapat lebih kurang 3,000 premis yang terdiri daripada restoran dan kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah sebagai salah satu menu di premis mereka.

Oleh sebab itu, government telah menyediakan satu insentif berbentuk kad diskaun khas diberikan kepada peniaga dan pengusaha yang menyediakan Menu Rahmah di premis mereka.

Kad diskaun ini boleh dimohon oleh peniaga dan pengusaha premis kedai makan secara atas talian.

Tujuan insentif ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk menggalakkan kelangsungan Menu Rahmah ini disediakan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk makan di kedai makan. 

Perlaksanaan inisiatif Kad Diskaun Khas Menu Rahmah ini dilaksanakan dan boleh diguna pakai di enam (6) buah pasar raya yang terlibat iaitu AEON Big, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin dan NSK.

Diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada peniaga dan pengusaha untuk mereka mendapatkan barangan untuk menyediakan Menu Rahmah.

Oleh itu, peniaga dan pengusaha yang menyediakan Menu Rahmah sebagai salah satu menu premis mereka, mereka boleh membuat permohonan kad diskaun ini secara atas talian.

3. Ewallet RM100 Malaysia Madani

Malaysia telah memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali dengan eBeliaRahmah kepada golongan belia. Inisiatif ini dibentangkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seramai 2 juta golongan belia akan menerima RM100 seorang yang bakal diagihkan menerusi aplikasi e-Wallet.

Pengagihan bantuan eBeliaRahmah ini adalah bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia sekaligus menggalakkan transaksi digital dalam kalangan golongan belia seperti bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Penebusan ini boleh mula ditebus menerusi aplikasi e-Wallet oleh semua pengguna. Penebusan eBeliaRahmah ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Setel, Touch N Go dan Boost.

4. Pas Bulanan My50 Belanjawan 2024

My50 merupakan pas perjalanan bulanan yang disediakan kepada pengguna prasarana yang berstatus warganegara Malaysia.

Ianya merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status pendapatan bertujuan untuk membolehkan mereka mengakses kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia tanpa had seperti LRT, MRT, Monorel, & Bas Rapid.

Pas bulanan ini boleh digunakan unuk tempoh 30 hari secara tanpa had. Pembelian pas My50 boleh dibeli di mana-mana kiosk di stesen LRT & MRT yang terdapat di Maaysia. 

5. Senarai Bantuan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) ialah bantuan makanan asas yang diberikan secara khusus kepada golongan miskin tegar di Malaysia.

Sumbangan tambahan RM600 diberikan kepada penerima STR yang berdaftar sebagai penerima e-Kasih.

Ia merupakan program inisiatif yang diperkenalkan di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu meringankan beban kewangan masyarakat untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 210,000 penerima dan berjumlah RM130 juta.

Bantuan tunai ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat Malaysia membeli barangan keperluan harian di premis atau pasaraya yang terpilih sahaja.

Oleh itu, bantuan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia serta menggalakkan kehidupan yang lebih baik.

Permohonan dan check bantuan SARA ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman sesawang mykasih

6. Bantuan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan (IHTN)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali dengan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan (IHTN) yang berjumlah sehingga RM1000.

Insentif ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup dan kos penyelenggaraan peralatan nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan nelayan.

Bantuan ini juga merupakan salah satu langkah untuk meringankan beban para nelayan dalam menghadapi ketidaktentuan hasil tangkapan mereka yang mana secara tidak langsung dapat menjejaskan pendapatan mereka.

Oleh sebab itu, IHTN ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk menyokong industri perikanan dalam Malaysia.

7. Bantuan Skim Takaful Padi

Malaysia telah melancarkan bantuan berbentuk perlindungan insurans yang dikenali sebagai Skim Takaful Tanaman Padi kepada pengusaha tanaman padi.

Bantuan ini telah diperkenalkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertujuan untuk meringankan beban pengusaha sawah padi yang terjejas kewangan mereka akibat daripada faktor luar kawalan seperti banjir, kemarau, ribut, penyakit tumbuhan dan serangan makhluk perosak.

Skim ini dirangka untuk menangani isu-isu yang boleh menjejaskan pendapatan dan hasil pengusaha sawah padi dalam jangka masa yang panjang. 

Bukan itu sahaja, skim ini juga merupakan skim yang dinaiktaraf daripada Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dengan jumlah pampasan yang boleh dituntut oleh pesawah sehingga RM3000.

Oleh itu, permohonan skim ini terbuka kepada semua pengusaha sawah padi untuk mendaftar dan dilindungi di bawah skim ini.

8. Bantuan Subsidi Padi Bukit Atau Padi Huma

Setiap tahun, government memperuntukkan sejumlah subsidi untuk pengusahaan padi bukit dan padi huma.

Skim ini berjaya memanfaatkan 60,000 pesawah padi seluruh Malaysia.

Government telah memperuntukkan RM1.6 bilion bagi tahun 2023/2024 untuk menyalurkan subsidi padi bukit dan padi huma.

Subsidi ini diberikan untuk membantu para pengusaha padi mengurangkan kos penanaman padi.

Tuntasnya, ini bermaksud government sangat cakna terhadap keperluan pengusahaan padi di Malaysia dengan menyediakan subsidi ini.

9. Bantuan LKIM – Skim Subsidi Diesel & Petrol Nelayan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi para nelayan di Malaysia.

Oleh yang demikian, government telah memperuntukkan sejumlah dana dalam bentuk bantuan skim subsidi diesel dan petrol nelayan.

Skim ini mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2006.

Menerusi skim ini, para nelayan boleh mendapatkan diesel dan petrol bagi kegunaan pengangkutan untuk menangkap ikan dengan harga yang lebih murah.

Permohonan subsidi ini boleh didaftar secara atas talian menerusi eNelayan Management System.

10. Bantuan Bernas – Skim Subsidi Harga Padi (SSHHP)

Subsidi sebanyak RM500 per tan diumumkan kepada para pesawah bertujuan untuk membantu meringankan kos pengurusan tanaman padi dan meningkatkan pendapatan pesawah.

Subsidi ini dikenali dengan Skim Subsidi Harga Padi (SSHHP). Pembayaran SSHHP ini akan diuruskan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kepada para pesawah.

Bantuan rahmah 2023 ni dilihat dapat menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi bagi memastikan keterjaminan makanan asasi negara Malaysia iaitu beras sentiasa mencukupi.

Oleh itu, skim ini wajar diperkenalkan dan disalurkan kepada pengusaha sawah padi.

11. Bantuan Konflik Hidupan Liar

Antara salah satu bantuan Rahmah ialah bantuan bagi menangani konflik hidupan liar.

Bantuan berbentuk tunai secara one-off akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kerugian akibat konflik hidupan liar.

Bantuan ini telah diumumkan oleh Menteri Perlancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar yang akan disalurkan kepada individu yag terjejas akibat hidupan liar. Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk pampasan.

Dengan adanya bantuan ini kebajikan individu yang terjejas akan lebih terjamin dan jika berlaku konflik antara hidupan liar ini, bebanan kewangan yang perlu ditanggung oleh individu yang terjejas akan lebih ringan.

12. Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar

Dalam pembentangan Belanjawan 2024, bantuan Rahmah seperti rebat bil eletrik kepada isi rumah golongan miskin tegar dilaksanakan dan diteruskan.

Rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan diberikan kepada golongan miskin tegar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menampung kos sara hidup yang tinggi.

Pemberian rebat ini dilihat sebagai inisiatif dalam membantu membela nasib golongan miskin tegar di Malaysia di mana rakyat dapat menikmati kos bil elektrik yang rendah atau hampir percuma pada setiap bulan.

Oleh yang demikian, RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan bantuan Rahmah ini.

13. Senarai Bantuan Program Jualan KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah memperkenalkan satu program yang dikenali dengan Program Jualan Rahmah, di mana program jualan ini dijalankan di sesuatu kawasan dan penjual boleh menjual pelbagai jenis barangan dengan harga yag lebih murah ketika program tersebut berlangsung.

Program ini adalah berkosepkan “Kedai Cari Rakyat”. Peruntukkan RM150 juta telah disediakan untuk menjalankan PJR ini untuk membantu rakyat mendapatkan harga barangan dengan harga yang lebih murah dengan kadar diskaun sebanyak 10 peratus sehingga 30 peratus serta menggalakkan penjualan barangan para penjual menerusi program tersebut.

14. Bantuan LKIM – Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)

Bantuan Rahmah yang didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) dengan usaha sama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ialah Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) telah diperkenalkan kepada para nelayan.

Bantuan ESHN ini diberikan khusus kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja yang layak. 

Ianya aalah bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan dalam menghadapi kekangan ekonomi yang semakin meningkat disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup masa kini.

Permohonan ESHN ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal epengisytiharan lkim

15. Skim Khairat Kematian (SKK) dari BSN / LHDN Malaysia Madani

Bantuan kewangan tambahan sebanyak RM1,000 diberikan kepada penerima STR dalam bentuk Skim Khairat Kematian (SKK).

Program bantuan ini diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan penerima STR yang telah kehilangan ahli keluarga.

SKK ini juga menjadi salah satu sokongan kewangan dalam menampung memudahkan urusan kos pengurusan jenazah dan harta pusaka dalam kalangan waris.

Oleh itu, skim ini sangat penting untuk memastikan urusan pengebumian dan pengurusan jenazah dapat dipercepatkan dan dijalankan dengan baik.

16. LGM – Insentif Pengeluaran Getah

Inisiatif dengan kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan satu bantuan yang dikenali sebagai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk membantu para pekebun kecil getah di Malaysia.

Insentif ini diperkenalkan untuk menangani impak kejatuhan harga getah yang secara tidak langsung telah menjejaskan pendapaan pekebun ini.

Permohonan IPG ini hanya boleh dilakukan oleh pekebun kecil getah berwarganegara Malaysia yang mempunyai keluasan kebun getah kurang daripada 100 ekar dan memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh LGM.

Insentif sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan kepada golongan yang layak bagi membantu individu-individu ini.

17. Jabatan Perikanan Malaysia: Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) sebanyak RM250 diberikan kepada golongan nelayan darat pada setiap bulan.

Ia merupakan salah satu bantuan Rahmah yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.

Permohonan bantuan ini boleh dikemukan ke Pejabat Perikanan Daerah dan bantuan ini akan disalurkan menerusi perbankkan Agrobank kepada individu nelayan darat yang layak. 

18. Bantuan Pesawah Padi Dari LPP / MADA / KADA

Inisiatif bantuan Rahmah yang dikhususkan kepada para pesawah dalam bentuk sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga (3) bulan telah diperkenalkan.

Bantuan ini disalurkan untuk membantu meringankan beban kewangan para pesawah.

Tiga (3) agensi yang terlibat dan bertanggungjawab dalam menyalurkan bantuan ini iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off menerusi agensi-agensi ini. 

Sejarah Slogan Perdana Menteri Malaysia

Setiap perdana menteri yang dilantik akan memiliki slogannya yang tersendiri sebagai kerangka kepada dasar kepeminpinan mereka.

Berikut merupakan sejarah slogan yang diperkenalkan oleh perdana-perdana menteri di Malaysia;

PERDANA MENTERITEMPOH KEPIMPINANSLOGAN
Tun Dr Mahathir Mohamad16 Julai 1981 – 30 Oktober 2003 dan 10 Mei 2018 – 24 Februari 2020Bersih, Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020.
Tun Abdullah Ahmad Badawi31 Oktober 2003 – 3 April 2009Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Datuk Seri Najib Razak3 April 2009 – 9 Mei 20181 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tan Sri Muhyiddin Yassin1 Mac 2020 – 20 Ogos 2021Kerajaan Prihatin
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob20 Ogos 2021 – 23 November 2022Keluarga Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim23 November 2022 sehingga sekarangMalaysia Madani

Kelebihan Slogan Malaysia Madani Diumum Kepada Negara & Rakyat Malaysia

Setiap perdana menteri yang mentadbir negara Malaysia akan mencipta satu slogan bagi menggambarkan hala tuju dan matlamat pemerintahan dan pentadbiran mereka sepanjang pemerintahan mereka.

Ia merupakan ungkapan kalimat yang pendek tetapi membawa maksud yang signifikan terhadap pembangunan sesebuah negara.

Oleh itu, slogan wajar diwujudkan dan dihasilkan agar matlamat yang dibina oleh negara, perdana menteri dan rakyat boleh dicapai dengan jayanya.

Cogan kata atau dengan kata lain; slogan yang dipegang oleh sesebuah negara ini akan menjadi imej kepada negara-negara lain. Slogan ini peranannya sangat signifikan kerana imej sesebuah negara akan terbentuk melalui slogan tersebut.

Bukan itu sahaja, sesebuah negra akan dikenali oleh masyarakat dunia menerusi slogan yang dibina. Justeru itu, slogan yang diciptakan ketika pemerintahan seseorang pemimpin memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat dan hala tuju negara.

Secara amnya, setiap perdana menteri mempunyai gagasan yang tersendiri. Ianya bahkan digambarkan melalui slogan yang diumumkan oleh mereka semasa tahun pemerintahannya yang akan menjadi lambang kepada pemerintahan beliau.

Rakyat akan memfokuskan dan mengingati slogan diwujudkan dan diciptakan untuk menjamin pembangunan sesebuah negara.

Oleh yang demikian, setiap perdana menteri mestilah mempunyai slogan yang boleh menjadi teras atau tonggak kepada pemerintahan mereka selaras dengan matlamat negara.

Akhir sekali, slogan negara ini ternyata memberi impak yang besar kepada rakyat Malaysia.

Rakyat akan bermatlamat dan bertamadun dalam membina jati diri negara menerusi slogan yang diumumkan.

Slogan yang baik akan melahirkan rakyat yang perpaduan dan rakyat juga akan sedar akan peranan mereka dalam membina negara yang aman makmur dan sejahtera.

Tuntasnya, slogan ini penting untuk membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan keperibadian yang tinggi sekaligus menjadi imej kepada negara Malaysia.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia